Khamis, 26 September 2013

APALAH NASIBKU

Aku tak tau nak gambarkan perasaan yg ada dalam hati ni. Rasa kesal? Tak la sangat. Rasa marah? Tak mungkin. Rasa tertekan? Ah, itu sudah pasti. Rasa bosan? Ishk, xdenye bosan2 kalu da bz mcm ni. Rasa Kecewa? Mungkin juga. Kecewa dengan diri. Tapi tak rasa sesiapa yang bersalah. Mungkin keadaan yang patut dipersalahkan...hehe...

Mana taknya, sejak Selasa lepas jumpa DrNO die mcm bg support x berbelah bahagi. Siap guide lagi camana nak berdepan dengan reader yang dok komen dalam tesis aku. Senang cerita dia bg kebebasan untuk aku direct ke reader untuk pastikan aku dapat lepas n submit dengan selamat. So bila balik umah mmg aku marathon giler2 la. Rabu siap CRK, Khamis nk amik lg tp rasa kesian kat kawan2 esp budak2. Lagi malang kalau kawan2 naik angin ngan aku. Time skolah bz la aku nk amik cuti. So aku sekolah la macam biasa semalam dan balik umah terus ngadap tesis n laptop ni sampai ke dinihari. 

Dengan tekad nak bg DrNO baca n semak b4 submit pada reader, akhirnya aku yang kecewa. Manakan tak, aku punya la tido lewat melewati jam 2 pagi smata2 nk bg siap. Tu pun tak siap2 juz tingga kurang 10%. Fine! Kat sekolah lak aku amik masa setelkan apa2 patut seperti compilekan sume bab, setting margin n page. Juz tinggal nak edit senarai kandungan n letak abstrak yg si hadi emel pg tadi. Tapi last2, masa rehat td aku sms DrNO kata nk jumpa, dia balas die ke Indon plak. Minggu depan balik. Allah........... masa tu mata ni macam berpinar je. Rasa kepenatan mula aku rasa yang sebenarnya sebelum tu aku tak rasa2.

Last2 aku jumpa Dr.Azlin selaku reader aku. Kalau tak jumpa sv at least leh la dpatkan pap2 info n tanya apa2 yg patut b4 aku print out. Tapi die sendiri ada bengkel sepanjang petang d Serdang. Allah. Ok lah. Saat itu aku mula redha la. Tak ada rexeki nak submit hr ni.

Tapi aku masih pkir2, masihkah sempat untuk aku kejar dateline hantar hardcover 15hb akan dtg ni? Sempat ke? Kalu sv ada hari Selasa kat fak nnt untuk aku serahkan tesis, maknanya da lari 3 hari. Belum lg nk bagi reader baca. Belum lagi nk hantar PPS dan lain2 prosuder yg aku x berapa jelas sgt lagi. Allah....

Dan sekarang. Aku banyak bende lagi nk tumpu. Antaranya esok kene bertugas kat dewan SMT, habis sehari burn. Antara lain cerpen aku x edit2, dateline Isnin ni. Lagi penting nak update blog PPDa untuk ptandingan ke negeri. Dan yang baru dapat kene sediakan teks doa merdeka n dadah masa YB datang Isnin ni. Allahu Akbar. Bagilah aku kekuatan, kesabaran, ketenangan, kemudahan n keyakinan. Serta berilah peluang n ada harapan untuk aku Konvo dengan selamat oktober ini. Pliz la Ya Allah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan