Rabu, 29 Januari 2014

Approved by SV

Alhamdulillah. Akhirnya Dr.NO approve jugak tesis aku tadi. Aku tak pasti sama ada dia betul2 percayakan aku atau sebaliknya. Cuma dari air mukanya, serta responnya secara zahiriah dapat aku agak yang die pon macam da bosan nak mengadap tesis aku. Allah... aku harap die approve dengan iringan doalah. Aku pun da penat juga. Tapi kata2 dia sangat positif sehingga dia kata jangan tunggu lama-lama, esok juga hantar ke fak n malam ni pulun buat pembetulan skit2. 

Over all, aku rasa sume dah ok, cume ada satu dua part yang aku masih risaukan iaitu bahagian KKK n persampelan. Aku bimbang Dr.ANH masih rigid nak selak satu persatu lebih2 lagi nak bukak bahan2 rujukan yang aku gunakan. Aku dah habis ikhtiar selama ni bagaimana nak bagi tuntas kajian aku. Aku sangat2 kebuntuan namun masih ada jalan aku nampak. Cuma kalau masih ada salah silap n keraguannya lepas beliau baca esok, aku tak tau nak buat macam mana. Pliz lah Ya Allah... Moga2 dipermudahkan juga urusan ni di tangan readerku, approve tanpa soal n segera. Insya Allah.

Allahumma sahla illa ma ja'altahu sahla...

Jumaat, 24 Januari 2014

Situasi Tegang

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ala muhammad.

Awal tahun ni aku rasa tegang benar situasi di sekolah. Tegang di fikiran dengan catur dah berlalu. Tapi tegang emosi pula dengan panatia. Aku tak tau nak respon apa. Setakat ni aku tidak begitu terkesan dengan ketegangan tu, cuma rasa tak selesa tu sedikit sebanyak ada. Aku pun bukan jenis yang suka terlibat dengan kontroversi mahu pun konfrantasi. Tapi kerana ia ada kaitan dengan bidang tugas dan organisasi aku adalah juga terkadang2 aku harus memberikan respon seadanya bila ditanya.

Aku nak cerita detail sini, rasa x selesa juga. Ikutkan biarlah tersisip di dalam hati je, tapi sebab aku rasa ia dapat jadi pedoman di masa depan, maka aku cerita lah juga keadannya serba sedikit. PPI aku yang bz nk buat program SMR. Ajk2nya dah ada untuk yang incharge program tu. Tapi entah apa ribut taufan member ni, ESAK tetiba tarik diri. Aku dan kawan2nya yang lain sgt tak mengerti tarik diri yang macam mana. Alasan sibuk macam x relevan lagi pada saat ni. Baru awal tahun. Dah tu tetiba ada plak isu APC timbul. Elok2 tahun lepas punya hal da senyap, sekarang timbul balik. Siapa2 pun aku temui dalam kalangan ahli PPI, tentu cerita ni dijadi bahan bualan. Aku ni nak kata x suka nak amik kisah kadang2 melayan juga. 

Tadi pulak timbul isu lagi bilamana ada satu tugasan yg diagihkan dilihat sebagai satu mandatori yang haris dilaksanakan yg disusun oleh ketua. Ikutkan dah itu tugas dia, dan siap lagi kata boleh buat pertukaran suka sama suka. Aku sendiri nak bertukar tapi org yang aku nak tukar x nak tukar. Bukan apa, tugasan yang aku nak tu iaitu BC, aku dah siapkan tapi kene tugas lain, tu yang bertukar tu. Tapi ta kisah lah. Tugasan yang ni aku leh je buat. Tinggal aku mahukan kerjasama rakan2 lain sbab tugasan ni sngat2 la memenatkan iaitu N. 

Aku tak tahu sampai bila ketegangan ni akan berlarutan. Setakat ni isu ni hanya berlegar dalam kalangan PPI, x tau la kalau kawan2 tahu, kalau ada pon tahu mereka senyap x komen apa2. Kalau yang tahu juga tu mgkin ESAK yang berkogsi rasa dengan kawan2nya bilamana lihat d laman sosialnya. Tapi harap2 janganlah sampai ke boss atasan. Memang naya je kalau diketahui. Dah la tahun ni ada pertandingan pengurusan panatia. Aku nak panatia aku menang dan jadi contoh kepada panatia2 lain. Tapi kalau isu ni berlarutan dari semasa ke semasa tak tahulah aku nak cakap camana.

Dari kaca mata aku, sebenarnya tak harus isu ni berlegar2 lagi. Kita ahli PPI, betugas sebagai GPI, harus mengenepikan soal emosi dan sentiasa berlapang dada. Apa yang keruh sebelum ni tak harus diambil semula. Kenapa susah sangat nak menyelaraskan kefahaman dan kesatuan hati? Apekehalnya yang menjadi duri dalam setiap tingkah dalam menjalakan tugasan masing2? Harus berterusankah ketegangan ini terjadi? Tiadakah rasa kemaafan dan tolerasni sesama rakan timbul dalam hati? Kenapa masing2 nak berego tinggi? Seronokkah bekerja dalam situasi begini? Tak malukah kalau kawan2 lain mengetahui?

AKu mengharapkan agar hubungan kami semua damai semula. Aku tahu tugasan kita dalam organisasi ini sangatlah banyak. Ikut hati, aku pun penat. Tapi dengan kerjasama semua, tugasan kita tak lah susah sangat. Ya Allah, satukanlah hati kami ini. Permudahkanlah urusan kami. Tautkan hati2 kami untuk bekerja dengan ikhlas dan saling bertoleransi dan berkasih sayang atas nama tugasan. Allah.

Rabu, 22 Januari 2014

Harapan pada kejohanan catur MSSD 2014

Minggu ni tugas aku lebeh kepada mengurus murid untuk kejohanan catur. Tugas ni dah aku buat sejak 2009 lagi, sama ada sebagai ajk biasa, juruletih yang tengok budak berlatih, pengiring budak dan sekarang pengurus pasukan merangkap ketua kelab catur. Tinggal aku tak dilantik sebagai arbiter je lagi. Kalau jadi tu, maka lengkaplah tugas aku sebagai orang catur walau pun aku ni pandai main tapi tak pandai menang, masakan tak, main catur ni guna strategi dan helah di minda. So, kerana x kuasa nak fikir dalam2 maka selama ni aku main pon jarang dapat menang...haha.
Berbalik pada perlawanan, so far aku tengok harapan untuk seroja berderet di meja hadapan tak berapa ada. Selama dua hari ni aku tengok prestasi mereka berlapan orang tu tidak berapa cemerlang. Mungkin boleh kata masih ada harapan untuk tersenarai dalam ranking 1 ke 10, tapi untuk di tempat 1 2 3 tu aku tak mahu menaruh harapan tinggi. Daripada 5 game yang dilalui, masing2 mencatatkan score yang boleh dikatekan sederhana tinggi. Tapi ada dua lagi game esok, tak tahulah bagaimana mereka nanti.

Dari kaca mata aku, dapat aku analisa mereka sebegini berdasarkan ranking yang kak zai letak sebelum ke kejohanan ni:

1) Irfan: dah kumpul 3 mata, aku menaruh harapan tinggi untuk dia masuk ke negeri. 
2) Amjad: dah kumpul 3 mata, aku turut menaruh harapan die ke negeri.
3) Zahin: dah kumpul 2 1/2 mata. mengharap dia dapat masuk top10.
4) Ammar: dah kumpul 3 mata. mengharap die dapat masuk top10.
5) Fatihah: dah kumpul 3 mata. menaruh harapan die ke negeri.
6) Syahindah: dah kumpul 3 mata. mengharap masuk top10.
7) Nurin Izzati: dah kumpul 2 1/2 mata. mengharap die masuk top10.
8) Khadijah: dah kumpul 4 mata. menaruh harapan die sampai ke negeri.

Mata diorang ni nampak lebeh kurang je. bimbang-bimbang mereka kene lawan sesama sendiri. Apapun untuk esok aku nk juga buat analisa sendiri.

1) Aku tak dapat nak tentukan berapa scowre mereka akan dapat. Tapi aku harap mereka ni dapat ke negeri: Irfan, Amjad, Fatihah, & Khadijah.

2) Juga x tau scorenye berapa esok, aku harap kesemua 8 orang dapat masuk ranking top 10.

3) Kalau yang akan ke negeri, pada aku saingannya adalah 3 dari DABB, dan 2 Cyberjaya bg lelaki. bg perempuan 2 dari Kota warisan dan 3 DABB. So, harap murid2 aku yang aku harapkan masuk ke negeri tu dapat merebut dengan jayanya tempat itu dalam kalangan murid2 saingannya ini.

4) Tapi secara rasional, yang mungkin dapat masuk top 10 tu mengikut rank kalangan murid aku adalah: Irfan, Amjad n Ammar. Zahin nampak sukar coz die macam mudah mengalah. Sementara pompuan plak Khadijah, Fatihah dan Syahindah. Nurin asik kesian kat lawan, aku rasa goyah skit nk percaya.

5) Acara berkumpulan, lelaki, nombor 3. Perempuan nombor 2. Tapi kalu dapat johan tu pon bagus juga.

Apapun ya Allah, aku harap mereka diberi hidayah dalam setiap steps yang dilakukan. Moga apa yang aku dan kawan2 lain harapkan menjadi kenyataan atau skurang2nya analisa aku d atas ni adalah benar.

Aku tak mahu lah bernazar apa2. Tapi cuba juga berazam awal2..
1) kalau masuk negeri, setiap mereka aku bg suntg bernilai rm3.
2) kalau msuk top10, setiap mereka aku bg sumtg rm2.
3) kalau grup menang no 1, setiap mereka ak bg sumtg rm3, no 2, rm2 n no 3 dan 4 rm1.
4) kalau semua dapat masuk top10 dan sekurang2nya 3 orang dapat masuk negeri serta menang grup samada johan, naib johan atau ketiga shaja, aku n kawan2 akan realisasikan bawa mreka ke alamanda.

Ya Allah, kemenangan mereka tu x beri impak pada aku pon seara total. Bosan dan penat memag dapatlah, tp lain2 bersifat material terutamanya, mmg x adalah kecuali duit claim milage. Makbulkanlah harapan kami Ya Allah....