Isnin, 16 Mei 2011

IDOLA & INSPIRASIKU

aku bersyukur berada di pentas perguruan ini. tatkala ribuan individu yang ingin berada di sini, aku antara ribuan juga yang cukup bertuah diberi kesempatan ini. tatkala berkali2 orang lain memohon, aku hanya dengan skali permohonan dapat menjadi sebahagian warga pendidik berjumlah lebih 400 ribu orang seantero Malaysia. tidak cukup lagikah kebanggaan yang harus aku miliki? mmg ramai individu yg berada di laluan ini merasa kesal, kecewa dan penat dengan karenah perguruan n pendidikan, namun aku harap aku tidaklah termasuk dalam kumpulan itu walaupun sedar kadang2 perasaan itu turut bermain di fikranku. 

berada di pentas ini, aku bersyukur juga kerana ada beberapa individu yang menjadi inspirasi aku. jika dalam kalangan keluarga, aku bukanlah orang pertama yang menjadi guru. ramai. bagai kuah tumpah ke nasi, aku seolah2 menjejaji laluan yang didahului oleh mak aku, atok aku aka ayah kepada mak aku termasuk beberapa adik beradik mak aku dan ipar2nya aka mak sedara n bapak sedare aku. x kurang juga sepupu2 aku yang turut menjejaki langkah ibu ayah mereka serta datuk kami. malah dalam kalangan saudara mara yang lebih jauh sedikit seperti sepupu2 mak, adik beradik atuk dan juga dua pupu aku, ramai juga yang berada di laluan sama. pendek kata, kerjaya perguruan tidak lah menghairankan aku, kerana dalam masa sama oyang2 n oyang2 sedare aku serta keturunanannya yang makin jauh dariku juga ramai yang bergelar guru. bercerita sejarah setiap seorang daripadanya, rasanya x cukup sehari nk dicatatkan. apapu sebenarnya, mereka ini tidaklah begitu menginspirasikan aku untuk bergelar guru. malah aku sendiri pon tidak berada di sini atas sebab minat n suka dengannya, tp mgkin sebab bakat n kemahiran yang mengalir tanpa ku sedar.

berada di pentas ini, sebanrnya, rakan2 sejawat la sebenarnya yang memberi inspirasi kepada ku. tatkala aku masih hijau dengan kerjaya ini, beberapa individu guru sekitarku dilihat berpotensi dalam mencorakkan kerjaya aku secara tidak langsung. sama ada dalam aspek pnp, organisasi dan kerjaya, semuanya bercampur baur dan menjadi rujukan ku untuk kuat n betah di laluan ini. antara indivdu yang sejak kemasukan ku di laluan ini dari tahun 2008 adalah seperti mana berikut:

kak qomar - kesabaran.
aku solute sama dia. kerja dia bagus. penuh dedikasi n sistematik. penuh kesungguhan dan kesabaran. dia ni jqaf yg sama opsyen dgn aku tp kohort pertama, aku kohort empat. so die lebih banyak melalui saat2 getir untuk menjayakan misi jqaf ke dalam sekolah ini. yang aku dengar, dia bersama kak tipah n kak mazihah seringkali berdepan masalah di awal kemasukan mereka gara2 program ni program baru. setakat ni sedikit sebanyak tahap kesabaran aku leh aku serap dalam diri..yela, itu la aset pentg untuk seorang guru mengajar dlm pnp.

ustaz azami - serba boleh.
mmg mase aku n daus masuk pertama kali, die sorang2 dalam blik guru bersama2 50 oarng guru wanita. so maknenye kat skola tu mmg die jadi harapan sekolah untuk buat pelbagai tugas antaranya jadi penasihat n jurulatih bola sepak, keselamatan, disiplin, ko-k, panatia dll sampai aku rasa kalu aku berada di tempat die mmg aku tensen...tp die relax je..ok je aku tgok. dan itu mmbuatkan die diterima ramai even ada sesetengah situasi ada bende yang mencabar kredibilitinya. so dari sikap die tu, aku bercita2 nk jadis erba boleh mcm die tp aku sedar tahap kemampuan aku berbeza dgn die. tp aku harap aku dapat mempelajari banyak perkara untuk memantapkan lagi kerjaya aku ni walaupun tidak dapat menjadi serba boleh seperti dia.

