Selasa, 24 Mei 2011

Kata-kata GB buat aku di saat2 akhir.

Esok last cikgu Misnon berkhidmat di sekolah, bersara terus dari menjawat sebarang jawatan sebagai kakitangan kerajaan. Tadi sempat aku ambil kesempatan selepas loceng sekolah berjumapa dengan die dalam pejabatnya. Niat ni aku rancangkan sejak minggu lepas lagi. Kiranya aku nk dengar sendiri dia komen apa2 saja tentang aku termasukla memberi sebarang nasihat n teguran.

Macam biasa, once die bukak je cerita sure2 sukar nk mencari endingnya. Aku sebagai pendengar pon x pandai lak nk memotong kat mana2 part. Malah aku macam syok je die cerita macam2 even apa yg die cerita tu mcm da pernah dengar je. Tapi x pe la..lepas ni mana ade lagi aku nk dengar celotehnya. So aku biarkan saja la die bercerita selama 1 jam sedangkan aku berhajar berjmpanya pon untuk 10 minit.

Antara point2 yg die sebutkan adalah seperti berikut:

1- 'awak adalah antara org yg berada dalam 90 ke atas'.
aik cikgu, seperasan saya la, sepanjang 3 tahun ni saya x penah dapat lebeh 90 pon. tp apa yg cikgu cakjap tu tol..saya da keje n beri kdmat sebaik2nya mgikut kemampuan n amanah yg diberikan...tp mgkin ia x cukup untuk meyakinkan org lain untuk mmberikan markah tggi buat saya, x pe la..

2- 'pelbagaikan kaedah dalam PnP untuk menarik minat murid'.
dalam hal ni memang die da slalu sebut..sama ada masa borak2 santai ke, masa miting ke..biasa die sebut. n aku tabik kat die pasal banyak idea2 yg die sebutkan n ada yg menarik. i'Allah aku akan cuba usahakan demi murid2.

3- 'jawatan sebagai GB bukan sesuatu yang mudah'.
ya cikgu, saya tau sangat...hatta dalam organisasi kecik pon sbg ketua unit pon da rasa ckup berat. tp cara2 keje cikgu rasanya leh d adaptasikan dalam kejaya saya sbb cikgu ni org yg berpandangan jauh. so d mana pon posisi kita kalu tau wat keje, i'Allah boleh.

4- 'jangan fikirkan apa yang orang kata, tumpukan pada kerja kita'.
ni satu nasihat dari dia bila aku tanya de x cikgu dengar rakan2 lain sebut2 pasal saya. die kate bende ni lumrah, mana ada org yg perfect sentiasa. katanya dia sbg ketua pon even ramai yg suka dengannya tp lagi ramai jugak yg x sukakannya. so katenye, buat la keje sndiri sehingga setel.

5- 'ikutlah cara gb baru, jangan dibanding2kan dengan cara saya'.
betul la tu cikgu, lain org lain caranya kan. saya x kisah sangat apapun cara org baru tu nanti, janji kami nanti leh bekerja dgn baik, tenang n senag hati. soal siapakah die x jd masalah. tp saya x tau la camana, tp kawan2 sejawat guru lain saya dengar macam2 feedback. hampir kesemunya ulas gb yg satu ni baik, bagus...ha..korang, masa ni la baru nk rasa kemanisannya berGBkan cikgu misnon yg best ni..dulu2 punye la banyak songeh..hehe.

erm..banyak lagi sebenarnye die sebut sampai aku pon x ingat2...yela..sejam lak tu...macam2 die sebut. apapun aku secara peribadinya berharap moga2 ak dapat berkhidmat seperti biasa dengan baik n selesa dan bertambah2 baik prestasi aku..

semalam aku diinterviewkan oleh kak elya untuk masuk dalam slide show..kirenye mewakili bekas anak muridnya la..alahai..malunye aku...segan la bila muka aku nnt kuar kat slide beso2..huhu..ntah ape aku cakap pon ntah la...janji cakap n komen..hihi..

da la, kalu nk cakap pasal gb ni sampai esok x habis, harap2 majlis esok bjalan dengan baik n sempurna. I'Allah..

Rabu, 18 Mei 2011

aku menari d hari guru

sempena hari guru hari tu, kumpulan aku terkena untuk mempersembahkan tarian. wuishkk..giler! camana la tu...tp aku ni jenis yg komited dgn ape pun tugasan maka aku pon wat la ap yg patut..sama2 carik lagu, aku edit muzik n video..pk kan jalan cerita tarian tu...props..kirenye org kate aku ni boleh wat keje la even bende tu sebenarnya jauh dr peribadiku seorg ustaz..argh..peduli apa aku..sbn niat aku asal2 mmg nk menang...dalam grup aku ade 2 org ustazah aku cam 'galak'kan diorg join sama. ikut hati rasa x mau je join..wat malu kaum satu hal, aku ni kaum2 agamawan takkan lah leh terlibat. tp aku ni jenis liberal skit, maka folow je la..mana yg rasa x melampau tu aku ok la..minimakan mana2 bahagian yg agak over tu..biar la cukup syarat n dapat hiburkan audiens kalangan budak2...n seperti yg d jangka, akan ade rakaman yg d upload ke utube oleh anak murid..n d sini dapat la aku donlod untuk simpanan aku..mmg kelakar la..tp dalam pda tu aku harap org x sebut2 pasal tarian ni lagi..biarla berlalu..maluuu....



Isnin, 16 Mei 2011

IDOLA & INSPIRASIKU

aku bersyukur berada di pentas perguruan ini. tatkala ribuan individu yang ingin berada di sini, aku antara ribuan juga yang cukup bertuah diberi kesempatan ini. tatkala berkali2 orang lain memohon, aku hanya dengan skali permohonan dapat menjadi sebahagian warga pendidik berjumlah lebih 400 ribu orang seantero Malaysia. tidak cukup lagikah kebanggaan yang harus aku miliki? mmg ramai individu yg berada di laluan ini merasa kesal, kecewa dan penat dengan karenah perguruan n pendidikan, namun aku harap aku tidaklah termasuk dalam kumpulan itu walaupun sedar kadang2 perasaan itu turut bermain di fikranku. 

berada di pentas ini, aku bersyukur juga kerana ada beberapa individu yang menjadi inspirasi aku. jika dalam kalangan keluarga, aku bukanlah orang pertama yang menjadi guru. ramai. bagai kuah tumpah ke nasi, aku seolah2 menjejaji laluan yang didahului oleh mak aku, atok aku aka ayah kepada mak aku termasuk beberapa adik beradik mak aku dan ipar2nya aka mak sedara n bapak sedare aku. x kurang juga sepupu2 aku yang turut menjejaki langkah ibu ayah mereka serta datuk kami. malah dalam kalangan saudara mara yang lebih jauh sedikit seperti sepupu2 mak, adik beradik atuk dan juga dua pupu aku, ramai juga yang berada di laluan sama. pendek kata, kerjaya perguruan tidak lah menghairankan aku, kerana dalam masa sama oyang2 n oyang2 sedare aku serta keturunanannya yang makin jauh dariku juga ramai yang bergelar guru. bercerita sejarah setiap seorang daripadanya, rasanya x cukup sehari nk dicatatkan. apapu sebenarnya, mereka ini tidaklah begitu menginspirasikan aku untuk bergelar guru. malah aku sendiri pon tidak berada di sini atas sebab minat n suka dengannya, tp mgkin sebab bakat n kemahiran yang mengalir tanpa ku sedar.

berada di pentas ini, sebanrnya, rakan2 sejawat la sebenarnya yang memberi inspirasi kepada ku. tatkala aku masih hijau dengan kerjaya ini, beberapa individu guru sekitarku dilihat berpotensi dalam mencorakkan kerjaya aku secara tidak langsung. sama ada dalam aspek pnp, organisasi dan kerjaya, semuanya bercampur baur dan menjadi rujukan ku untuk kuat n betah di laluan ini. antara indivdu yang sejak kemasukan ku di laluan ini dari tahun 2008 adalah seperti mana berikut:

kak qomar - kesabaran.
aku solute sama dia. kerja dia bagus. penuh dedikasi n sistematik. penuh kesungguhan dan kesabaran. dia ni jqaf yg sama opsyen dgn aku tp kohort pertama, aku kohort empat. so die lebih banyak melalui saat2 getir untuk menjayakan misi jqaf ke dalam sekolah ini. yang aku dengar, dia bersama kak tipah n kak mazihah seringkali berdepan masalah di awal kemasukan mereka gara2 program ni program baru. setakat ni sedikit sebanyak tahap kesabaran aku leh aku serap dalam diri..yela, itu la aset pentg untuk seorang guru mengajar dlm pnp.

ustaz azami - serba boleh.
mmg mase aku n daus masuk pertama kali, die sorang2 dalam blik guru bersama2 50 oarng guru wanita. so maknenye kat skola tu mmg die jadi harapan sekolah untuk buat pelbagai tugas antaranya jadi penasihat n jurulatih bola sepak, keselamatan, disiplin, ko-k, panatia dll sampai aku rasa kalu aku berada di tempat die mmg aku tensen...tp die relax je..ok je aku tgok. dan itu mmbuatkan die diterima ramai even ada sesetengah situasi ada bende yang mencabar kredibilitinya. so dari sikap die tu, aku bercita2 nk jadis erba boleh mcm die tp aku sedar tahap kemampuan aku berbeza dgn die. tp aku harap aku dapat mempelajari banyak perkara untuk memantapkan lagi kerjaya aku ni walaupun tidak dapat menjadi serba boleh seperti dia.

kak rohaiyah - kesungguhan.
dia ni mmg antara org kuat skola. banyak program2 d bawah seliannya. yg aku nampak kalu dia buat sesuatu tu die buat sehabis baik. apa yg dirancang diusahakan sampai jadi. xde la nampak die mudah give walaupun dalam masa aku nampak ada pihak2 or individu lain x dapat menerima caranya, atau membiarkannya terkontang kanting. yelah, banyak sgt program skola, mmg kadang2 cikgu2 susah nk beri komitmen penuh spertinya lagi2 rumah die ni dalam kawasan skolah...mmg xde masalah la dia nk wat kerja. n stakat ni, aku akui sedkit sebanyak sikapnya mmpengaruhi aku dalam tugasan2 yg aku buat. mmg aku pon kalu nk buat program atau menjalankan tugas even kecik mmg nk pastikan kerja tu berjalan dgn jayanya. xdenye nk buat main2. da bg kerje buat sehabis baik lagi2 kalu bende tu aku suka n x sukar buat aku. 

kak arina - ketangkasan.
hehe...org kate die kak long aku..ceh. mana taknya, ada org kate aku slalu ikut tlunjuk die dalam menyetelkan kerje dia. eh, bukan mcm tu, sebanrnya kerja die tu kerja aku skali sbb aku berada 2 tahun dalam unit keselamatan dengannya, dan kini aku pula jadi ketua keselamatan. so mmg la banyak ilmu harus aku dapatkan daripadanya. yg best, die ni tangkas gile dalam buat kerja. kalu dapat tugasan n buat progarm, die mesti nk sume org bawah die buat kerje sungguh2 n cepat selain inginkan kesempurnaan. die x giyang kaki, tp turut sama mmbantu n menyelia walaupun sebenarnya satu kelemahan yg aku nampak, die x pandai bab ict...sikap die ni sedkit sbanyak mmg menjadi isnpirasi aku dalam kerjaya ni. apa aku buat pastikan buat dgn betul, dgn cara yg betul n siap sepenuhnya. malah kadang2 aku pon cerewet juga sampai kalu program kelolaan aku, aku nk pastikan semuanya sempurna xde cacat cela.

kak elya - kemahiran ict.
aku solute sama die ni. jarang aku dapati org pendidikan islam hebat dalam ict sekaligus menyelia n menjadi org rujukan. mmg aku tau org2 pendidikan islam terer ict tp x la sampai jadi pakar rujuk kat skola, tp die ni bukan takat skola, tp sampai ke ppd n jabatan tu. hebat. die mmg bz giler dgn kerje2 die dalam makmal cuber tu, kadang2 kerje2 die tergendala gara2 guru2 lain mintak bantuannya. dr hal remeh temeh sampai la yg sukar. kemahiran ni aku mmg rasa nk kuasai tp aku ni kadang2 penat dgn perkembangan dunia ict yg sering berubah2 n dinamik dari semasa ke semasa. banyak sgt sampai x terikut. tp x pe la..apa yg penting mana yg bekaitan dgn tugas aku, kene la aku amik tahu. dan yg pasti kemahiran ict ni penting dalam kehidupan hari ni dan tentunya pada die ni la aku akan sentiasa rujuk dr masa ke masa dgn dalam masa sama aku belajar la juga dari die...

guru besar cikgu misnon- pengurusan.
beliau ni mmg hebat. mgkin berdasarkan pengalamannya la mmbuatkan beliau dapat uruskan organisasi sekolah dgn jayanya. mana xnya, aku dengar di bawah kendaliannya la banyak kecemrlangan n kejayaan skolah trlakar dari pelbagai aspek. tp aku pecaya selain pengalaman yg banyak, usaha n kretiviti memainkan peranan. so aku dalam diam menjadikan die inspirasi aku untuk kreatif dalam tugasan aku. beliau sndiri beberapa kali secara personal sering bercerita pasal pnp n memberi pelbagai kaedah pnp yang sesuai n menarik dijalankan. mmg era beliau n aku berbeza tp kaedah pnp die nampaknya up to date. so dr hal ini aku rasa mmg aku da lakukaknnya lebih2 lagi masa aku prektikel tahun 2009 aku bejaya tersenarai dalam 20 orang calon rentasan maktab yg dapat A dalam prektikum. 

itu antara sebanhagian mereka yang aku integrasikan kemahiran dan sikap mereka untuk aku aplikasikan dalam kehidupan bekerjaya aku. kawan2 lain pon x kurang hebatnya. aku tau, tiada siapa yang sempurna, namun setiap org harus berusaha capai kesempurnaan. yang baik amik, yg buruk tinggal. moga2 degan bantuan Allah mereka ini mnejadi wasilah kepada kecemerlangan keerjayaku kini dan sehingga akhirnya...insya Allah.

Jumaat, 13 Mei 2011

pesersembahan d ulang 3x

sepanjang mei ni masa free aku kat skola tu semuanya jd full. ni gara2 kene handle budak2 untuk beberapa psemabhan yg ade spanjang mei ni la. ikut plan untuk hari guru pada 16 mei n hari gb bsara 25 mei, tp smalam untuk mggu bahasa pon d panggil gak. itu pon pasal ade skit salah paham jadual2 pada tentatif2 hari guru n bersara gb tu yg aku try selitkan psenmabahan nasyid ni ke mggu bahasa bg mggantikan cansel pd hr guru. tp yg kelakarnya tetibe untuk hr guru d panggil jugak...aisey..x kisah la..tp yg aku jd kisah jugak bilamana lagu yg budak2 ni nasyidkan ni pon lagu yg sama untuk hari guru...kire pd aku tu nnt jd x surprise la..bukan takat dengar 2x, malah 3x termasuk hr kamis yg ade raptai tu...nasib la...janji best...eh best ke?

daripada pesembahan 2x kat pentas smalam2 n kelmarin, nampaknye feedback yg diterima sgt2 positif. ramai yg spanjang pesembahan tu tegur aku, katenye best la, bagus la..verygood, menarik dll. sejujurnya sbenarnya aku masih x rasa show diorg tu baik sgt..biasa2 je..malah banyak yg kene d perbaiki. sampaikan kak selva yg indian tu pon rasa terpegun dgn budak2 tu..hehe..

aku x pasti bagus tang mana...mgkin pada bentuk pesembahan smalam..yela..nama je kumpulan nasyid, last2 show tu nasyid ala2 boria n dikir barat...mmg unik jugak la..so mgkin itu yg dikatekan bagus. pastu mgkin bagusnya pada budak2 yg join tu..ade dr kalangan mereka jenis budak 'stupid' kate sesetengah cikgu, tp bila tgok budak tu siap nyanyi meant xla stupid sgt..leh je ngapal lagu. mmg kalangan mereka tu ade yg jenis malas belajar, tp kalu bab2 nynayi ni boleh lak tetibe...nasib la..hehe..

apapun sebenranya segala pujian n kebaikan yg ada tu aku tujukan kepada Allah semata-mata. aku bukan la hebat sgt even masa ku perabis d situ. biarlah apa yg terhasil itu tidak menjadikan aku riak n takabur. biar Allah saja menentukan. sebenarnya aku konduk nasyid pon secara sukarela. ade beberapa matlamat aku gariskan dalam pada aku konduct nasyid ni...

1- mencungkil bakat budak: ya...ramai budak2 ni bila sebut nyanyi je, hebat. so x lsaha budak2 yg berbakat tu aku masukkan untuk psemabahan yg bukan pertandingan...ala, suka2 je kan..mana tau pada masa depan dgn pengalaman mereka ni, mereka dapat pergi jauh.

2- memartabatkan hiburan secara islam: bile sebut nasyid otomatik org sebut hiburan islam. ya. tp bukan nasyid smata2. ade jugak cara lain yg boleh d jadikan hiburan dlm islam. so bilamana adenye pesembahan sedemikian yg bermesejkan dakwah n agama tentu saja ia dapat memberi kesan pd org lain dan tentunya juga secara x langsung kepercayaan n kekaguman org2 yg mendengar d skts tu thadap nasyid akak berubah d mana kalu tahun2 dulu bla naasyid je ramai yg wat x peduli...

3- menyampaikan mesej dakwah: berdakwah bukan secara ceramah n pnp d kelas dan lain2..melalui nasyid dan pesembahan pentas jugak masih leh dijadikan tool untuk memastikan pendengar mendapat pengajaran daripadanya. disamping itu ia juga sbgai cara meninggikan kemulian allah melalui lirik2 yg memuja mujinya.

itu adalah matlamat umu yg aku inginkan..namun terdapat 2 lgi malamat yg aku rasa bersifat peribadi..

1- lirik n melodi yg dgunakan: actually mmg ade sdkit niat kat hati aku untuk mmbawa n menerapkan lagu2 nadamurni dlam psembahan diorg. mmg aku sengaja. sbb lirik2 n lagu2 nadamurni mmg begitu mendalam makna tersurat tersiratnya...bahasa yg mudah, sedap d dengar. biarlah lagu2 ini dapat memberi pahal n kebaikan kepada si pemunya lagu n nyanyian...sbb pada aku, mereka adalah mujaddid hiburan islam.

2- kepuasan diri sendiri: mmg, bilamana melatih bduak2 ni tentu aku inginkan sesuatu yg mmberi kepuasa dalam diri aku. bukan mengaharpkan pujian smata2. skurangnye biarlah org melihat aku sbenarnya punya multiskill...xla bila ade program aku kene doa la, jurgambar la n dokumentasi..da boring aku...so harap dgn handle pesembahan ni stidak2nya ia dapat mengajar aku erti mengurus budak d luar bilik darjah. woww...mmg tensen...hehe

ok la...ni aku nk p skola..nk training tarian lak..eh..tarian? ya...kumpulan cikgu2 hr guru ni..terkene wat tarian..nasib la..tp yg isnin tu aku risau jugak la...untuk kali ke-3 nasyid tu d naynyikan semula...mesti bosan kan..entah la..