Jumaat, 20 September 2013

Peperiksaan Lisan a.k.a Viva

PEMBUKA KATA:
Alhamdulillah...akhirnya dapat ku alami suasana berviva sebagai satu stage untuk jejak kaki ke DECTAR. Oleh kerana perkara ni tak biasa pada aku, dan belum tentu akan datang aku laluinya juga, maka aku catatkanlah untuk diri sendiri agar x lupa even sebenarnya hampeh skit tadi.

LEWAT?:
Aku sebenarnya da siap awal tadi, sekitar 7.30, pastu aku mmg plan b4 p nk present olok2 dulu supaya ada psediaan b4 yg btol2. Habis je prektis aku pon bertolak la pada jam 8:03 pagi. Memang aku estimate sampai sekitar 8:30 pagi seprerti yang disarankan melalui surat makluman. Tapi entah camana sampai Dengkil aku tergerak hati nak cek beg sandang ni, rupe2nya draf tesis aku x ada, tertinggal kat meja study... yang sebenarnya beg tadi tu tak muat, juz nak pegang. Erm, so aku pon patah la balik. Arghh...memang kantoi la, sepanjang patah balik banyak plak kereta termasuk la lori yang macam sengaja je x bg can nak lalu. Last2, sampai rumah terus amik n amik juga masa seminit dua solat sunat dhuha...sebab plan nak wat kat musolla fak tapi macam da x sempat tu yang terus wat je. Masuk krete balik da 8:25. Allah... Camana nak sampai 30 minit b4 kalau da lambat cam ni. Tapi jalan aje. Memang laju giler r aku bawak, satu-satu kete aku potong. Tapi lori aku x berani..terpaksa la membontoti lori2 yg ada depan kereta. Tapi otw tu aku kol juga Puan Zizah maklumkan kononnya traffic jem..hehe.. apa2 je la, janji jangan lak panel2 sume cabut sebab ingat aku x hadir. Pastu sampai Fak mujur 8:55, ada lagi 5 minit b4 mula. Tu pon dari jauh Encik Mansor da sahut2 nama aku mintak laptop..hehe...dah ada yang menunggu rupe2nya. 

SEBELUM MULA:
Lepas serah laptop pada Encik Mansor bersama Encik Azmin yang ada sama setkan meja n laptop, maka aku diminta untuk keluar. Tapi b4 tu sempat juga aku snap gambo2 dalam bilik tu, nak amik mood, datang lewat sudah, so gambo bilik jadi la untuk penguat semangat. Bila kat luar terserempak la dengan Encik Jamal selaku ketua jabatan aku, Dr. Azlin selaku reader tesis aku, termasuk la penyelia aku sendiri Dr. Norasmah. Sorang lagi baru aku kenali selaku pengerusi majlis pagi tadi tu, Dr. Mohd Hanafi. Ada la dalam 10 minit aku menunggu b4 dipanggil masuk. B4 tu, kat luar aku ditemani oleh DrNO aku, sempat la dia pesan pape yg patut, cakap ikut method, bukan ikut ayat aku suka2. Haha...mesti die takut kalu aku cakap, 'sv saya suruh' or 'sv saya kata macam ni'...hihi..

MULA-MULA:
Bila masuk je terus aku diminta ke depan. Sempat la aku menyalam panel2 lelaki yang ada, tp Encik Jamal x sampai plak tangan aku nak menyalam...hehe..So rang lagi hadirin, Encik Kamaruddin selaku Penolong Pendaftar fak aku. Bila da disuruh duduk, aku pon tarik la nafas n cool kan diri. Nampak gaya cam x la stress sangat, aku je wat2 stress..hihi... Apa yang berlaku sesi perkenalan n taklimat sikit2, yang ditekankan adalah aku present 20 minit sahaja. Tak boleh lebih. Aku ok je even selama prektis 2 hari ni mau menjangkau satu jam...haha.. Siap dia tanya, slide ada berapa? Aku cakap ada 22. Pengerusi kata, bagus! Agaknye die pikir kejap je aku cakap, walhal.....haha..

SESI BERMULA:
AKu mulakan dengan bismillah dan salam kepada semua hadirin. Mood aku masa tu memang tenang. Aku je buat muka seposen..hehe... slide demi slide aku perbentangkan dengan baik, namun terkantoi gak skit2 sebab aku ni jenis cakap laju, dan kebetulan nk cepat agar semua slide dapat d baca, tu yang aku kadang2 tersasul2. Ah, masa tu aku pikir lantanklah, x paham aku cakap korang baca la slide tu terus..hehe.. Tengah2 syok membentang, tetibe pengerusi warning ada 5 minit lagi. Apa lagi, aku rush la lagi... Sampai ke slide implikasi aku tetibe stop tanya masa, ada 2 minit lagi, n terus d minta untuk ulas penutup. So aku pon tutup la presentation viva aku dengan selamat selaju ERL Express KLIA hehe..

Q&A:
Selesai tu, terus pengerusi mempersilakan reader untuk menyoal. Mak ai, dia kata ada beberapa, macam banyak je. Ya, mmg banyak. Senang cerita, aku lebih banyak mengangguk setuju daripada berargument dengan beliau coz mmg aku mengaku otak aku ni da kosong sekosong kosongnya. Tak dapat nak pikir apa, bimbang kang nk back-up2 diri banyak lak aku melalut. So apa yang dikomen tu aku skadar janji akan perbetulkan semula. Habis beliau, En. Jamal lak sambung. Kononnya xde pape, tapi ada jugak die argue. Siap cadangan sikit2. Then, DrNO xde plak peluang untuk bcakap, beliau dari tadi aku tgok mcam menunduk je, dia baca sumting yg lain kot or tengok hp die. Ermm, agaknya dalam hati die pon turut berdoa2 kot..hehe.. B4 ucapan penangguhan aku diberi pluang untuk bcakap. Aku pon cakap la betapa sukarnya nak buat kajian ni even tajuk nampak mudah. Pastu dicadangkan la dalam tesis aku tu masukkan masalah or batasan kajian aku. Dan akhirnya sekali lagi aku disuruh keluar sementara panel2 tu dok bincang keputusan.

DI LUAR:
Kat luar, aku mula rasa lega. Ya, lega sebab dah lepas. Tapi dalam pada tu hati aku x putus2 doa macam2 versi supaya diluluskan. Penat woo... Banyak perkara tertangguh gara2 tesis n study ni. Tak mau la extend lagi. Kat luar tu aku ditegur oleh seorang orang opis, aku x kenal pon nama die, n mcam x pernah nampak dia. Tapi dia peramah, aku pon borak2 la gak ngan dia. Tapi yang pasti aku isi masa di luar tu dengan berdoa dalam hati. Gambo pon siap aku snap sendiri isi masa lapang di samping berFB...hehe. Tetibe DrNO kuar dari bilik n pesan suruh jumpa die d GM 2 coz dia ada kelas sekarang. Kemudiannya dalam sekitar 20 minit aku diluar aku pon dipanggil la masuk.

KEPUTUSAN:
Aku disuruh duduk semula di depan tempat tadi. Pastu pengerusi pon start la semula. Ulas skit2 pasal present tadi n akhirnya.............. Akhirnya konon2 dengan penuh suspen, pengerusi umumkan aku diluluskan dengan tahap 'baik' tapi harus memperbetulkan tesis ni semula dalam tempoh 3 bulan. Aku masa tu sebenarnya buat2 cuak je memula. Tapi bila dengar keputusan tu mula la terukir senyuman. Hampeh la kalu aku tak happy. Haha... Last2 tu, aku diberi peluang lagi sekali untuk bercakap. Aku pon cakap la terima kasih kepada panel yang sudi semak tesis aku. Dan sempat aku menyelit yang aku harap dapat konvo tahun ni. Ceh, x malu! Tapi diorg ok, katanya kalau aku dapat submit cepat xde masalah. Tapi rujuk ke fak dulu. Dah habis tu, pengerusi tutup majlis n sorang demi sorang aku salam kcuali Dr. Azlin, selepas tu mereka angkat kaki keluar. Yang tingga En. Kamaruddin yang kutip segala borang2 n buku berkaitan. Beliau baru ku tahu adalah urusetia untuk viva tu...ohoooo.. Dalam tinggal bedua tu die tanya aku, cikgu j-QAF ya? ha? mana tau? Dia kata mananya tak tahu, semua maklumat aku ada dalam fail yang dipegang oleh panel2 tu tadi... Malah result2 aku masa dgree n dip siap terpampang grednya. Siap lagi encik tu puji A aku bederet..hehe.. Ishk, aku rasa ni mesti diorg pon tekejut beruk pasal selama ni aku tak de plak nk cerita aku ni cikgu opsyen apa. Yang paling dasat juga, DrNO pon jenis x tanya langsung background aku. So no point la aku dok jaja sana sini. Pastu aku pon tanya la encik tu prosuder selanjutnya.

NAK BALIK:
Di kaunter fak, aku diserahkan lagi borang2 berkaitan. Katanya kalau nk konvo tahun ni hantar siap hard cover b4 15 Oktober...ALlah....Permudahkanlah aku...Selepas blah dari fak aku terus p parking amik kete bawa ke parking bilik kuliah siswazah. B4 tu sempat aku tanya Puan Zizah kat mana GM2? Ceh, mentang2lah da setahun xde kelas, leh lak lupa... Pastu bila da ke depan bilik tu dr jauh aku da dengar suara DrNO aku tu bersyarah. Kuat juga suara die even pintu tu agak tebal n kebal...hehe.. Then, aku bukak pintu pelan2 sebab kalu boleh x mau la beri gangguan student2 len syok mendengar syarahan tu. Bila aku bukak DrNO tgh bejalan ke arah belakang, so x nampak aku. Juz budak2 degree yg majoritinya pompuan tengok kat aku dgn muka pelek. Ye la, punya la smart aku datang siap long sleeve berbutang. Mujur xde tie n blazer lak aku da tanggal kat kreta. Kalau tak? Kalau tak aku la segan...hihi..Bila die sedar pintu terbuka luas baru dipandang. Pastu terus die minta maaf kat student die n aku pon bdiri kat luar tggu die kluar. Kat luar tu die tanya camana keputusan. Aku rasa die mmg da tau, tapi saja je tanya balik. So aku cakap la lulus dengan 3 bulan correction. Dia pon ucapla tahniah yg aku rasa belum mahal lagi harganya..hihi..leh lak aku nilaikan ucapan tu ya. Dia sempat pesan, struggle kalu nk konvo. Tapi die sendiri expect yang aku x mgkin dapat konvo tahun ni. Ishk... x baik cakap cam tu...hehe.. Tapi die jenis yang transparent punya org, cakap main lepas n direct. Selama 2 tahun aku sama die da tau da cara n gayanya. Tinggal aku tahan n tak tahan je la. Pastu die sempat komen yg sebenarnya aku lulus degn correction 6 bulan, tp bila da jadi 3 bulan dianggap aku da kire bernasib baik n berada pada tahap baik bilamana bak kata pengerusi tadi aku 'lulus pada tahap baik dengan 3 bulan pembetulan'. Lagi2 die kata level aku patut pada aras sederhana tp bila da jadi baik die pon setuju la. Oh, ok. Saya tau saya di mana...hehe..Aku harap dapat la A-. xmau la B. Dahla mahal harga tesis tu. Sekali dapat gred B (3.00), otomatik jatuh terus pointer aku.
TAMAT:
B4 aku balik, sempat aku serahkan sebungkus Daim kat beliau. Spontan dia kata 'eh, apa ni. Belom habis lagi ni,'... hehe... x la dr. aku kasi free ni xde niat apa2, juz nk ucap tq selaku seorang murid kepada gurunya. Pastu dia kata boleh x die agih2kan pada student2 kat dalam tu 'untuk memanjangkan pahala awak ni?' Aku ckap terpulang la dr.. Erm, aku pon blah la dengan cepat ke rumah, bawak degn kadar biasa x selaju pagi tadi...hehe... Sampai rumah, aku qadha tidur dengan niat qailula' b4 Jumaat :D N untuk akhirnya, apa yang correction punya tu aku akan citer kemudian. Allahu Akbar.







2 ulasan:

  1. Barakallah.. Saya pula akan viva soon. MasyaAllah..debaran kian terasa. Mungkin end of October atau early November ni. Mohon doakan saya.

    BalasPadam
  2. Terima kasih. InsyaAllah semua baik2 belaka. Mudah2an juga ramai kalangan rakyat Malaysia bakal mempunyai orang2 yang tinggi ilmunya untuk diaplikasi kepada agama, bangsa dan negara.

    BalasPadam