Sabtu, 7 September 2013

Review Penjurian di Kaca Mata Aku

Sementara masih ingat kat kepala ni, aku ceritakan sikit review kemenangan berdasarkan penjurian kantin pringkat kbngsaan pada Mac lalu. Sebetulnya aku rasa hairan dalam syukur atas kemenangan itu. Dalam pengharapan, masih ada rasa sangsi dengan keyakinan sebelum keputusan diumumkan. Aku memang x berharap dapat johan sangat tapi berharap dapatlah sangkut even nombor 3 pon. Tapi bila slide show ditunjukkan, ternyatan bukan gambar sekolah aku pun, tp sekolah lain, terus down hati aku masa tu. Tapi entah mcmana emcee naytakana tempat ketiga adalah SK Seroja Selangor. Aku rasa mcm x yakin pasal xde Taman, xde Sepang. GB n Kak Sham pon aku perasan dari jauh lambat2 bangun n jalan sebab rasa macam x prcaya. hihi...

Lepas berakhir program sesi tengahhari, aku keluar la bjalan ke ruang pameran, tengok2 sekolah lain punya kantin. Ternyata, masing2 hebat terutamanya dari aspek hiasan dan keceriaan. Sungguhpun kantin sekolah aku x kurang juga cantin ceria tapi sekolah lain pon memang hebat. Lalu, aku rumuskan, faktor  keceriaan bukanlah penyumbang utama kepada keputusan itu.

Dari segi keceriaan sebenarnya, ia sekadar memyumbang lbh kurang 10% sahaja. Yang penting aspek kebersihan dan keselamatan di premis kantin. Contohnya, kebersihan dapur yang x berselepat dengan minyak atau lumut2 di dinding dan longkang, kain pengelap yg khusus atau alat pemotong dan memasak yang bersih dan x tercemar. kalau selamat pula mungkin melihat pada susun atur dapur yang efektif, penggunaan perangkap binatang dan serangga dan seumpamanya. Atau juga kedudukan kaunter yang tersusun, lantai yang x licin, meja yang tersusun baik dan selesa untuk pergerakan dan lain2. Hal2 keceriaan adalah rentasan melalui aspek kebersihan dan keselamatan yg dihias cantik dan menarik. Dalam bab ni aku akui, kantin aku sama tarafnya dengan yang lain2, malah mungkin lebih daripada itu berdasarkan respon ramai pemantau yg hadir sebelum ini bahawa dapur kantin sekolah ni sangat kemas dan cantik bagaikan berada di ruang tamu rumah.

Kemudian, dari aspek informasi dan pendidikan di kantin, aku rasa kantin sekolah aku ni x la bravo snagt. Banding dengan skola2 lain, kantin diorg penuh dengan informasi dan maklumat. Penuh dinding dengan macam2 maklumat, mereka letakkan pula papan panel untuk kasi penuh kantin sampaikan pandang mana2 sudut pasti ada makklumat yg boleh dibaca. Kantin aku mmg la ada, tapi x la mampat macam sekolah2 lain. kalau kat meja, sekolah lain pon banyak. Aku mmg dulu ada terfikir mengenainya, tp bila pkir2kan nk menambah2 papan panel rasa mcm pelek je sbb kantin ni mmg dah dibina lawa, x perlu menambah2, kalu menambah 2 nnt kantin jd cacamarba n x ceria. Juz dikekalkan untuk beri pencahayaan yg cukup n persekitaran yg sedap mata memandang. Cuma satu yng aku teringat tatkala juri tanya, kenapa x letak banyak majalah berkaitan kseihatan dan pemakanan di mini library? Err..memang x da sangat coz banyak byky yg ada adalah buku2 berkaitan bacaan umum dan kanak2 yg tikda menjurus secara tuntas ke arah tema yg dicadangkan tadi. Memang aku rasa kantoi juga la. Malah kalu mini library ni, skeolah lain lagi kemas, tersusun dan cantik. Siap rak buku besar gedabak bawak turun kantin. dan aku akui, kantin sekolah aku kalah sikit dalam kategori ini even antara projek yg tlh dibuat adalah 'kantin sumber ilmu' atau 'info @ board'.

Manakala dari sudut penyediaan n menu makanan aku x pasti sebab dalam gambo sekolah2 lain mcm x jelas sangat. Tapi yg jelas, ada plak gambar Kak Sham yang sedang memotong bawang n sayur besar2 ditayangkan dengan memapaki apron, topi n sarung tangan. Haha...bagusnya, agaknya itu la kot yang nk ditunjukkan oleh penganjur d mana ia adalah keutamaan yang harus diamalkan oleh pekerja kantin. Erm, dalam pada itu pon ada pekerja kantin yang terkantoi masuk zon tandas dengan apron sekali tatkala diuji pemantau...huhu...nasib2. Lagi satu, pasal menu makanan, mmg ada puluhan kategori makanan yg x leh di jual kepada murid, yg antaranya tentu2lah junk food, kordial, makanan bermnyak dan sebagainya. Dalam hal ni, kantin sekolah aku sejujurnya x la berapa bagus coz masih ada makanan berminyak disediakan berbanding makanan berkukus dan berebus. Tapi mgkin skolah lain pon dua kali lima atau lebih dari itu, maka aku rasa even rasa kesal dgn jualan itu rasa juga bsyukur sebab menang. Lagi bersyukur bilamana kantin terkantoi sebab ada label ajinamoto n ajinamotonya sendiri dalam bekas makanan sederet dengan garam n gula...haha..kelakar betul. Tapi mgkin dengan kejujuran Kak Sham yang menggunakannya dalam masakan guru, maka ada bonus untuknya...hehe. 

Dalam hal inovasi, aku rasa aku da cukup baik menyediakan beberapa bende n item yang dianggap sebagai inovasi yg xde d tempat lain. Contoh ketara replika piramid makanan. Memang ada penjuri yang memujinya. Kemudian pasal skrin eletronik yg berupa monitor pc yg nipis d letakkan di kantin sebagai layar maklumat yg menunjukkan slide show bekaitan makanan n informasi kantin. Juri pon kata kat sekolah lain x da. pastu pasal penilaian sensori, sekolah lain dikatekan ada buat sama, tp x la menonjolkannya dengan ada tema khas sendiri,  siap buku catatnnya lagi. Dala hal ni juga ia dipuji penjuri. Lagi satu, laman kreatif PIBG yang ada d depan kantin. Konon2nya nk sama macam kat shoping komplex tu la, ada sudut seperti landskap d buat sempena perayaan2 tertentu. Pon sama dipuji. Namun, malangnya, satu pon x sangkut! Malah kata penjuri kebgsaan, jabatan kesihatan negeri x calonkan kami untuk kategori ini. Malah, untuk kategori guru pon sama, penjuri kebgsaan habis puji aku depan gb kononnya aku patut dicalonkan. Mana xnya, aku mmg da study soklan2 spot yg bakjal ditanya n aku dapat jawab n present dgn baik. Ermm, x pelah. xde rexeki. Tapi sempat hari tu kat marriott penjuri kebgsaan cakap ngan Puan Suraya Hanim PKDS, jaga kanton sekolah elok2, n akan datang calonkan aku untuk kategori ini. Eh, apa pulak akan datang, ada ke? Belom tentu 3 4 tahun lagi aku guru kantin, banyak tugas n jawatan kat sekolah tu ada untuk aku belajar urus, kantin ni macam da penat da aku. Tapi berbalik pada yang atas, aku kagum dengan inovasi SK Sri Sentosa, Penang, iaitu 1Muird, 1Sapu Tangan... kreatif giler.

Kesimpulannya, aku x berapa nampak di mana istimewanya kantin sekolah ni sgt bilamana aku dok telek gambar kantin sekolah2 lain, semua nampak lebih kurang sama. Mgkin ada part2 yg aku x perasan menjadi perhatian juri untuk memberi kemenangan buat sekolah. Masih teringat juga kata2 ketua juri tatkala datang pada pemantauan kebangsaan kali kedua, sbenarnya mereka da ada senrai Top 5 setiap satu dari seluruh negara berdasarkan penyertaan 76 buah sekolah bagi kedua2 ketagori bandar n luar bandar. Tapi entah macam mana, mereka tergerak hati nk ke seroja ni. Sedangkan takde pulak mereka nk ke Damansara. Last2 mereka ada kata, xjauh beza dgn yg lain, lebih kurang sama. So dari situ kami ni mula la rasa down even da persembahkan sebaik2nya. Tapi bila menang dapat aku simpulkan yg seroja ni mengacau daun sekolah2 yg temrauk top 5 tu kot...hehe...mujur sangkut. Kemenangan ni juga aku anggap sebagai miracle dr Allah. Malah ia mungkin ujian buat kami esp makcik kantin la, selama ni orang dok komen macam2, sampai die pon selalu tertekan, tp dengan anugerah ini, aku harap die tabah hati la. Aku sebagai org tgh antara guru / murid dan penguasa kantin dah cuba buat yg terbaik. Juri2 n pegawai2 kesihatan yg kami jumpa d hotel hari tu siap da pesan gak, lepas ni kene sentiasa bersedia kot2 ada mana2 pihak nk buat lawatan penanda aras. Allah.

Mengenai hadiah yang dibawa pulang, kami menerima plak, sijil penyertaan, sijil kemenangan dan cek bernilai RM2000. Semuanya untuk sekolah untuk menyelenggara kantin, bukan untuk aku n ajk2 kantin, bukan untuk unit kantin, bukan untuk pengusaha kantin. So sebelum aku terlupa, kat kepala aku ni da plan nak buat apa dengan duit tu. Even mgkin x ckup pon aku nk catatkan juga, nnti2 leh la bincang sama pentadbir mana satu yg perlu diutamakan.

1) Landskap n wakaf or gazebo desebelah kantin. Yang ni projek tertangguh awal tahun hari tu dek kekangan masa. Duit rm500 ada pada aku lagi hasil kemenangan kantin no 2 Selangor.

2) Bekas mineral water. Semasa pemantauan-pemantauan dilakukan, bekas mineral water tu menggunakan kantin punya, mmg mcm nampak pelek, tp mungkin satu inovasi.

3) Alas kaki pada papan di sinki. Aku tengok macam dah lusuh. Memang da x cantik sangat la. 

4) Arial TV. Kesian penyumbang, seolah2 tv tu kami x hargai, sedangkan ia x lengkap eksesori. Insya Allah nak mintak tolong abg. hasan uruskan.

Ya Allah, berkati dan rahmati usaha kami dan pada semua yang terlibat secar langsung atau tidak :D







Tiada ulasan:

Catat Ulasan