Khamis, 26 September 2013

APALAH NASIBKU

Aku tak tau nak gambarkan perasaan yg ada dalam hati ni. Rasa kesal? Tak la sangat. Rasa marah? Tak mungkin. Rasa tertekan? Ah, itu sudah pasti. Rasa bosan? Ishk, xdenye bosan2 kalu da bz mcm ni. Rasa Kecewa? Mungkin juga. Kecewa dengan diri. Tapi tak rasa sesiapa yang bersalah. Mungkin keadaan yang patut dipersalahkan...hehe...

Mana taknya, sejak Selasa lepas jumpa DrNO die mcm bg support x berbelah bahagi. Siap guide lagi camana nak berdepan dengan reader yang dok komen dalam tesis aku. Senang cerita dia bg kebebasan untuk aku direct ke reader untuk pastikan aku dapat lepas n submit dengan selamat. So bila balik umah mmg aku marathon giler2 la. Rabu siap CRK, Khamis nk amik lg tp rasa kesian kat kawan2 esp budak2. Lagi malang kalau kawan2 naik angin ngan aku. Time skolah bz la aku nk amik cuti. So aku sekolah la macam biasa semalam dan balik umah terus ngadap tesis n laptop ni sampai ke dinihari. 

Dengan tekad nak bg DrNO baca n semak b4 submit pada reader, akhirnya aku yang kecewa. Manakan tak, aku punya la tido lewat melewati jam 2 pagi smata2 nk bg siap. Tu pun tak siap2 juz tingga kurang 10%. Fine! Kat sekolah lak aku amik masa setelkan apa2 patut seperti compilekan sume bab, setting margin n page. Juz tinggal nak edit senarai kandungan n letak abstrak yg si hadi emel pg tadi. Tapi last2, masa rehat td aku sms DrNO kata nk jumpa, dia balas die ke Indon plak. Minggu depan balik. Allah........... masa tu mata ni macam berpinar je. Rasa kepenatan mula aku rasa yang sebenarnya sebelum tu aku tak rasa2.

Last2 aku jumpa Dr.Azlin selaku reader aku. Kalau tak jumpa sv at least leh la dpatkan pap2 info n tanya apa2 yg patut b4 aku print out. Tapi die sendiri ada bengkel sepanjang petang d Serdang. Allah. Ok lah. Saat itu aku mula redha la. Tak ada rexeki nak submit hr ni.

Tapi aku masih pkir2, masihkah sempat untuk aku kejar dateline hantar hardcover 15hb akan dtg ni? Sempat ke? Kalu sv ada hari Selasa kat fak nnt untuk aku serahkan tesis, maknanya da lari 3 hari. Belum lg nk bagi reader baca. Belum lagi nk hantar PPS dan lain2 prosuder yg aku x berapa jelas sgt lagi. Allah....

Dan sekarang. Aku banyak bende lagi nk tumpu. Antaranya esok kene bertugas kat dewan SMT, habis sehari burn. Antara lain cerpen aku x edit2, dateline Isnin ni. Lagi penting nak update blog PPDa untuk ptandingan ke negeri. Dan yang baru dapat kene sediakan teks doa merdeka n dadah masa YB datang Isnin ni. Allahu Akbar. Bagilah aku kekuatan, kesabaran, ketenangan, kemudahan n keyakinan. Serta berilah peluang n ada harapan untuk aku Konvo dengan selamat oktober ini. Pliz la Ya Allah.



Isnin, 23 September 2013

Jelas Selepas Jumpa SV

Setelah 4 hari viva, aku kembali ke fak mengadap sv. Sebelum pergi tu punya la aku da kecut perut. Alah, tu memang biasa la, mana penah kembang perut bila nk masuk jumpa. Kat kepala ni sentiasa pikir bende yang kurang best sedangkan belum pasti lagi. Mana taknya, gara2 aku tengok ramai adik-beradik lain yang turut sama rasa cam ni, siap ada yang mengalir air mata lepas keluar. Ada juga yang rasa taubat x mau jumpa. Ada juga yang malas nak jumpa sebab x nk berlaku sebegitu rupa. Ada juga yang suka sangat nak jumpa dia. Mungkin orang mcm ni jenis tebal telinga n hati kering. Malah ramai sedare mare lain tahu betapa mak kami ni mmg syadid sgt bak kata orang arab bila merujuk pada ketatnya penilaiannya pada projek kami. Aku? Aku pon suka jumpa dia. Tapi tak tahannya kalau kene hambur macam2 bagai budak kecik kene marah ngan mak tiri...hihi...Allah. Tapi dalam pada tu ada jugak aku jumpa yang happy dengan dia, siap dari master bawak ke phd juga dengan mak yg ini. Waaah, mesti die hebat. Mana taknya, mak kami mmg hebat orangnya.

Ah, melalut plak. Tadi aku jumpa, siap minta harin n hadi doa2 skit untuk aku. Sesampainya tadi, awal 10 minit, aku diminta duduk dulu semntara die setelkan keje apa ntah. So aku pon dok la relax siap main fb kat tab. Dalam pada tu aku mmg seram jugak. Aku memang mcm datang berserah aje. Rela dikomen. Dah last minit sangat. 

Tapi bila da start, die tanya apa progress, aku tunjuk la apa yg aku wat, KKK, TOPH n persampelan. Aku ckp r aku wat pringkat2. Tapi dia kata mana leh cam tu, die bz, nk tegok sume sepatutnya, bukan satu2. So die guide camana nk lengkapkan jadual pembetulan yg fak bg tu. OOOOooo...rupe2nya bukan wat satu2 pastu cek satu2, rupa2nya buat semua2 habis n print satu bandel untuk die tgok. Allah. Ok, aku paham.

Dalam pada tu aku tanya la beliau pasal teori n model yg aku guna b4 ni tp reader kata salah n mengelirukan. Dr. kata ok je, xde la keliru n salah apa. Tapi die suggest jumpa reader tnya tang mana keliru tu. Sebenarnya, sv aku kata jarang org nk tegur KKK ni pasal pecaya penuh pada sv student, tapi da reader aku ni org baru, so katanya die sorg yg rajin sampai sudi baca artukel2 yg bkaitan kajian aku ni. Allah. Ok, biarlah. Yang penting bila aku buat perubahan skit2 ni, die terimalah. Ikutkan kata dr. aku x perlu ubah sangat, juz pejelaskan. Tapi dalam report reader kata siap tak ada kene mengena n xda rasional. So tu yang aku tukar mana patut. Dan dr. kata aku x perlu run data pon, tp dah reader kata kaedah pilih sampel x betul tu yg kene run kot pada aku. Takkan nk ubah figure plak. MasyaAllah.

So tadi, aku kol la reader lepas pintu bilik da dikutuk x dibuka. Rupeny2e die kat luar, Jumaat leh jumpa. Allah, aku ni kalu leh nk clearkan apa yg x paham ni seceptnya. Aku da plan nk hantar yg naskha baru Jumaat. Takkan da print baru tnya. Erm... Entah la. 

BTW pertemuan ngan Dr. tadi sangat santai n rasa seronok. Rasa x mau keluar bilik n nk tanya mcm2 lagi. Tapi kat luar blik tu ada yg menunggu sudah. Yang kelakar die bg cth untuk rasional pilih sampel, xleh kata snang2 yg dekat ngan umah, atau mudah dapatkan data dll, tp ada rasional dgn fakta. Cth die bg, die cakap anak lelaki die yg ada dalam bik tu, umur tadika yg tgh demam tp aktif main2 kat situ hensem. Pastu die kata mak aku pon kata aku hansem. So xleh pakai kedua2nya. Kene cari titik tengah yang x bias hasil drpada penelitian akademik sapa yg sebnarnya lebih hensem. Ceh.

Erm, apapun Ya Tuhan, aku harap semuanya dipermudahkan. Insya Allah. Sekarang aku nak makan, semayang sudah. Pastu barulah start nk bina jadual yg dicadangkan tadi. 

Harap setela la cepat2. Mahrajan negeri Sabtu ni bjalan, kene bertugas menyelaras sistem siaraya. Dah tu lagi PPDa yang aku plan nk tolong x tertolong2, report2 unit kantin lak belum buat lagi, malah ketas soklan prexa pon x ketip lagi. Lagi hampeh buku2 budak x bertanda banyak lagi. Suruh budak2 buat latihan banyak2, tp aku sendiri x de masa nk menyemak. Allah...

Jumaat, 20 September 2013

Peperiksaan Lisan a.k.a Viva

PEMBUKA KATA:
Alhamdulillah...akhirnya dapat ku alami suasana berviva sebagai satu stage untuk jejak kaki ke DECTAR. Oleh kerana perkara ni tak biasa pada aku, dan belum tentu akan datang aku laluinya juga, maka aku catatkanlah untuk diri sendiri agar x lupa even sebenarnya hampeh skit tadi.

LEWAT?:
Aku sebenarnya da siap awal tadi, sekitar 7.30, pastu aku mmg plan b4 p nk present olok2 dulu supaya ada psediaan b4 yg btol2. Habis je prektis aku pon bertolak la pada jam 8:03 pagi. Memang aku estimate sampai sekitar 8:30 pagi seprerti yang disarankan melalui surat makluman. Tapi entah camana sampai Dengkil aku tergerak hati nak cek beg sandang ni, rupe2nya draf tesis aku x ada, tertinggal kat meja study... yang sebenarnya beg tadi tu tak muat, juz nak pegang. Erm, so aku pon patah la balik. Arghh...memang kantoi la, sepanjang patah balik banyak plak kereta termasuk la lori yang macam sengaja je x bg can nak lalu. Last2, sampai rumah terus amik n amik juga masa seminit dua solat sunat dhuha...sebab plan nak wat kat musolla fak tapi macam da x sempat tu yang terus wat je. Masuk krete balik da 8:25. Allah... Camana nak sampai 30 minit b4 kalau da lambat cam ni. Tapi jalan aje. Memang laju giler r aku bawak, satu-satu kete aku potong. Tapi lori aku x berani..terpaksa la membontoti lori2 yg ada depan kereta. Tapi otw tu aku kol juga Puan Zizah maklumkan kononnya traffic jem..hehe.. apa2 je la, janji jangan lak panel2 sume cabut sebab ingat aku x hadir. Pastu sampai Fak mujur 8:55, ada lagi 5 minit b4 mula. Tu pon dari jauh Encik Mansor da sahut2 nama aku mintak laptop..hehe...dah ada yang menunggu rupe2nya. 

SEBELUM MULA:
Lepas serah laptop pada Encik Mansor bersama Encik Azmin yang ada sama setkan meja n laptop, maka aku diminta untuk keluar. Tapi b4 tu sempat juga aku snap gambo2 dalam bilik tu, nak amik mood, datang lewat sudah, so gambo bilik jadi la untuk penguat semangat. Bila kat luar terserempak la dengan Encik Jamal selaku ketua jabatan aku, Dr. Azlin selaku reader tesis aku, termasuk la penyelia aku sendiri Dr. Norasmah. Sorang lagi baru aku kenali selaku pengerusi majlis pagi tadi tu, Dr. Mohd Hanafi. Ada la dalam 10 minit aku menunggu b4 dipanggil masuk. B4 tu, kat luar aku ditemani oleh DrNO aku, sempat la dia pesan pape yg patut, cakap ikut method, bukan ikut ayat aku suka2. Haha...mesti die takut kalu aku cakap, 'sv saya suruh' or 'sv saya kata macam ni'...hihi..

MULA-MULA:
Bila masuk je terus aku diminta ke depan. Sempat la aku menyalam panel2 lelaki yang ada, tp Encik Jamal x sampai plak tangan aku nak menyalam...hehe..So rang lagi hadirin, Encik Kamaruddin selaku Penolong Pendaftar fak aku. Bila da disuruh duduk, aku pon tarik la nafas n cool kan diri. Nampak gaya cam x la stress sangat, aku je wat2 stress..hihi... Apa yang berlaku sesi perkenalan n taklimat sikit2, yang ditekankan adalah aku present 20 minit sahaja. Tak boleh lebih. Aku ok je even selama prektis 2 hari ni mau menjangkau satu jam...haha.. Siap dia tanya, slide ada berapa? Aku cakap ada 22. Pengerusi kata, bagus! Agaknye die pikir kejap je aku cakap, walhal.....haha..

SESI BERMULA:
AKu mulakan dengan bismillah dan salam kepada semua hadirin. Mood aku masa tu memang tenang. Aku je buat muka seposen..hehe... slide demi slide aku perbentangkan dengan baik, namun terkantoi gak skit2 sebab aku ni jenis cakap laju, dan kebetulan nk cepat agar semua slide dapat d baca, tu yang aku kadang2 tersasul2. Ah, masa tu aku pikir lantanklah, x paham aku cakap korang baca la slide tu terus..hehe.. Tengah2 syok membentang, tetibe pengerusi warning ada 5 minit lagi. Apa lagi, aku rush la lagi... Sampai ke slide implikasi aku tetibe stop tanya masa, ada 2 minit lagi, n terus d minta untuk ulas penutup. So aku pon tutup la presentation viva aku dengan selamat selaju ERL Express KLIA hehe..

Q&A:
Selesai tu, terus pengerusi mempersilakan reader untuk menyoal. Mak ai, dia kata ada beberapa, macam banyak je. Ya, mmg banyak. Senang cerita, aku lebih banyak mengangguk setuju daripada berargument dengan beliau coz mmg aku mengaku otak aku ni da kosong sekosong kosongnya. Tak dapat nak pikir apa, bimbang kang nk back-up2 diri banyak lak aku melalut. So apa yang dikomen tu aku skadar janji akan perbetulkan semula. Habis beliau, En. Jamal lak sambung. Kononnya xde pape, tapi ada jugak die argue. Siap cadangan sikit2. Then, DrNO xde plak peluang untuk bcakap, beliau dari tadi aku tgok mcam menunduk je, dia baca sumting yg lain kot or tengok hp die. Ermm, agaknya dalam hati die pon turut berdoa2 kot..hehe.. B4 ucapan penangguhan aku diberi pluang untuk bcakap. Aku pon cakap la betapa sukarnya nak buat kajian ni even tajuk nampak mudah. Pastu dicadangkan la dalam tesis aku tu masukkan masalah or batasan kajian aku. Dan akhirnya sekali lagi aku disuruh keluar sementara panel2 tu dok bincang keputusan.

DI LUAR:
Kat luar, aku mula rasa lega. Ya, lega sebab dah lepas. Tapi dalam pada tu hati aku x putus2 doa macam2 versi supaya diluluskan. Penat woo... Banyak perkara tertangguh gara2 tesis n study ni. Tak mau la extend lagi. Kat luar tu aku ditegur oleh seorang orang opis, aku x kenal pon nama die, n mcam x pernah nampak dia. Tapi dia peramah, aku pon borak2 la gak ngan dia. Tapi yang pasti aku isi masa di luar tu dengan berdoa dalam hati. Gambo pon siap aku snap sendiri isi masa lapang di samping berFB...hehe. Tetibe DrNO kuar dari bilik n pesan suruh jumpa die d GM 2 coz dia ada kelas sekarang. Kemudiannya dalam sekitar 20 minit aku diluar aku pon dipanggil la masuk.

KEPUTUSAN:
Aku disuruh duduk semula di depan tempat tadi. Pastu pengerusi pon start la semula. Ulas skit2 pasal present tadi n akhirnya.............. Akhirnya konon2 dengan penuh suspen, pengerusi umumkan aku diluluskan dengan tahap 'baik' tapi harus memperbetulkan tesis ni semula dalam tempoh 3 bulan. Aku masa tu sebenarnya buat2 cuak je memula. Tapi bila dengar keputusan tu mula la terukir senyuman. Hampeh la kalu aku tak happy. Haha... Last2 tu, aku diberi peluang lagi sekali untuk bercakap. Aku pon cakap la terima kasih kepada panel yang sudi semak tesis aku. Dan sempat aku menyelit yang aku harap dapat konvo tahun ni. Ceh, x malu! Tapi diorg ok, katanya kalau aku dapat submit cepat xde masalah. Tapi rujuk ke fak dulu. Dah habis tu, pengerusi tutup majlis n sorang demi sorang aku salam kcuali Dr. Azlin, selepas tu mereka angkat kaki keluar. Yang tingga En. Kamaruddin yang kutip segala borang2 n buku berkaitan. Beliau baru ku tahu adalah urusetia untuk viva tu...ohoooo.. Dalam tinggal bedua tu die tanya aku, cikgu j-QAF ya? ha? mana tau? Dia kata mananya tak tahu, semua maklumat aku ada dalam fail yang dipegang oleh panel2 tu tadi... Malah result2 aku masa dgree n dip siap terpampang grednya. Siap lagi encik tu puji A aku bederet..hehe.. Ishk, aku rasa ni mesti diorg pon tekejut beruk pasal selama ni aku tak de plak nk cerita aku ni cikgu opsyen apa. Yang paling dasat juga, DrNO pon jenis x tanya langsung background aku. So no point la aku dok jaja sana sini. Pastu aku pon tanya la encik tu prosuder selanjutnya.

NAK BALIK:
Di kaunter fak, aku diserahkan lagi borang2 berkaitan. Katanya kalau nk konvo tahun ni hantar siap hard cover b4 15 Oktober...ALlah....Permudahkanlah aku...Selepas blah dari fak aku terus p parking amik kete bawa ke parking bilik kuliah siswazah. B4 tu sempat aku tanya Puan Zizah kat mana GM2? Ceh, mentang2lah da setahun xde kelas, leh lak lupa... Pastu bila da ke depan bilik tu dr jauh aku da dengar suara DrNO aku tu bersyarah. Kuat juga suara die even pintu tu agak tebal n kebal...hehe.. Then, aku bukak pintu pelan2 sebab kalu boleh x mau la beri gangguan student2 len syok mendengar syarahan tu. Bila aku bukak DrNO tgh bejalan ke arah belakang, so x nampak aku. Juz budak2 degree yg majoritinya pompuan tengok kat aku dgn muka pelek. Ye la, punya la smart aku datang siap long sleeve berbutang. Mujur xde tie n blazer lak aku da tanggal kat kreta. Kalau tak? Kalau tak aku la segan...hihi..Bila die sedar pintu terbuka luas baru dipandang. Pastu terus die minta maaf kat student die n aku pon bdiri kat luar tggu die kluar. Kat luar tu die tanya camana keputusan. Aku rasa die mmg da tau, tapi saja je tanya balik. So aku cakap la lulus dengan 3 bulan correction. Dia pon ucapla tahniah yg aku rasa belum mahal lagi harganya..hihi..leh lak aku nilaikan ucapan tu ya. Dia sempat pesan, struggle kalu nk konvo. Tapi die sendiri expect yang aku x mgkin dapat konvo tahun ni. Ishk... x baik cakap cam tu...hehe.. Tapi die jenis yang transparent punya org, cakap main lepas n direct. Selama 2 tahun aku sama die da tau da cara n gayanya. Tinggal aku tahan n tak tahan je la. Pastu die sempat komen yg sebenarnya aku lulus degn correction 6 bulan, tp bila da jadi 3 bulan dianggap aku da kire bernasib baik n berada pada tahap baik bilamana bak kata pengerusi tadi aku 'lulus pada tahap baik dengan 3 bulan pembetulan'. Lagi2 die kata level aku patut pada aras sederhana tp bila da jadi baik die pon setuju la. Oh, ok. Saya tau saya di mana...hehe..Aku harap dapat la A-. xmau la B. Dahla mahal harga tesis tu. Sekali dapat gred B (3.00), otomatik jatuh terus pointer aku.
TAMAT:
B4 aku balik, sempat aku serahkan sebungkus Daim kat beliau. Spontan dia kata 'eh, apa ni. Belom habis lagi ni,'... hehe... x la dr. aku kasi free ni xde niat apa2, juz nk ucap tq selaku seorang murid kepada gurunya. Pastu dia kata boleh x die agih2kan pada student2 kat dalam tu 'untuk memanjangkan pahala awak ni?' Aku ckap terpulang la dr.. Erm, aku pon blah la dengan cepat ke rumah, bawak degn kadar biasa x selaju pagi tadi...hehe... Sampai rumah, aku qadha tidur dengan niat qailula' b4 Jumaat :D N untuk akhirnya, apa yang correction punya tu aku akan citer kemudian. Allahu Akbar.







Rabu, 18 September 2013

Macam Manalah Esok

Allahu Akbar.

Aku tak tak apa la perasaan aku saat ni. Sebelum semayang tadi rasa relax je. Even present sendiri2 olok2 pon tergagak2 rasa ok aja. Tapi lepas sembahyang ni rasa makin berdebar plak. Ye la, rasa mcm x sdia habis. Dalam pada tu aku rasa terawang2 juga bila kengkawan aku aku boleh n aku ok. AKu harap doa mereka benar2 makbul dek Tuhan. Aku da semak draf n slaid, rasa macam x tau nk wat apa lagi. Bukan da hebat beno, tapi zero. Membaca pula pengalaman orang lain d gugel, makin berdebar aku. 

Aku tak dapat bayangkan apa n bagaimana perjalanannya. Dalam keadaan santai atau serius? Siapa ahli panelnya? Bagaimana dengan keyakinan aku nanti tatkala dipertikai n dipersoal bertubi2? Aku benar2 tak tau. Pengalaman orang berbeza2. Ada yang ok, ada yang x ok. Ada yang senang n mudah, ada yang sukar dan payah. Aku bagaimana? Allahu Rabbi.

Slaid rasa cam da ok, cantik, juz beberapa info dalam nya macam ada yg x kene je. Ya, mana nak kene kalau ada maklumat2 x lengkap, sumber xda. Allah. Dulu aku x sedar. Sekarang bila baca balik, macam2 kesalahan ada termasuklah typing error. Yang bimbangnya bilama statement salah tulis, menjadikan maksud n huraian sumenye berubah lain. Jenuhlah aku nak explen habis2 esok. Ya Allah.

Allah. Aku tak tau nak tulis apa lagi. Aku harap semuanya berjalan lancar. Janganlah lebih dua jam. Sejam pon cukup lah, janjinya aku lulus esok. Correction plak dalam tempoh minima x menjangkau sebulan. Dan yang penting dapat konvo tahun ni juga la Ya Allah.

Salimni Ya Rabbi...

Tengah2 cari info kat gugel, tetibe terbaca blog SKKW..wah, rancak beno diorg ni prepare set untuk pertandingan PPDa negeri. Sekolah aku pon sama. Tapi jujur aku katakan, sekolah tu sangat aktif bilamana tgok blog mereka yg penuh dgn mcm2 aktvt. Yang sekolah aku ikutkan banyak jugak, tp sebab da di publish umum kat warga sekolah, x perasan la kot esp pada penglibatan murid. Beberapa minggu ni tengok Kak Aya n Kak Wawa, rasa nak tolong pon ada, tapi apakandaya, aku diminta untuk incharge SPBT. Lagi2 aku sibuk jugak handel budak untuk pertandingan menulis jawi. Apapun aku harap PPDa ni menang gak wakili negeri. kat kepala aku banyak je ideanya, tapi ye la, takat beri idea, susah gak kalu xde keupayaan nak buat. Guru2 kat sekolah pon semuanya sibuk, all boys totally kat luar dengan KATMO n PSPKK...

Ok lah, dengan harapan esok aku lalui viva dengan baik, minima masalah, x melangkaui 2 jam sampais etel habis totally, n minor correction sekitar sebulan, aku berjanji, Dengan Nama Tuhan, aku akan approach Kak Aya or Kak Wawa sama ada mereka nak minta aku tolong pape yg aku mampu untuk PPDa or tak. Tak kisahlah kalu diorg x nak menjemput, aku akan try bertanya sendiri. Aku harap aku ada keupayaan n masa nk tolong mereka apa2 even minima. Insya Allah.

Allahu Akbar.

Sabtu, 7 September 2013

Review Penjurian di Kaca Mata Aku

Sementara masih ingat kat kepala ni, aku ceritakan sikit review kemenangan berdasarkan penjurian kantin pringkat kbngsaan pada Mac lalu. Sebetulnya aku rasa hairan dalam syukur atas kemenangan itu. Dalam pengharapan, masih ada rasa sangsi dengan keyakinan sebelum keputusan diumumkan. Aku memang x berharap dapat johan sangat tapi berharap dapatlah sangkut even nombor 3 pon. Tapi bila slide show ditunjukkan, ternyatan bukan gambar sekolah aku pun, tp sekolah lain, terus down hati aku masa tu. Tapi entah mcmana emcee naytakana tempat ketiga adalah SK Seroja Selangor. Aku rasa mcm x yakin pasal xde Taman, xde Sepang. GB n Kak Sham pon aku perasan dari jauh lambat2 bangun n jalan sebab rasa macam x prcaya. hihi...

Lepas berakhir program sesi tengahhari, aku keluar la bjalan ke ruang pameran, tengok2 sekolah lain punya kantin. Ternyata, masing2 hebat terutamanya dari aspek hiasan dan keceriaan. Sungguhpun kantin sekolah aku x kurang juga cantin ceria tapi sekolah lain pon memang hebat. Lalu, aku rumuskan, faktor  keceriaan bukanlah penyumbang utama kepada keputusan itu.

Dari segi keceriaan sebenarnya, ia sekadar memyumbang lbh kurang 10% sahaja. Yang penting aspek kebersihan dan keselamatan di premis kantin. Contohnya, kebersihan dapur yang x berselepat dengan minyak atau lumut2 di dinding dan longkang, kain pengelap yg khusus atau alat pemotong dan memasak yang bersih dan x tercemar. kalau selamat pula mungkin melihat pada susun atur dapur yang efektif, penggunaan perangkap binatang dan serangga dan seumpamanya. Atau juga kedudukan kaunter yang tersusun, lantai yang x licin, meja yang tersusun baik dan selesa untuk pergerakan dan lain2. Hal2 keceriaan adalah rentasan melalui aspek kebersihan dan keselamatan yg dihias cantik dan menarik. Dalam bab ni aku akui, kantin aku sama tarafnya dengan yang lain2, malah mungkin lebih daripada itu berdasarkan respon ramai pemantau yg hadir sebelum ini bahawa dapur kantin sekolah ni sangat kemas dan cantik bagaikan berada di ruang tamu rumah.

Kemudian, dari aspek informasi dan pendidikan di kantin, aku rasa kantin sekolah aku ni x la bravo snagt. Banding dengan skola2 lain, kantin diorg penuh dengan informasi dan maklumat. Penuh dinding dengan macam2 maklumat, mereka letakkan pula papan panel untuk kasi penuh kantin sampaikan pandang mana2 sudut pasti ada makklumat yg boleh dibaca. Kantin aku mmg la ada, tapi x la mampat macam sekolah2 lain. kalau kat meja, sekolah lain pon banyak. Aku mmg dulu ada terfikir mengenainya, tp bila pkir2kan nk menambah2 papan panel rasa mcm pelek je sbb kantin ni mmg dah dibina lawa, x perlu menambah2, kalu menambah 2 nnt kantin jd cacamarba n x ceria. Juz dikekalkan untuk beri pencahayaan yg cukup n persekitaran yg sedap mata memandang. Cuma satu yng aku teringat tatkala juri tanya, kenapa x letak banyak majalah berkaitan kseihatan dan pemakanan di mini library? Err..memang x da sangat coz banyak byky yg ada adalah buku2 berkaitan bacaan umum dan kanak2 yg tikda menjurus secara tuntas ke arah tema yg dicadangkan tadi. Memang aku rasa kantoi juga la. Malah kalu mini library ni, skeolah lain lagi kemas, tersusun dan cantik. Siap rak buku besar gedabak bawak turun kantin. dan aku akui, kantin sekolah aku kalah sikit dalam kategori ini even antara projek yg tlh dibuat adalah 'kantin sumber ilmu' atau 'info @ board'.

Manakala dari sudut penyediaan n menu makanan aku x pasti sebab dalam gambo sekolah2 lain mcm x jelas sangat. Tapi yg jelas, ada plak gambar Kak Sham yang sedang memotong bawang n sayur besar2 ditayangkan dengan memapaki apron, topi n sarung tangan. Haha...bagusnya, agaknya itu la kot yang nk ditunjukkan oleh penganjur d mana ia adalah keutamaan yang harus diamalkan oleh pekerja kantin. Erm, dalam pada itu pon ada pekerja kantin yang terkantoi masuk zon tandas dengan apron sekali tatkala diuji pemantau...huhu...nasib2. Lagi satu, pasal menu makanan, mmg ada puluhan kategori makanan yg x leh di jual kepada murid, yg antaranya tentu2lah junk food, kordial, makanan bermnyak dan sebagainya. Dalam hal ni, kantin sekolah aku sejujurnya x la berapa bagus coz masih ada makanan berminyak disediakan berbanding makanan berkukus dan berebus. Tapi mgkin skolah lain pon dua kali lima atau lebih dari itu, maka aku rasa even rasa kesal dgn jualan itu rasa juga bsyukur sebab menang. Lagi bersyukur bilamana kantin terkantoi sebab ada label ajinamoto n ajinamotonya sendiri dalam bekas makanan sederet dengan garam n gula...haha..kelakar betul. Tapi mgkin dengan kejujuran Kak Sham yang menggunakannya dalam masakan guru, maka ada bonus untuknya...hehe. 

Dalam hal inovasi, aku rasa aku da cukup baik menyediakan beberapa bende n item yang dianggap sebagai inovasi yg xde d tempat lain. Contoh ketara replika piramid makanan. Memang ada penjuri yang memujinya. Kemudian pasal skrin eletronik yg berupa monitor pc yg nipis d letakkan di kantin sebagai layar maklumat yg menunjukkan slide show bekaitan makanan n informasi kantin. Juri pon kata kat sekolah lain x da. pastu pasal penilaian sensori, sekolah lain dikatekan ada buat sama, tp x la menonjolkannya dengan ada tema khas sendiri,  siap buku catatnnya lagi. Dala hal ni juga ia dipuji penjuri. Lagi satu, laman kreatif PIBG yang ada d depan kantin. Konon2nya nk sama macam kat shoping komplex tu la, ada sudut seperti landskap d buat sempena perayaan2 tertentu. Pon sama dipuji. Namun, malangnya, satu pon x sangkut! Malah kata penjuri kebgsaan, jabatan kesihatan negeri x calonkan kami untuk kategori ini. Malah, untuk kategori guru pon sama, penjuri kebgsaan habis puji aku depan gb kononnya aku patut dicalonkan. Mana xnya, aku mmg da study soklan2 spot yg bakjal ditanya n aku dapat jawab n present dgn baik. Ermm, x pelah. xde rexeki. Tapi sempat hari tu kat marriott penjuri kebgsaan cakap ngan Puan Suraya Hanim PKDS, jaga kanton sekolah elok2, n akan datang calonkan aku untuk kategori ini. Eh, apa pulak akan datang, ada ke? Belom tentu 3 4 tahun lagi aku guru kantin, banyak tugas n jawatan kat sekolah tu ada untuk aku belajar urus, kantin ni macam da penat da aku. Tapi berbalik pada yang atas, aku kagum dengan inovasi SK Sri Sentosa, Penang, iaitu 1Muird, 1Sapu Tangan... kreatif giler.

Kesimpulannya, aku x berapa nampak di mana istimewanya kantin sekolah ni sgt bilamana aku dok telek gambar kantin sekolah2 lain, semua nampak lebih kurang sama. Mgkin ada part2 yg aku x perasan menjadi perhatian juri untuk memberi kemenangan buat sekolah. Masih teringat juga kata2 ketua juri tatkala datang pada pemantauan kebangsaan kali kedua, sbenarnya mereka da ada senrai Top 5 setiap satu dari seluruh negara berdasarkan penyertaan 76 buah sekolah bagi kedua2 ketagori bandar n luar bandar. Tapi entah macam mana, mereka tergerak hati nk ke seroja ni. Sedangkan takde pulak mereka nk ke Damansara. Last2 mereka ada kata, xjauh beza dgn yg lain, lebih kurang sama. So dari situ kami ni mula la rasa down even da persembahkan sebaik2nya. Tapi bila menang dapat aku simpulkan yg seroja ni mengacau daun sekolah2 yg temrauk top 5 tu kot...hehe...mujur sangkut. Kemenangan ni juga aku anggap sebagai miracle dr Allah. Malah ia mungkin ujian buat kami esp makcik kantin la, selama ni orang dok komen macam2, sampai die pon selalu tertekan, tp dengan anugerah ini, aku harap die tabah hati la. Aku sebagai org tgh antara guru / murid dan penguasa kantin dah cuba buat yg terbaik. Juri2 n pegawai2 kesihatan yg kami jumpa d hotel hari tu siap da pesan gak, lepas ni kene sentiasa bersedia kot2 ada mana2 pihak nk buat lawatan penanda aras. Allah.

Mengenai hadiah yang dibawa pulang, kami menerima plak, sijil penyertaan, sijil kemenangan dan cek bernilai RM2000. Semuanya untuk sekolah untuk menyelenggara kantin, bukan untuk aku n ajk2 kantin, bukan untuk unit kantin, bukan untuk pengusaha kantin. So sebelum aku terlupa, kat kepala aku ni da plan nak buat apa dengan duit tu. Even mgkin x ckup pon aku nk catatkan juga, nnti2 leh la bincang sama pentadbir mana satu yg perlu diutamakan.

1) Landskap n wakaf or gazebo desebelah kantin. Yang ni projek tertangguh awal tahun hari tu dek kekangan masa. Duit rm500 ada pada aku lagi hasil kemenangan kantin no 2 Selangor.

2) Bekas mineral water. Semasa pemantauan-pemantauan dilakukan, bekas mineral water tu menggunakan kantin punya, mmg mcm nampak pelek, tp mungkin satu inovasi.

3) Alas kaki pada papan di sinki. Aku tengok macam dah lusuh. Memang da x cantik sangat la. 

4) Arial TV. Kesian penyumbang, seolah2 tv tu kami x hargai, sedangkan ia x lengkap eksesori. Insya Allah nak mintak tolong abg. hasan uruskan.

Ya Allah, berkati dan rahmati usaha kami dan pada semua yang terlibat secar langsung atau tidak :D







Jumaat, 6 September 2013

Bukan Milik Mutlak Aku

Alhamdulillah, semalam ada dua perkara yang membuatkan aku exited sgt2. Of coz la kerana kantin sekolah dapat tepat ketiga peringkat kebangsaan kategori bandar tu. Tapi yang lebih beerti buku yg aku tulis dengan Pelangi Books dah publish. Siap dah dipromote lagi tu. Untuk kedua2nya aku rasa lega snagat2.

Kantin, aku pada mulanya x berapa yakin menang. Tapi saban hari doa sentiasa aku panjatkan agar sangkut dalam mana2 tempat dan kategori. Akhirnya selamat juga. Memang aku dah pasrah bila slide show untuk tempat ketiga tu tunju skolah lain. Sebab aku fikirkan, mana mungkin sekolah aku dapat johan or naib kalu bila tgok gambar2 kat pameran luar kantin2 lain lagi hebat. So aku mmg monyok je la. Last2 bila disebut pemenang tempat keriga adalah SK Seroja Selangor, aku mula kaget. Apsal nama sekolah x berapa lengkap. Tapi bila dise sebut Selangor baru aku yakin. Sebab sebelum tu, ada 2 kesalahan besar memabibtkan sebutan nama sekolah n pemenang yang x tally degan slide show, buat audiens marah je. Apapun, bila da menang tu aku rasa lantak korang la nak salah sebut ke hapa.

Yang naik pentas ambil hadiah kemenangan tu GB dan pengusaha kantin. Suppose YDPPIBG naik sekali tp dia x datang plak. Agaknye dia menjangkakan kemenangan kot. Tak apa la. Pastu b4 lunch kiotrg bergambar kat pentas bersama Puan Suraya Hanim selaku Pegawai PKD n Cik Rahaya selaku Pegawai PPD. Diorg pun tumpang bangga kerana ada juga wakil Selangor yang sangkut dari kesemua kategori yang ada. Dan kami pun, x de la tonjolkan exited sangat. Juz aku lihat GB makin exited bila wartawan BH interview dia. Aku masa tu x tahu menahu coz duduk seat berbeza dgn VIP. Aku sama budak2 dok kerusi awam je.



Apapun sebenarnya banyak manfaatnya aku pergi ke sana. Selain nak tau keputusan tu, hadirin telah diberikan seminar untuk beberapa slot berkaitan penyediaan dan keselamatan membabitkan makanan dan diri sendiri. Selain tu kat luar dewan ada pameran berkaitan. Sebenarnya aku x berapa amik port sangat sebab aku rasa otak aku da tepu sgt2 nak baca banyak2 info. Sebab masa tu kat kepala aku juz pikir nk menang je. Alhamdulillah, jadi kenyataan juga. N budak2 aku pon x sia2 ikut, setiap seoang daripada mereka pula telah terima topi slpeas jawab kuiz melalui permainan d pameran yg disediakan. Pastu masa kuiz dalam dewan sorang budak aku daoat jawab soklan, dapat lg hadiah. Memang berbaloi la lagi2 buadk2 aku x habis2 cakap makan macam orang kaya..mana xnya, banyak sgt menunya. Paling kelakar mereka mengadu penat nak makan sebab sudu berat! Ha...ha...ha...

Bila balik sekolah, aku terima satu bungkusan poslaju, tengok je nama pengirim, otomatik aku da tau apabedenye. Novel mini yg aku wat dah selamat untuk dpasarkan. Alhamdulillah. Erm, untuk novel ni, ia akan dilancarkan pada Oktober nanti masa konvesyne pendidikan KPM. Aku nak cerita banayk2 yg ni rasanya xde input. Juz aku harap buku ni laris dijual la. AKu da tunjuk pada Kak Zai, dia plak yang terlampau exited, siap nak order banyak2, walhal baru je keluar pasaran. AKu sendiri dapat naskhah percuma 3 buah saja. N aku x berapa exited sangat la dgn buku ni sebab ia bukan buku pertama aku buat.

Bersambung hal kantin. Sejak semalam x habis2 ucapan tahniah kawan2 lafazkan pada aku. Aku ni sebanrnya segan nak menerima ucapan tu coz ia selayaknya diberikan pada GB n Kak Sham selalu pentadbir dan pengusaha kantin. Aku ni juz SYMP yg mmg la harus akur degan arahan. Aku x perlu nak mendabik dada megah dengan pujian kerana ia bukan atas usaha aku seoang semata2. AJK2 aku yang lain pun turut sama buat seperti Kak Suzita selaku S/U aku yang x habis2 bg idea untuk hias kantin. Kak Ima n Kak Nor pon sama cekal n bersikap profesional bilamana aku minta mereka bagi idea n bantuan berupa khidmat tenaga. Sagun pin xkurang juga ikut serta di samping Kak Ina yang sedikit sukar aku nak tarik dia terlibat sepenuhnya. Tapi sekurang2nya xde perang saraf antara aku sesama AJK, malah masing2 menunjukkan toleransi yang tinggi. Selain tu sokongan Kak TOn yang turut samahadir tngok kitorg bertugas. GB plak bagi sokongan secara remote control je, apa yang dia nka adalah laporan terkini setiap pekembangan yg ada. OK la jugak, kitorg pon x betah nak buat kerja di bawah pemantauan bos...hehe..

Kesimpulannya, aku memang x rasa bangga dengan pencapaian ini meskipun GB n Kak Ton berkali2 kata ia satu pencapaian yang membanggakan, tp sebenrnya benefit pada sekolah dan penguasa. Dengan kejayaan ini, sekolah dapat capai satu lagi aras yang mengkuhkan markah untuk dapat status SBT, manakala pengusaha kantin pula dapat menambah kekuatan syarikatnya yang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Aku dan AJK2 lain, secara langsung memang xde apa2 yang dapat. Sekadar kakitangan yang jalankan tugas sebaik2nya. Apa2 penghargaan nak diberikan kepada kami, biarlah tanpa diketahui orang. Bimbang sgt2 bila nanti ada yang pertikaikannya. 

Dan lpeas ni penguasaha kantin harus lebih bersemangat waja menyediakan perkhidmatan yang terbaik selayaknya sepati pemenang kebangsaan ni, Memang bukan senang nak dapat, so mmg bukan senang la nak kekalkan prestasi.  Kene sentiasa bersedia hadapi sebarang cabaran terutama komen2 daripada pelanggan kalangan guru n murid berkaitan menu makanan. Lain2 hal ok sudah. Malah yang lebih penting, pegawai daripada jabatan kesihatan negeri pon da nasihat supaya dalam keadaan bersedia untuk menrima khadiran tetamu luar. Allah. 

Dan dari itu aku dedikasikan sebuah lirik lagu yang rasa2nya mmg terkena batang hidung aku.

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Bumi langit ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Tuhan punya
Mengapa tidak malu
Kepada Tuhan yang empunya
Patut bersyukur kepada Tuhan
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Tuhan
Kerana milik Dia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Tuhan tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Tuhan punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Tuhan
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Tuhan itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Ya, biarlah segala usaha yang aku lakukan, selaku yang menurut perintah dinilai oleh Tuhan semata-mata. Nak berbangga  pon bukan hak aku sebetulnya. Kalaulah ALlah tarik segala kemahiran dan pengetahuan aku, masya Allah, tak mungkin aku berada di level ini lagi. Yang dah lepas, biarlah. Tugas2 baru ada lagi yang menanti. Kak Ton gtau PPDa dan nak sampai ke peringkat negeri. Aku rasa macam ada nak tolong Kak Aya sekit2 esp pada pengursan fail dan laman sosial. Tapi biarlah di offer dulu, tak mahu la hidung x mancung pipi terserong2. Sama seperti kantin dan musolla yang dapat Anugerah 5 bintang tahun lepas di peringkat negeri, harap2nya PPDa lepas ke peringkat kebangsaan. Insya Allah.


Rabu, 4 September 2013

Esok Yang di Tunggu

Esok adalah hari yang ditunggu2. Ya, aku memang menunggu, Penat da tunggu. Bukan aku je, gb n gpk hem pon sama. makcik n pakcik kantn pun. meskipun begitu, apa keputusannya, yang dapat nama adalah sekolah, yang dapat benefit pengusaha kantin. aku sama ajk2 lain, secara materialnya xde la. hanya serah pada Tuhan.

Apapun selepas segala usaha penat lelah sengkang siang malam beberapa waktu, nak tau juga hasilnya camana. sejujurnya aku x la berapa meletakkan harapan tggi lagi2 bila barisan juri berkomentar kantin yg mereka lawati hr tu biasa2 je spt 5 sekolah yang lain d seluruh negara. 

Apapun lagi, aku nak juga buat expected result b4 yg sebanr2nya d umumkan esok di JW Marriott Hotel, Putrajaya. Mana tau mengena...hihi

1) dapat nombor x kire 1, 2 atau 3 dalam kategori kantin bandar.
2) x dapat nombor2 di atas, tapi dapat memenangi mana2 kategori anugerah sama ada kategori guru, murid, pibg atau pengusaha kantin.
3) x dapat pape hadiah kategori d atas, tp dapat menang dalam kategori khas yang aku x tau apa dia.
4) x menang juga, sekurang2nya dapat anugerah Top 5. yang ni i'Allah pasti.
5) dan kebetulan bawak murid, harap2nya budak ni dapat la balik dgn bawa hadiah kuiz2 yang disediakan. da suruh da study sekit2 kat diorg, harap2 dapat la diorg jawab esok.

Allahu Akbar. Aku pasrah.