Rabu, 8 Oktober 2014

MENGEJAR SKK

Aku dan kawan2 sekerja di SKTS sekarang ini sedang bergelut dengan SKK. Tidur berulitkan fail berbantalkan laptop boleh digambarkan betapa sibuknya kami siang malam. Di sekolah nak tumpu fail x mudah nak konsentrate bilamana ada kelas. Mungkin aku n rakan2 sepanitia sedikit untung kerana kami kelas berkongsi, boleh pecah2 n uzur2 dengan berat hati. Tapi tu pon x cukup masa lagi. Macam2 report kene ada, macam2 pelan kene wujudkan. 

Dalam pada aku menguruskan fail kantin n catur, aku dilantik secara adhock menjadi setiausaha sekolah merangkap setiausaha SKK di bawah penyelarasan GB. Pada aku ia satu jawatan yang sangatlah berat. Masa Kak Shahida pegang jawatan ni pon aku tengok dia pon macam biol x biol, kini aku pulak yang menggalasnya. Memang rasa biol skit coz aku ni biasa jadi ketua n penyelaras, setiausaha kerjanya remeh n leceh dan perlukan ketelitian. GB kata aku punya cara kerja bersistematik masa beliau propose aku jadi setiausahanya. Oklah, aku akuinya, namun untuk kata aku perfect, sebenarnya tidak. Apa terdaya aku buat, kalau tak memang cincai akhirnya. Tapi apapun aku sahut juga cabaran ini. Sekali aku da ditugaskan, akan ku buat sampai jaya. Atau sekurang2nya sampai ke penamatnya.

SKK ni kami baru faham dari masa ke masa bilamana PPD datang beri pencerahan kepada jawatankuasa minggu lepas. Secara peribadi para pentadbir sendiri tak berapa jelas dengan instrimen yang dibekalkan yang datang dengan pelbagai versi. Kak Elya yang aku tak tahu apa kedudukannya dalam jawatankuasa SKK pun aku tengok boleh la lebih paham skit daripada kami yang lain. Tapi tadi dia pon bertanya kat aku apa beza jalinan n jaringan? What??? Banyak definisi yang nampak gaya membuatkan kami semua turut keliru. Masa orang IAB datang aku cuba dapatkan penjelasan, masa PD datang lain pula katanya, tetibe masa Kak Elya baca bahan daripada SBT, lain pulak. Malah pemahaman literal selama ini pon tidak selari 100 % dengan semua sumber tadi. Tak apalah, moga2 kami dapat pencerahan dari semasa ke semasa.

Secara umum, aku memahami, untuk capai SKK dalam persediaan yang ada ni agak tipis. Bukan aku berfikiran defensif, namun secara rasional pon dapat dilihat banyak kekurangan yang perlu ditampung untuk mengelakkan tanda tanya kepada pihak nazir. Mereka datang tentunya dengan expectation yang tinggi dan kalau apa yang diperlukan tu tiada, memang tak berbaloi kehadiran mereka ke sekolah ni. So, pada aku, rela x rela semua guru harus menggembeleng tenaga mengusakannya. Yang tak lengkap kasi lengkap. 

Tapi, ia tidak cukup lagi sekadar lengkap laporan itu n ini. Yang jadi isu adalah bagaimana nak menghilightkan betapa kebitaraan sekolah ni iaitu BM n Unit Uniform benar2 terserlah selain sahsiah terpuji murid yang dipertonjolkan itu menjadi budaya di sekolah? Kalau BM, tidak secara konsisten dapat 100% pencapaian dalam UPSR. Unit Uniform pun satu hal juga, baru sekali dua ke kebangsaan n antarabangsa, tidak layak lagi nak kata ia sebuah kebitaraan, melainkan ada data ataupun laporan dari 2011 membawa ke 2013 bahawa unit ini berusaha untuk mencapai matlamatnya. Bukan secara tiba2 pada 2014 muncul menang n berjaya di peringkat antarabangsa dan lain2nya. Senang cerita, kejayaan n kecemerlangan skts dalam pelbagai unit, acara n program serta subjek sebenarnya banyak tapi tak konsisten. Tak de perkara khusus yang boleh diangkat sebagai kejayaan konsisten untuk jadi kebitraan n budaya yang sebnar2nya.

Ikutkan, aku pon rasa benda yang nak diwujudkan tu xda. Tapi PPD nasihatkan wujudkan juga, buat la apa cara terutamanya dalma minit mesyuarat n pelan strategik. Kat kepala aku ikutkan juga ada je idea nak bikin macam mana. Bab buat pelan n report ni boleh la juara kat aku, kantin hari tu pon on d spot aku buat bila dia tanya sumbangan langsir ni de resport ke? hihi... Tapi tak menipu, memang ada bukti siap gambar. Tapi kalau kebitaraan ni pulak, camana aku nk bikin spin kasi real? Arrgghhh... Memang tension. Ikut hati mau je aku semak satu2 fail BM n Unit Uniform tapi nanti kata lebih sudu dari kuah. Tapi, apa jaminannya pembikinan aku nanti bakal membuahkan kejayaan memperolehi SKK? Astaghfirullah..... 

Sekarang ni aku da dengar banyak komplen dari guru2 yang da penat nak follow. Yang buat pondok pon terbengkalai. Yang buat fail gara2 bahan hilang pon naik angin. Ada lagi juga yang buat2 tak tahu je. tak amik peduli langsung. GB pon sama, da mula hot bila ada cikgu2 x mau bagi kerjasama. Manakan x hot, masa GB bagi taklimat ada plak yang borak2. Ermm... Memang rata2 da tak beri harapan tinggi. Masing2 da x berapa exited nak mengejarnya. Tapi masing2 juga cuba sedaya upaya lengkapkan fail. Jaring ke jalin ke, taily ke tak taily ke, lain cerita. Masing2 dah penat. Aku pon penat juga dah ni. Rasa nak amik MC, tapi nampak x bertangungjawab la plak. Nauzubillah.

Apapun2, aku harap semangat kami masih tinggi untuk mendapatkan SKK tu. Pliz la Ya ALLAH, bantulah kami.