Jumaat, 14 Jun 2013

Akhirnya CR Tinggalkan Kita

Akhirnya... Bak kata Cikgu Roslee (CR) kuasa Tuhan tak siapa dapat menghalang. CR sendiri da redha dengan arahan pertukarannya ke SKBBST. Kami yang lain pon apa lagi, pasrah jugak la. Tapi, ia tak la secara kejutan. Sejak bulan 4 lagi berita ni digembar gemburkan, kami da mula mengadjuzkan diri, minda dan hati dengan perubahan yang bakal berlaku. Walaupun berharapkan agar rayuan yang CR buat mendapat respon positif pihak atasan, kami masih merasa sangsi. Jadi, mahu atau tidak, memang kami bersedia dari semasa ke semasa lebih2 lagi tatkala dimaklumkan siapa gerangan orangnya yang bakal menggantikan CR. Err, aku ni macam buat laporan program je...hehe..nasib la. Dah terbiasa jadi AJK dokumentasi.





Pagi tadi juga berlangsungnya majlis meraikan hari terakhir CR di SKTS. Aku sendiri tak perasan ada program tu asalnya pagi tadi. Tapi tak la aku terpinga2. Mana taknya, aku ingat 17 Jun tu seminggu lagi, rupe2nya minggu depan ni je. Allah. So sepanjang majlis di dataran tadi, semuanya berjalan lancar. Ucapan murid diwakili Haikal Ashraf nampaknya tak membangkitkan mood majlis. Ucapan CR pon x berapa naik mood. Lagak CR macam xda pape berlaku. Sempat la dalam ucapan CR meminta murid2 terus kekal n giatkan kecemerlangan. Tapi ucapan GB panjang melebar nampak la skit mood majlis tu. GB seolah2 menyuburkan hati sume murid  dengan perasaan 'berat berpisah'. yang kelakar majoriti budak2 memang terpinga2 dengan berita tu. Last2 b4 tamat, acara pemberian hadiah demi hadiah..tu biasala, siap bergambar lagi.

Habis majlis tu P&P berjalan seperti biasa. Dalam pada tu, aku sedang mencongak2 kat kepala ayat demi ayat yang nak aku ucapkan kepada CR b4 dia tak lagi jadi bos aku. Beberapa kali aku jenguk opis ke biliknya, tak de je. Last2 nak dekat2 balik tu aku sempat tinjau lagi dengan meninggalkan budak2 3P dengan 5 pages latihan. Mujur ada, macam biasa ayat klise, aku mintak maaf atas salah silap n kekurangan selama bekhidmat under CR sebagai salah satu bos n pentadbir SKTS. Untuk rekod, aku tak rasa ada masalah dengan CR, malah menyenangi dalam urusan kerja sama seperti kawan2 lain rasa. Seingat aku tak de plak salah faham antara kitorang berlaku. CR pon profesional even selalunya main cincai dalam banyak perkara atas dasar 'dont create any problem n juz solve d problem'. Dalam hal inilah kami kalangan guru rasa berat nak benarkan CR pergi. CR siap cakap adat bekerja biasalah ada salah silap, marah n terkasar bahasa. N pada aku itu adalah proses pembelajaran aku selama 5 tahun pertama sebagai kakitangan guru yang aku rasa begitu mudah n selesanya aku di sini. Cuma sekali aku rasa bengang juga dengan CR tatkala aku dengan CR kene attend satu program 'brainwash' guru2 di Intekma SA kalau tak silap. Mana taknya, pergi naik bas rombongan PPD, last2 masa tengah program berlangung CR angkat kaki, aku pulak kene tinggal. Ikutkan aku tak la kisah sbb rombongan tu pon aku kenal ada kawan2 guru biasa sekolah lain. Tapi entah la, mungkin sbb aku rasa penat dok saja2 dengan keboringan selama 4 5 jam dalam program tu. Aku pikir CR p toilet. habis je prrogram ptg tu sementara tunggu bas datang aku kol la CR sbb x nampak muka. BIla ditanya teka apa dia jawab? "saya kat skola da ni..." Apa????? Rupe2nya CR n gang2 dia da cabut awal2 lagi...Allah...Tensionnya aku...Tapi tak apa juga lah, ada hikmahnya insiden ni terjadi. Sejak tu aku dapat satu 'ilmu' daripada CR, kalau line clear, blah aje... banyak lagi kerja nak buat kat sekolah berbanding dok tadah telinga perkara yang xde kene mengena dengan kerjaya. N ilmu tu telah aku apply berkali2 sejak itu di mana yang last masa kat Serdang sama Kak Wana n Kak Qomar..hehe... 

Masjlis jamuan juga telah diadakan di kantin lepas habis waktu bertugas sekolah B4 tu perarakan CR bermula dr opis di mana CR punch cardnya untuk kali terakhir d SKTS. Aku yang nk p punch card akhrinya terkena  jadi pengiring bersama2 cikgu2 lain yang gara2 pakai baju hijau sama dengan CR. memang belakang CR tu kami yang memakai baju kaler hijau spt kak J, kak Zie, Nazirah, kak Suhaida, kak Shikin dll. Kat belakang kami budak2 kompang yang bersemangat memalu kompang masing2.

Time di kantin ni mood majlis da mula dirasa. Mana taknya, Kak Rohani selaku Ketua KGK buat ucapan dengan meyingkap memori perkenalannya dengan CR. Lagi tak tahan, Kak Norhabshah selaku emcee pon mula tak tertahan2 emosi. Lalu kawan2 lain yang sedang menunggu nak makan pon turut teremosi sama. Aku sebenarnya kurang paham, kesedihan jenis apa yang diorg rasa ni. Nak kata x bertemu lagi CR macam bersaranya GB Misnon, tak la pula coz CR akan selalu menjejak ke SKTS untuk hantar n ambil anaknya serta hadiri miting PIBG macam biasa. Atau nak kata CR ni member kamching memasing, tak la sangat. Takat beberapa orang yang sama2 merintis SKTS mungkin benar spt kak Zai, kak Gush, kak Haslina, kak Syida, Kak Syikin dll, tapi yang lain2? Hahaha...sama macam aku, kami sedih dengan keadaan n situasi pada masa depan. Nak crk, keluar sebentar or nak mc terasa akan jadi susah nanti. Dalam urusan ni, huruf keramat 'K' dr CR selama ni jadi satu azimat n lepas ni x pasti lagi bagaimana. Allah, relax la. Doa2kan saja yang baru nanti cara kerjanya 'sama waktu or lebih baik (dengan makna lebih mudah urusan) dengan CR', bagai dikata YDP PIBG tadi dalam ucapannya. YDP tu jugak nampak macam emosi jugak dalam ucapannya. Kelakar juga dengan ucapannya, seolah2 dia lagi berat hati dari kami ni. Sedangkan urusannya tak la sama macam kami yang fully dengan pelbagai tugas. Siap jumpa PPD lagi tu berkali2. Bagus la, kalau tak beliau sapa lagi. Takkan la kami ni yg entah sapa2 nak p merayu ke sana. Tapi, usahanya juga menemui kebuntuan. Akhrinya yang tinggal ni kene pasrah sajalah. 

Di akhir majlis makan, aku sempat salam dengan CR b4 blah balik, dah jam 1 da masa tu, hari Jumaat kan. Sempat juga masa salam tu CR berpesan kat aku, alang2 dah ada rumah cepat2 la cari tangga... Allah.... ke situ la pulak. Yang aku nak nasihat berkenaan kerjaya. Ermm... btw tq la gak. Nasihat yang unik. GB Misnon n Ustaz Azami pon x nasihat cam tu...hehe...

Apapun, selepas ini, kalu bumbung bocor, tandas tersumbat, cermin pecah, lantai berlubang, ekon x berfungsi, letrek shock n 1001 masalah sekolah berlaku, tak tau sapa lagi mahu di adu. Mungkin kerana rumah CR yang sebelah sekolah je tu membuatkan seolah2 macam sekolah tu CR yang punya. Kerna tu juga la kalau ada problem rencam cam tu, CR la jaguhnya. Mana taknya, satu taman seroja n mungkin taman2 lain juga da cukup kenal dengan CR dan rasa senang berusan pasal hal sekola dengannya. SKTS n CR cukup sinonim pada parents. Srcara tak langsung juga populasi kakitangan d skola dalam kalngan lelaki makin la sedkit, daripada 6 tinggallah 5. Untuk rekod, setahu aku, selama SKTS ni wujud, x sampai 10 guru lelaki berkhidmat d situ. Paling banyak 7 orang dalam satu2 masa. Indvidu2 itu ialah, GB Misnon, CR, U. Azami, Fir, Aku, Aziyan, Naga, Syukri pada tahun 2010. Dan ditahun b4 n selepasnya kehadiran n pemergian guru2 llelaki silih berganti. Kalau yang sebelum tu yang aku ketahui, arwah Cikgu Samsi ex-GB b4 GB Misnon dan arwah hsuband kak Zie. Sementara tahun2 selepasnya, Syukri, U. Azami n Naga keluar, Shahril masuk. Pastu GB Misnon pula keluar, Suhaimi O pulak masuk. N sekarang CR pula keluar. Nampaknya Fir n aku guru lelaki senior la yg berkhidmat d sekola ni, tu pon 2008. Tapi ikutkan Aziyan la yang paling lama diikuti Shahril. Apapun, aku harap kami yang masih di sini dapat meneruskan tugasan macam biasa. Kita da rasa pertukaran GB, sekarang rasa pula pertukaran GPK 1. GPK 2? haha...tu dua tahun lagi... Wallahu a'lam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan