Isnin, 30 Mac 2015

TERTEKAN DENGAN NASYID

Aku tengah tertekan. Takda sapa yang tekan melainkan sengaja menekankan diri. Mungkin sebab penat. Macam2 benda aku handel kat sekolah tu. Dari awal tahun program panitia memang banyak. Lepas tu handel catur. Habis tu plak dengan bercerita MTQ. Sekarang ni dengan nasyid pulak.
Ya, aku tertekan dengan nasyid. Budak2 nasyid tahun ini nampak gayanya kurang berdisiplin. Macam2 ragam pon satu halnya. Dah tu sukar nak catch up apa yang aku dan kak fiza serta yang lain2 buat. Ikutkan aku cuba untuk all out perah idea camana nak bagi persembahan mereka tu bagus. Tapi kelihatan banyak idea aku x sanggup aku luahkan. Sebabnya aku ni tak berapa nak full time denga nasyid ni. Sebelum ni sibuk dengan catur dan MTQ. Belum lagi dengan hal2 pengurusan sekolah. Tadi pon aku kene observe pdp dengan pentadbir. Senang cerita, tahun ni aku kurang berkomitmen dengan nasyid namun dalam masa yang sama aku ikuti perkembangannya dari semasa ke semasa.

Setakat hari ni, aku lihat banyak yang perlu diubah untuk mencapai standard yang aku fikir baik sebagai kayu ukuran. bertahun-tahun aku handel nasyid, so aku tahulah juga mana yang perlu ditekankan. Tapi tak mampu aku perbetulkan. Kalau aku ubah, yang lain akan marah sebab selalu sangat buat perubahan last2 minit. 

Sebenarnya bukan aku suka2 nak ubah. AKu ikutkan malas nak mengubah2 tapi terpaksa. ANtara faktornya, nak adjust masa. Sebelum lirik diberikan, aku sendiri dah nyanyi dan estimate lagu tu leh jadi berapa minit. Tapi bila budak yang bawa memang selalu lari, jadi panjang. So terpaksa aku cut dan buat rombakan kecil untuk memendekkan masa. Pasal gaya, ada yang macam kosong dan x ada erti pada gaya n lirik yang dinyanyikan. Aku secara peribadi cuba nak ubah sikit tapi nampaknya sukar. BUdak2 ni rupa2nya memang jenis tak lekat kat kepala otak. Jadi terpaksa lah aku pendamkannya. Pada suara dan melodi, sangat2 aku rasa sesak nafas sebab lagu ke 2 tu macam rosak sungguh daripada aku nyanyi. Amar dan Amir cuba juga try perbetulkan pitching n melodi tapi diorg jadi x jadi je buat. Kesimpulannya, perubahan yang aku nak buat bukan suka2 je. Aku paling takut juga setakat ni kalau terlebih masa.Kantoi sungguh,

Tapi yang aku jadi terterkan ni juga, giliran beraksi lusa ni nati adalah nombor 1. Aku cuba beroptimis namun sukar. Rsa hati ku sangat berat nak terima kenyataan yang kami ni kene nombor 1 buat persembahan. Aku sangat takut. Takut sangat. Terasa down bebeno. Rabu ni rasa tak mahu ikut. Malas. 

Ya, mugkin sebab aku meletakkan hatapan nak dapatkan johan. Tu yang buat aku tertekan kalu ada kelemahan2 yang tak dapat diperbetulkan. Alasannya, budak sekarang tak sama dengan budak tahun lepas. Aduh. Aku rasa ralat sangat2. 

Apapun tinggal satu hari je esok, aku perlu terima hakikat. ituah persembahan mereka yang bakal ditunjukkan di pentas dengan giliran nombor 1 tu. Harapanku, semua urusan dipermudahkan. Budak2 tu dapat buat yang terbaik. Dan, memenangi johan untuk melayakkan diri ke negeri, serta memenangi mana-mana anugerah sampingan sama ada lirik, lagu dan solo terbaik untuk di bawa balik ke sekolah. Penat sangat2. 

Aku malas jugak nak berjanji apa-apa kalau mereka ni menang. Tapi secara peribadi, kalau mereka dapat johan, dengan izin Allah aku akan propose cik nurul tu dalam kadar segera tanpa adanya halangan. Aku harus lebih serius. Pliz la Ya Allah. Harap2 janganlah kerana dosa-dosaku, impaknya terbias pada mereka. Ya Allah, ampuni aku. Ya Allah, perkenankanlah harapanku.