Jumaat, 28 Jun 2013

Review Konflik APC

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Solatu was salam ala rasulillah wa alih wa ashabih.
Amma ba'd.

Akhirnya tamatlah hari terbuka sekolah. Aku jaga kelas 1K, ku sangka muridnya sikit, last2 sampai balik berbaki 2 orang. Ok lah tu, tatkala ditanya parent masing2 kerja. Punyala bosan dok tunggu dalam kelas. Bagi worksheet, da berhelai2 bagi, cepat sangat siap. Suruh diorg kaler2 lukis2 siapa cakap penat da tangan. Last2 memain juga la diorg. Sambil2 tu ada yang dok terconggok tepi tingkap menunggu mak ayah memasing. Sukatilah, asalkan x bising. Menjenguk deretan tahun 1 yang lain, Maryam siap bercerita kasi budak diam, Kak Nab di sebelah juz menanda buku sementara murid lain kemas2 kelas. Kak Wana aku lalu masa naik opis jap sibuk suruh budak2 senyap. Fir di hujung sana sesekali nampak dia keluar masuk kelas. Nasib la, tahun depan nak rasa jaga budak tahun 2 plak la.

Lepas habis tu plak aku tau ada jamuan perpisahan untuk Kak Jaja. Tapi memandangkan kat bilik guru masih x gerak2 lagi turun ke bawah, aku pun jumpa Kak Jaja ucap tahniah n wish luck to her, nak tunggu makan sama2 memang x sempat. Masa jamuan CR pun nak sampai ke masjid KLIA pun masa tu da azan. So better aku angkat kaki balik terus. Aku dengan ada seoang lagi apply tukar, tp aku x sure sapa, maybe x dapat kot. X kisahla.

Astaghfirullah....

~ On topic ~

Sebenarnya saya terkejut bilamana balik skola td mcm biasa saya on fb. Gara2 tab saya rosak sejak semalam, saya xleh la nak semak status sepanjang hari esp msa dalam kelas dok jaga budak2 untuk hari terbuka. So mgkin saya antara orang terlewat baca berbanding sebelumnya. Tu pun da nampak hangat giler. Tak terkejar saya nak follow. Kalau dari awal saya baca mungkin dapat saya mencelah mana2 tp bila isu yang diutarakan makin hangit, lebih molek saya x ulas apa2 sedangkan ramai yg lain diamkan diri.

Saya terkejut bila ada post pasal APC... post tu berkisar mengenai argument kengkawan bagaimana cara penilaian n pemilihan dijalankan. Ada yang dikatekan mengajar duduk, escape program yg x sedia makanan, wat 1 kerja dll leh dapat. Sedangkan ada yang lain berpanas n berpetang dgn murid2 di padang, da lama khidmat dll sbaliknya pula. Sebenarnya masing2 pon maklum, dalam soal ni dalam kalangan kita selaku kakitangan biasa x mampu nak menjawap bagaiamana penilaian tu dibuat. 

Cuma dalam banyak2 yang reply, ada statement mcm tertuju pada saya. Even indirectly tp saya rasa saya leh jawab kot coz kat situ xde sapa yg jawab sama ada Kak Pah, Kak Dil, Kak Yati, Kak Nor or Kak Mar. Saya nak jawab plak rasa xde idea, n sepanjang baca tu rasa terkelu lidah. N rasanya sama seperti yang lain, better x tumpang sekaki d post tu. Kak Syida pon saya tengok die cuba cool kan keadaan. Tapi gayanya someone harus menjawab even memana statment pon. Kelihatan juga gb turut sudah membacanya. Saya tak tahu apa persepsi gb dalam posting tu. Harap2 gb xde naik pitam baca post tu. Sebab isu tu direct ke dia. Allaah....

Apa yang saya nk ulas adalah pada statement 'org yang dapat tu da tau dia akan dapat'. Saya tak sure la antara kami berenam siapa yang da tau awal2. Cuma pada telahan saya  Kak Nor selaku org pejabat of coz da tau, masakan dok pejabat tapi x tau menahu. Bukan ke dokumen2 berkaitan pentadbiran diurus org pejabat termasuk Kak Nor apatahlagi kalau urusan sama PPD. Manakala yang lain2 saya tak tau la. Saya?  errmm, ya saya memang tau akan dapat tp x berapa sure sebelum adanya surat bilamana Kak Nor minta IC masa minggu b4 nak cuti sem. Masa tu even dia x gtau pon saya rasa cam tau2 je sbb Kak Teh n Kak Suz siap wish congratz lagi. Sebelum tu saya ada dengar khabar angin esp dr org d bilik guru, bukan orang pejabat. Ya, orang pejabat bagus, xde la senang2 nk gtau bende2 sulit even saya kadang2 lepak pejabat nk dok rasa bawah ekon dpan kaunter. Kecuali yang tadi ucap wish tu, mungkin sekadar bergurau tp kalu da gurau sambil2 tu minta dokumen len tu yg musykil.

Khabar angin tu sampai kat saya dalam sekitar beberapa minggu b4 hari guru. Yang ni masa tu saya konfuz, konon saya dikatekan dapat sumting dr skola. Saya memula x paham la. Mana nak paham kalu tak cakap jelas2. Last2 masa majlis minum ptg sambut hari guru, saya diannouncekan dapat hadiah konon guru inovatif. Oh, inilah rupanye. Masa tu x silap yang dapat seramai 6 orang. Antaranya Kak Dil Kak Pah n Fir. Syukur juga. Saya tumpang bangga juga sebab bila Kak Dil n Fir juga dapat, kami guru2 agama masih dipandang even usaha antara kami berbeza. Sebenanya saya n Fir penah dapat anugerah serupa masa hari guru tahun 2009 x silap, masa tu lagi kelakar, baru dalam mode LPBS, da ada anugerah cam tu. Mungkin masa tu nak bg galakan agar terus komitmen kat skola. Dalam pada tu x sikit pon saya fkir persepsi orang samada yg dulu atau tahun ni saya dapat pemberian sekolah. Tak apala, da org bagi, ambil je la... So berbalik pada citer di atas, saya yakini khabar angin yg sampai kat saya tu rupe2nya anugerah untuk hari guru masa minum ptg tu. Ok la. Tapi, kata hati masih rasa ada yg lain dripada ini. Ah, lantakla.

Tapi, bilamana dapat surat minggu lepas, saya mula teringat balik apa yang khabar angin tu sampaikan. Allah, betul rupenye. Malah, masa latihan sukan hari tu, sorang kawan kita yang len ucap wish kat saya, masa tu saya tanya, mana tau? Dia kata da tau lama sebulan dua sebelum tu. Kurang asam, saya ingatkan nak diam2kan je even surat da terima. Agaknya siapa lagi yang memang tau sebelum surat diedarkan? Entah. Jadi, bukan jd isulah pada isu 'orang yang nk dapat pon tau awal2 da' sbb ada juga yang lain turut sama tau, dari mana mereka tahu, tak tahulah saya, yg asalnya, saya tahu drpada andaian saya bdasarkan khabar angin yg sampai sehinggalah diyakini tatkala menerima surat. Tatkala bertanya org pejabat sapa lagi yg dapat, maka nama2 di awal tadi tu la yg disebut2. Bagaimana nama2 itu dipilih, itu pun x tahu. Nak kata tangan ghaib, lagi la saya x faham. Entahla.

Kalu ikutkan, bila saya dapat, Fir sama Kak Ida pun harus dapat sebab sama2 posting. Masing2 ada tugas n peranan di sekolah yang berbeza. Fir hebat di padang. Sume orang tahu. Lagi2 bila masuknya Aziyan n Shahril ke sini pembabitan Fir makin aktif, linknya makin bercabang dalam arena koko esp bola sepak. Kak Ida pula even low profile tp impak kemenangan musolla 5 bintang mmbuatkan ramai kawan2 hargainya. Masa tasmik kat surau, x habis2 dia dok pesan kat budak2 supaya sama2 jaga surau. Belum lagi bab kebajikan dia siap p lawat umah murid n family yang ditimpa musibah mcm slot bersamamu tv3 plak. Memang heran juga la, kenapa mereka berdua x seiring sama dapat kali ini. Apa mekanisme yg digunakan pun hanya diketahui org2 atasan.

Pendek kata, survival kita dlm menghadapi tugasan dgn baik even kadang2 mencabar kewibawaan diri sebenarnya dibantu oleh persekitaran sekolah n kawan2 yang aktif sama. So, tak boleh nk kata, kejayaan seseorang dalam tugas di skola adalah kerana faktor diri sendiri semata2. Bahkan, cemerlangnya sesebuah sekolah bukan terletak pada kepimpinan gb n pengetua semata2. Malah perana guru2 n kakitngan adlah paling utama untuk dlihat. Kak WNF gb di satu skola d Sepang ni pulak penah share serta mengadu masa dalam kelas, dia gb dapat status cemerlang semasa di skola lama, x silap kat KL. Tapi bila transfer Sepang, dia pelek, kenapa skolah die yang berada di tengah2 pekan masih ditakuk lama. Siap sebut nama Seroja n Kota Warisan yang skola baru tp mencanak2 naik teratas dalam Sepang. Masa tu saya senyum2 simpul je la...haha... Sedangkan dia da wat terbaik dalam pengurusannya. See, jelaslah kejayaan sekolah n kecemerlangan seseorang ketua organisasi x de apa2 makna kalu xde kerjasama daripada kakitagan bawahannya. So, itu baru hubungan antara ketua n kakitangan, ssesama kakitangan pon sama juga. Pernah juga seroang kawan yang posting sama tahun tp ke Sungai Merab, katenye beruntung saya dapat Seroja coz katanya guru2 Seroja komited n saling kerjasama untuk sekolah. Ceh, tau2 je kitorg cam tu, sedangkan saya rasa biasa je, malah mungkin sama keadaannya dengan sekolah lain.

Allahu Rabbi. Apa lagi nak saya perkatakan ya? Memang sukar saya nak percaya isu ni timbul dalam suasana skolah yang harmoni slama ni. Pada saya terpulang pada pentadbir yang mungkin telah baca post tu nak jawab camana. Mana2 yang berkaitan dgn saya,  telah saya jawab seadanya even kawan2 len x menjawab. Apapun kalau ada salah silap sepanjang tugasan saya kat skola slama ni saya mohon sangat2 maaf contohnya yang terlatest, kesilapan masa tentukan olahragawan sukan. Penjelasan da dibuat dalam meeting. Mujur Kak Ikin n Kak Pah also Suhaimi O paham penjelasan. Dan untuk akan datang, saya akan cuba pastikan setiap tugas tu dibuat dgn baik n berhati2, bersekali juga dengan kerjasama sume rakan dalam apa juga program, tugas n aktviti agar pisang x berbuah kedua kali. Gile la kalu nak cari pasal. Yang buruk kang nama sekolah juga... ermm...

~Off topic~

Lastly, sebenarnya, aku lebih selesa menulis sebegini daripada bercakap. Kalau cakap, bimbang melalut. Silap hari bulan point nk cakap, hilang. So melalui entry ini skurang2nya sume yag nk dperkatakan da disebutkan. Kadang2 kan, kita masing2 punya idea n pandangan nak di ulas ttg sesuatu yg terjadi. So, aku jenis yang x mudah nk bercakap dalam miting tp sebenanya hati ni nk je melepaskan apa kat kepala. Dari itu melalui medium seperti ini aku rasa beban menyimpan idea dapat dilepaskan. Even orang x baca pun aku x kisah. Tapi tau, ramai yang akan membacanya termasuk la visitor dari luar. Hehe...tetibe teringat kat Tuan Hj. Amran masa dalam meeting PIBG masa round table nk wat penangguhan suatu masa lalu, 'Cikgu la orang kedua yang saya jumpa x penah bercakap dalam meeting selepas Cikgu Wan Rohani....' Laaaa...... itu pun nk cakap..hehe.. Sedangkan aku rasa sesekali aku ada la bercakap respon pape isu, cuma x banyak la coz aku ni AJK biasa je, kasi chance la AJK parents yang cakap.

Urghh...lege bila nak endingkan entry ni. Harap2 jelas la. Tapi, camana aku nak pastikan jwapan ni sampai ke kawan2 yang bincangkan isu ni kat fb tu ya? Entahla. Nanti aku fikir2kan. 



Ahad, 23 Jun 2013

Review Kejohanan Sukan Tahunan

Alhamdulillah, akhirnya kejohanan sukan SKTS untuk tahun 2013 tamat dengan selamat. Nak kata berjaya, mungkin tak berapa tepat memandangkan ada beberapa perkara yang tidak berjaya dijalankan. Antaranya pemberian hadiah kepada peserta di atas faktor2 tertentu. Aku selaku petugas di Unit Statistik dan Keputusan Rasmi pun nak kata berjaya tak juga, cuma selamat dan bernasib baik saja...hehe.. Berdasarkan pemerhatian aku serta pengalaman kawan2 yang berkongsi cerita dapat aku rumuskan di sebalik perjalanan kejohanan sukan tadi dalam beberapa point:

JEREBU:
Sebenarnya semalam ok je cuaca, tapi kuasa Tuhan, hari ni menjadi serius yang melampau. Dalam pada tengah beberapa acara berlangsung sekitar jam 9, terdengar berita yang PPD suruh berhenti, tp memandangkan dah mula acara maka dibenarkan dengan syarat tamatkan sesegera mungkin. Namun, aku rasa sama je macam tahun lepas, lambat sampai melebihi jam 1 petang sedangkan sebaik2nya jam 12.30 dah tamat. Entah la, makin nak cepat habis, rupe2nya lambat pula tamatnya. Maka sepanjang acara berlangsung, murid2 diberikan topeng muka sorang satu. Malah sebotol air mineral pun khabarnya diberikan percuma kepada murid. 

HADIAH:
Meja bertugas aku sebelah unit hadiah. kelihatan mereka ni kelam kabut menampal sticker pada madle. Tatkala ditanya mereka kata sticker tu x berapa kuat n banyak yang tertanggal2. Ada beberapa pengurus pemenang pula mengadukan madle yang disalah tampal stickernya. Err, izzit non quality stuff ka? Diorg angkat bahu. Satu hal lain, mereka kelihatan konfuz bilamana hadiah yang nk diberikan x ikut turutan acara yang tamat awal. Mungkin mereka inginkan bahawa pemberian hadiah adalah berdasarkan buku program, sedangkan yang sebenarnya mana acara yang dah sampai dulu hadiah tu la yang disediakan. 

PENGURUS PEMENANG:
Aku rasa unit ni kelihatan komited dengan tugas. Mana taknya, station untuk menunggu bg pemenang sebelum diumumkan pemberian hadiah semakin penuh dari masa ke masa. Mereka terpaksa susun atur budak elok2. Ada isu timbul bilamana ada yang mencadangkan agar pemberian hadiah hanya diwakili seorang wakil dalam acara berkumpulan. N pada aku cadangan ini memang bagus sangat2 bg menjimatkan masa walaupun dalam masa yang sama aku tau, bukan senang budak2 ni nak merasa panjat podium tu. Tapi apakandaya, cuaca x mengizinkan. Yang jadi celaru bila sorang wakil menunggu, yang lain balik rumah sukan untuk elak traffic jem. Tapi, ada juga yang lain kata, x payah balik dulu sebab susah nak panggil balik n cari budak nak bagi madle pada mereka. Errmm, tapi last2 aku perasan budak2 x kembali ke rumah sukan sehingga dapat madle masing2. 

JURU ACARA:
Aku tabik jugak kat mereka ni, gaya profesional mengendalikan majlis. Lagi2 siap buat iklan suruh murid, guru dan hadirin minum air mineral banyak n pakai topeng...hihi... Dalam tugasan mereka ni, aku tengok mereka ni sangat bertoleransi. Ada hadirin yang meminta dipercepatkan pengumuman pemenang. Ada juga keadaan di mana peserta yang baru habis bermain terpacul depan podium sedangkan ramai lagi peserta yang queue nak terima hadiah. Tapi aku tak tau la macamana mereka tangani. Aku tengok kak nor senyum je, so aku pikir everything is under kontrol la kot.

KEPUTUSAN RASMI:
Yang ni part aku punya tugas. Bersama2 Kak Yati, Kak Nor, Kak Saleha, Kak Aya, kami buat catatan keputusan sebelum edarkan kepada petugas2 di unit lain. Kali ni ada sedikit anjakan paradigma (ceh...) dalam unit aku, Suhaimi O siap da prepare bawak turun printer Kak Sikin untuk aku guna. Katanya kali ni aku bukan kene sediakan 3 copy keputusan, tapi 8 copy. Mak aih, 3 kali ganda tu. So, tu yang Suhaimi O kata, kitorg tulis sekali, pastu fotostet je sebelum edar... Hohoho...bagus juga idea tu. Edaran tu perlu kepada rumah biru, rumah hijau, rumah merah, rumah kuning, pengurus pemenang, penyelia peserta selain juru acara, hadiah dan statistik sendiri yang selama ni 3 ni je yang kene dicopykan. Tapi masalah mula timbul bila slip keputusan daripada hakim bertugas lambat sampai kat aku sebab pengurus perserta nk juga on the spot sedangkan sebelum ni slip tu ditulis oleh hakim dalam 2 salinan, 1 kepada statistik, 1 kepada pengurus pemenang. Ermm... Apa signifikannya slip tu 1 je ditulis. Memang lambatla kami nak catat coz lepas pengurus pemenang habis susun budak baru la diberi kat unit ni. Sedangkan mereka juga akan diberikan salinan keputusan lepas kami buat catatan n salinan. Erm, dalam hal ni, yang salah bukan statistik dan pengurus pemenang, tp yg incharge bahagian hakim. Mujur xde masalah, juz desakan kepada emcee agar dipercepatkan bagi hadiah lepas habis acara sedangkan slip keputusan tak kami terima lagi untuk dicatatkan. urm....what ever la.

PENYELIA PESERTA:
Aaku tak pasti apa masalahnya, dengar citer mereka terpaksa bekejar-kejar dari post ke post untuk selia perserta. Adakah kerana kakitngan unit tu x cukup? Sepatutnya tugas mereka kan urus peserta sebelum nak mula game, tapi apa masalah mereka sampai isu nk cari budak pula? Sedangkan itu tugas pengurus rumah sukan. Ermm, harap2 xde la terjadi orang lain yang patut main, orang lain yang mengganti esp dalam acara sukaneka. Sian, penat berlatih, x main pula. Unless kalu mereka sndiri x hadir hari ni, tu bukan lagi masalah unit ni.

BRASSBAND:
Ni tak de kaitan ngan kejohanan ni secara langsung pun. Hadirnya mereka juz nak memeriahkan suasana. Tapi aku rasa xda mereka ni pun xde masalah. Agaknye sebab persembahan mereka yang 2x ni la yang menyebabkan program tamat jam 1.30 petang daripada waktu normal selewat2nya jam 1. Overall ok la pesembahan mereka, tapi singkat sangat. Tak apa la, bak kata Kak Syikin tatkala ditanya berapa ratus dibayar, beliau menunjukkan 3 jarinya pada aku. Ok la kot, cuma x puas. Err, kalau nak puas memang pengsan la Kak Suhaily kene train budak2...haha..

SUKANEKA:
Aku tak pasti apakah para hakim maklum mengenai syarat permainan2 ni. Contoh, aku ada menonton dekat2 acara sukaneka tahun 6 lelaki game bawa getah dengan straw. Selama ni budak2 ni belatih kene bawak satu getah je, tp hakim kata boleh bawa banyak getah plak, tapi hakim ni gtau bila da tengah2 acara. Err, hakim ni bukan dalam kalangan guru. So, sebab xde masa latihan tu yg budak2 jadi confuz. Last2 teringat lak kat budak2 Tahun 3 yang aku latih selama ni, adakah cara diorg mengembarsiamkan diri dengan bola ditenagh2 perut mereka tu masih sama masa latihan? Entah, tp masa aku catat, rumah Kuning menang acar ni...hehe...

OLAHRAGAWAN:
Allah, ni jadi isu yang paling akhir muncul daripada segala2 isu yang terjadi sebelumnya. Tu pun aku tak sedar n tak perasan. Serius. Gara2 kesalahan ejaan nama budak yang bernama NUR ARIF DANIAL dan NUR ARIEF DANIAL, aku sangka ia budak yg berbeza dengan kemenangan di dalam 2 acara. Kantoi sungguh. Tatkala diberitahu ada kekeliruan, aku da mula cuak. Mana pernah aku silap selama 5 tahun handel  unit ni. Tahun sebelumnya juga nama2 mereka ni aku key in dalam sistem, tp kali ni ada typing error plak. Allah, mujur kata Kak Pah nama orang yang aku beri pd emcee tu orangnya xde masa pengumuman. dari itu hadiah tu d hold dulu untuk kepastian. Dan, sebab dah x lena tidur petang lepas balik tadi, aku pon patah balik ke sekolah semak balik fail2. A'ah, memang aku tersalah orang. Orang yang sepatutnya ni xde saingan dari mana2 pun. Kalau ada saingan tentu2 aku rujuk awal2 pada orang2 yang berkaitan, macam budak yang aku salah bg nama ni, memang sebelum tu aku da tanya Shahril dengan 2 nama, Haikal n Nabil. Tapi rupa2nya dua2 out, Arif is the 1st one among others sebab dia dapat 2 emas berbanding yang2 lagi 1 sahaja. Memang kawan2 mula argue kenapa Haikal. Maaf, bukan sebab bias, tapi tersalah tengok. Aku takde kepentinagn pun denagn budak tu sampai aku bg nama yang salah pada emcee. Juz bak kata Kak Pah, tersalah teknikal. Kalau tak, sah2 NUR FARZANA SYUHADA pun jadi isu, pun aku yang serah nama juga. Apapun, maaf aku ucapkan, lepas ni kene bawa laptop sendiri coz lapotop sekolah tu skrinnye kelabu..huhu...

KHEMAH RUMAH SUKAN:
Kali ni 2 rumah diasingkan daripada tapak asal. Kuning n Merah kene duduk kat tepi pagar hujung padang. Allah, macam dibuang daerah je. Mana taknya, macam tetau je kedua2 rumah ni dapat markahh tercorot dalam sukan tahun ni...hihi...apapun, banyak2 rumah, rumah merah punye khemah paling kreatif. Tak sangka plastik merah beli brang kat kedai tu dia leh renyuk2kan jadi bunga kalu nampak dari jauh. Dah tu yang kelakar botol2 air berisi air sirap diletakkan sekeliling khemah sebagai pagar...Allah....ni mesti idea giler2 Kak Arina ni. Siap bertikar pula. Hebat. Kalu aku jadi pengurus rumah, aku nak lawan idea Kak Arina ni...hihi...Apapun, lokasi khemah2 ni mmg sesuai la. Bak kak Kak Lin, dari dalam khemah leh pantau budak dari jauh sebab kedudukannya di padang tu juga. Bagus la idea baharu ni. Siapa yang suggest ek?

PENYAMPAIAN HADIAH:
Oleh kerana cuaca makin buruk, maka emcee umumkanlah bahawa sebahagian acara akan ditangguhkan pemberian hadiah n akan diberi pada Isnin depan. Tatkala budak2 dengar, sorang demi sorang angkat kaki. Ishk, kurang asam betiul. Acara x habis lagi dah blah. Yang sebenarnya majlis penutup nak terus diadakan, so hadiah2 yang utama seperti kehmah terbaik, perbrisan terbaik, kedudukan nombor rumah, olahragawan n olahragawati. Last2 yang tinggal kat padang masa tu hanya separuh je. Ishk2. Tak pe la. Aku harap Selasa ni la terus bagi hadiah. Nak tunggu Isnin depan mood tu da hilang nanti...hehe...

MASTERMIND:
Rupa2nya kejohanan skan kali ni bukan totally diurus oleh unit koko...Yan n Shahril punye la asik dok kata pengurusan x betul, banyak kene belajar, patut adakan taklimat dll... Punya la aku dok pkir apa bende la maksudnya, rupa2nya ada pihak atasan yang jadi leader. Tapi setahu aku the leader is Suhaimi O, takkan die x pandai nk lead program cam ni sebab dir kan org PJ. Da dialntik sebagai s/u sukan tentu2 die paham. Atau setidak2nya kawan2 len under koko leh bantu sama2. Rupa2nya, PIBG turut sama jadi 'penentu' kepada perjalanan program. Patut la siap panggil YB ADUN serta brassband samapi nampak agak2 meriah la gak. Da tu walkitalkie siap diberikan kepada pengurs rumah sukan setiap satu. Selama ni juz AJK utama kat padang je guna. Dalam hati mmg aku solute la sama Suhaimi O yang dapat susun program mcm ni. Tapi, bukan dia. Dan oleh sbb bukan unit koko yang totally lead d program, maka kolaborasi (mungkin campurtangan kot) dgn PIBG tu memperlihatkan banyak kelemahan wujud sepanjang program ni. Agaknye la. Tapi kan, mereka ni kan golongan profesional dalam bidang krja masing2, xkan la x pandai nk mengurus ek? Ya, mungkin bagai dikate tadi, taklimat harus diadakan untuk pastikan pejalanan program clear. Tapi, arahan siapakah yang suruh aku guna mesen fotostet tu ya? Good idea sebenarnya..hehe...

Kesimpulannya, aku tak leh nak kata bagaimana prestasi kejohanan kali ni. Untuk unit aku, leh la kata ni yang paling x ok. Tapi secara overall, setelah baca post2 kat fb grup skts official, memang nampak ada keributan berlaku, tp aku tak berapa nk perasan sebab xde kaitan sangat dengan aku. Ceh. Mana taknya, rupa2nya ada pembaharuan Yan cakap yang aku tak tahu...hoho.. Nasibla. Cuma yang pelek, taklimat x diadakanlah jadi punca banyak salah faham berlaku. Pada aku, xde masalah pun melainkan senarai acara tu yg x update bila ada perubahan masa latihan. Entahla. Aku harap semangat setiakawan antara kami guru2 tak de masalah. Yang lancar tu sama2 raikan, yang tak lancar tadi tu sama2 ambil pengajaran. Jangan ada salah menyalahi antara satu sama lain. Aku tahu masing2 telah beri kerjasama erat tapi dalam bab mengurus acara, masih belum cukup mantap dalam pelaksanaan. Mungkin event ni setahun sekali, besar2an pula, ditambah dengan cuaca berjerebu, memabuatkan fokus masing2 terjejas. 

Aku pun menulis post ni sebab Kak Dila pesan buat ayat skit untuk penulisan laporan untuk dia buat. So, leh la dia petik memana ayat yang dia rasa sesuai. Lagi2 Encik Rizal minta supaya tulis satu artikel n nk hantar pada Utusan...wah....ingatkan takat Sinar je...haha..tak pe la, ok la tu. Kalau ada mood, esok siap. Ni pun aku rasa berat kepada, dah pakai mask sepanjang event td pon masih terasa asap jerebu. Ya Allah, stabilkan kesihatan aku n kawan2 serta murid2 ku yang terlibat di padang tadi. Mujur esok cuti boleh rest. Lepas ni x de lagi sebut2 pasal sukan. Aku dah penat giler. Allahu a'lam..


Jumaat, 14 Jun 2013

Akhirnya CR Tinggalkan Kita

Akhirnya... Bak kata Cikgu Roslee (CR) kuasa Tuhan tak siapa dapat menghalang. CR sendiri da redha dengan arahan pertukarannya ke SKBBST. Kami yang lain pon apa lagi, pasrah jugak la. Tapi, ia tak la secara kejutan. Sejak bulan 4 lagi berita ni digembar gemburkan, kami da mula mengadjuzkan diri, minda dan hati dengan perubahan yang bakal berlaku. Walaupun berharapkan agar rayuan yang CR buat mendapat respon positif pihak atasan, kami masih merasa sangsi. Jadi, mahu atau tidak, memang kami bersedia dari semasa ke semasa lebih2 lagi tatkala dimaklumkan siapa gerangan orangnya yang bakal menggantikan CR. Err, aku ni macam buat laporan program je...hehe..nasib la. Dah terbiasa jadi AJK dokumentasi.





Pagi tadi juga berlangsungnya majlis meraikan hari terakhir CR di SKTS. Aku sendiri tak perasan ada program tu asalnya pagi tadi. Tapi tak la aku terpinga2. Mana taknya, aku ingat 17 Jun tu seminggu lagi, rupe2nya minggu depan ni je. Allah. So sepanjang majlis di dataran tadi, semuanya berjalan lancar. Ucapan murid diwakili Haikal Ashraf nampaknya tak membangkitkan mood majlis. Ucapan CR pon x berapa naik mood. Lagak CR macam xda pape berlaku. Sempat la dalam ucapan CR meminta murid2 terus kekal n giatkan kecemerlangan. Tapi ucapan GB panjang melebar nampak la skit mood majlis tu. GB seolah2 menyuburkan hati sume murid  dengan perasaan 'berat berpisah'. yang kelakar majoriti budak2 memang terpinga2 dengan berita tu. Last2 b4 tamat, acara pemberian hadiah demi hadiah..tu biasala, siap bergambar lagi.

Habis majlis tu P&P berjalan seperti biasa. Dalam pada tu, aku sedang mencongak2 kat kepala ayat demi ayat yang nak aku ucapkan kepada CR b4 dia tak lagi jadi bos aku. Beberapa kali aku jenguk opis ke biliknya, tak de je. Last2 nak dekat2 balik tu aku sempat tinjau lagi dengan meninggalkan budak2 3P dengan 5 pages latihan. Mujur ada, macam biasa ayat klise, aku mintak maaf atas salah silap n kekurangan selama bekhidmat under CR sebagai salah satu bos n pentadbir SKTS. Untuk rekod, aku tak rasa ada masalah dengan CR, malah menyenangi dalam urusan kerja sama seperti kawan2 lain rasa. Seingat aku tak de plak salah faham antara kitorang berlaku. CR pon profesional even selalunya main cincai dalam banyak perkara atas dasar 'dont create any problem n juz solve d problem'. Dalam hal inilah kami kalangan guru rasa berat nak benarkan CR pergi. CR siap cakap adat bekerja biasalah ada salah silap, marah n terkasar bahasa. N pada aku itu adalah proses pembelajaran aku selama 5 tahun pertama sebagai kakitangan guru yang aku rasa begitu mudah n selesanya aku di sini. Cuma sekali aku rasa bengang juga dengan CR tatkala aku dengan CR kene attend satu program 'brainwash' guru2 di Intekma SA kalau tak silap. Mana taknya, pergi naik bas rombongan PPD, last2 masa tengah program berlangung CR angkat kaki, aku pulak kene tinggal. Ikutkan aku tak la kisah sbb rombongan tu pon aku kenal ada kawan2 guru biasa sekolah lain. Tapi entah la, mungkin sbb aku rasa penat dok saja2 dengan keboringan selama 4 5 jam dalam program tu. Aku pikir CR p toilet. habis je prrogram ptg tu sementara tunggu bas datang aku kol la CR sbb x nampak muka. BIla ditanya teka apa dia jawab? "saya kat skola da ni..." Apa????? Rupe2nya CR n gang2 dia da cabut awal2 lagi...Allah...Tensionnya aku...Tapi tak apa juga lah, ada hikmahnya insiden ni terjadi. Sejak tu aku dapat satu 'ilmu' daripada CR, kalau line clear, blah aje... banyak lagi kerja nak buat kat sekolah berbanding dok tadah telinga perkara yang xde kene mengena dengan kerjaya. N ilmu tu telah aku apply berkali2 sejak itu di mana yang last masa kat Serdang sama Kak Wana n Kak Qomar..hehe... 

Masjlis jamuan juga telah diadakan di kantin lepas habis waktu bertugas sekolah B4 tu perarakan CR bermula dr opis di mana CR punch cardnya untuk kali terakhir d SKTS. Aku yang nk p punch card akhrinya terkena  jadi pengiring bersama2 cikgu2 lain yang gara2 pakai baju hijau sama dengan CR. memang belakang CR tu kami yang memakai baju kaler hijau spt kak J, kak Zie, Nazirah, kak Suhaida, kak Shikin dll. Kat belakang kami budak2 kompang yang bersemangat memalu kompang masing2.

Time di kantin ni mood majlis da mula dirasa. Mana taknya, Kak Rohani selaku Ketua KGK buat ucapan dengan meyingkap memori perkenalannya dengan CR. Lagi tak tahan, Kak Norhabshah selaku emcee pon mula tak tertahan2 emosi. Lalu kawan2 lain yang sedang menunggu nak makan pon turut teremosi sama. Aku sebenarnya kurang paham, kesedihan jenis apa yang diorg rasa ni. Nak kata x bertemu lagi CR macam bersaranya GB Misnon, tak la pula coz CR akan selalu menjejak ke SKTS untuk hantar n ambil anaknya serta hadiri miting PIBG macam biasa. Atau nak kata CR ni member kamching memasing, tak la sangat. Takat beberapa orang yang sama2 merintis SKTS mungkin benar spt kak Zai, kak Gush, kak Haslina, kak Syida, Kak Syikin dll, tapi yang lain2? Hahaha...sama macam aku, kami sedih dengan keadaan n situasi pada masa depan. Nak crk, keluar sebentar or nak mc terasa akan jadi susah nanti. Dalam urusan ni, huruf keramat 'K' dr CR selama ni jadi satu azimat n lepas ni x pasti lagi bagaimana. Allah, relax la. Doa2kan saja yang baru nanti cara kerjanya 'sama waktu or lebih baik (dengan makna lebih mudah urusan) dengan CR', bagai dikata YDP PIBG tadi dalam ucapannya. YDP tu jugak nampak macam emosi jugak dalam ucapannya. Kelakar juga dengan ucapannya, seolah2 dia lagi berat hati dari kami ni. Sedangkan urusannya tak la sama macam kami yang fully dengan pelbagai tugas. Siap jumpa PPD lagi tu berkali2. Bagus la, kalau tak beliau sapa lagi. Takkan la kami ni yg entah sapa2 nak p merayu ke sana. Tapi, usahanya juga menemui kebuntuan. Akhrinya yang tinggal ni kene pasrah sajalah. 

Di akhir majlis makan, aku sempat salam dengan CR b4 blah balik, dah jam 1 da masa tu, hari Jumaat kan. Sempat juga masa salam tu CR berpesan kat aku, alang2 dah ada rumah cepat2 la cari tangga... Allah.... ke situ la pulak. Yang aku nak nasihat berkenaan kerjaya. Ermm... btw tq la gak. Nasihat yang unik. GB Misnon n Ustaz Azami pon x nasihat cam tu...hehe...

Apapun, selepas ini, kalu bumbung bocor, tandas tersumbat, cermin pecah, lantai berlubang, ekon x berfungsi, letrek shock n 1001 masalah sekolah berlaku, tak tau sapa lagi mahu di adu. Mungkin kerana rumah CR yang sebelah sekolah je tu membuatkan seolah2 macam sekolah tu CR yang punya. Kerna tu juga la kalau ada problem rencam cam tu, CR la jaguhnya. Mana taknya, satu taman seroja n mungkin taman2 lain juga da cukup kenal dengan CR dan rasa senang berusan pasal hal sekola dengannya. SKTS n CR cukup sinonim pada parents. Srcara tak langsung juga populasi kakitangan d skola dalam kalngan lelaki makin la sedkit, daripada 6 tinggallah 5. Untuk rekod, setahu aku, selama SKTS ni wujud, x sampai 10 guru lelaki berkhidmat d situ. Paling banyak 7 orang dalam satu2 masa. Indvidu2 itu ialah, GB Misnon, CR, U. Azami, Fir, Aku, Aziyan, Naga, Syukri pada tahun 2010. Dan ditahun b4 n selepasnya kehadiran n pemergian guru2 llelaki silih berganti. Kalau yang sebelum tu yang aku ketahui, arwah Cikgu Samsi ex-GB b4 GB Misnon dan arwah hsuband kak Zie. Sementara tahun2 selepasnya, Syukri, U. Azami n Naga keluar, Shahril masuk. Pastu GB Misnon pula keluar, Suhaimi O pulak masuk. N sekarang CR pula keluar. Nampaknya Fir n aku guru lelaki senior la yg berkhidmat d sekola ni, tu pon 2008. Tapi ikutkan Aziyan la yang paling lama diikuti Shahril. Apapun, aku harap kami yang masih di sini dapat meneruskan tugasan macam biasa. Kita da rasa pertukaran GB, sekarang rasa pula pertukaran GPK 1. GPK 2? haha...tu dua tahun lagi... Wallahu a'lam. 

Isnin, 10 Jun 2013

RALAT DI HARI PERTAMA

Allahu Akbar. Hari ni hari pertama sekolah. Semuanya berjalan lancar. Macam xde mood tapi harus dilalui juga. Tak ada apa yang menariknya. Sebab aku sendiri sedang menanti-nantikan sesuatu yang lain. Tatkala aku kol fakulti, rupa-rupanya turn aku viva akhir Julai, Allah...lamanya. Bukan aku kata aku da prepare habis tapi aku nak adjuz masa supaya jangan la aku terlajar sampai x dapat nak konvo tahun ni pada Oktober ni.

Minggu ni turn aku ajar sirah kat budak2 tahun 3. Tajuknya hijrah ke Habsyah. Aku ni ingat2 lupa je sejarah pasal ni, so tadi pagi2 aku da carik buku teks n search info kat intenet ni. Alahmdulillah, dapat la catch-up balik. Aku ni bab serarah xde masalah kot, cerita je. Janji dapat tarik perhatian budak n difahami.

Masa dalam 3K tadi, ada dua kejadian yang aku rasa ralat sampai sekrang. Pertamanya, masa aku ngajar kat depan, si Akif boleh belek2 lukisan tu. Dengan spontan aku amik kertas yang dilukis tu n koyak2kan jadi cebisan kecil. Bila dah habis koyak tu tetiba budak tu cakap bukan dia punya. Apa? Tu Iskandar yang lukis. Tapi rupa2nya team punya kak Rohaiyah suruh buat, x tau la atas kapasiti n tugasan apa. Nasib la. Aku nak kata mohon maaf, x tau la. Dah salah diorg. Last2 aku terus ngajar macam biasa n diorg pon baru la beri perhatian. Mungkin sebab suka dengar citer hijrah aku tu kot.

Insiden kedua pun melibatkan Akif. Dia ni heran sungguh aku, nama je pengawas tapi tak boleh la duduk diam. Masa aku beri arahan buat latihan boleh dia menggeleser sambi, buat kerja. Kadang2 tangannya mencapai pensil n warna2 dari meja kawan2 dia. Ntah camana masa aku menunjuk2kan jawapan untuk dia buat, jemariku terkene ke mata dia. Spontan juga aku minta maaf, n mata dia ok, xde la injured atau merah, tapi dia sik la terpejam celik. Pedih ke? Allah... harap xde apa2 la. 

Apapun, aku akan lebeh berhati2 lepas ni. Aku pun x tau la kenapa. Dengan kelas 3K yang buas tu, kadang2 susah nak kontrol. harap aku diberi kekuatan untuk terus mengajar dengan baik dan tenang. Kalu kelas kurang terkawal macam mana la nak mengajar. Boleh paham ke diorg. Entah la. Harap2 bermulanya semeseter baru ni kerjaya aku akan lebih terarah dan cemerlang macam biasa. Err, APC bila nak umumnya? Hahaha... aku dah tau da.... Jazakallahu khairan kathiran...

Ahad, 2 Jun 2013

Menunggu: Penantian Satu Penyiksaan

Dah 2 minggu cuti dah. Masih x kemana2 lagi. Plan nak berjalan dah ada sejak awal2, tapi sampai sekarang x jadi realiti lagi. Entah la... sementara tu aku sedang menunggu sesuatu..

Baru 4 hari cuti...Ramai da seronok ke sana ke mari...Ada yang ke Paris, Bandung dan Saudi...Tak kurang sekadar di dalam negeri...Telah ku rancang itu dan ini...Tapi ada perkara yang menghantui...Terbayang jika ku lupa diri...Tiba-tiba dapat pula panggilan yang dinanti...Oleh itu selagi tak pasti...Jangan terlalu enjoykan diri...Moga urusan dimudahkan Ilahi...Mengharap segera menamatkan misi...Menanti dari hari ke hari...Biarlah sukar di waktu ini...Agar senang di kemudian hari.

Apa yang ku tunggu x lain x bukan adalah panggilan untuk viva tesis aku. Nak kata aku da sedia, tak lah sangat. Aku kalu bsemenangat sangat nk baca n buat slid, entah belum tentu dipanggil dalam masa terdekat. So baik aku buat bende2 lain dulu... Tak la terbuang masa coz bila dipanggil nanti pon aku akan wat review n revision jugak sptmna a kalu nk exam. ermm.. Aku harap ia dipercepatkanlah supaya kalu ada pape nnt leh aku wat pembetulan dengan kadar segera seterusnya sempat untuk berkonvo sama2 dengan kawan sebatch yang lain d tahun ini.

Perkara kedua aku tunggu adalah pengumuman pertandingan kantin terbersih peringkat kebangsaan yang sekola aku masuk. Bukan aku je yang tunggu, tapi makcik kantin pon tunggu. GB dan para pentadbir apatah lagi kan. Apapun keputusannya ia dah menjadi salah satu kebitaraan sekola aku ni. Urgh..bukan senang. Kalu dah masuk d level ni kena kekalkan prestasi. Sudahlah memenangi naib johan peringkat negeri kategori bandar. Ya Allah... harap2 ada la kemenangan kami dalam sebarang kategori di peringkat kebangsaan nanti. dapat nombor 3 pon jadilah.

Perkara ketiga aku sedang tunggu adalah, pengumuman n majlis APC untuk daerah tahun ni. Aku da tau aku salah seorg calonnya sejak awal2 lagi. Cuma baru2 ni org pejabat mintak salinan ic aku. Bila aku tanya untuk apa diorg x bagi tahu tapi ucap tahniah je. Aku pun buat2 bodoh la pi tanya, tapi da diorg x nak cakap so aku pon senyap la... kang nampak sgt aku over seolah2 aku tahu. So, relax ya emi. Memang rexeki ko pon tahun ni...haha...anyway, syukran ya Tuhan.

Ada lagi aku tunggu? ya...aku tunggu sapa la yang nak masuk minang aku...hahaha...ishk..terbalik plak. aku menunggu bila la aku nak masuk minang anak orang la plak... jenuh aku menunggu...ceh! Aku ni sibuk memanjang sampai x oikir hal ni sapa yg suruh? sapa yang salah searang ni? errmm.... entah la.. pliz la Ya Tuhan.

Apa-apapun, penantian itu satu penyiksaan....