Khamis, 25 November 2010

GURU: KERJAYA MERENTAS BATASAN

SAYA merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, yang menyarankan agar guru-guru menerima sahaja tugasan yang diberi kerana ia akan membentuk sikap bertanggungjawab dan dedikasi kepada tugas sebagai pendidik.

Sebagai guru, saya percaya semua guru bersetuju dengan pandangan beliau. Pendedahan kepada pelbagai bidang tugas memang satu nilai tambah kepada modal insan guru.

Namun begitu, saya berpendapat, sebagai Ketua Pengarah Pelajaran, beliau patut sudah mengetahui tentang bebanan tugas guru yang sudah menyebabkan hampir 80 peratus guru hilang fokus, masa dan tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada tugasan sebenar, iaitu mengajar di dalam kelas. Perkara ini jika berlarutan, kalau ditambah bilangan guru 10 kali ganda pun, tapi kalau semuanya hendak buat kerja pentadbiran, memang tidak berubah keadaan sekolah-sekolah kita.

Inilah yang menimbulkan rungutan guru-guru. Apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) terganggu, murid ketinggalan dalam akademik dan menimbulkan masalah disiplin. Kemudian ibu bapa pula merungut. Padahal sebagai guru, kita sudah melakukan apa yang termampu dengan masa dan tenaga yang terhad.

Tugas perkeranian ini bukan sahaja sudah menyebabkan tumpuan kepada bidang akademik terganggu, malah ia telah mengelabui mata para pentadbir dalam bidang pendidikan juga, bermula dari pentadbir sekolah, sehinggalah ke peringkat jabatan pelajaran negeri-negeri.

Malah, pada pendapat saya, pelantikan Ketua Pengarah Pelajaran dari kalangan guru yang merupakan orang akademik (yang akhirnya terpaksa duduk di pejabat membuat tugasan pentadbiran) ialah bukti bagaimana fokus kepada akademik telah dilonggarkan, kerana tuntutan kerja-kerja pentadbiran. Bayangkanlah kalau seseorang pada tahap kematangan dan pengalaman yang ada pada Alimuddin, duduk di dalam kelas untuk mengajar. Beliau barangkali boleh menghasilkan beratus-ratus lagi anak bangsa yang bakal menyumbang kepada negara. Tapi akhirnya beliau diletakkan di pejabat.

Kenapa tidak kita berikan kerja pentadbiran kepada orang pentadbiran, dan kita orang akademik, buatlah kerja akademik. Kenapa guru yang sudah berpengalaman bertahun-tahun akhirnya disuruh membuat kerja pentadbiran? Bukankah pengalaman dan pengetahuan mereka boleh membantu lebih ramai murid menjadi cemerlang? Adakah menjadi orang akademik terhebat masih rendah tarafnya berbanding orang pentadbiran yang duduk di pejabat?

Lihatlah bagaimana pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, prestasi melintang (sudah tidak akan diamalkan lagi) pelantikan guru pakar, guru bestari dan guru cemerlang. Adakah mereka yang diberi semua penghargaan ini dilantik di kalangan guru yang anak murid mereka menunjukkan peningkatan prestasi akademik? Tidak!

Kebanyakan penerima anugerah dan pentadbir-pentadbir sekolah, pejabat pelajaran daerah dan jabatan pelajaran negeri dilantik di kalangan orang yang menonjol di bidang pentadbiran semata-mata. Sebab itulah kita lihat masih ada murid yang gagal subjek-subjek tertentu walaupun diajar oleh guru pakar, guru cemerlang dan guru bestari. Ini kerana yang ‘bestari’, ‘cemerlang’ dan ‘pakar’ ialah kerja pentadbiran guru itu, bukan teknik P&Pnya. Sekarang ini dengan peperiksaan PTK, guru yang malas masuk kelas pun boleh dapat kenaikan gaji dan pangkat.

Malah, saya sendiri pernah melihat seorang guru yang sangat konsisten. Guru ini setiap tahun (selama hampir 18 tahun) mencatatkan peratus lulus subjek Sains melebihi 95 peratus di semua kelas yang diajarnya, walau pun saban tahun mendapat kelas paling hujung, walaupun mengajar murid yang buta huruf, walaupun format peperiksaan kerap bertukar.

Beratus-ratus muridnya daripada tidak mengenal huruf, akhirnya mendapat A dalam subjek Sains SPM. Tetapi guru ini tidak pernah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, hanya kerana guru ini tidak mempunyai hubungan baik dengan pentadbir sekolah yang hanya mementingkan kerja pentadbiran. Guru ini pula memang menolak kerja pentadbiran kerana kerja pentadbiran akan menyebabkan dia mengabaikan murid-muridnya, sesuatu yang guru ini enggan lakukan.

Bagi saya, sekalipun guru ini dilihat ‘melawan ketua’, tetapi komuniti kecil guru-guru dan murid-murid sekolah menyanjung dan menghormati guru ini kerana keberaniannya meletakkan fokus pada apa yang berhak, iaitu murid-murid. Guru ini juga tidak lokek membantu guru-guru muda dari segi memberi bimbingan tentang teknik P&P yang berkesan. Bagi guru muda seperti saya, inilah guru dalam erti kata sebenar.

Bagaimana boleh berlaku, dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, guru yang pandai mengajar diketepikan berbanding guru yang hanya pandai menaip dan mengemas fail? Di manakah profesionalisme guru? Bagi saya, seorang guru itu profesional jika dia pandai mengajar kerana itulah sebenarnya tugas hakiki seorang guru. Tapi hari ini, guru yang membuat kerja yang betul tidak diberi penghargaan sepatutnya, dan guru yang tidak pandai mengajar pula yang diletakkan di tempat tinggi, diberi elaun, kuasa dan jawatan. Bagaimanakah guru-guru yang setiap hari berhempas-pulas dengan murid di dalam kelas hendak menghormati pentadbir mereka yang tidak pandai mengajar pun?

Malah, pentadbir itu pula yang akan duduk di belakang kelas menilai sama ada guru lain pandai mengajar atau tidak. Hanya kerana mereka pentadbir, mereka ada kuasa memberi markah. Tapi mereka menjadi pentadbir bukan kerana mereka pandai mengajar, tapi pandai membuat kerja lain selain mengajar. Bagaimanakah pentadbir sekolah seperti ini layak menuntut penghormatan daripada warga guru? Saya pernah melihat seorang pengetua sekolah yang diletakkan mengajar hanya dua waktu seminggu, terpaksa meminta guru lain mengambil alih kelasnya kerana dia terlalu kerap keluar dan tidak ada di sekolah.

Jika hari ini masyarakat melihat guru sebagai tidak professional, itu ialah kerana hampir semua guru terpaksa membuat kerja menaip dan mengemas fail, suatu kerja yang boleh dibuat oleh budak lepasan SPM.

Jika hari ini masyarakat melihat guru tidak berilmu, ia adalah kerana guru asyik mengisi borang, bukan mengisi dada dengan ilmu.

Kuala Lumpur">

- UTUSAN MALAYSIA 3 DIS 2009 -

_________________________________________________________

Maaf, tulisan ini saya paparkan agar setiap dari kita dapat menilai sendiri betapa tidak mudah bergelar sebagai seorang guru. Jika kita tidak berada di tempatnya, jangan pula kita lebih banyak berkata-kata tanpa mengetahui keadaaan sebenar

Budak2 Nasyid


Kali ni aku nak mencoret tentang nasyid sekolah aku plak..namanya kumpulan nasyid ar-raihan. Ada pelbagai komentar aku terhadap mereka, sama ada ahli kumpulannya, atau juga gaya persembahannya. 

Untuk pertamanya aku ingin melihat dr sudut ahli2nya. Ar-raihan aku tengok ahlinya adalah org2 bersekutu di kalangan mereka. Maksudnya mereka mencari ahli hanya dikalangan mereka, yang rapat dengan mereka. Jadi ini membuatkan mereka ni boleh dikatekan ade chemistry dikalangan mereka. Good.

Antara lain yang aku perhatikan, majoriti mereka tu adalah daripada anggota al-aarif, grup nasyid sekolah petang under bimbingan ustaz bilal. Apa yang aku dengar mereka tu selalu dijempot buat psembahan kat majlis2 n hotel sekitar bbst..waaa...bagusnya...

Dari gaya persembahan mereka...erm..boleh dikatekan tak berapa membanggakan. Masa kat stage sebelum ni aku tengok x la sedap sangat. Biasa-biasa je. Boleh la kate kalu tiba persembahan nasyid tu aku kalau boleh mahu blah..buat sakit gegendang n mencemarkan pandangan mata aku je…nasib la korang..x sesuai korang dgn jiwa aku ni…hihi

Pemilihan lagu pulak, aku tgok bole la kreatif. Tapiii…ade sesetengah lagu x sesuai nk di nyanyikan..boleh jd sbb xde kekuatan vocal pada lirik tu..dari segi percussion plak ni paling aku tensen…same je rentaknye untuk sume lagu..dah tu plak yg tukang gendang gendut tu mcm nk tunjuk die la hebat boleh main sampai goreng2 punye..padahall….sakit telinge org yg dengar tu..bunyik macam cina mampos.

Kesimpulannya mmg x best la. Dan aku tgok kalangan guru, diorg xde plak cakap apa2..no komen la kirenye..janji cukup syarat untuk penuhi tentative majlis. Pada budak2 yg lain plak, kelihatan mereka agak exited kalu budak nasyid tu tampil ke pentas. Yela, da namanya artis sapa x teruja. Mmg aku tgok ramai yg bercita2 nk jd mcam penasyid ni tp xde peluang..haha..

Oh ya, sejak aku masuk 3 tahun lepas kumpulan ar-raihan ni dinaungi oleh ustaz azami a.k.a mentor aku dlm prektikel diploma pendidikan. Mmg ustaz tu bagus..n kadang kala ustaz mintak bantuan kawan aku, firdaus untuk tengok2kan budak2 nsyid masa latihan. Aku? Sekali pon x pernah diminta tolong. Mgkin ade yg perasan aku seolah2 x berminat dgn nasyid dan x suke dgn persembaha  nasyid tu la kot membuatkan org x pikir aku leh conduct grup nasyid tu..hehe…biarkanlaa…

Jumaat, 19 November 2010

POST MORTEM AKHIR TAHUN 2010


Alhamdulillah.. pejam celik pejam celik da hujung tahun 2010 rupenye..dgn berakhirnya sesi psersekolahan ni menunjukkan da 3 tahun aku berkhidmat penuh sebagai guru. Sejauh mana dedikasiku menabur budi? Setinggi mana komitmenku berkhidmat bakti? Entah la.. sejujurnya aku rasa aku sudah membuat yang terbaik walau kadang kala aku kurang teliti sebahagian kecil perkara. Terkadang juga aku terlampau terperinci terhadap sesuatu kerja hingga menjadikan aku x snang duduk x lena tidur. Biasanya bende ni adalah sesuatu yang penting. Harapakanku bukan untuk dihargai orang semata-mata, baghkan lebih dari itu, aku mahu ia adalah sesuatu yang boleh member manfaat kepada seluruh warga sekolah seterusnya menjadi kebanggaan kepada sekolah. Memang sudah prinsip aku, buat sehabis baik selagi ada ruang. Andai kata terpakse membuatakan sebelah mata atas sebab2 yang x dapat d elakkan, maka dengan berat hati aku lakukan. Masakan tidak. Se awal dulu aku berprinsipkan selaku guru tugas hakikinya adalah berkaitan P&P..apekejadahnya nk buat kerja2 perkeranian dan peroperasian. Tapi atas matlamat untuk belajar dan beroleh pengalaman aku tak kisah semua itu. Cuma tatkala apa2 yang menjadi kecatatan dari tugasku harapnya jgn la ada yang mempersoal.

4 ke 5 jam meeting post mortem td memperlihatkan gb dan para gpk membentangkan laporan akhir tahun. Gb memfokus kepada pencapaian akademik terutamanya UPSR yang baru keluar minggu lepas. Gpk 1 pulak memfokus kepada bidang tugas kurikulum spt panitia dan kelas-kelas. Gpk 2 pula menjurus kepada unit2 HEM yang aku sifatkan sebagai tugas untuk menggerak sekolah. Untuk gpk koko pula ianya menjurus kepada kokurikulum dan sukan sekolah. Rasanya apa yang mereka perkatakan semua guru dah maklum Cuma tidakla secara terperinci.

Dan dalam meeting tu jugak aku sebanyak 2x dipuji…hehe..terima kasih kak ton. 1st die ucapkan tahniah atas kerja2 komited yang guru2 baru lakukan. Guru2 baru ni katanya senagaja die lantik jd ketua untuk testing, last2 berkesan n berjalan jugak program2..org2nya adalah firdaus selaku ketua unit disiplin, kak shahida selaku ketua unit kebajikan dan aku sebagai ketua unit keselamatan. Dalam hati aku bangga jugak sbb semua yg sebut2 ni adalah guru jqaf dan diorg ni jugak adalah satu batch kemasukan dgn aku..ckgu baru yang hakikatnya da 3 tahun d sini..hihi..baru jugak la.

Pujian kedua aku dapat bilamana kak ton membentangkan laporan unit keselamatan berfokus kepada pemantaua pihak bomba dan pengisian semula gas2 alat pemadam api…mmg die sebut detail la pasal alat tu…n diakhirnya die ucapkan terima kasih kat aku…cikgu2 sebelah aku da senyum2 kat aku, org lain plak tepok2 tgn..hehe..aku bangga dlm segan.

Ah, x kisahla..aku x terkesan dgn pujian sbb aku tau aku da buat dgn sebaiknya…tp daripada pujian dan galakan smangat itu la menjadi pendorong aku untuk terus melakukan yang terbaik. Tuhan, aku harap apa yang aku lakukan dalam kerjayaku ini mendapat berkat mu…jauhkan aku dr sifat riak dan membangga diri….