Jumaat, 6 Februari 2015

PERCATURAN UNTUK CATUR

Bulan Februari dah menjengah. Baru rasa nak mula menulis catatatan di sini walhal banyak perkara yang berlaku berkaitan sekolah dah berjalan. Secara umum tugas aku selain dalam sesi P&P adalah sebagai setiausaha sekolah yang merangkap pelbagai lagi tugasan2 dalam membantu pentadbir dana pentadbiran sekolah. Kantin aku dah tak pegang lagi selaku ketua. Legalah juga setelah bertahun-tahun aku menyeleraskan kantin sibuknya mengalahkan tokey kantin. Tapi, catur masih aku pegang untuk tahun yang seterusnya. Asalnya Kak Faridah yang kene, tapi entah tiba2 Puan Salmah ubah semula dan cakap kawan2 dalam catur nak aku yang jadi ketua. Aku ni pandai main tapi nak menangnya tu x selalu. Sesekali rasa nak ajak Kak Dila main pulak....hihii. Dalam hal ehwal panitia pulak, bertenggek2 kerja aku. Sekarang ni tengah sibuk dengan aktiviti2 persediaan minggu panitia dan MTQ. Dalam masa sama aku tengah uruskan buku panduan zikir dan doa yang bakal dimiliki oleh warga sekolah seiring dengan program radio islami yang ke udara setiap pagi.

Dalam banyak-banyak tugas, hal catur ni yang membimbangkan aku. Harapan sekolah sangat besar untuk memastikan catur kembali gemilang dalam daerah. Nampak macam sukar tapi jika ada usaha berlipat kali ganda tak mustahil ianya menjadi kenyataan. Bila ada yang memberi harapan, tidak dapat tidak perlulah aku berusaha untuknya. Biar pun sedar kemampuan Seroja ni turun naik tapi akan diusahakan naik senaik naiknya tahun ini.

Sepanjang minggu ni kami adakan pemilihan ala2 cungkil bakat. Rabu hari tu tahun 4, semua mengaku pandai main, tapi oklah. Nampak ramai ada potensi. Tahun 5 pula, semua yang datang lelaki. Perempuan langsung tiada. Ramai yang hebat, tapi ramai juga yang kantoi masa nak start. Siap ada yang makan King lagi. Paling tak tahan, nak start ada yang one end jus plak...haha. Sementara tahun 2 dan 3 tadi, masa announce sapa yang berminat dan berkebolehan, ma sha Allah, ramai gila berderet beratur. Untuk jimatkan masa, aku interview secara rawak dulu, siapa yang pandai sikit2 main? Apalagi, segelintir daripada mereka mengaku x berapa nak pandai. So, naiklah kelas. Ok, aku teruskan pula dengan cara simulasi susun buah catur. Masa ni segelintir lagi yang kantoi sebab susun buah macam susun buah dam aji. Apelagi, naik kelas. Seterusnya, ramai dah susun cantik2 aku tengok pula susunannya betul ke tak. Argh..ada lagi yang kene naik kelas sebab susunan king, queen dan sebarisnya ada yang salah. So, tinggalah beberapa pasangan je. Ada lah dalam 6 ke 7 pasangan. Yang ni aku tengok betul2 cara diorg main. Dala situasi ni ada juga yang makan buah orang dengan cara salah. Apelagi, naik kelas. Dan, last2 tinggal dalam 4 5 orang. mereka ni lah aku pilih untuk jadi pelapisnya nanti. Hanya Tahun 6 je belum dibuat pemilihan. Mungkin ramai kot tapi tak tahulah.

 Ada juga parents yang call suapay anaknya diserap terus tapi tak bolehla aku wat cam tu. Kalau ikutkan ramai la yang nak diserap terus. So sekarang, aku dan kawan2 sedang mengusahakan beberapa program untuk beri pendedahahan lanjut kepada mereka yang terpilih ni dalam masa terdekat. Yang ada dalam 40 orang, tapi yang diperlukan sekadar 6 lelaki dan 6 perempuan. Harap2 berkualitilah mereka ni.

Ya Allah.....