Rabu, 8 Oktober 2014

MENGEJAR SKK

Aku dan kawan2 sekerja di SKTS sekarang ini sedang bergelut dengan SKK. Tidur berulitkan fail berbantalkan laptop boleh digambarkan betapa sibuknya kami siang malam. Di sekolah nak tumpu fail x mudah nak konsentrate bilamana ada kelas. Mungkin aku n rakan2 sepanitia sedikit untung kerana kami kelas berkongsi, boleh pecah2 n uzur2 dengan berat hati. Tapi tu pon x cukup masa lagi. Macam2 report kene ada, macam2 pelan kene wujudkan. 

Dalam pada aku menguruskan fail kantin n catur, aku dilantik secara adhock menjadi setiausaha sekolah merangkap setiausaha SKK di bawah penyelarasan GB. Pada aku ia satu jawatan yang sangatlah berat. Masa Kak Shahida pegang jawatan ni pon aku tengok dia pon macam biol x biol, kini aku pulak yang menggalasnya. Memang rasa biol skit coz aku ni biasa jadi ketua n penyelaras, setiausaha kerjanya remeh n leceh dan perlukan ketelitian. GB kata aku punya cara kerja bersistematik masa beliau propose aku jadi setiausahanya. Oklah, aku akuinya, namun untuk kata aku perfect, sebenarnya tidak. Apa terdaya aku buat, kalau tak memang cincai akhirnya. Tapi apapun aku sahut juga cabaran ini. Sekali aku da ditugaskan, akan ku buat sampai jaya. Atau sekurang2nya sampai ke penamatnya.

SKK ni kami baru faham dari masa ke masa bilamana PPD datang beri pencerahan kepada jawatankuasa minggu lepas. Secara peribadi para pentadbir sendiri tak berapa jelas dengan instrimen yang dibekalkan yang datang dengan pelbagai versi. Kak Elya yang aku tak tahu apa kedudukannya dalam jawatankuasa SKK pun aku tengok boleh la lebih paham skit daripada kami yang lain. Tapi tadi dia pon bertanya kat aku apa beza jalinan n jaringan? What??? Banyak definisi yang nampak gaya membuatkan kami semua turut keliru. Masa orang IAB datang aku cuba dapatkan penjelasan, masa PD datang lain pula katanya, tetibe masa Kak Elya baca bahan daripada SBT, lain pulak. Malah pemahaman literal selama ini pon tidak selari 100 % dengan semua sumber tadi. Tak apalah, moga2 kami dapat pencerahan dari semasa ke semasa.

Secara umum, aku memahami, untuk capai SKK dalam persediaan yang ada ni agak tipis. Bukan aku berfikiran defensif, namun secara rasional pon dapat dilihat banyak kekurangan yang perlu ditampung untuk mengelakkan tanda tanya kepada pihak nazir. Mereka datang tentunya dengan expectation yang tinggi dan kalau apa yang diperlukan tu tiada, memang tak berbaloi kehadiran mereka ke sekolah ni. So, pada aku, rela x rela semua guru harus menggembeleng tenaga mengusakannya. Yang tak lengkap kasi lengkap. 

Tapi, ia tidak cukup lagi sekadar lengkap laporan itu n ini. Yang jadi isu adalah bagaimana nak menghilightkan betapa kebitaraan sekolah ni iaitu BM n Unit Uniform benar2 terserlah selain sahsiah terpuji murid yang dipertonjolkan itu menjadi budaya di sekolah? Kalau BM, tidak secara konsisten dapat 100% pencapaian dalam UPSR. Unit Uniform pun satu hal juga, baru sekali dua ke kebangsaan n antarabangsa, tidak layak lagi nak kata ia sebuah kebitaraan, melainkan ada data ataupun laporan dari 2011 membawa ke 2013 bahawa unit ini berusaha untuk mencapai matlamatnya. Bukan secara tiba2 pada 2014 muncul menang n berjaya di peringkat antarabangsa dan lain2nya. Senang cerita, kejayaan n kecemerlangan skts dalam pelbagai unit, acara n program serta subjek sebenarnya banyak tapi tak konsisten. Tak de perkara khusus yang boleh diangkat sebagai kejayaan konsisten untuk jadi kebitraan n budaya yang sebnar2nya.

Ikutkan, aku pon rasa benda yang nak diwujudkan tu xda. Tapi PPD nasihatkan wujudkan juga, buat la apa cara terutamanya dalma minit mesyuarat n pelan strategik. Kat kepala aku ikutkan juga ada je idea nak bikin macam mana. Bab buat pelan n report ni boleh la juara kat aku, kantin hari tu pon on d spot aku buat bila dia tanya sumbangan langsir ni de resport ke? hihi... Tapi tak menipu, memang ada bukti siap gambar. Tapi kalau kebitaraan ni pulak, camana aku nk bikin spin kasi real? Arrgghhh... Memang tension. Ikut hati mau je aku semak satu2 fail BM n Unit Uniform tapi nanti kata lebih sudu dari kuah. Tapi, apa jaminannya pembikinan aku nanti bakal membuahkan kejayaan memperolehi SKK? Astaghfirullah..... 

Sekarang ni aku da dengar banyak komplen dari guru2 yang da penat nak follow. Yang buat pondok pon terbengkalai. Yang buat fail gara2 bahan hilang pon naik angin. Ada lagi juga yang buat2 tak tahu je. tak amik peduli langsung. GB pon sama, da mula hot bila ada cikgu2 x mau bagi kerjasama. Manakan x hot, masa GB bagi taklimat ada plak yang borak2. Ermm... Memang rata2 da tak beri harapan tinggi. Masing2 da x berapa exited nak mengejarnya. Tapi masing2 juga cuba sedaya upaya lengkapkan fail. Jaring ke jalin ke, taily ke tak taily ke, lain cerita. Masing2 dah penat. Aku pon penat juga dah ni. Rasa nak amik MC, tapi nampak x bertangungjawab la plak. Nauzubillah.

Apapun2, aku harap semangat kami masih tinggi untuk mendapatkan SKK tu. Pliz la Ya ALLAH, bantulah kami.

Isnin, 29 September 2014

Dilema Budak Dikir

Ya Allah. Apaka jenis dugaan yang Kau berikan pada kami ni, Sedari awal ujian demi ujian tiba. Waau terasa raatnya kami cuba optimis. Alhamdulillah akhirnya berjaya dikir barat ar-Raihan ke peringkat negeri. Kali ini, ujian yang dihadapi tetap sama tapi dalam situasi dan skala yang besar. Ceritanya...

Ada dua orang budak, naim n irsyad terpilih untuk jadi anggota ragbi untuk perlawanan rabu ni. Masya Allah. Kenapa ini berlaku? Ikut hati x mau la mereka pergi sana supaya mereka dapat berkomitmen di sini. Namun bila memikirkan itu hak mereka untuk membuat pilihan, maka kami pon nasihatkan supaya balik nanti bincang sama ibu ayah n solat istikharah mana pilihan mereka. Di pihak kami, jika mahu ke sana, kami ada 4 orang extra yang kami pilih secara ad hock tadi. Bukan kata sombong tak nak lagi kat mereka tapi ini juga satu strategi supaya jika ada apa2 berlaku dapatlah atasi sebaik2nya. 

Tapi tiba2 USA plak merajuk tak tentu pasal. Habis dalam wasap sekolah dia luah perasaan. Tenseen betul. Da lama xde isu dibangkitkan tiba2 ada pula. Penat. Dengan mudah dia mengatakan kami tak jaga perasaan dia, tak hargai pengorbanan dia yang berpanas melatih budak di padang. Kononnya juga kami memberi kata dua yang menggoyahkan keyakinan murid untuk menolak salah satu antara dikir n ragbi. Terus terang lagi, memang tak kisah ke mana hala budak2 ni mahu. Pilihan di tangan budak. Soal kita memberi kata dua bukan isu kerana ia melibatkan soal komitmen untuk hadiri latihan. Ia bukan acara individu, tetapi berkumpulan, dia kene paham bukan senang nak hanel budak yang ramai cam ni, Sorang x de habislah. Thats why la kami da ada back up yang mgkin tidak sehebat mereka yang punya kecerdasan dan kemahiran pelbagai. Kadang2 kene bertolak ansur juga.

Ah, lantaklah. Apa yang kami harapkan agar segala ujian ni dapat di atasi sebaqiknya. InsyaALLAH ia juga sebagai petanda n langkah ke arah mencapai Johan Dikir Barat Negeri Selangor. Ya Allah.. permudahkanlah urusan kami ini. Dan paling kami harapkan juga agar hubungan kami semua sesama guru terutamanya lagi sesama ahli panitia dapat kembali mesra. Ya Allah... Insya Allah. Amin.

Sabtu, 26 Julai 2014

Ramadhan Aku di Sekolah

Alhamdulillah. Terasa ringan kepala ni daripada memikirkan hal sekolah. Bukan apa, bila dah cuti ni terasa lapang dada nak buat perkara2 ma'ruf untuk membangunkan ramadhan dan juga menguruskan perkara peribadi dan urusan di rumah. Mungkin kelihatan 2 hari tidak memadai namun ku cuba juga menggunakan masa yang ada untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Bercerita mengenai hal2 sekolah, sepanjang ramadhan ni biasalah, panatia Pendidikan Islam adalah entiti yang paling sibuk di setiap sekolah termasuklah di sekolah aku. Macam2 program disusun untuk mengimarahkan kehadiran Ramadhan. Aku malas nak bercerita mengenai bidang kerja dan urusan kerja sama dalam kalangan rakan2 sepantia untuk menjayakan program, cuma cukup aku buat kesimpulan, semua program yang dilancarkan berjalan dengan jayanya, biarpun sebelum hari kejadian, macam2 onak dan duri dan susah dan payah yang dihadapi oleh kawan2 yang menguruskan program ini. Tidak mengapalah, itu juga satu ibadah, malah kesukaran2 itu mungkin mendatangkan bonus pada pahala jika kita bersabar untuk memastikan program2 itu berjaya dilaksanakan.

Untuk ramadhan juga, sebelum puasa hari tu, aku terlibat dalam menerbitkan buletin syiar ramadhan oelh BPI KPM. Syukur sangat2 Tuan Ruzain menjemput aku jadi penulis berkolaborasi dengan Ustaz Sharifuddin SK KLIA. Cukup lah satu ada pengalaman aku bekerja 2 hari di opis. Tapi sebelum2 ni pon ada beberapa kali aku dijemput buat projek di KPM, contohnya dengan BPK masa nak analisis data tinjauan terhadap isu KSSR n KSSM. Macam seronok je kerja kat pejabat. Tapi bila tengok asyik outing sana sini, aku kene fkir banyak kalilah. 

Di kesempatan hari terakhir semalam, aku sempat bermaaf2an dengan kawan2. Tapi ada beberapa orang kawan ni aku tak sempat nak jumpa gara2 mereka balik awal daripada aku yang biasanya aku yang balik awal daripada mereka sebab rumah aku jauh. So, tak dapat bertemu muka pon aku berwasap dengan mereka personally. Aku rasa sangat wajar untuk  aku berbuat demikian, antaranya aku harapkan selepas bukam sekolah ni jadi turning point untuk kami bermesra semula tanpa keraguan dan was2. Mungkin nampak pelek je aku terhegeh2 mohon maaf. Tapi, x apalah, biarlah ALlah menilainya. Aku penat dengan situasi macam ni. ALlah...

Apapun Ya ALLAH... moga2 setiap daripada apa yang aku buat n jalankan di sekolah ada pahalanya dan sekaligus mendapat keredhaanMu juga. Tiada lain semuanya berlamtlamatkan untuk nama dan kecemerlangan sekolah yang tentunya ianya adalah cetusan daripada Engkau. Insya ALLAH, amin.

Jumaat, 13 Jun 2014

Cuti Hampir Berakhir

Cuti hampir berakhir. So far aku lalui hari2 cuti dengan penuh manfaat biar pun cuti kali ini tidak berjalan makan angin ke mana-mana. Apa yang aku buat adalah lebih menumpu kepada memberi perhatian dan mendampingi atok yang kurang sihat sama ada di hospital mahu pun di rumah. Moga2 adanya aku di sisinya memberi kesan yang baik untuk kesihatannya stabil.
Antara lain buat pertama kalinya cuti aku juga dihabiskan dengan menjalani LADAP secara maya, I THINK. Biarpun rasa tension dengan kelembapannya, akhirnya dapat juga aku hadapi sehingga modul terakhir. Malah sempat juga aku jadikan mengumpul mata melaluinya sebagai hobi aku selepas tamat modul...hehe.

Selain itu juga, aku manfaatkan masa cuti untuk menyelesaikan novel mini untuk terbitan pelangibook yang terbengkalai sejak cuti hujung tahun lepas berkahir. Aku juga cuba merangka projek terbaru untuk buku bergambar kanak-kanak terbitan karangkraf yang berkolaborasi dengan member lama yang bertugas sebagai pegawai kesihatan. Dalam pada itu, aku plan juga nak submit abstrak untuk present paper dalam seminar pendidikan guru oktober akan datang. Harap2 semua menjadi kenyataan dan dipermudahkan.

Dan, aku rasa macam tak bersedia lagi nak bersekolah. Rasa tak puas lagi buat macam2 kerja dan hal peribadi. Selama ni asyik memikirkan hal sekolah tak habis-habis. Tapi teroaksa juga aku terima kenyataan. So, persiapkanlah diri ko Emi, kesian budak2 pemulihan jawi aku tu. Untuk minggu pertama nanti, dah plan dengan k.fiza akan mengajar jawi suku kata pula.

Sementara itu tadi telah selamat berlangsungnya majlis APC bagi pencalonan 2013. Alhamdulillah, 3 daripada 6 penerima tu adalah rakan2 daripada panatia aku sendiri. Bangga juga. Pengorbanan guru2 agama nampak diiktiraf di peringkat sekolah. Walau mungkin bukan atas tiket kecemerlangan dalam panatia, sekurang2nya dapat dilihat guru2 agama itu serba boleh. Insya ALLAH ia juga membawa imej baik kepada islam bagi guru2 yang mengajar pendidikan islam ini.

Dan kali pertama dalam cuti ini aku tak fikir langsung pasal study. Rasa ringan sikit kepala ni berbnading 3 tahun sebelum ini yang asyik bergelumang dengan kertas kerja, assignment, jurnal, artikel, tesis dan lain2. Syukur, semuanya telah ku harungid engan penuh sabar, dan penat...hihi.

Apapun, untuk seterusnya aku harap kerhidupan peribadi dan kerjaya aku terus gemilang dan cemerlang demi kemaslahatan aku dunia dan akhirat, kerana aku percaya dunia ini jambatan ke akhirat. Apa yang dilakukan di sini jadi tiket untuk ku berada di antara dua, syurga atau neraka. Insya ALLAH, Dia juga lah yang menjadi Penilai yang sebenar2nya jika dibandingkan dengan manusia yang punya khilafnya tersendiri. 

Rabu, 30 April 2014

Selamat Hantar Tesis

Alhamdulillah. Tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata bilamana akhirnya tesis yang aku bergelumang dengannya selama ini selesai dengan jayanya. Oh ya, tajuk tesis aku adalah Guru Bekerja Sampingan: Faktor Pendorong dan Kesan Terhadap Komitmen. Ikut hati perasaan ni tak de lah exited melampau-lampau, selagi tak dapat pengesahan senat yang aku layak dianugerahkan ijazah selagi itulah aku harus berdoa saban masa. 

menyorot kembali penulisan kajian aku ni, aku memulakan langkah pertama pada akhir semester kedua setelah pada pertengahan semester itu aku secara tidak sengaja terpaksa berjumpa dengan penyelia aku ni, DrNO. Yang sebenarnya dia ni penyelia terbaru aku setelah DrSI berpindah. Masa berjumpa tu tujuan asalnya adalah untuk memberri surat tunjuk sebab tak hadir kusus yang dikelolakannnya. Tapi alang2 dah jumpa terus aku mengaku yang aku ni supervisee dia. Terus dia tanya setakat mana progress kajian aku. Masa tu aku rasa macam terkejut beruk. Mana taknya, xkan baru sem 2 aku dah di tanya. Last2 aku mengaku la x mula lagi n dia masa tu gak siap cakap kene mula dari sekarang. 

Dalam tempoh dua minggu yang diberi aku akhirnya berjumpa balik dengannya dengan membawa beberapa proposal ringkas yang sebetulnya aku nk ajukan tajuk mana yang sesuai. Sebab katanya, lebih baik aku yang cari tajuk sbelum dia yg bagi tajuk. Lagi2 dia ni bukan satu jabatan dengan aku. Dia orang keusahawanan. So dari awal dia kata, relatekan antara pentadbiran n keusahawanan dalam kajian aku kerana aku pelajar pentadboran dan dia adalah pensyarah keusahawanan. Memang aku masa tu da rasa betapa sukarnya aku nak cari tema n tajuk yang sesuai kerana selama aku belajar masa tu aku didedahkan dengan kajian2 yg mengkhusus kepada pentadbiran sahaja. Apapun seingat aku, ada 3 pilihan tema yang aku hilightkan iaitu guru cemerlang, PIBG dan guru bekerja sampingan. Dan nampaknya, dia sangat tertarik dengan tema yang last tu. Aku pon suka sanagt2lah. Mujur dia terima salah satunya, kalau tak tentu aku dapat tajuk lain yg die sendiri bagi.

Maka sekitar Jun 2011 aku mula la cari bahan. Tentu yang selalu aku pergi adalah libry fakulti. dan yang paling selalu aku p jugak adalah libry PTSL. Sangat banyak rujukan boleh aku dapat. Selain tu aku juga p libry EPRD kat putrajaya nun...sangat membantu jugaklah. Tak kurang juga aku dapatkan bahan melalui jurnal-jurnal yang didowlod dari internet. Namun begitu, masalah terbesar aku adalah untuk mencari tesis2 5 tahun kebelakangan yang berkaitan dengan tema kajian aku. Sangat sukar. Malah dalam BM langsung tiada kecuali 1 yang berjaya dijejaki di libry UM. Masa ni aku rasa cam tensen sangat2. Nak tikar2 tajuk kang nanti DrNO marah. So aku struggle teruskan dengan penuh tawakal. 

Namun secara serius boleh aku sbutkan kajian ni bermula sejak aku kumpulakan data sekitar bulan Mac 2012. Kebetulan aku ada akses ke skolah-sekolah sekitar kajian sebagai guru sekolah n rakan kepada pentadbir atau guru sekokah tersbut, maka ia memudahkan proses pengumpulan datalah. Dalam hal ni cabarannya adalah banyak juga borang soalselidik yang tidak dikembalikan. Tapi itu tidak mengahlang aku untuk meneruskan pengkajian. 

Kaji punya kaji punya kaji dan kaji, akhirnya Mac 2013 aku hantar tesis untuk viva. Sebelum tempoh itu, banyak draf tesis telah aku hantar dari masa ke masa untuk disemak oleh DrNO. Sangat cerewet. Ada je tak kene. Kadang2 aku rasa cam nak quit je, tapi aku pujukkan diri. So dengan penuh keletihan dan kesabaran aku teruskan juga. N selama beberapa bulan aku relax menunggu panggilan viva. Dalam pada tu aku mula risau kalau2 tak dapat berkonvo tahun tu gara2 lambat viva. Last2 lepas raya sekitar Spetember aku dipanggil viva. Alhamdulillah, tesis diterima dengan pembetulan selama 3 minggu. Masa tu aku da rasa macam 50-50 je berkonvo. Tapi tengok Kak Ziana n Wafi sangat bersemangat nk habiskan segera selpas viva dalam tarikh yang lebih kurang sama, maka aku pin samalah bersemangat. 

Malangnya, aku sangkut. yang dua orang member tu selamat berkonvo akhirnya. Ikut hati memang rasa kesal yg amat2. Puas juga sebelum tu aku merayu pada DrNO supaya lepaskan aku. Tapi dia siap kata aku jgn kalut n relax. Last2 aku pasrah jugakla. Apa nak buat. So, aku teruskan macam biasa memperbetulkan tesis dari masa ke masa sampai DrNO puas hati. Tapi aku rasa gayanya macam dia da penat hati n bosan dengan aku. Sampai akhirnya dia beri kepercayaan kat aku supaya jagan ada kesilapan bila nak hantar sama reader semula. Minggu pertama sekolah akhirnya DrNO terima n benarkan aku beri pada reader untuk semakan. Masa tu aku bersyukur sangat dan dalam masa yang sama aku risau sngat coz reader yg aku kenal tu bukan mudah untuk lepaskan orang. Lagi2 bila wujud krisis antara penyelia aku n reader ni gara2 aku terbukak cerita mengenai kawan aku yang tesisnya disemak secara unofficial pada penyelia aku. Masa tu aku rasa snagt2 kesal n down. tapi lama kelamaan aku rasa isu tu hilang begitu saja selepas menerima layanan baik daripada kedua2 individu itu.

Ahirnya pada Mac 2013, reader aku memberikan green light untuk aku proceed ke pps. Mean dia terima la tesis aku tu. Aku tak peduli dia semak sebaiknya atau sebaliknya. Janji aku tak mahu berulang kali menghantar draf untuk semakan yang aku kira2 lebih dari 10 draf aku dah buat sepanjang 3 tahun tu. Yang kelakarnya, gara2 bz dengan hal sekolah, aku maklum tesis ditrima pada awal April. Allah, lambat pulak aku tahu. Tapi tak apa, janji clear semua sampai la aku bawa ke PPS untuk semakan format sebelum menjilidnya. 

So tadi aku da hantar tesis yang dah dijilid ke fak n PPS dengan jayanya. Kini, plan aku ialah, merombak susun atur bilik aku ni yang sekan2 multipurpose sebagai tempat tidur, tempat study yg penuh buku dan tempat bersantai yg ada kusyen n tv. Allahu Rabbi.

Ya Allah, permudahkan urusan pengijazahanku sehingga konvo nanti. Insya ALlah.
















Sabtu, 15 Mac 2014

Bengkel & wan

Sudah 3 hari berbengkel terjemahan di flamingo, ampang. Seronok dan teruja tapi hati ni selalu dalam kebimbangan. Bukan pasal aku bimbang kekantoian bila dalam kalangan mereka yang hebat, tapi aku bimbang dengan kondisi wan di rumah. Kelmarin nak pergi pon aku rasa berat hati sangat2. Semalam aku balik bermalam, tengok wan makin tak tak stabil. Wan resah, nafas wan turun naik tak konsisten. Kadang kala tenang, kadang kala laju degupan. Wan macam lelah. Malam tadi berround2 seisi rumah membaca Yaa Siin. Hari ni dengan khabar melalui wasap masing2 bergilir baca Yaa Sin. Alhamdulillah. Insya Allah kondisi wan stabillah Ya Allah. Ikut hati tadi jam 5 nak balik kejap sebelum datang malam, atau pun malam ni mintak excuz balik tapi khabar dari wasap kata x mengapa. Harap2 semuanya dalam keadaan baik, tenang dan sejahtera. Ya Allah, semoga wan dalam keadaan baik dan selamat di bawah rahmatMu. Dalam masa sama juga, bantulah aku memahami apa yang \dibengkelkan ni. Hari ni nama aku disebut dua kali oleh penceramah masa fikiranku melayang, walhal rasanya aku tgh fokus apa yang disebutnya. Argh..kantoi. Ya Allah. Dah la semuanya ni hebat2. Mostly cikgu BI diikuti Sains. Tak kurang juga yang BM n mujur ada yang PI macam aku. Semuanya sepaking habis. Aku je terkadang2 terkebil2 nak mencerna masuk ke otak. Allah. Permudahlah semua urusanku. Perkenankanlah semua harapanku. Amin.

Selasa, 11 Mac 2014

Review Tugasan Yang Membizikan

Allahumma Solli Ala Sayyidana Wa Maulana Muhammad.

Aku rasa baru dalam minggu ni aku rasa release skit. Sebelum ni aku sibuk sangat2. Sepanjang Januari sibuk dengan Catur MSSD sebagai ketua kelab. Februari aku sibuk dengan Minggu Panitia sebagai ketua penyelaras. Mac, sebagai ketua Unit Kantin aku sibuk dengan fail-fail Hem konon nak memantau. Sebelum ni khusus untuk kantin, da ada 2 kali pemantauan dan alhamdulillah, dapat score yang tinggi. ALhamdulillahlah. Dan dalam Mac juga memang patut bizi untuk persediaan MTQ daerah pula. Untuk yang ini memang aku sibuk jugak la minggu-minggu lepas. Teks2 bercerita aku buatkan. Lirik nasyid dan lagunya aku juga yang buat dan uruskan. Aku tak ada masalah untuk buat, malah aku rela hati menyumbang idea untuk perkembangan bakat. Teks bicara berirama pun boleh ku buat apatahlagi nasyid yang menjadi minat aku sejak dulu. Cuma untuk sesi latihan, aku hold dulu gara-gara ramai budak2 acara MTQ ni terlibat dengan bicara berirama tu. tak apalah, semuanya demi kejayaan sekolah. Insya Allah. dalam pada itu, kelas2 pengajaran tidak aku kesampingkan. Allah, itulah tugas hakiki aku saat ini. Lain-lain hal, ada beberapa kursus aku telah dan akan hadiri. 

Ya Allah..permudahkanlah urusan aku dan kawanku.

Khamis, 6 Februari 2014

Tarik rambut tepung x selerak

ku inginkan, ibarat menarik rambut tak putus, tepung x berserselerak. Tapi seringkali tepung sedikit berselerak even rambut tak putus. mungkin aku tersilap percaturan tatkala berkat2. sedangkan aku da cukup merancang n berhati2 tatkala mengeluarkan kata bicara. Allah. Tetiba malas pulak nak bercoretan. biar saja tersimpan di dalam hati. Aku harap agar setiap kata2 n tindak tandukku x disalah erti. Aku tak mahu org berpersepsi negatif kepadaku. Sekali kali x mahu aku bangkitkan isu. Tapi apakan daya, bila ada hati hati yang masih berskeptikal dengan aku. Apa yang aku mampu untuk mengelakkannya. Harap tatkala aku bertemu memberi penjelasan, hatinya akan terbuka untuk menerima aku seadanya. Aku da penat dengan situasi macam ini.

Rabu, 29 Januari 2014

Approved by SV

Alhamdulillah. Akhirnya Dr.NO approve jugak tesis aku tadi. Aku tak pasti sama ada dia betul2 percayakan aku atau sebaliknya. Cuma dari air mukanya, serta responnya secara zahiriah dapat aku agak yang die pon macam da bosan nak mengadap tesis aku. Allah... aku harap die approve dengan iringan doalah. Aku pun da penat juga. Tapi kata2 dia sangat positif sehingga dia kata jangan tunggu lama-lama, esok juga hantar ke fak n malam ni pulun buat pembetulan skit2. 

Over all, aku rasa sume dah ok, cume ada satu dua part yang aku masih risaukan iaitu bahagian KKK n persampelan. Aku bimbang Dr.ANH masih rigid nak selak satu persatu lebih2 lagi nak bukak bahan2 rujukan yang aku gunakan. Aku dah habis ikhtiar selama ni bagaimana nak bagi tuntas kajian aku. Aku sangat2 kebuntuan namun masih ada jalan aku nampak. Cuma kalau masih ada salah silap n keraguannya lepas beliau baca esok, aku tak tau nak buat macam mana. Pliz lah Ya Allah... Moga2 dipermudahkan juga urusan ni di tangan readerku, approve tanpa soal n segera. Insya Allah.

Allahumma sahla illa ma ja'altahu sahla...

Jumaat, 24 Januari 2014

Situasi Tegang

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ala muhammad.

Awal tahun ni aku rasa tegang benar situasi di sekolah. Tegang di fikiran dengan catur dah berlalu. Tapi tegang emosi pula dengan panatia. Aku tak tau nak respon apa. Setakat ni aku tidak begitu terkesan dengan ketegangan tu, cuma rasa tak selesa tu sedikit sebanyak ada. Aku pun bukan jenis yang suka terlibat dengan kontroversi mahu pun konfrantasi. Tapi kerana ia ada kaitan dengan bidang tugas dan organisasi aku adalah juga terkadang2 aku harus memberikan respon seadanya bila ditanya.

Aku nak cerita detail sini, rasa x selesa juga. Ikutkan biarlah tersisip di dalam hati je, tapi sebab aku rasa ia dapat jadi pedoman di masa depan, maka aku cerita lah juga keadannya serba sedikit. PPI aku yang bz nk buat program SMR. Ajk2nya dah ada untuk yang incharge program tu. Tapi entah apa ribut taufan member ni, ESAK tetiba tarik diri. Aku dan kawan2nya yang lain sgt tak mengerti tarik diri yang macam mana. Alasan sibuk macam x relevan lagi pada saat ni. Baru awal tahun. Dah tu tetiba ada plak isu APC timbul. Elok2 tahun lepas punya hal da senyap, sekarang timbul balik. Siapa2 pun aku temui dalam kalangan ahli PPI, tentu cerita ni dijadi bahan bualan. Aku ni nak kata x suka nak amik kisah kadang2 melayan juga. 

Tadi pulak timbul isu lagi bilamana ada satu tugasan yg diagihkan dilihat sebagai satu mandatori yang haris dilaksanakan yg disusun oleh ketua. Ikutkan dah itu tugas dia, dan siap lagi kata boleh buat pertukaran suka sama suka. Aku sendiri nak bertukar tapi org yang aku nak tukar x nak tukar. Bukan apa, tugasan yang aku nak tu iaitu BC, aku dah siapkan tapi kene tugas lain, tu yang bertukar tu. Tapi ta kisah lah. Tugasan yang ni aku leh je buat. Tinggal aku mahukan kerjasama rakan2 lain sbab tugasan ni sngat2 la memenatkan iaitu N. 

Aku tak tahu sampai bila ketegangan ni akan berlarutan. Setakat ni isu ni hanya berlegar dalam kalangan PPI, x tau la kalau kawan2 tahu, kalau ada pon tahu mereka senyap x komen apa2. Kalau yang tahu juga tu mgkin ESAK yang berkogsi rasa dengan kawan2nya bilamana lihat d laman sosialnya. Tapi harap2 janganlah sampai ke boss atasan. Memang naya je kalau diketahui. Dah la tahun ni ada pertandingan pengurusan panatia. Aku nak panatia aku menang dan jadi contoh kepada panatia2 lain. Tapi kalau isu ni berlarutan dari semasa ke semasa tak tahulah aku nak cakap camana.

Dari kaca mata aku, sebenarnya tak harus isu ni berlegar2 lagi. Kita ahli PPI, betugas sebagai GPI, harus mengenepikan soal emosi dan sentiasa berlapang dada. Apa yang keruh sebelum ni tak harus diambil semula. Kenapa susah sangat nak menyelaraskan kefahaman dan kesatuan hati? Apekehalnya yang menjadi duri dalam setiap tingkah dalam menjalakan tugasan masing2? Harus berterusankah ketegangan ini terjadi? Tiadakah rasa kemaafan dan tolerasni sesama rakan timbul dalam hati? Kenapa masing2 nak berego tinggi? Seronokkah bekerja dalam situasi begini? Tak malukah kalau kawan2 lain mengetahui?

AKu mengharapkan agar hubungan kami semua damai semula. Aku tahu tugasan kita dalam organisasi ini sangatlah banyak. Ikut hati, aku pun penat. Tapi dengan kerjasama semua, tugasan kita tak lah susah sangat. Ya Allah, satukanlah hati kami ini. Permudahkanlah urusan kami. Tautkan hati2 kami untuk bekerja dengan ikhlas dan saling bertoleransi dan berkasih sayang atas nama tugasan. Allah.

Rabu, 22 Januari 2014

Harapan pada kejohanan catur MSSD 2014

Minggu ni tugas aku lebeh kepada mengurus murid untuk kejohanan catur. Tugas ni dah aku buat sejak 2009 lagi, sama ada sebagai ajk biasa, juruletih yang tengok budak berlatih, pengiring budak dan sekarang pengurus pasukan merangkap ketua kelab catur. Tinggal aku tak dilantik sebagai arbiter je lagi. Kalau jadi tu, maka lengkaplah tugas aku sebagai orang catur walau pun aku ni pandai main tapi tak pandai menang, masakan tak, main catur ni guna strategi dan helah di minda. So, kerana x kuasa nak fikir dalam2 maka selama ni aku main pon jarang dapat menang...haha.
Berbalik pada perlawanan, so far aku tengok harapan untuk seroja berderet di meja hadapan tak berapa ada. Selama dua hari ni aku tengok prestasi mereka berlapan orang tu tidak berapa cemerlang. Mungkin boleh kata masih ada harapan untuk tersenarai dalam ranking 1 ke 10, tapi untuk di tempat 1 2 3 tu aku tak mahu menaruh harapan tinggi. Daripada 5 game yang dilalui, masing2 mencatatkan score yang boleh dikatekan sederhana tinggi. Tapi ada dua lagi game esok, tak tahulah bagaimana mereka nanti.

Dari kaca mata aku, dapat aku analisa mereka sebegini berdasarkan ranking yang kak zai letak sebelum ke kejohanan ni:

1) Irfan: dah kumpul 3 mata, aku menaruh harapan tinggi untuk dia masuk ke negeri. 
2) Amjad: dah kumpul 3 mata, aku turut menaruh harapan die ke negeri.
3) Zahin: dah kumpul 2 1/2 mata. mengharap dia dapat masuk top10.
4) Ammar: dah kumpul 3 mata. mengharap die dapat masuk top10.
5) Fatihah: dah kumpul 3 mata. menaruh harapan die ke negeri.
6) Syahindah: dah kumpul 3 mata. mengharap masuk top10.
7) Nurin Izzati: dah kumpul 2 1/2 mata. mengharap die masuk top10.
8) Khadijah: dah kumpul 4 mata. menaruh harapan die sampai ke negeri.

Mata diorang ni nampak lebeh kurang je. bimbang-bimbang mereka kene lawan sesama sendiri. Apapun untuk esok aku nk juga buat analisa sendiri.

1) Aku tak dapat nak tentukan berapa scowre mereka akan dapat. Tapi aku harap mereka ni dapat ke negeri: Irfan, Amjad, Fatihah, & Khadijah.

2) Juga x tau scorenye berapa esok, aku harap kesemua 8 orang dapat masuk ranking top 10.

3) Kalau yang akan ke negeri, pada aku saingannya adalah 3 dari DABB, dan 2 Cyberjaya bg lelaki. bg perempuan 2 dari Kota warisan dan 3 DABB. So, harap murid2 aku yang aku harapkan masuk ke negeri tu dapat merebut dengan jayanya tempat itu dalam kalangan murid2 saingannya ini.

4) Tapi secara rasional, yang mungkin dapat masuk top 10 tu mengikut rank kalangan murid aku adalah: Irfan, Amjad n Ammar. Zahin nampak sukar coz die macam mudah mengalah. Sementara pompuan plak Khadijah, Fatihah dan Syahindah. Nurin asik kesian kat lawan, aku rasa goyah skit nk percaya.

5) Acara berkumpulan, lelaki, nombor 3. Perempuan nombor 2. Tapi kalu dapat johan tu pon bagus juga.

Apapun ya Allah, aku harap mereka diberi hidayah dalam setiap steps yang dilakukan. Moga apa yang aku dan kawan2 lain harapkan menjadi kenyataan atau skurang2nya analisa aku d atas ni adalah benar.

Aku tak mahu lah bernazar apa2. Tapi cuba juga berazam awal2..
1) kalau masuk negeri, setiap mereka aku bg suntg bernilai rm3.
2) kalau msuk top10, setiap mereka aku bg sumtg rm2.
3) kalau grup menang no 1, setiap mereka ak bg sumtg rm3, no 2, rm2 n no 3 dan 4 rm1.
4) kalau semua dapat masuk top10 dan sekurang2nya 3 orang dapat masuk negeri serta menang grup samada johan, naib johan atau ketiga shaja, aku n kawan2 akan realisasikan bawa mreka ke alamanda.

Ya Allah, kemenangan mereka tu x beri impak pada aku pon seara total. Bosan dan penat memag dapatlah, tp lain2 bersifat material terutamanya, mmg x adalah kecuali duit claim milage. Makbulkanlah harapan kami Ya Allah....