Isnin, 10 Jun 2013

RALAT DI HARI PERTAMA

Allahu Akbar. Hari ni hari pertama sekolah. Semuanya berjalan lancar. Macam xde mood tapi harus dilalui juga. Tak ada apa yang menariknya. Sebab aku sendiri sedang menanti-nantikan sesuatu yang lain. Tatkala aku kol fakulti, rupa-rupanya turn aku viva akhir Julai, Allah...lamanya. Bukan aku kata aku da prepare habis tapi aku nak adjuz masa supaya jangan la aku terlajar sampai x dapat nak konvo tahun ni pada Oktober ni.

Minggu ni turn aku ajar sirah kat budak2 tahun 3. Tajuknya hijrah ke Habsyah. Aku ni ingat2 lupa je sejarah pasal ni, so tadi pagi2 aku da carik buku teks n search info kat intenet ni. Alahmdulillah, dapat la catch-up balik. Aku ni bab serarah xde masalah kot, cerita je. Janji dapat tarik perhatian budak n difahami.

Masa dalam 3K tadi, ada dua kejadian yang aku rasa ralat sampai sekrang. Pertamanya, masa aku ngajar kat depan, si Akif boleh belek2 lukisan tu. Dengan spontan aku amik kertas yang dilukis tu n koyak2kan jadi cebisan kecil. Bila dah habis koyak tu tetiba budak tu cakap bukan dia punya. Apa? Tu Iskandar yang lukis. Tapi rupa2nya team punya kak Rohaiyah suruh buat, x tau la atas kapasiti n tugasan apa. Nasib la. Aku nak kata mohon maaf, x tau la. Dah salah diorg. Last2 aku terus ngajar macam biasa n diorg pon baru la beri perhatian. Mungkin sebab suka dengar citer hijrah aku tu kot.

Insiden kedua pun melibatkan Akif. Dia ni heran sungguh aku, nama je pengawas tapi tak boleh la duduk diam. Masa aku beri arahan buat latihan boleh dia menggeleser sambi, buat kerja. Kadang2 tangannya mencapai pensil n warna2 dari meja kawan2 dia. Ntah camana masa aku menunjuk2kan jawapan untuk dia buat, jemariku terkene ke mata dia. Spontan juga aku minta maaf, n mata dia ok, xde la injured atau merah, tapi dia sik la terpejam celik. Pedih ke? Allah... harap xde apa2 la. 

Apapun, aku akan lebeh berhati2 lepas ni. Aku pun x tau la kenapa. Dengan kelas 3K yang buas tu, kadang2 susah nak kontrol. harap aku diberi kekuatan untuk terus mengajar dengan baik dan tenang. Kalu kelas kurang terkawal macam mana la nak mengajar. Boleh paham ke diorg. Entah la. Harap2 bermulanya semeseter baru ni kerjaya aku akan lebih terarah dan cemerlang macam biasa. Err, APC bila nak umumnya? Hahaha... aku dah tau da.... Jazakallahu khairan kathiran...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan