Jumaat, 1 Mac 2013

MaCaM-mAcAm HaL

Aku minggu ni burn out giler2. tapi masih dapat atasi. mana taknya, selepas aku hadiri kursus penulisan pengkarya guru 2012, komitmen aku yang sedia berat bertambah beratnya lagi.

di sekolah, kerje2 yang aku galas x dapat nk buat sesempurnanya. core bisnes aku sebagai guru yang mengajar cam kantoi je, rph aku tulis pon setelah selesai kelasnya, biasanya aku jamak tulis rph seminggu pada mana2 hari dalam mggu tu, aku akan peruntukan satu atau dua waktu free untuk menaip rph supaya mudah. bende leceh cam ni kene fokus n buat berterusan secara one-of untuk smnggu. pbs plak, ni kantoi sgt, entah apa yg aku tahu aku pon x tahu la. fail guru aku kosong lagi, xde isi. mampos la kalu nazir datang aku xde pape nk tunjuk. harap aku x kene la. kemudian, instrumen2 bekiatan pon ntah hampe2 ntah. aku rajin wat worksheet tp aku x ikut sngt band2 yg ada tu. tp kalu bab ngajar dalam kelas aku xde masalah, aku boleh kekalkan kecemerlangan mcm biasa..hehe..idea ada mcm2 nak bg budak faham n menarik. abm aku mcm2 ada. pendek kata dalam kesibukan aku, kelas tetap jadi keutamaan. 

pasal skola lagi berkaitan hem, pasal kantin la, apalagi, x habis2 kantin, samapai sebenarnya aku da bosan jugak lagi2 kawan2 kat skola tu asik la report macam2 pasal kantin. tensen aku. aku ni bukannya ada share pon, aku ni wakil pengurusan sekolah, bukan wakil penguasaha kantin ataupun wakil kelab guru kakitnagn. so apa yg pengurusan kehendaki itulah aku jalankan. yg kantin ni sibuknya bukan apa, ni gara2 masuk pertandingan sampai ke kebangsan tu yg jd sibuk semua pihak nak kasi kantin tu indah ceria bagus best dll. peruntukan yang ada sampai ribuan ringgit x aku gunakan even kertas kerja da diluluskan. aku rasa tu x jadi keutamaan aku sgt. tp ini adalah harapan pihak pengrusan aku cuba la hadapi. setakat ni aku ok even ada yg x ok..hehe..


pasal skola lagi, pasal mtq. sibuk sungguh aku nk pastikan seroja johan keseluruhan. teks cerita laki pompuan aku buat, nasyid aku konduk. aku harap untuk acara2 ni dapat la masuk ke peringkat negeri, nk jugak rasa latih budak kat jijan..hehe...especially nasyid. teks cerita tu patut leh gruu2nya buat, tp bak kata kak yati, apa guna aku menang menulis sana sini tp teks cerita sekola sendiri x dibuat. ok.


tu hal skola. hal rumah plak, tu lain cerita. sume org ada halnye, even aku xde anak bini lagi tp komitmen aku kat rumah sama sahaja, aku ada mak abah atok wan nk diberi perhatian n patuh dgn arahan. aku ada adik2 yg belajar lg perlukan bimbingan aku dlm perbagai segi. rumah pon kene diselenggara..da la umah aku ni banglobang...kawasan besar giler nk d jaga...so x payah la sapa2 nk argue yg aku ni bujang free memanjang. aku tahu sapa lah aku.

pasal luar sekolah atau luar rumah, aku ni x  habis2 dgn tesis aku...ya Allah, bila la nak habis ni. aku sebenarnya da penat nka ngadapnya. apa lagi yg x betul, kenapa tatkala org lain mudah diberi perlepasan, aku masih x dilepas2kan? tadi aku da hantar by emel draf yg perlu diperbetulkan. harap diterima baik la. dan diapprove hantar ke fak mggu depan. aku harap bila tesis ni dihantar ke fak aku dapat fokus pada yg lain pula esp pada pnp aku.

lagi satu hal pasal pengkarya guru, gatal sgt nak berkursus, last2 dapat tugasan yang betul2 buat aku penat otak nk pikir. kalu tahun lepas manuskrip hanya hantar selepas sebulan, tp kali ni dalam tempoh smnggu. lagi 2 3 hari nk due, satu hapa pon aku x fikir. semangat nk ada tp masa kurang ada. masa yang ada aku utamakan pada hal2 di atas tadi tu la.

ada lagi hal lain, pasal diri sendiri, errk..tu xpayah cakap la, tgok je la hal2 di atas tu, ada ke ruang aku nk hang out n bershopping sana sini? dating plak jauh sekali. aku nk p hantar krete basuh pon x sempat. erm... beginilah penangannya kerjaya seorang guru hari ni yg konon2nya bersemangat nk meningkatkan keprofesionalannya dan komitmennya. moga diberi kekuatan untuk selesaikan semua2 hal dengan sehabis baik. Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan