Rabu, 22 Januari 2014

Harapan pada kejohanan catur MSSD 2014

Minggu ni tugas aku lebeh kepada mengurus murid untuk kejohanan catur. Tugas ni dah aku buat sejak 2009 lagi, sama ada sebagai ajk biasa, juruletih yang tengok budak berlatih, pengiring budak dan sekarang pengurus pasukan merangkap ketua kelab catur. Tinggal aku tak dilantik sebagai arbiter je lagi. Kalau jadi tu, maka lengkaplah tugas aku sebagai orang catur walau pun aku ni pandai main tapi tak pandai menang, masakan tak, main catur ni guna strategi dan helah di minda. So, kerana x kuasa nak fikir dalam2 maka selama ni aku main pon jarang dapat menang...haha.
Berbalik pada perlawanan, so far aku tengok harapan untuk seroja berderet di meja hadapan tak berapa ada. Selama dua hari ni aku tengok prestasi mereka berlapan orang tu tidak berapa cemerlang. Mungkin boleh kata masih ada harapan untuk tersenarai dalam ranking 1 ke 10, tapi untuk di tempat 1 2 3 tu aku tak mahu menaruh harapan tinggi. Daripada 5 game yang dilalui, masing2 mencatatkan score yang boleh dikatekan sederhana tinggi. Tapi ada dua lagi game esok, tak tahulah bagaimana mereka nanti.

Dari kaca mata aku, dapat aku analisa mereka sebegini berdasarkan ranking yang kak zai letak sebelum ke kejohanan ni:

1) Irfan: dah kumpul 3 mata, aku menaruh harapan tinggi untuk dia masuk ke negeri. 
2) Amjad: dah kumpul 3 mata, aku turut menaruh harapan die ke negeri.
3) Zahin: dah kumpul 2 1/2 mata. mengharap dia dapat masuk top10.
4) Ammar: dah kumpul 3 mata. mengharap die dapat masuk top10.
5) Fatihah: dah kumpul 3 mata. menaruh harapan die ke negeri.
6) Syahindah: dah kumpul 3 mata. mengharap masuk top10.
7) Nurin Izzati: dah kumpul 2 1/2 mata. mengharap die masuk top10.
8) Khadijah: dah kumpul 4 mata. menaruh harapan die sampai ke negeri.

Mata diorang ni nampak lebeh kurang je. bimbang-bimbang mereka kene lawan sesama sendiri. Apapun untuk esok aku nk juga buat analisa sendiri.

1) Aku tak dapat nak tentukan berapa scowre mereka akan dapat. Tapi aku harap mereka ni dapat ke negeri: Irfan, Amjad, Fatihah, & Khadijah.

2) Juga x tau scorenye berapa esok, aku harap kesemua 8 orang dapat masuk ranking top 10.

3) Kalau yang akan ke negeri, pada aku saingannya adalah 3 dari DABB, dan 2 Cyberjaya bg lelaki. bg perempuan 2 dari Kota warisan dan 3 DABB. So, harap murid2 aku yang aku harapkan masuk ke negeri tu dapat merebut dengan jayanya tempat itu dalam kalangan murid2 saingannya ini.

4) Tapi secara rasional, yang mungkin dapat masuk top 10 tu mengikut rank kalangan murid aku adalah: Irfan, Amjad n Ammar. Zahin nampak sukar coz die macam mudah mengalah. Sementara pompuan plak Khadijah, Fatihah dan Syahindah. Nurin asik kesian kat lawan, aku rasa goyah skit nk percaya.

5) Acara berkumpulan, lelaki, nombor 3. Perempuan nombor 2. Tapi kalu dapat johan tu pon bagus juga.

Apapun ya Allah, aku harap mereka diberi hidayah dalam setiap steps yang dilakukan. Moga apa yang aku dan kawan2 lain harapkan menjadi kenyataan atau skurang2nya analisa aku d atas ni adalah benar.

Aku tak mahu lah bernazar apa2. Tapi cuba juga berazam awal2..
1) kalau masuk negeri, setiap mereka aku bg suntg bernilai rm3.
2) kalau msuk top10, setiap mereka aku bg sumtg rm2.
3) kalau grup menang no 1, setiap mereka ak bg sumtg rm3, no 2, rm2 n no 3 dan 4 rm1.
4) kalau semua dapat masuk top10 dan sekurang2nya 3 orang dapat masuk negeri serta menang grup samada johan, naib johan atau ketiga shaja, aku n kawan2 akan realisasikan bawa mreka ke alamanda.

Ya Allah, kemenangan mereka tu x beri impak pada aku pon seara total. Bosan dan penat memag dapatlah, tp lain2 bersifat material terutamanya, mmg x adalah kecuali duit claim milage. Makbulkanlah harapan kami Ya Allah....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan