Jumaat, 23 Ogos 2013

Review Minggu Pertama Selepas Cuti Raya

Minggu pertama sekolah selepas habis cuti raya, nak kata bizi macam x berapa bizi, tp senang cerita ada la bendenye yang aku plan n buat. pertamanya, dalam pada sasau mencari ending bagi cerpen BPI yang due pada akhir september nanti, tetibe datang plak iklan buat artikel atau senang cerita karanagn dala tulisan jawi. waah, macam best je dengarnya, tapi lagi best, selain dibuak untuk khlayak dewasa, kanak2 sekolah n remaja sekolah pon ada kategorinya. Kak Zai cadangkan aku cari budak2 untuk masuk. Kirenye cari budak macam aku cari masa penyertaan cerpen hari guru sepang hari tu la. Soalnya bak kata Kak Komar bukan mudah untuk jawi ni, silap hari bulan selain tgok n perbetulkan artikel mereka, kene juga semak ejaan jawi mereka satu ersatu...aku sendiri nak kata mahir jawi, mmg x berapa sangat pon. Mana taknya, kak Komar pon kata dia x berapa hebat sedangkan dia da ajar tahun 6 jawi pon...hoho..tak pe la. belum cuba belom tahu. kemudian, tetiba Puan Suraya Hanim PKD Sepang datang memantau kantin. Mujur dia da inform 2 hari lepas, dapat la aku kabokan pada Abg Hasan n kak Sham. Bukan pantau apa sangat je, juz nak tengok balik selain bg panduan sikit2 pasal pengurusan makanan n keselamatan murid d kantin. Perbincangan lebeh kepada antara dia dengan pengusaha kantin. Selain tu kehadirannya juga adalah untuk memaklumkan yang majlsi anugerah kantin kebangsaan ni akan berlangsung pada 5 september. Ya Allah...akhirnya tiba juga la saat tu...penat da menunggu. Tak apalah, bebila pon, aku harap keputusannya nanti ada la aharapan untuk skts ni menang. meletak harapan juara bimbang plak kecewwa kalu x dapat. Jadi, sekurang2nya dpat lah menang dalam apa2 kategori yang dipertandingkan dalam pemnataun sebelum2 ini. Dan esok, KBS 4 bersama sambutan hari raya peringkat sekolaha kalangan murid akan dijalankan. Aku harap meriah la gak even buat ala koboi. Mana taknya, gara2 MMI P&P harus diteruskan seperti biasa, malah jamuan raya pon dengan memakai baju sekolah juga..haha...tak apalah. Allahu Akbar, aku harap esok xde la demam2 lagi. aku sejak Selasa hari tu dizzy sesangat tp digagahkan juga  ke sekolah. Sayang, mggu ni giliran jawi untuk kelas2 tahun 1, kalau aku x datang, budak2 pemulihan kantoi la x belajo. Malah, semalam ladap sampai jam 5 pon aku attend ni rasa berbaloi gak la..banyak info dapat even info tu aku dah maklum sgt melalui pembacaan dan pengkuliahan aku selama 3 tahun b4 ni. Allahu a'lam. 

Ahad, 11 Ogos 2013

Review Untuk PT2 Ofis

Hari ni menjelang 5 Syawal. Cepat sungguh masa berlalu. Aku rasa baru je puasa pertama kelmarin. Rupa2nya dah raya sudah. Punya la penat beraya, aku boleh terlupa esok hari apa. Esok hari Isnin, tp belum lagi mula kerja untuk cikgu cam aku. Sedara mara yang bukan cikgu asyik la kata untung jadi cikgu cuti panjang bersekali leh raya lama2. Eh, lama2 beraya camana tu? Esok aku nak gerak beraya, tapi apalah maknanya kalu ramai daripada mereka da bekerja. So, xkan la nanti disambut kucing2 rumah pulak kan. So, sama je, kalau x keluar beraya pon untuk seminggu mendatang, adalah kerja2 tertangguh yang perlu dilakukan yg tidak bermakna kene buat di tempat kerja. 

Erm, sebanarnya aku nak cerita pasal orang2 pejabat yang bakal tinggalkan pejabat mereka a.k.a pejabat skolah aku. Sebelum cuti hari tu ramai dah tau Kak Nor Ofis akan bertukar naik pangkat ke IPG Teknik. Alahai, sorangd emi sorang orang kat pejabat blah pergi. Bukan dia je, Kak Aida pun sama akan bertukar ke PPDS pada hari pertama skola dibuka smula. Erm, maknanya nanti daripada 6 staf pentadbiran, tinggal 4 je lah? Dan yang paling lama bertahan adalah Kak Jem sorang? Erm, adatlah dalam dunia ni, akan ada perubahan dari semsa ke semasa. Sedangkan CR pindah pon kami satu skola x dapat nak buat apa2, apatahlagi PT2 berdua tu. 

Kak Nor yang aku kenali, sroang kawan yang baik. Allah, semua kawan2 kat sekolah baik guru atau PT hatta pakcik guard n makcik kantin juga kakak cleaner sumenye baik2 belaka. Tahap kerapatan aku dengan dia leh la kata 5/5. Baik sangat2 sampaikan dia selalu menyakat aku. Tapi aku xla tensen sangat pon. Biasa2 je. Dulu masa baru2 kenal yakni masa aku baru masuk posting lapor diri, Kak Nor ni aku tengok cam x mesra je. Ramai gak kawan2 kata dia cam tu, tapi dari tahun ke tahun, dia ok je. Biasa2. Pernah masa awal2 dulu aku kena sound dengan dia pasal punch card aku merah. Masa hari kejadian tu aku datang lambat. Hantar auntie p kerja naik erl kat kota warisan. Aku tau risikonye aku akan lambat tapi da diminta tolong xkan nak menolak. lagipun lambat2 pon xlah sampai jam 8. So bila aku da lambat datang dengan slumber aku punch je la card macam biasa n terus masuk kelas. Tapi masa rehat dia cari aku dalam bilik guru, punya la marahnya, dia kata lain kali kalau lambat datang call terus. Aku x paham apa pasal dia nak marah. Gb selaku ketua la yang patut sound aku. heran sungguh. Tapi sekarang aku paham, dia la yang mencatat masa kedatangan guru2 n kakitagn kat skolah tu, so apa2hal dia harus diberitahu. Erm... ok, sejak lepas tu aku x buat lagi malah kalu tersakit perut time pagi pon aku terus kol ofis kata lambat skit datang. Satu perkara yg mungkin mmbuatkan kerapatan hubungan kami, dia selalu bertanya macam2 soklan esp pasal isu2 agama. Soalan2nya bukan mudah, banyak juga tahap susah sampai aku serba salah nak jawab. Bukan aku x tahu hal2 yg ditanya tapi bende2 ditanya banyak yang khilaf di mana dia bertanya satu2 benda yg mana satu paling afdhol, sahih, awla dan sewaktu dengannya sdangkan pada aku sume sumber yg dia perolehi esp dr penceramah n buku adalah betul. Lagi aku takut jika aku pulak menjawab dr pengetahuan n pengamalan aku, nanti dia makin pening. Tapi aku jawab jgak sebaik2nya. Lagi satu hal juga dia selalu gak citer pasal famlily dia, aku x la amik port sangat tp da dia cerita aku layan je la. Yang hampehnya Kak Su yg dok sebelah saja2 je nk gosip yang Kak Nor tu mak mertua aku. Ceh. Aku kalau da disakat cam tu terus capai buku2 aku n blah dari pejabat. Aku tak la terasa ke atau apa2, tapi aku mmg x selesa. Nasibla. Yang paling aku kadang2 pasrah bila dok lepak opis Kak Nor mintak tolong jawab call plak. Aku da kata aku x pandai nak jawab, tapi dia ajar jawab tepon. Lama2 aku jadi ok la. Ilmu baru tu. Yang paling best Kak Nor ni, dia secara open kadang2 citer pasal hal2 sekolah termasuk la apa2 gosip yang dia dengar konon2 nak tahu persepsi aku atau pengesahan daripada aku. Selalunya aku yang x tahu even aku dok bilik guru. N boleh dikatakan ada cerite2 pasal kawan2 setugas aku dari dia la. Tapi aku da tak ingat citer pasal apa. Sebab biasanya aku ni bila disuruh simpan rahsia atau apa dia cerita, masuk tlinge kanan kuar tlinge kiri..hihi.. Apapun best bkawan ngan dia ni. Bila dia kata kene bertukar, aku rasa cam sebak gak la. Lepas ni kat sapa aku nak mengadu, coz selain beberapa kawan kat bilik guru, dia juga jadi tempat aku citer macm2 hal even yang remeh pon. Nampkanya lepas ni Kak Su lah jadi mangsanya...hihi...Kalau Kak Jem dia punya seat hujung sana, dekat2 ngan bilik pentadbir, xkan la nka slumber borak2. Lagipun seat kat kaunter tu dapat ekon, tu yang aku rasa best dok seat kat situ. Errr...apa2 je lah.

Pasal Kak Aida plak. Aku xde memori sangat ngan dia melainkan kami saling sakat menyakat, yang selalunya aku jugak yang kene sakat. Bila aku masuk opis mesti dia kata aku aku tgh memantau dia. Ceh, aku juz nak lepak je atau buat apa2 urusan kat opis yg kadang2 melibatkan dia. Dengan Kak Aida ni xde apa2 sembang pasal peribadi sangat la, biasa2 je. Lebih kepada hal2 kerja n isu2 umum. tapi yang selalunya berlaku, dia akan panggil aku bila pc die problem. Sebanarnya pc dia x problem apa pon, juz dia x jumpa icon or tool n button yang perlu dia gunakan untuk buat kerja even centrelize kan teks kat ms word...hehe.. Ermm, Kak Aida ni orangnya kelakar, ada je bende yg dia nk jadikan isu n wat aku ketawa. Selalu juga aku tgok dia ber'gaduh' sama Kak Jem, sampai Kak Fauzidah terkekek2 gelak. Hehehe... Ada aku tanya kenapa dia kat sini kejab je tetibe kene pindah PPDS, katanya dia hanya dipinjamkan ke seroja buat sementara je. Oh, maknanya seroja ni tempat dia jalani prektikel la sebelum masuk PPDS? Cam tu plak. Patutla seroja ni banyak PT, rupney2 sementara je. 

Apapun aku harap lepas ni pengurusan n pntadbiran sekolah aku dalam keadaan stabil even 2 orang dah kuar. kak Nor esp katanya GB sangat2 berat hati nak bagi pergi. Mana taknya, lepas CR bertukar Gb da hilang sorang orang kanan yang arif lagi makruf pasal sekolah n komuniti seroja. Sekarang bila Kak Nor yang bertukar Gb seolah2 macam hilang tempat bergantung harap sebagai informer hal2 sekolah esp hal guru2. Pernah aku sedari bila ada satu2 surat sampai, Gb akau tanya pada siapa surat tu harus ditujukan jika ia diberikan secara umum esp kalu cikgu2 kene attend kursus atau perhimpunan sebab GB x kenal sangat ngan cikgu2 esp pasal opsyen cikgu2nya. Lepas ni gb kene tanya Kak Ton n Kak Sikin sepenuhnya la plak la. N yang penting juga harap2 pengganti Kak Nor orangnya baik2 je la, rajin n cepat bertindak bagi memastikan kelangsungan seroja yang sentiasa nak cemerlang dari pelbagai sudut...hehe... Kepada Kak Nor n Kak Aida, saya mohon maaf atas setiap keterlanjuran kata2 n tingkahlaku selama ni. Apa2 yang saya pelajari secara tak formal daripada kalian berdua amat saya hargai. Ya, mmg ada, even xde kene mengene dgan tugas pengajaran aku pon bila masuk opis ade je aku belajar sumtg daripada mereka.

Khamis, 1 Ogos 2013

LAPORAN IFTAR JAMAIE TADI

Alhamdulillah.... Syukur sangat2 pada Tuhan. Akhirnya program tamat dengan jayanya. Nak kata lancar, ada la part2 yang lompong. Tapi over all sumenye nampak ok pada pandangan aku. So sekarang agar aku x lupa apa yang berlaku, aku wat la laporannya kat sini dulu b4 hantar pada panatia lepas bukak skola nnt.

Tentatif:
Dalam buku program patut mula jam 5.45, tapi aku dapat info ia mula jam 5.30. Apasal awal, x tau la aku. N keadaan ni la yg mmbuatkan acara2 lain pon tercepat dijalankan iaitu sumbangan murid miskin n yatim sejurus program khatam habis. Last2 juga, 6.45 da habis program. Termangu2 la semua hadirin termasuk la cikgu2, apa nk buat lepas tu sementara tggu buka. Aku memang x berapa nak sedia urus masa senggang tu b4 berbuka. So aku juz wait n see sampai la time nk buka. N acara malam lepas buka bjalan lancar sama seperti dirancang.

Makanan:
Allah...menu n juadah buka mewah giler. setting kat meja makan n khemas skali samada untuk vip, guru n murid, hebat persis di hotel 3 bintang. Aku xlah kata salah, tp aku yg rasa bsalah sbb x dapat nk makan sume jenis makanan esp kuih yg mcm2 jenis. Ikut hati nk makan sume even serba satu, tp aku mampu makan nasi separuh bersama ayam n salad with sambal udang, tembikai spotong n karipap seketul bersama segelas air sirap saja. mmg skit aku makan, bukan apa, bimbang kang termengantuk time smayang...da la aku incharge program malam..huhu..so aku pon padang la org makan sdangkan aku cukup makan ala kadar. Memang kalau Kak Zainiah uruskan makanan, boleh aku pikir die bukan cikgu pustakaan..hihi..cikgu dapur kot. Budak2 pon aku survey masing2 puas hati malah ada yg terkenyang sanagt2. Habis program makanan moreh ada lagi, pon x terhabis, maka Kak Iriani cadangkan agar bawak ke surau Taman Mawar 2 sbb sana x habis lagi program. So dengan bantuan Nazrin yg volunteer nk tolong, kami pergi la bawak 3 tong air n sekotak bubur kacang ke surau tu. Kak Iriani yang tunjuk arah even sebanrnya aku tau je arah ke surau tu...hihi...saja nk dia ikut coz aku ni org luar, x pasal2 kata menceroboh. Last2 sampai sana ramia plak bekas anak murid yg tolong angkat. Memang diorg terpana kejap la apsal la aku ada kat situ..hihi...

Tempat jamuan:
Aku x sangka setting ala2 hotel, look exclusive. ada la lebih kurang 7 ke 8 meja untuk 6 ke 8 orang duduk, tp masih ada kosong, Kak Shida punya la suruh aku duk situ, siap panggilkan ustaz ustazah lain, tapi aku sendiri xde intention nak makan situ xkan aku nk suggest kat org kot. Nak makan situ rasa terlampau beradab, makan cover x kenyang. Ceh, makan kat kantin tu pon bukannya makan banyak juga. Juz x selesa dgn org2 besar. Kalu d bilik makan guru, tempat terhad, sebahgaian guru makan sama budak2 tp menu sendiri amik dalam bilik la. Apapun tempat makan vip tu Encik Helmi sndiri cakap x sesuai kat dewan, jauh dr khalayak n hadirin lain. lain kali memang kene dekat2 supaya dia dapat turun padang melihat rakyat marhaennya menjamu selera..hihi..

Imam:
Kali ni macam yg lepas juga ada dua org imam jemputan bawak. B4 ni imam muda, kali ni imamnya muda juga pada personaliti, bukan pada pangkat n nama. Tapi ok la gak. Personally, bacaan imam ok, mmg budak tahfiz so no wonder la. Hebat. Tapi tang bacaan bilal dalam terawih aku mcm rasa x lancar je. Ya, mungkin sbb microfon die x pgg, so suaranya x kuat. Tapi sbb style bacaan mcm lambat n x rancak mmbuatkan jemaah rasa x besemangat nk menayuhut solawat yg dilontarkan. Tapi ok la, bilalnya nampak relax n tenang. Tapi yang wat ramai terkejut tu masa lepas 8 rakaat boleh plak die sebut 'al-khalifatul awwal amirul mukini saidina abu baka assiddiq...'...ish, biar betul? Ah, xde salahnya pon. Tapi wat orang konfuz, adakah nk wat 20 terawih rakaatnya..huhu...tp bila die sebuat 'autiru wa majjidu........ilal akhir', baru la muka masing2 lege...hihi....

Budak2:
Huh, da jadi trademark agaknya, asal namanya budak seroja, x sah kalau x bising. Memang selama ni aku bawak budak ke mana2 event esp ptandingan, budak2 lain ok je taat n patuh, tp diorg...huh, dalam sembahyang pon bising juga. Heran. Tahun 6 la tu yang wat aku geram, budak2 kecik lain citer. Sejak semanyang maghrib lepas salam je da mula cakap2. Yang aku x sangka Shahril tetibe bangun n bg isyarat senyap, mmg diorg senyap jap, tp bila Shahril keluar dewan entah p mana budak bercakap2 lagi. Argh..aku nk marah camana, takat jeling2 je la. Masa aku pgg mic baru la aku sound skit jgn tggalkan dewan. Masa semayang terawih lak, masih ada yg bcakap2 n kacau2 kawan. Aku ni kebetulan solat saf belakang, nampak la kelibat budak2 ni dr ekor mata ni. Rasa geram sesangat. Ada Firdaus pon diorg masih wat do no, kekadang Firdaus lambatkan takbiratul ihramnya, budak2 senyap la. Tapi bila Firdaus angkat je takbir, budak2 mula bcakap2 balik. Kurang asam. Lagi2 diorg ni jauh kedudukannya dari Firdaus n aku. Tadi pon masa amik wudhuk diorg siap lepak2 tingkat atas. Ada yang di musolla. Puas la aku kerahkan suruh keluar n ke dewan. Penat ulang2 cakap x paham2 juga diorg ni.

Aku:
Aku ok, td datang dalam 6.30 sampai, x sangka lak kat jambatan Kota Warisan leh jem. Tak pernah tau plak aku. So aku datang2 program sumbangan da separuh berjalan. Aku mmg xde intention nk libatkan dalam apa2. Juz datang tengok2 n pantau2 mana2 yg rasa nk ditengok..hoho. Yang aku bimbang kalau imam yg dijemput tak datang2 lagi masa tu. Dan dalam masa sama aku tgok suasana n budak2 yag pakaian bermacam ragam. Sorang budak tu, Azri namanya, persis Ustaz Don gaya dressing dia..hihi..Hafiz Danial ala2 Ustaz kazim. Manakala sorang lagi namanya Hafiz jugak, gaya Ustaz Hasnul Jamal Diwani. Ketiga2 mereka pakai serban n jubah. Allah..terus aku jatuh hati dgn penampilan mereka. Dari dulu aku ada hati nk pakai macam tu, sunnah nabi tu, tapi aku x da kekuatan. Even aku ni berjawatan ustaz pon, aku macam x betah. Allah...berikan aku kekuatan untuk mengaplikasikan apa yag disarankan melalui Sunnah RasulMu. Err..melalut la pula. So, tadi aku leh la acarakan majlis, tapi aku rasa ayat aku masih tunggang langgang, suara x jelas atau mungkin lontaran x padu atau menarik perhatian orang. Ah, nasib la. Janji mesej sampai. 

Kesimpulannya, daripda borak2 dengan Kak Fiza, seboleh2nya, x payah la adakan lagi program macam ni, penat. Ha, baru tau penat. Aku dgn Kak Komar dulu masa incharge 2011 all out plan dari A to Z. Dulu lagi penat sbb jemput sume parent tahun 6. Memang lepas ni taubat x nak wat lagi. Tu pasal tahun lepas x buat, tu pon juga ada yg mempersoal apsal x buat iftar masa tu. Siap wat miting khas lagi panggil gb. Ingat senang nk buat. Aku yang x incharge secara langsung pon x tidor seminggu dgn lena. Kak Fiza lagi la sampai separuh stress, dalam kelas tersengguk2 dia pasal banyak pikir n kurang tidur. So lepas ni masing2 leh la tidur lena. Dah nak raya pon, lebehkan saja amal ibadah. 6 hari je lagi. Allah. Err, sebagai tambahan, aku solute sama Encik Rizal yang bertungkus lumus jugak melancarkan majlis. Kadang2 aku rasa die ni macam over tp disebaliknya, bagus ada dia. Dia x berkira pon dgn tugas, silap hr bulan kalu nama die ada dalam buku program lg agaknya die hargai. Sempat tadi aku salam n ucap terima kasih. YDP PIBG plak tadi masa ptang siap cakap porgram bagus dgn adanay aku..ceh, bila plak aku yg incharge, die x baca ke jawatankuasa induk yg urus program ni sapa. Ermm.. aku juz tersengeh sambil berkali2 menafikan. Allah...