Ahad, 11 Ogos 2013

Review Untuk PT2 Ofis

Hari ni menjelang 5 Syawal. Cepat sungguh masa berlalu. Aku rasa baru je puasa pertama kelmarin. Rupa2nya dah raya sudah. Punya la penat beraya, aku boleh terlupa esok hari apa. Esok hari Isnin, tp belum lagi mula kerja untuk cikgu cam aku. Sedara mara yang bukan cikgu asyik la kata untung jadi cikgu cuti panjang bersekali leh raya lama2. Eh, lama2 beraya camana tu? Esok aku nak gerak beraya, tapi apalah maknanya kalu ramai daripada mereka da bekerja. So, xkan la nanti disambut kucing2 rumah pulak kan. So, sama je, kalau x keluar beraya pon untuk seminggu mendatang, adalah kerja2 tertangguh yang perlu dilakukan yg tidak bermakna kene buat di tempat kerja. 

Erm, sebanarnya aku nak cerita pasal orang2 pejabat yang bakal tinggalkan pejabat mereka a.k.a pejabat skolah aku. Sebelum cuti hari tu ramai dah tau Kak Nor Ofis akan bertukar naik pangkat ke IPG Teknik. Alahai, sorangd emi sorang orang kat pejabat blah pergi. Bukan dia je, Kak Aida pun sama akan bertukar ke PPDS pada hari pertama skola dibuka smula. Erm, maknanya nanti daripada 6 staf pentadbiran, tinggal 4 je lah? Dan yang paling lama bertahan adalah Kak Jem sorang? Erm, adatlah dalam dunia ni, akan ada perubahan dari semsa ke semasa. Sedangkan CR pindah pon kami satu skola x dapat nak buat apa2, apatahlagi PT2 berdua tu. 

Kak Nor yang aku kenali, sroang kawan yang baik. Allah, semua kawan2 kat sekolah baik guru atau PT hatta pakcik guard n makcik kantin juga kakak cleaner sumenye baik2 belaka. Tahap kerapatan aku dengan dia leh la kata 5/5. Baik sangat2 sampaikan dia selalu menyakat aku. Tapi aku xla tensen sangat pon. Biasa2 je. Dulu masa baru2 kenal yakni masa aku baru masuk posting lapor diri, Kak Nor ni aku tengok cam x mesra je. Ramai gak kawan2 kata dia cam tu, tapi dari tahun ke tahun, dia ok je. Biasa2. Pernah masa awal2 dulu aku kena sound dengan dia pasal punch card aku merah. Masa hari kejadian tu aku datang lambat. Hantar auntie p kerja naik erl kat kota warisan. Aku tau risikonye aku akan lambat tapi da diminta tolong xkan nak menolak. lagipun lambat2 pon xlah sampai jam 8. So bila aku da lambat datang dengan slumber aku punch je la card macam biasa n terus masuk kelas. Tapi masa rehat dia cari aku dalam bilik guru, punya la marahnya, dia kata lain kali kalau lambat datang call terus. Aku x paham apa pasal dia nak marah. Gb selaku ketua la yang patut sound aku. heran sungguh. Tapi sekarang aku paham, dia la yang mencatat masa kedatangan guru2 n kakitagn kat skolah tu, so apa2hal dia harus diberitahu. Erm... ok, sejak lepas tu aku x buat lagi malah kalu tersakit perut time pagi pon aku terus kol ofis kata lambat skit datang. Satu perkara yg mungkin mmbuatkan kerapatan hubungan kami, dia selalu bertanya macam2 soklan esp pasal isu2 agama. Soalan2nya bukan mudah, banyak juga tahap susah sampai aku serba salah nak jawab. Bukan aku x tahu hal2 yg ditanya tapi bende2 ditanya banyak yang khilaf di mana dia bertanya satu2 benda yg mana satu paling afdhol, sahih, awla dan sewaktu dengannya sdangkan pada aku sume sumber yg dia perolehi esp dr penceramah n buku adalah betul. Lagi aku takut jika aku pulak menjawab dr pengetahuan n pengamalan aku, nanti dia makin pening. Tapi aku jawab jgak sebaik2nya. Lagi satu hal juga dia selalu gak citer pasal famlily dia, aku x la amik port sangat tp da dia cerita aku layan je la. Yang hampehnya Kak Su yg dok sebelah saja2 je nk gosip yang Kak Nor tu mak mertua aku. Ceh. Aku kalau da disakat cam tu terus capai buku2 aku n blah dari pejabat. Aku tak la terasa ke atau apa2, tapi aku mmg x selesa. Nasibla. Yang paling aku kadang2 pasrah bila dok lepak opis Kak Nor mintak tolong jawab call plak. Aku da kata aku x pandai nak jawab, tapi dia ajar jawab tepon. Lama2 aku jadi ok la. Ilmu baru tu. Yang paling best Kak Nor ni, dia secara open kadang2 citer pasal hal2 sekolah termasuk la apa2 gosip yang dia dengar konon2 nak tahu persepsi aku atau pengesahan daripada aku. Selalunya aku yang x tahu even aku dok bilik guru. N boleh dikatakan ada cerite2 pasal kawan2 setugas aku dari dia la. Tapi aku da tak ingat citer pasal apa. Sebab biasanya aku ni bila disuruh simpan rahsia atau apa dia cerita, masuk tlinge kanan kuar tlinge kiri..hihi.. Apapun best bkawan ngan dia ni. Bila dia kata kene bertukar, aku rasa cam sebak gak la. Lepas ni kat sapa aku nak mengadu, coz selain beberapa kawan kat bilik guru, dia juga jadi tempat aku citer macm2 hal even yang remeh pon. Nampkanya lepas ni Kak Su lah jadi mangsanya...hihi...Kalau Kak Jem dia punya seat hujung sana, dekat2 ngan bilik pentadbir, xkan la nka slumber borak2. Lagipun seat kat kaunter tu dapat ekon, tu yang aku rasa best dok seat kat situ. Errr...apa2 je lah.

Pasal Kak Aida plak. Aku xde memori sangat ngan dia melainkan kami saling sakat menyakat, yang selalunya aku jugak yang kene sakat. Bila aku masuk opis mesti dia kata aku aku tgh memantau dia. Ceh, aku juz nak lepak je atau buat apa2 urusan kat opis yg kadang2 melibatkan dia. Dengan Kak Aida ni xde apa2 sembang pasal peribadi sangat la, biasa2 je. Lebih kepada hal2 kerja n isu2 umum. tapi yang selalunya berlaku, dia akan panggil aku bila pc die problem. Sebanarnya pc dia x problem apa pon, juz dia x jumpa icon or tool n button yang perlu dia gunakan untuk buat kerja even centrelize kan teks kat ms word...hehe.. Ermm, Kak Aida ni orangnya kelakar, ada je bende yg dia nk jadikan isu n wat aku ketawa. Selalu juga aku tgok dia ber'gaduh' sama Kak Jem, sampai Kak Fauzidah terkekek2 gelak. Hehehe... Ada aku tanya kenapa dia kat sini kejab je tetibe kene pindah PPDS, katanya dia hanya dipinjamkan ke seroja buat sementara je. Oh, maknanya seroja ni tempat dia jalani prektikel la sebelum masuk PPDS? Cam tu plak. Patutla seroja ni banyak PT, rupney2 sementara je. 

Apapun aku harap lepas ni pengurusan n pntadbiran sekolah aku dalam keadaan stabil even 2 orang dah kuar. kak Nor esp katanya GB sangat2 berat hati nak bagi pergi. Mana taknya, lepas CR bertukar Gb da hilang sorang orang kanan yang arif lagi makruf pasal sekolah n komuniti seroja. Sekarang bila Kak Nor yang bertukar Gb seolah2 macam hilang tempat bergantung harap sebagai informer hal2 sekolah esp hal guru2. Pernah aku sedari bila ada satu2 surat sampai, Gb akau tanya pada siapa surat tu harus ditujukan jika ia diberikan secara umum esp kalu cikgu2 kene attend kursus atau perhimpunan sebab GB x kenal sangat ngan cikgu2 esp pasal opsyen cikgu2nya. Lepas ni gb kene tanya Kak Ton n Kak Sikin sepenuhnya la plak la. N yang penting juga harap2 pengganti Kak Nor orangnya baik2 je la, rajin n cepat bertindak bagi memastikan kelangsungan seroja yang sentiasa nak cemerlang dari pelbagai sudut...hehe... Kepada Kak Nor n Kak Aida, saya mohon maaf atas setiap keterlanjuran kata2 n tingkahlaku selama ni. Apa2 yang saya pelajari secara tak formal daripada kalian berdua amat saya hargai. Ya, mmg ada, even xde kene mengene dgan tugas pengajaran aku pon bila masuk opis ade je aku belajar sumtg daripada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan