Isnin, 23 September 2013

Jelas Selepas Jumpa SV

Setelah 4 hari viva, aku kembali ke fak mengadap sv. Sebelum pergi tu punya la aku da kecut perut. Alah, tu memang biasa la, mana penah kembang perut bila nk masuk jumpa. Kat kepala ni sentiasa pikir bende yang kurang best sedangkan belum pasti lagi. Mana taknya, gara2 aku tengok ramai adik-beradik lain yang turut sama rasa cam ni, siap ada yang mengalir air mata lepas keluar. Ada juga yang rasa taubat x mau jumpa. Ada juga yang malas nak jumpa sebab x nk berlaku sebegitu rupa. Ada juga yang suka sangat nak jumpa dia. Mungkin orang mcm ni jenis tebal telinga n hati kering. Malah ramai sedare mare lain tahu betapa mak kami ni mmg syadid sgt bak kata orang arab bila merujuk pada ketatnya penilaiannya pada projek kami. Aku? Aku pon suka jumpa dia. Tapi tak tahannya kalau kene hambur macam2 bagai budak kecik kene marah ngan mak tiri...hihi...Allah. Tapi dalam pada tu ada jugak aku jumpa yang happy dengan dia, siap dari master bawak ke phd juga dengan mak yg ini. Waaah, mesti die hebat. Mana taknya, mak kami mmg hebat orangnya.

Ah, melalut plak. Tadi aku jumpa, siap minta harin n hadi doa2 skit untuk aku. Sesampainya tadi, awal 10 minit, aku diminta duduk dulu semntara die setelkan keje apa ntah. So aku pon dok la relax siap main fb kat tab. Dalam pada tu aku mmg seram jugak. Aku memang mcm datang berserah aje. Rela dikomen. Dah last minit sangat. 

Tapi bila da start, die tanya apa progress, aku tunjuk la apa yg aku wat, KKK, TOPH n persampelan. Aku ckp r aku wat pringkat2. Tapi dia kata mana leh cam tu, die bz, nk tegok sume sepatutnya, bukan satu2. So die guide camana nk lengkapkan jadual pembetulan yg fak bg tu. OOOOooo...rupe2nya bukan wat satu2 pastu cek satu2, rupa2nya buat semua2 habis n print satu bandel untuk die tgok. Allah. Ok, aku paham.

Dalam pada tu aku tanya la beliau pasal teori n model yg aku guna b4 ni tp reader kata salah n mengelirukan. Dr. kata ok je, xde la keliru n salah apa. Tapi die suggest jumpa reader tnya tang mana keliru tu. Sebenarnya, sv aku kata jarang org nk tegur KKK ni pasal pecaya penuh pada sv student, tapi da reader aku ni org baru, so katanya die sorg yg rajin sampai sudi baca artukel2 yg bkaitan kajian aku ni. Allah. Ok, biarlah. Yang penting bila aku buat perubahan skit2 ni, die terimalah. Ikutkan kata dr. aku x perlu ubah sangat, juz pejelaskan. Tapi dalam report reader kata siap tak ada kene mengena n xda rasional. So tu yang aku tukar mana patut. Dan dr. kata aku x perlu run data pon, tp dah reader kata kaedah pilih sampel x betul tu yg kene run kot pada aku. Takkan nk ubah figure plak. MasyaAllah.

So tadi, aku kol la reader lepas pintu bilik da dikutuk x dibuka. Rupeny2e die kat luar, Jumaat leh jumpa. Allah, aku ni kalu leh nk clearkan apa yg x paham ni seceptnya. Aku da plan nk hantar yg naskha baru Jumaat. Takkan da print baru tnya. Erm... Entah la. 

BTW pertemuan ngan Dr. tadi sangat santai n rasa seronok. Rasa x mau keluar bilik n nk tanya mcm2 lagi. Tapi kat luar blik tu ada yg menunggu sudah. Yang kelakar die bg cth untuk rasional pilih sampel, xleh kata snang2 yg dekat ngan umah, atau mudah dapatkan data dll, tp ada rasional dgn fakta. Cth die bg, die cakap anak lelaki die yg ada dalam bik tu, umur tadika yg tgh demam tp aktif main2 kat situ hensem. Pastu die kata mak aku pon kata aku hansem. So xleh pakai kedua2nya. Kene cari titik tengah yang x bias hasil drpada penelitian akademik sapa yg sebnarnya lebih hensem. Ceh.

Erm, apapun Ya Tuhan, aku harap semuanya dipermudahkan. Insya Allah. Sekarang aku nak makan, semayang sudah. Pastu barulah start nk bina jadual yg dicadangkan tadi. 

Harap setela la cepat2. Mahrajan negeri Sabtu ni bjalan, kene bertugas menyelaras sistem siaraya. Dah tu lagi PPDa yang aku plan nk tolong x tertolong2, report2 unit kantin lak belum buat lagi, malah ketas soklan prexa pon x ketip lagi. Lagi hampeh buku2 budak x bertanda banyak lagi. Suruh budak2 buat latihan banyak2, tp aku sendiri x de masa nk menyemak. Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan