Jumaat, 23 Ogos 2013

Review Minggu Pertama Selepas Cuti Raya

Minggu pertama sekolah selepas habis cuti raya, nak kata bizi macam x berapa bizi, tp senang cerita ada la bendenye yang aku plan n buat. pertamanya, dalam pada sasau mencari ending bagi cerpen BPI yang due pada akhir september nanti, tetibe datang plak iklan buat artikel atau senang cerita karanagn dala tulisan jawi. waah, macam best je dengarnya, tapi lagi best, selain dibuak untuk khlayak dewasa, kanak2 sekolah n remaja sekolah pon ada kategorinya. Kak Zai cadangkan aku cari budak2 untuk masuk. Kirenye cari budak macam aku cari masa penyertaan cerpen hari guru sepang hari tu la. Soalnya bak kata Kak Komar bukan mudah untuk jawi ni, silap hari bulan selain tgok n perbetulkan artikel mereka, kene juga semak ejaan jawi mereka satu ersatu...aku sendiri nak kata mahir jawi, mmg x berapa sangat pon. Mana taknya, kak Komar pon kata dia x berapa hebat sedangkan dia da ajar tahun 6 jawi pon...hoho..tak pe la. belum cuba belom tahu. kemudian, tetiba Puan Suraya Hanim PKD Sepang datang memantau kantin. Mujur dia da inform 2 hari lepas, dapat la aku kabokan pada Abg Hasan n kak Sham. Bukan pantau apa sangat je, juz nak tengok balik selain bg panduan sikit2 pasal pengurusan makanan n keselamatan murid d kantin. Perbincangan lebeh kepada antara dia dengan pengusaha kantin. Selain tu kehadirannya juga adalah untuk memaklumkan yang majlsi anugerah kantin kebangsaan ni akan berlangsung pada 5 september. Ya Allah...akhirnya tiba juga la saat tu...penat da menunggu. Tak apalah, bebila pon, aku harap keputusannya nanti ada la aharapan untuk skts ni menang. meletak harapan juara bimbang plak kecewwa kalu x dapat. Jadi, sekurang2nya dpat lah menang dalam apa2 kategori yang dipertandingkan dalam pemnataun sebelum2 ini. Dan esok, KBS 4 bersama sambutan hari raya peringkat sekolaha kalangan murid akan dijalankan. Aku harap meriah la gak even buat ala koboi. Mana taknya, gara2 MMI P&P harus diteruskan seperti biasa, malah jamuan raya pon dengan memakai baju sekolah juga..haha...tak apalah. Allahu Akbar, aku harap esok xde la demam2 lagi. aku sejak Selasa hari tu dizzy sesangat tp digagahkan juga  ke sekolah. Sayang, mggu ni giliran jawi untuk kelas2 tahun 1, kalau aku x datang, budak2 pemulihan kantoi la x belajo. Malah, semalam ladap sampai jam 5 pon aku attend ni rasa berbaloi gak la..banyak info dapat even info tu aku dah maklum sgt melalui pembacaan dan pengkuliahan aku selama 3 tahun b4 ni. Allahu a'lam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan