Jumaat, 19 November 2010

POST MORTEM AKHIR TAHUN 2010


Alhamdulillah.. pejam celik pejam celik da hujung tahun 2010 rupenye..dgn berakhirnya sesi psersekolahan ni menunjukkan da 3 tahun aku berkhidmat penuh sebagai guru. Sejauh mana dedikasiku menabur budi? Setinggi mana komitmenku berkhidmat bakti? Entah la.. sejujurnya aku rasa aku sudah membuat yang terbaik walau kadang kala aku kurang teliti sebahagian kecil perkara. Terkadang juga aku terlampau terperinci terhadap sesuatu kerja hingga menjadikan aku x snang duduk x lena tidur. Biasanya bende ni adalah sesuatu yang penting. Harapakanku bukan untuk dihargai orang semata-mata, baghkan lebih dari itu, aku mahu ia adalah sesuatu yang boleh member manfaat kepada seluruh warga sekolah seterusnya menjadi kebanggaan kepada sekolah. Memang sudah prinsip aku, buat sehabis baik selagi ada ruang. Andai kata terpakse membuatakan sebelah mata atas sebab2 yang x dapat d elakkan, maka dengan berat hati aku lakukan. Masakan tidak. Se awal dulu aku berprinsipkan selaku guru tugas hakikinya adalah berkaitan P&P..apekejadahnya nk buat kerja2 perkeranian dan peroperasian. Tapi atas matlamat untuk belajar dan beroleh pengalaman aku tak kisah semua itu. Cuma tatkala apa2 yang menjadi kecatatan dari tugasku harapnya jgn la ada yang mempersoal.

4 ke 5 jam meeting post mortem td memperlihatkan gb dan para gpk membentangkan laporan akhir tahun. Gb memfokus kepada pencapaian akademik terutamanya UPSR yang baru keluar minggu lepas. Gpk 1 pulak memfokus kepada bidang tugas kurikulum spt panitia dan kelas-kelas. Gpk 2 pula menjurus kepada unit2 HEM yang aku sifatkan sebagai tugas untuk menggerak sekolah. Untuk gpk koko pula ianya menjurus kepada kokurikulum dan sukan sekolah. Rasanya apa yang mereka perkatakan semua guru dah maklum Cuma tidakla secara terperinci.

Dan dalam meeting tu jugak aku sebanyak 2x dipuji…hehe..terima kasih kak ton. 1st die ucapkan tahniah atas kerja2 komited yang guru2 baru lakukan. Guru2 baru ni katanya senagaja die lantik jd ketua untuk testing, last2 berkesan n berjalan jugak program2..org2nya adalah firdaus selaku ketua unit disiplin, kak shahida selaku ketua unit kebajikan dan aku sebagai ketua unit keselamatan. Dalam hati aku bangga jugak sbb semua yg sebut2 ni adalah guru jqaf dan diorg ni jugak adalah satu batch kemasukan dgn aku..ckgu baru yang hakikatnya da 3 tahun d sini..hihi..baru jugak la.

Pujian kedua aku dapat bilamana kak ton membentangkan laporan unit keselamatan berfokus kepada pemantaua pihak bomba dan pengisian semula gas2 alat pemadam api…mmg die sebut detail la pasal alat tu…n diakhirnya die ucapkan terima kasih kat aku…cikgu2 sebelah aku da senyum2 kat aku, org lain plak tepok2 tgn..hehe..aku bangga dlm segan.

Ah, x kisahla..aku x terkesan dgn pujian sbb aku tau aku da buat dgn sebaiknya…tp daripada pujian dan galakan smangat itu la menjadi pendorong aku untuk terus melakukan yang terbaik. Tuhan, aku harap apa yang aku lakukan dalam kerjayaku ini mendapat berkat mu…jauhkan aku dr sifat riak dan membangga diri….


Tiada ulasan:

Catat Ulasan