Jumaat, 5 Februari 2016

AMANAH SEBAGAI SV

Berat dalam hati ni ku rasa. Sejak seminggu ni aku sukar nak lena gara2 diberi tugas dan amanah yang berat sekali. Entahla, mungkian ianya pertama kali maka aku jadi terlalu concern sangat untuk melatih 2 orang guru pelatih. AKu sangka ianya mudah. Ya, memang mudah. Tapi ia jadi payah bilamana aku disedarkan betapa pentingnya mereka berdua tu diberi bimbingan dari semasa ke semasa sehinga mampu menjadi seorang guru yang tentunya lebih fokusnya kepada PdP. Sebanrnya aku tiada masalah pun sangat untuk menjalankan tanggungjawab itu. Namun sikap salah seorangnya itu membuatkan aku jadi penat mahu melayannya.

Saufi, budak baik. Ikut n redha apa jua tugas diberikan. Apai pula, dia budak baik tapi sedikit nakal pada sudut pandanganku. Dia bukan nakal melawan kata, tapi lebih kepada suka argue tentang apa yang aku (dan kak naf) tentukan. Minggu pertama hari tu, kami para mentor membina jadual PdP mereka. Nak dijadikan cerita kami masukkanlah tasmik namun dah explain awal2 bahawa ia tidak rasmi. Malah boleh ganti kepada relief untuk hari tersebut. 

Aku fikir mereka berdua terima dan redha je lah. Tapi rupa2nya si Apai dikatakan telah tercerita dengan ketua jabatannya. Apalagi. Isnin hari tu KJ mereka bersama2 Ketua Unit Prektikumnya singgah ke sekolah. Entah apa nasib aku, aku yang menyambut mereka dan dengan rasa bertuha aku mengaku pula aku ni mentor mereka. Tak sangka, KJ mereka tu adalah pensyarah pembimbing aku masa prektikum dulu2. Dia masih ingat aku sedangkan aku pun dah macam ingat-ingat lupa. Lagi parah dia boleh ingat bagaimana dia train aku konon2nya sampai aku dapat cemerlang. Siap pesan kat aku train mereka seperti itu juga. Aku awal2 tak la rasa perlu senalau tengok mereka, atau tidak mengikat mereka dengan apa2 tugas sedangkan Ustazah Jamilah mereka tu kata libatkanlah mereka pada apa2 juga tugas2 berkaitan sekolah agar mereka dapat belajar sesuatu sepanjang 12 minggu di sini. Jadi, selepas bersurai dan balik memang aku mula atur strategi bagaimana kaedahku untuk bimbing mereka. Daripada mood aku yang santai sejak itu mula rasa ada kekuatan. 

Esoknya, selasa, Pagi2 lagi aku dah naik ke blik guru bertemu mereka berdua. Aku konon2nya mahu melihar folio mereka. Last2 pensyarah pembimbing mereka datang. Yang membuat aku terpana sekali lagi adalah, pensyarah mereka tu kawan mak dan abah. Dia siap tegur aku, 'ALong tak jenal Achik ke?" Allahu Rabbi. Aku sekali lagi dipesan agar berikan bimbingan kepada mereka berdua. Kongsikan apa2 yang ada agar mereka dapat jadi guru yang baik. Ustazah Rosidah tu siap bagitau karektor di Apai ni masa pra obervation si Apai tu. Ok lah, sekurang2nya boleh jadi panduan buat aku.

Hari Rabu, aku mula jalankan pemantauan kali pertama. Overall aku dapati perancangan pengajaran SI Apai agak sederhana. Memang banyak juga aku komen dalam RPHnya. Tapi tak sangka, dia sangat terkejut dengan penilaian yang aku berikan. !001 alasan dia beri kenapa tak ok. Ya, aku terima, aku faham. Dia ada hak nak defend diri. Aku terima aja. Tapi penilaian yang aku buat tu adalah daripada apa yang aku perhati sepanjang PdP berjalan. Selepas sesi refleksi, aku tak beri pon markah tu dan dia tak mintak pun. Sementara itu esoknya aku observe pula Si Saufi. Pun tak berapa baik namun berjaya juga jalankan PdP. Puas juga hati sekali pun ada beberapa kelemahan yang perlu dia buat. Tapi dia okay je. Terima dengan senang hati, Siap bertanya pasal al-Quran lagi sedangkan aku hanya bimbing Ulum dan Jawi sahaja. Tak apa, perkongsian ilmu. Bukan aku tak pandai pon, jika ditanya Bhasa Arab pun mungkin juga aku boleh bimbing.

Khamis, malam tadi. Tanpa disangka2 Apai wassap kat aku... siap luahkannya kat aku. Dia rupa2nya kecewa dengan markah yang aku beri semalamnya. Siap sebut aku memang cemerlang tapi jangan buat dia begitu teruk kerana dia tak mampu seperti aku. Bagaimana pun dia siap kata dia juga nak cemerlang namun berilah nasihat yang berguna. Allahu Akbar. Terus terang, aku sangat terkesan dengan kata2nya. Sangat2 terkesan. Rasa macam kepala ni diletakkan batu. Tidur pun tak lena juga. Rasa nak menangis pun ada. Strict sangat ke aku ni? AKu rasa biasa2 je. 

Jumaat tadi, aku observe si Apai lagi sekali. Sebelum tu, malam tadi memang macam2 dia tanya untuk RPH dia. Aku tak ada masalah untuk share apa2 yang patut. Dan tadi, dia jalankan PdP dengan sederhana baik. Masih ada kekurangan. Contengan di RPH pun tetap banyak. Nampak gaya dia kurang teliti dan careless. Namun aku berhati2 juga membuat penilaian. Bimbang dia patah hati balik. Bukan aku kawtim dengannya sampai beri markah tinggi2. Tetap tulus dan telus. Cuma dalam membuat teguran aku lebih menjaga kata2 dengan menggunakan kata2 yang indah untuk dia dengar. Aduh, macam baby pulak la dia. Pening aku. Dalam pada tu, sempat pula dia tunjukkan inovasinya yang bakal dia lakukan. Ya, dia seorang yang very ambitious. Aku pula macam letih nak follow tapi aku optimis untuk menyokong segala usahanya.

Sekarang ni cuti akan bermula esok seminggu, Kalu boleh aku tak mahu fikirkan tentang mereka. Banyak kerja lain aku nak fikir. Tapi aku janji aku akan train mereka sebaik2 mungkin. Tak kan aku biarkan mereka terumbang ambing. Namun aku bimbang mereka pula rasa terbeban dan berat dengan kehendak2ku. Memang ikyt hati babai la korang berdua. Tapi ini amaha  buatku. SIkap mereka juga perlu aku tegur. Ya Allah... Bantulah aku ini dalam membimbing mereka. Aku bukanlah guru yang baik. Aku biasa2 sahaja. Allah...