Jumaat, 13 Jun 2014

Cuti Hampir Berakhir

Cuti hampir berakhir. So far aku lalui hari2 cuti dengan penuh manfaat biar pun cuti kali ini tidak berjalan makan angin ke mana-mana. Apa yang aku buat adalah lebih menumpu kepada memberi perhatian dan mendampingi atok yang kurang sihat sama ada di hospital mahu pun di rumah. Moga2 adanya aku di sisinya memberi kesan yang baik untuk kesihatannya stabil.
Antara lain buat pertama kalinya cuti aku juga dihabiskan dengan menjalani LADAP secara maya, I THINK. Biarpun rasa tension dengan kelembapannya, akhirnya dapat juga aku hadapi sehingga modul terakhir. Malah sempat juga aku jadikan mengumpul mata melaluinya sebagai hobi aku selepas tamat modul...hehe.

Selain itu juga, aku manfaatkan masa cuti untuk menyelesaikan novel mini untuk terbitan pelangibook yang terbengkalai sejak cuti hujung tahun lepas berkahir. Aku juga cuba merangka projek terbaru untuk buku bergambar kanak-kanak terbitan karangkraf yang berkolaborasi dengan member lama yang bertugas sebagai pegawai kesihatan. Dalam pada itu, aku plan juga nak submit abstrak untuk present paper dalam seminar pendidikan guru oktober akan datang. Harap2 semua menjadi kenyataan dan dipermudahkan.

Dan, aku rasa macam tak bersedia lagi nak bersekolah. Rasa tak puas lagi buat macam2 kerja dan hal peribadi. Selama ni asyik memikirkan hal sekolah tak habis-habis. Tapi teroaksa juga aku terima kenyataan. So, persiapkanlah diri ko Emi, kesian budak2 pemulihan jawi aku tu. Untuk minggu pertama nanti, dah plan dengan k.fiza akan mengajar jawi suku kata pula.

Sementara itu tadi telah selamat berlangsungnya majlis APC bagi pencalonan 2013. Alhamdulillah, 3 daripada 6 penerima tu adalah rakan2 daripada panatia aku sendiri. Bangga juga. Pengorbanan guru2 agama nampak diiktiraf di peringkat sekolah. Walau mungkin bukan atas tiket kecemerlangan dalam panatia, sekurang2nya dapat dilihat guru2 agama itu serba boleh. Insya ALLAH ia juga membawa imej baik kepada islam bagi guru2 yang mengajar pendidikan islam ini.

Dan kali pertama dalam cuti ini aku tak fikir langsung pasal study. Rasa ringan sikit kepala ni berbnading 3 tahun sebelum ini yang asyik bergelumang dengan kertas kerja, assignment, jurnal, artikel, tesis dan lain2. Syukur, semuanya telah ku harungid engan penuh sabar, dan penat...hihi.

Apapun, untuk seterusnya aku harap kerhidupan peribadi dan kerjaya aku terus gemilang dan cemerlang demi kemaslahatan aku dunia dan akhirat, kerana aku percaya dunia ini jambatan ke akhirat. Apa yang dilakukan di sini jadi tiket untuk ku berada di antara dua, syurga atau neraka. Insya ALLAH, Dia juga lah yang menjadi Penilai yang sebenar2nya jika dibandingkan dengan manusia yang punya khilafnya tersendiri.