kak rohaiyah - kesungguhan.
dia ni mmg antara org kuat skola. banyak program2 d bawah seliannya. yg aku nampak kalu dia buat sesuatu tu die buat sehabis baik. apa yg dirancang diusahakan sampai jadi. xde la nampak die mudah give walaupun dalam masa aku nampak ada pihak2 or individu lain x dapat menerima caranya, atau membiarkannya terkontang kanting. yelah, banyak sgt program skola, mmg kadang2 cikgu2 susah nk beri komitmen penuh spertinya lagi2 rumah die ni dalam kawasan skolah...mmg xde masalah la dia nk wat kerja. n stakat ni, aku akui sedkit sebanyak sikapnya mmpengaruhi aku dalam tugasan2 yg aku buat. mmg aku pon kalu nk buat program atau menjalankan tugas even kecik mmg nk pastikan kerja tu berjalan dgn jayanya. xdenye nk buat main2. da bg kerje buat sehabis baik lagi2 kalu bende tu aku suka n x sukar buat aku. 

kak arina - ketangkasan.
hehe...org kate die kak long aku..ceh. mana taknya, ada org kate aku slalu ikut tlunjuk die dalam menyetelkan kerje dia. eh, bukan mcm tu, sebanrnya kerja die tu kerja aku skali sbb aku berada 2 tahun dalam unit keselamatan dengannya, dan kini aku pula jadi ketua keselamatan. so mmg la banyak ilmu harus aku dapatkan daripadanya. yg best, die ni tangkas gile dalam buat kerja. kalu dapat tugasan n buat progarm, die mesti nk sume org bawah die buat kerje sungguh2 n cepat selain inginkan kesempurnaan. die x giyang kaki, tp turut sama mmbantu n menyelia walaupun sebenarnya satu kelemahan yg aku nampak, die x pandai bab ict...sikap die ni sedkit sbanyak mmg menjadi isnpirasi aku dalam kerjaya ni. apa aku buat pastikan buat dgn betul, dgn cara yg betul n siap sepenuhnya. malah kadang2 aku pon cerewet juga sampai kalu program kelolaan aku, aku nk pastikan semuanya sempurna xde cacat cela.

kak elya - kemahiran ict.
aku solute sama die ni. jarang aku dapati org pendidikan islam hebat dalam ict sekaligus menyelia n menjadi org rujukan. mmg aku tau org2 pendidikan islam terer ict tp x la sampai jadi pakar rujuk kat skola, tp die ni bukan takat skola, tp sampai ke ppd n jabatan tu. hebat. die mmg bz giler dgn kerje2 die dalam makmal cuber tu, kadang2 kerje2 die tergendala gara2 guru2 lain mintak bantuannya. dr hal remeh temeh sampai la yg sukar. kemahiran ni aku mmg rasa nk kuasai tp aku ni kadang2 penat dgn perkembangan dunia ict yg sering berubah2 n dinamik dari semasa ke semasa. banyak sgt sampai x terikut. tp x pe la..apa yg penting mana yg bekaitan dgn tugas aku, kene la aku amik tahu. dan yg pasti kemahiran ict ni penting dalam kehidupan hari ni dan tentunya pada die ni la aku akan sentiasa rujuk dr masa ke masa dgn dalam masa sama aku belajar la juga dari die...

guru besar cikgu misnon- pengurusan.
beliau ni mmg hebat. mgkin berdasarkan pengalamannya la mmbuatkan beliau dapat uruskan organisasi sekolah dgn jayanya. mana xnya, aku dengar di bawah kendaliannya la banyak kecemrlangan n kejayaan skolah trlakar dari pelbagai aspek. tp aku pecaya selain pengalaman yg banyak, usaha n kretiviti memainkan peranan. so aku dalam diam menjadikan die inspirasi aku untuk kreatif dalam tugasan aku. beliau sndiri beberapa kali secara personal sering bercerita pasal pnp n memberi pelbagai kaedah pnp yang sesuai n menarik dijalankan. mmg era beliau n aku berbeza tp kaedah pnp die nampaknya up to date. so dr hal ini aku rasa mmg aku da lakukaknnya lebih2 lagi masa aku prektikel tahun 2009 aku bejaya tersenarai dalam 20 orang calon rentasan maktab yg dapat A dalam prektikum. 

itu antara sebanhagian mereka yang aku integrasikan kemahiran dan sikap mereka untuk aku aplikasikan dalam kehidupan bekerjaya aku. kawan2 lain pon x kurang hebatnya. aku tau, tiada siapa yang sempurna, namun setiap org harus berusaha capai kesempurnaan. yang baik amik, yg buruk tinggal. moga2 degan bantuan Allah mereka ini mnejadi wasilah kepada kecemerlangan keerjayaku kini dan sehingga akhirnya...insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan