Rabu, 18 September 2013

Macam Manalah Esok

Allahu Akbar.

Aku tak tak apa la perasaan aku saat ni. Sebelum semayang tadi rasa relax je. Even present sendiri2 olok2 pon tergagak2 rasa ok aja. Tapi lepas sembahyang ni rasa makin berdebar plak. Ye la, rasa mcm x sdia habis. Dalam pada tu aku rasa terawang2 juga bila kengkawan aku aku boleh n aku ok. AKu harap doa mereka benar2 makbul dek Tuhan. Aku da semak draf n slaid, rasa macam x tau nk wat apa lagi. Bukan da hebat beno, tapi zero. Membaca pula pengalaman orang lain d gugel, makin berdebar aku. 

Aku tak dapat bayangkan apa n bagaimana perjalanannya. Dalam keadaan santai atau serius? Siapa ahli panelnya? Bagaimana dengan keyakinan aku nanti tatkala dipertikai n dipersoal bertubi2? Aku benar2 tak tau. Pengalaman orang berbeza2. Ada yang ok, ada yang x ok. Ada yang senang n mudah, ada yang sukar dan payah. Aku bagaimana? Allahu Rabbi.

Slaid rasa cam da ok, cantik, juz beberapa info dalam nya macam ada yg x kene je. Ya, mana nak kene kalau ada maklumat2 x lengkap, sumber xda. Allah. Dulu aku x sedar. Sekarang bila baca balik, macam2 kesalahan ada termasuklah typing error. Yang bimbangnya bilama statement salah tulis, menjadikan maksud n huraian sumenye berubah lain. Jenuhlah aku nak explen habis2 esok. Ya Allah.

Allah. Aku tak tau nak tulis apa lagi. Aku harap semuanya berjalan lancar. Janganlah lebih dua jam. Sejam pon cukup lah, janjinya aku lulus esok. Correction plak dalam tempoh minima x menjangkau sebulan. Dan yang penting dapat konvo tahun ni juga la Ya Allah.

Salimni Ya Rabbi...

Tengah2 cari info kat gugel, tetibe terbaca blog SKKW..wah, rancak beno diorg ni prepare set untuk pertandingan PPDa negeri. Sekolah aku pon sama. Tapi jujur aku katakan, sekolah tu sangat aktif bilamana tgok blog mereka yg penuh dgn mcm2 aktvt. Yang sekolah aku ikutkan banyak jugak, tp sebab da di publish umum kat warga sekolah, x perasan la kot esp pada penglibatan murid. Beberapa minggu ni tengok Kak Aya n Kak Wawa, rasa nak tolong pon ada, tapi apakandaya, aku diminta untuk incharge SPBT. Lagi2 aku sibuk jugak handel budak untuk pertandingan menulis jawi. Apapun aku harap PPDa ni menang gak wakili negeri. kat kepala aku banyak je ideanya, tapi ye la, takat beri idea, susah gak kalu xde keupayaan nak buat. Guru2 kat sekolah pon semuanya sibuk, all boys totally kat luar dengan KATMO n PSPKK...

Ok lah, dengan harapan esok aku lalui viva dengan baik, minima masalah, x melangkaui 2 jam sampais etel habis totally, n minor correction sekitar sebulan, aku berjanji, Dengan Nama Tuhan, aku akan approach Kak Aya or Kak Wawa sama ada mereka nak minta aku tolong pape yg aku mampu untuk PPDa or tak. Tak kisahlah kalu diorg x nak menjemput, aku akan try bertanya sendiri. Aku harap aku ada keupayaan n masa nk tolong mereka apa2 even minima. Insya Allah.

Allahu Akbar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan