Sabtu, 23 Mac 2013

AKU DEMAM KERANA MENULIS

demam. tapi makin baik dr siang tadi n malam tadi yg teruk giler. malam tadi kat hotel punye la sejuk sampai tido pakai sweater n stokon skali. roomate aku tgok pon pelek masa die balik hotel jam 5. sebelum tu aku tdo pon jam 3 semata2 nk siapkan manuskrip yg x siap2 lagi. sbb hari ni kene diskas sama penerbit untuk ilustrasi buku. last2 ngantuk gila aku nk tdo, tp x dapat coz aku x dapat benapas dgn baik. athma. lelah. nafas berbnyik sampai aku sndiri nk tdo pon rasa trganggu. mujur xde roomate masa tu. batok terkokol2..sampai rasa penat da nk batuk. terpikir nk balik je rumah pepagi buta malam tadi, tp bawak2 besabo. 

hari ni aku balik 24 jam awal yg sepatutnya habis esok. ikutkan hati mau je aku stay olah semula manuskrip yang dah diperbincangkan. tapi mengenangkan aku ni asik terbatuk2 risau menagnggu roomate plak. tak apa la. aku balik la rumah. ni pon masih berat je pnafasan. Allahu akbar. aku sebenarnya demam da 3 4 hari lalu. sehari selepas mtq hari tu aku da mula rasa xde mood. mgkin tertekan sbb kalah nasyid kot. mmg aku akui aku menaruh harapn tinggi untuk johan. tp x da rexeki. dr skarang juga aku da plan nk plih lagu apa untuk tahun depan. dasat sungguh. 

malam tadi dala tempoh kurang 3 jam aku tdo, sempat lagi aku bermimpi. mimpi yg makin memberatkan kepala aku. aku mimpi perihal aku nk viva. soalnya aku jumpa Dr izham. bukan Dr. NO. ntah mana datang cerite, masa tu aku d sebuah bilik, aku terbaca beberapa tesis berbahasa inggeris dgn tema moonlighting. memang sebijik sama macam tema kajian aku yg cover die kaler meroon n biru. kirenye hasil budak ukm punye la. mmg heran, camana leh ada, dalam bahasa inggeris plak tu. tp tetibe aku dgr suara orang suruh ambil, aku toleh rupe2nya dr. izham. lantas aku tnya boleh ke, die kate boleh. pastu aku ubah topik plak tanya, dr. kenal x siapa yg akan baca tsis saya nanti? tp die mengelak nk jawab siapa. tp die kata ramai yg berminat nk baca tesis aku ni, aku tnya kenapa? die kata ade la...isghk, dr. main teka teki plak. so tetibe aku terganggu dek jam loceng. huh. ikutkan mau je lanjutkan pertanyaan lagi, tp mimpi da habis...huhu..aduh, sampai skrg mimpi tu mengantui aku. sah, aku demam pon sebab tesis yg baru dihantar semalam, boleh plak dr.No kata 'u jgan marah kalu tesis u teruk'...urghh...

pasal tdi plak masa pembentagan manuskrip aku, overall ok, diterima siap gambo aku tunjuk dr tablet aku. tp kene olah cerita skit kasi lebih misteri. aku ni bukan xmau citer misteri tp xmau la lebeh2, da la aku ni cikgu agama, kang x selari dgn prinsip aku plak. ishk. lagi2 bende ni berlatarbelakangkan fakta. kisah istana sultan selangor, kang x psal2 lain plak jadi. bukan la aku pecaya sgt dgn gangguan2 tp syaitan ni masa bila2 pon boleh die sesatkan aku...susah la aku nnt. lagi2 plak die akan d baca oleh ramai orang d sekolah, so boleh jadi bawa kesan negatif scara x langsung...erm...

so bila aku da balim umah ni harap2 mood nk menulis tu ada lagi. kebetulan tesis aku dah hantar semalam so leh la fokus skit. becerita pasal tesis, ya Allah, moga2 apa yg Dr.NO cakap tu xde la terjadi, jgn la aku disusah2kan lg dgn tesis tu, tp x nak la dapat gred rendah..nk A jugak at least A-. harap kata2 drNo tu skdar nk buat aku takut je supaya jgn relax n yakin sgt. Ya Allah. La hawla wa la quwwata illa billah... penat sudah aku demam kerana menulis, tulis tesis, tulis novel. argh..beratnya sama payah.

Rabu, 20 Mac 2013

Mimpi X jadi realiti


Nasyd naib johan. Aku x tau sama ada itu rexeki atau ujian. Tp secara opstimisnya itu da rexeki budak2 tu. tp pada aku itu satu ujian buat kami guru2 yang berlatih. Kami mau nombor 1, sedangkan budak2 ni nampaknya berpuas hati dengan nombor dua mereka. ah, tiada yang lain daripada nombor satu untuk hidung membau aroma domino pizza yang diorg nak, okay…hehe. Setakat ni aku tak piker lagi apa gift aku nak bagi ats kemenanggan nombor dua mereka. selama ni aku hanya berjanji termasuk bernazar untuk nombor satu je. Nampak beno konfidennye aku..huhu..last2, tersasar.

Sepintas lalu apa berlaku tadi, suppose giliran 10 tp skip punya skip dapat jadi kelima. Ok la tu  xla penat menunggu. Yg datang 11 kumpulan je. Tahun ni aku dapati daripada ketiga2 tahun yang aku ikuti, semuanya hebat2. Masing2 ada kekuata tersendiri. Ketua jemaah hakm pon kata pesembahana overall kali ini ada peningkatan kualiti. Itu aku akui hingga membuatkan persaingan untuk johan tu sengit la. Aku pon tadi d bawah dok menghakimi persembahan2 perserta. Dr pemerhatian aku cantik je terususun kedudukan. Daripada 11 tu ada 5 persaingan yg aku lihat ada potensi untuk menag sebagai johan , naib johan n ketiga. Tp entah bagaimana, yang johan benar, tepat pada ramalana aku iaitu skdabb dengan markah 90%, yang kedua skts 89% dan ketiga sk salak 81%. aku

Daripada marakah2 itu, aku lihat betapa sengitnya antara skdabb dengan skts. satu je beza. Mesti pening kepada jemaah hakim. Aku rasa seri kot. Tp mgkin diorg rasa kekuatan lebih ada pada dabb, maka markah samada di tambah pada skdabb atau dikurangkan pada skts. wallahu a’lam. Mmg rasa kecewe la cam tu. mungkin x berapa ralat kalu markah jauh beza. Tp beza satu mata membuatkan timbul syak, mgkin x pada kami dr skts, tp pada rakan2 guru pembimbing skola lain. tp daripa analisa aku masa diorg beraksi pon mmg skdabb pon bagus. Sanpaikan aku sendiri meramalkan skts nombor 3 je berada di bawah sk salak. Namun terbalik. Yg tepat yg johan je. So, aku x perlu kecewa sangat pon, rasanya itulah keputusan yang adil kemungkinannya untuk kami.

Yang pasti, skts ni menang sorak. Masa zaidiq start je memalu conganye, mata2 audien terus focus ke depan. Mmg sedap. Sampai masa aku kat bawah beberapa guru2 skola lain turut terpana apathlagi budak2..hehe..ada la skola lain yg ambil gambar mreka ni. Bab sorak2 ni, aku tengok seroja ni mmg ada nama, gah n mantap. Namun bukan rezeki kami menang. Xpe la. Tatkala shahril kol kak fiza, die sebut yg skts kalah sebab pa sistem yg x smooth sampai part solo yg best x berapa jelas.  Dan aku lihat pa sistemnye x berapa best sampaikan ada guru2 skola lain suruh aku adjuz mic diorg kat depan tu sebab sayang suara ada tp mic prob. Aku kat rumah ni pon tadi tgok balik video mmg ada slack pon. Erm..tp secara peribadi faktor kekalahan kami adalah lagu tema x berpadang pasir. Kalu bab masa mmg terlebih satu minit, skola yg johan n kebanyak skola lain pon telebih jugak. So untuk tahun depan, kami kene perah otak n idea gubah lagu irama padang pasir lagi la..yg tadi punya x berapa padang pasir berbanding tahun lepas2 lepas punya xde Nampak padang pasirnya pon, tp masa2 tu mujur ada nombor gak.

So apapun keputusan yang diperolehi itu selain nombor satu, mulai esok kehidupan aku n kawan2 pembimbing lain da berjalan seperti biasa. Kak su je akan terus bz dgn pelbagai petandingan n persembahan. Aku plak banyak bende nk buat. Novel aku x siap2 ..hurm..tesis? allahu akbar, harap DrNO dapat luangkan masa jumpa aku esok. In sya Allah. Dan sekarang, aku juz perlu lupakan kekecewaan tadi yg mengalahkan kekeceewaan budak2 tu. teruskan rutin sbb banyak lagi bnde yg harus aku komitmen. Malas nk fikir lagi kalu johan apa jadi. Yg pasti bila johan aku n kak fiza punya keje2 lain untuk sebulan mendatang akan terbengkalai jugak..hehe…wallahu a’lam.






Isnin, 18 Mac 2013

Harapan untuk MTQ2013






Letih yang amat sangat. Penat. Ikutkan sepatutnya aku harus lebeh penat gara2 aku ada 2 tempat lain dalam hari ni yang harus dijejak. Pertama ke hospital, ada appointment dengan dr. kedua aku ke ukm juga ada pertemuan dgn dr. yakni supervisor aku. yang medical check up tu asalnya 20hb, aku tukar ke 18 gara2 tau masa tu mtq hari rabu ni. Tup2 mggu lepas kata mtq anjak awal sehari. Adoi.. tp aku x kisah. Sekarang aku jadi kisah bilamana aku rasa aku harus berada bersama budak2 nasyid gara2 banyak bende yg harus digilap lagi setelah latihan2 dijalankan selama 3 mggu ni.  Kemudian pertemuan dgn DrNO aku plak tu aku yg mintak smalam. Konon2 nk cepat setel bende ni. Tp malam tadi x leh nk print pulak. Adui..last2 kansel. Mujur dr. x marah. Xpe la, mgkin hikmahnya aku dapat bsama budak2. Kalu x mmg aku da babai diorg la. Sbb hal tesis ni jd keutamaan aku skarang berbanding yg lain selain pnp. Lagipun hari ni aku ada miting untuk hem untuk pemantaua skola sebagai calon sekolah berprestasi tinggi. Banyak bende aku nk bincang n tanya n dapat daripada pentadbir.

Erm, setelah samapai ke hari ni, aku rasa aku leh konfiden mereka dapat wat yg terbaik hingga memiat juri dgn persembahan mereka. sejak pagi td, diorg da rehearsal d dataran perhimpunan, habis satu taman seroja dengar gara2  corongnya dihalakan dari atas tingkat 3 n 4 ke arah luar pagar. Nasibla. Sepanjang show mereka di perhimpunan tu ramai la maat2 memerhati. Bagi yg mmg train bduak2 ni mmg rasa sakit jiwa je. Banyak slack. Kantoi betul. Tp di sebalik tu ramai gak guru2 memuju. Yg sempat aku dengar komen yg mmbina n pujian ialah kak razea, kak fazilah, kak anuratha, kak elya n kak norhabshah. Antara lain gb sendiri puji ok but pada suara solo tu la. Sampaikan gb psan banyak2kan minum air suam n air asam jawa. Last2 tadi dari pagi sampai ke petang kami suruh bebudak tu minum air asam jawa sepanjanh sesi latihan. Nway, ada gak lagi beberapa org lain tp mgkin x sampai kepada aku. rata2 memuji lagu melodi lirik lagu tu best. Malah paduan suara budak2 yg harmoni tu jugak sedap didengar kata mereka. malangnya suara solo ada slack skit gara berlatih pagi petang nasyid untuk skola pagi n skola ptg, da tu jadi solo plak tu. Allah.

Tp lepas rehat diorg latih lagi, siapa mic sorang satu. Dalam hal ni terima kasih pada kak su yg menggalakkan kami guna bilik muziknya, dan terima kasih pada firdaus yang Nampak sporting memasangkan p.a sistem. Masa ni Nampak la kekuatan suara masing2 bila berpadu dalam satu corong speaker. Dan lepas tu kami di dewan plak. Nampak ok. Dan aku rasa bab suara diorg, xde masalah. Tp ada satu masalah lain yg amat membimbangkan kami.

Masalah masa. Dari awal latihan aku  kira durasi dr start sampai habis 17 minit. Allah, lamanya. Masa tu nk bajet sampai 15 minit je. Last2 minggu lepas baca peraturan baru, skarng 12 minit. Ishk, camana leh aku x perasan lak. Selama ni aku fikir 15 minit je x de perubahan. Last2 ada. So beberapa perubahan kecil aku buat la lagi termasuk la lagu intro, intro muzik dan gbahan lagu. Lagi x best bila mana lagu outro terpaksa kami buang gara2 sungguh x dapat masa 12 minit.  Dapat 14.

Dan akhirnya ptg tadi latih 2x persembahan. Masih terlebih, dalam 13 minit lebeh. Tp x lebeh daripada 14 la. Erm..skit je kurang. Tang mana lg slack x tau la. Last2 aku give up la. Biarlah stakat yg tu ja. Td pon da tanya shahril sbg juri bg nasyid sek men, dia kata kalau terlebih x dikira, kalau telebih plak markah akan dipotong td begantung pada berapa minit lebeh. Ya Allah. Yg masa telebih tu dipejam2kan mata la lalu diberi ruang untuk mendapat kemenangan.

Overall… dari penilaian aku, gaya diorg x berapa smooth tp x ketara la slacknya. Paduan suara n harmoni, agak ok la, tp kadang2 x menjadi. Juz aku bimbang suara haziq je kantoi..Allahu Akbar. Dan dari penilaian aku berdasarkan pemrakahan yg diberi, leh la dapat A dgn 88%. Entah la. Mungkin ada kebiasan. Takpa, biarlah esok jadi penentuan.

Di kesempatan ini, aku berharap2 sangat agar ar-raihan ni menjuarai nasyid di peringkat daerah ni. Nak juga kami merasa berlatih kat jijan dgn dibantu bombing oleh pakar2 nasyid dari sekolah lain under ppd sepang. Aku tau para hakim yang arif lagi bijaksana ttntunya bijaksana. Aku mintak ni bukan untuk aku secara material, tp untuk kepuasan diri aku. juga untuk kepuasan diri kawan2 aku yg sama2 train budak2 ni. Dan juga agar mereka rasa puas hati dgn komitmen yang telah diberikan. Nk sebut komitmen kami cikgu2nya, tak perlu nk cakap sume org paham. Tp budak2 ni kesian, mungkin ada parents mereka yg mula besuara bila asik nyanyi sampai lupa nk belajar. Entah la. Kalau lah esok sk taman seroja menang nasyid sebagai juara daerah, aku personally akan…
-      
     keluarkan duit sendiri bagi sumtg. Aku hold dulu coz takut apa yg aku nk bagi sama mcm org len. Stakat ni kak fiza mewakili panatia janji nk belanja domino pizza.

-        Untuk ke negeri, pesembahan yg ada ni aku nk polish lagi. Aku nk gubah skit2 supaya lebih ok x telebih2 masa, itu pon jika ada cadanganlah.

-        Aku janji aku akan berpakat dgn ustaz bilal agar sama2 bertoleransi untuk menetapkan masa latihan untuk mereka. mmg aku ada terpkir, kalu la dapat masuk negeri, memenag naya la budak2. Tp aku optimis agar kami semua dapat berlatih sevara harmoni..hihi..ape punya bahasa la aku ni.

-        Kalau la mtq ni dapat dijuarai secara keseluruhan oleh SK Taman Seroja, aku akan bg sumtg juga pada mereka yang mendapat juara. Bg acara2 selain nasyid.

Dan secara xlangsung, aku target keputusan bagi acara2 ini:

-        Tilawah lelaki – amaluddin = juara. Aku dengar die ni berlatih dgn daus, sedap.
-        Tilawah perempuan – hannan = juara. Tgok struggle latih sama kak komar, ada harapan tu.
-        Hafazan lelaki – hafizuddin = ketiga. Nampak cam kantoi2 skit. Tp die kata die ok. So, ok la.
-        Hafazan perempuan - ???? = ketiga. X  kenal, mana nak tau. Masih menaruh harapan.
-        Bercerita lelaki – amran = ketiga. Gaya dia ok. Tp sampai td kantoi mengahfaz.
-        Bercerita perempuan – fatin = kedua. Ok la bak kata kak ida.

Apapun, aku tetap mengharapkan nasyid dapat johan. Ya, mungkin harapan ku menggunung sgt, tp aku ada alasan bersikap optimis sebegini. Berilah peluang ini kepada kami Ya Allah… Pada-Mu lah kami mengharap sgt2 ni. Usaha telah kami lakukan. Doa telah kami panjatkan. Hanya tawakal sahaja jadi kekuatan untuk mengharapkan harapan kami dijadikan kenyataan. Insya-Allah.


Isnin, 11 Mac 2013

Latihan Nasyid.






Bismillah....Allahumma solli 'ala Sayyidina wa maulana Muhammad.

Aku tengah tension dengan MTQ ni, terutamanya nasyid. Pertamanya, tarikh berlangsungnya diawalkan sehari, dari hari Rabu bawa ke Selasa. Giler. Latihan tak perfect lagi. Konon2 nak push n pulun latihan sepanjang Isnin dan Selasa, tapi kalu dah Selasa bertanding nampaknya Isnin je la yang ada. Sekarang ni pun budak2 tenagh exam, aku serba salah nak train diorg waktu2 cam ni.

Mujur untuk kedua2 lagu, mereka dah hafaz. Boleh la kata ok, tapi bab gaya sedikit kantoi, asyik ingat2 lupa je. Lagu walaupun da di hafaz tapi aku masih nak mereka buat harmoni pada beberapa part lirik. AKu buat sendiri pandai, siap berduet sama kak fizah. Tapi bila nk implement pada budak2, tak pandai plak aku nk atur2kan suara siapa boleh tinggi rendah. Sebab pada aku bila dah nyanyi ramai-ramai otomatik ada suara yang semulajadi mengharmonikan lagu semasa mereka menyanyi tu. contihnya suara akmal, tp malangnya suara diue ni kejap timbul kejap tenggelam.

Lagu inro n outro, baru je ajar tadi. So far mereka dah hafaz nampaknye, tapi masih ada tune yg sumbang dan x best serta tak sama macam aku nyanyi. Aku tak kata aku perfect, tapi aku rasa bila diorg nyanyi da lari dari tune aku nyanyi, otomatik x sedap la skit diorg nyanyi. Tadi suruh Luqman jadi solo gantikan Haziq yang sakit tekak, leh la bawak, tapi macam slow sikit. erm, sabo je la.

Muzik percussion, tadi baru sampai alat baru, congga dan bar chime. Ikutkan aku nak order lama dah, tapi macam2 hal aku kene fikir n urus sebelum sempat diorder pada minggu lepas. dan masalah sekarang, mereka yg terlibat ni masih cacamarba muziknya, x konsisten pon satu hal, lagi2 bila da tambah alat baru makin pening la especially si Zaidiq tu lah. esok aku push diorg latih lebih2 lagi.

Solo xde suara. argh...kantoi sungguh. haziq ni memang best la suara dia. Tapi yang kesiannya, dengan kebestan suara die tu la pagi dia jadi solo, petang pon die jadi solo. Aku tak tau nak buat camana, coz die bukan hak sekolah pagi sorang2, tp hal bersama sebab die ada pelajar sekolah petang juga. so kene pepandai dia la handel. tapi aku try train Luqman jadi backup die, if anythg happend n i hope nothing happen la, die leh amik part haziq. 

Komitmen budak2 ni plak, aku tengok ada yg sungguh2 abgi komitmen, ada yang kureng skit. ya, mgkin yg kurang tu sebab ada komitmen yang perkara lain, tp apa yg aku nak adalah komitmen pada grup nasyid untuk mtq ni. komitmen pelajaran aku sungguh x kisah. lagi2 skarang exam, aku rasa biarlah, aku tak mahu dipersalahkan cikgu2 lain gara2 nasyid ni. tapi aku rasa kesal skit bila diorg mendabel standardkan nasyid ni dgn tumpu pada nasyid sekolah petang pada waktu yg sepatutnya pikir untuk skola pagi. contohnya sabtu lepas, aku punye la nk hargai semangat mereka, aku setuju sabtu ada latihan. tapi yg datang 5 org je, 4 yg lain p latihan skola petang sampai telebih masa sedangkan masing2 da deal waktu untuk dtg latihan nasyid pagi. erm, dalam hal ni aku x tau sapa salah. tapi aku x nak salah menyalahkan org, dah berlalu pon, sekarang aku nk pastikan mereka terus berkomitmen tggi. pada yg beralih komitmen ke acara2 padang n sukan pon aku rasa x senang. dari awal aku da tanya sorang2, ada x komitmen lain selain daripada amal islami petang mereka, tp semua kata xda n dah habis. kali ni si Irfan dok kata ada bola baling, si Zafri kata tenis die ada tournament on weekend, si Zaidiq lak kata ada perlawanan psahabatan. diorg ni kan....

Apapun mengenai hubunganku dengan Ustaz Bilal selaku guru nasyid sekolah petang, aku rasa hubungan kami sedkit dingin. aku yang rasa gitu, x tahu la beliau rasa camana. ianya gara2 masa latihan la. budak2 dah la sama. aku penah elakkan meminimakan budak2 yg sama pagi n ptg, akhirnya masih bermasalah untuk latihan even sorang pon. tahun ni plak aku x tahu sgt yg diorg keahlian nasyid skola ptang, tahu2 je, 4 org daripada mereka tu terlibat, ishk..parah2.. tp aku xmau la timbulka  isu sgt, insya Allah esok lusa aku sms ustaz bilal tanya kabo. moga hubungan kami baik.

Untuk tahun ni aku rasa ramai penolong2 aku yang sama2 latih budak nasyid. kalu dari pihak panitia, biasanya 2 n 3 orang, tahun ni rasanya 4 atau 5. aku, kak fiza, kak ct nor, irma, kak. elya. tambah lagi jurulatih utama yg mmg pakar, kak suhaily. tetibe ada lak budak2 prektikel yg aku rasa diorg ada minat nk tolong tp masih x kuar aura diorg, nashruddin, adib, atikah, fazilah n sprg lagi sapa ntah. bila aku tanya diorg, diorg kata xlah terlibat dgn nasyid kat maktab, haaa...ni mesti kak su suruh diorg ni..hihi...tp aku rasa tu xde masalah la, sekurang2 ya bab gaya psembahan diorg leh tolong. lagi membantu, bila td alatan sampai, aku n kak su x pandai nk pasang completely, diorg la datang bantu buat..hehe...aku tnye diorg biasa ke dgn alat2 tu, diorg kata x. tp buat brdasarkan logik lagi2 diorg kan guru KH, do bab tukang menukang tu kan keje diorg..hehe

Kesimpulannya, harapan aku untuk nasyid ni, moga2 tahun ni kumpulan nasyid ni jadi johan untuk daerah seterusnya layak ke peringkat negeri. pliz la Ya Allah.....


















Jumaat, 1 Mac 2013

MaCaM-mAcAm HaL

Aku minggu ni burn out giler2. tapi masih dapat atasi. mana taknya, selepas aku hadiri kursus penulisan pengkarya guru 2012, komitmen aku yang sedia berat bertambah beratnya lagi.

di sekolah, kerje2 yang aku galas x dapat nk buat sesempurnanya. core bisnes aku sebagai guru yang mengajar cam kantoi je, rph aku tulis pon setelah selesai kelasnya, biasanya aku jamak tulis rph seminggu pada mana2 hari dalam mggu tu, aku akan peruntukan satu atau dua waktu free untuk menaip rph supaya mudah. bende leceh cam ni kene fokus n buat berterusan secara one-of untuk smnggu. pbs plak, ni kantoi sgt, entah apa yg aku tahu aku pon x tahu la. fail guru aku kosong lagi, xde isi. mampos la kalu nazir datang aku xde pape nk tunjuk. harap aku x kene la. kemudian, instrumen2 bekiatan pon ntah hampe2 ntah. aku rajin wat worksheet tp aku x ikut sngt band2 yg ada tu. tp kalu bab ngajar dalam kelas aku xde masalah, aku boleh kekalkan kecemerlangan mcm biasa..hehe..idea ada mcm2 nak bg budak faham n menarik. abm aku mcm2 ada. pendek kata dalam kesibukan aku, kelas tetap jadi keutamaan. 

pasal skola lagi berkaitan hem, pasal kantin la, apalagi, x habis2 kantin, samapai sebenarnya aku da bosan jugak lagi2 kawan2 kat skola tu asik la report macam2 pasal kantin. tensen aku. aku ni bukannya ada share pon, aku ni wakil pengurusan sekolah, bukan wakil penguasaha kantin ataupun wakil kelab guru kakitnagn. so apa yg pengurusan kehendaki itulah aku jalankan. yg kantin ni sibuknya bukan apa, ni gara2 masuk pertandingan sampai ke kebangsan tu yg jd sibuk semua pihak nak kasi kantin tu indah ceria bagus best dll. peruntukan yang ada sampai ribuan ringgit x aku gunakan even kertas kerja da diluluskan. aku rasa tu x jadi keutamaan aku sgt. tp ini adalah harapan pihak pengrusan aku cuba la hadapi. setakat ni aku ok even ada yg x ok..hehe..


pasal skola lagi, pasal mtq. sibuk sungguh aku nk pastikan seroja johan keseluruhan. teks cerita laki pompuan aku buat, nasyid aku konduk. aku harap untuk acara2 ni dapat la masuk ke peringkat negeri, nk jugak rasa latih budak kat jijan..hehe...especially nasyid. teks cerita tu patut leh gruu2nya buat, tp bak kata kak yati, apa guna aku menang menulis sana sini tp teks cerita sekola sendiri x dibuat. ok.


tu hal skola. hal rumah plak, tu lain cerita. sume org ada halnye, even aku xde anak bini lagi tp komitmen aku kat rumah sama sahaja, aku ada mak abah atok wan nk diberi perhatian n patuh dgn arahan. aku ada adik2 yg belajar lg perlukan bimbingan aku dlm perbagai segi. rumah pon kene diselenggara..da la umah aku ni banglobang...kawasan besar giler nk d jaga...so x payah la sapa2 nk argue yg aku ni bujang free memanjang. aku tahu sapa lah aku.

pasal luar sekolah atau luar rumah, aku ni x  habis2 dgn tesis aku...ya Allah, bila la nak habis ni. aku sebenarnya da penat nka ngadapnya. apa lagi yg x betul, kenapa tatkala org lain mudah diberi perlepasan, aku masih x dilepas2kan? tadi aku da hantar by emel draf yg perlu diperbetulkan. harap diterima baik la. dan diapprove hantar ke fak mggu depan. aku harap bila tesis ni dihantar ke fak aku dapat fokus pada yg lain pula esp pada pnp aku.

lagi satu hal pasal pengkarya guru, gatal sgt nak berkursus, last2 dapat tugasan yang betul2 buat aku penat otak nk pikir. kalu tahun lepas manuskrip hanya hantar selepas sebulan, tp kali ni dalam tempoh smnggu. lagi 2 3 hari nk due, satu hapa pon aku x fikir. semangat nk ada tp masa kurang ada. masa yang ada aku utamakan pada hal2 di atas tadi tu la.

ada lagi hal lain, pasal diri sendiri, errk..tu xpayah cakap la, tgok je la hal2 di atas tu, ada ke ruang aku nk hang out n bershopping sana sini? dating plak jauh sekali. aku nk p hantar krete basuh pon x sempat. erm... beginilah penangannya kerjaya seorang guru hari ni yg konon2nya bersemangat nk meningkatkan keprofesionalannya dan komitmennya. moga diberi kekuatan untuk selesaikan semua2 hal dengan sehabis baik. Insya Allah.