Rabu, 31 Julai 2013

Harapan Program Petang Ini

Bismillahirrahman. Allahummasolli ala Muhammad. Amma ba'd.

Allahu Akbar. Tak tahu nak kata apa. Tapi hati ni mahu saja berkata2. Selain mahu berkata2, hati ni juga cuba aku tenangkan. Namun, bila mana mengenangkan program petang ni, aku jadi x senang. Rasa resah n gelisah yang cuba ku tenang2kan masih ada riak geloranya. Aku tak pasti sejauh mana kelancarannya nanti. 

Setakat tadi, program yang da di susun sejak sebulan lalu masih nampak ada yang x setel sepenuhnya. Kak Fiza aku tgok memang berkerut dahi. Fikir pasal sistem siaraya yang entah apa khabarnya. Kelmarin katanya dah hubungi Shahril, tapi apakah tiada pemutusnya? Nak libatkan Firdaus, hari ni hari pertama dia mengajar selepas cuti 7 hari. Pada kebanyakan orang, biarlah Fir tidak dilibatkan sepenuhnya. Tapi apa solusinya? Apapun tadi sebelum balik  Kak Fiza kata ada pertemuan kecial sama Kak Komar, Shahril n Kak Ida. Mungkin nak wat final checklist apa2 yang tak setel lagi. Aku plak tak da rasa nak join, makmal komputer Kak Elya suruh tutup n periksa sume pc n ekon b4 balik. Dia hari ni tak sihat n balik awal.

Tanya pada Kak Zainab apa lagi masalah? Katanya tengah mencari pahar bunga telur. Ohw..itu xda masalah kot. Maryam gtau tadi nak pinjam dari Kak Soraya. Pasal sumbangan, sempat tadi tolong Kak Ida kira duit m isi duit sumbangan dalam sampul. So mungkin ok kot, tggal nama penerima sumbangan tadi aku pesan tulis agar x jadi pape kelam kabut. Pasal tempat makan di kantin, Kak Zainiah siap cakap aku jangan risau. Errkk... aku tak risau pun, aku juz tanya sebab dia yang pegang kunci kantin..hehe. 

Masalah-masalah lain, aku tak pasti ada ke tak. Cuma lain2 dari itu aku harap semuanya ok dan lancar. Untuk kali ni program diuruskan oleh Kak Fiza, Kak Nor, Shahril, Kak Sarwana n Ulya. Ops, Kak Sarwana tadi masa dihubungi dimaklumkan bleeding n tgh tggu result kak klinik. Allah. Moga dia ok la. Bimbang sebab sibuk nak urus bende ni kesihatan sendiri terjejas. Kak Nor sejak semalam da balik Kelantan sebab katanya rahim jatuh, errr..apekebendenye la tu. Tak de la aku nak tanya banyak.

So aku pula, tugas lepas buka, jadi juruacara. Allah...nampak simple, tapi aku ni rasa cam x sanggup je. Bab2 bercakap depan org ramai ni bukan senang. Nak susun ayat lagi. Kalau baca doa leh la tengok teks. Kalau berucap even sepatah dua, takkan nak tengok teks. Erm...wat malu company je. Huh. Apapun wahai Tuhanku, moga semuanya berjalan lancar. Meriah pada aku nombor dua. Dan paling penting apa yang aku handel tak la terkantoi kat mana2 part. InsyaAllah. 

Jumaat, 26 Julai 2013

Review Pemantauan Musolla.

Kejap je da nak masuk 18 Ramadhan. Cepat benar masa berlalu. Kerana cepatnya masa berlalu tu la terasa banyak kerja macam x sempat2 nk buat. Walhal aku rasa da urus masa sebaik2nya. Juz bila aku apply crk, kadang2 aku rasa ralat nk cuti sebab bimbang kalu2 makin banyak keje tertangguh n tak terberes2. Allah.... 

Menyebut cuti, minggu depan aku da kansel crk yg aku apply 2 bulan lalu. Masa tu Cikgu Roslee masih ada lagi. Aku apply 3 hari terus sampaikan ramai tnya aku nak kemana, apakehalnya, sakit ke? Ishk, ni concern ke bzbdy? hehe..aku harap itu tanda prihatin kawan2. Adala sebabnya, berkaitan study je pon. Tapi Rabu lepas aku dapat info dr fak yg turn aku ptgahan ogos, maka aku pospon la cuti tu...Ok la kot, minggu ni ada iftar skola, ada la kot hikmahnya.

Minggu lepas yang semalam2 ni, musolla baru dipantau. Memang bz jugak la sepanjang dari Isnin sampai ke Rabu tu. Aku, Kak Ida minta lengkapkan fail musolla n papan kenyataan. Seharusnya dia ada s/u under dia, pilih je dalam kalangan ajk2 bawahnya. Tapi xpela, dalam keadaan macam tu masing2 harus berperanan lebih2 kalu da tau camana nak setelkan. Aku sama Kak Sar n Kak Nor, nak arahkan macam2 kat diorg rasa cam x patut. Tapi mujur diorg ok. 

So, bila pemantau datang, Kak Ida, Shahril, Kak Komar, Kak Sarwana n aku. Ikutkan memang berdebar la b4 pemantau datang, tp sebab da penat menunggu kedatangan mereka, kami jadi relax. Bila datang jam 12 tgahri tu, aku rasa xde rasa pape. Aku tgok pemantau tu x la macam bersungguh sangat. juz tgok gitu2 je. Dalam pada tu ada jugak yg sorg tu komen habis pasal fail. Habis Shahril n Kak Komar argue pasal satu program yg melbatkan die. Da tu masa dia tnya mana sijil penetuan kiblat, aku pandang Kak Komar, Kak Komar pandang aku, last2 baru aku teringat, sijil tu mmg ada pada aku! huhu... Mana x lupa, dulu aku incharge 2010 musolla tgh renovate, so terus lupa la nk tayang pamer kat dinding musolla. Pastu masa ditanya ada website, aku dgn bsungguh konon2nya buka la tab. Aku sangka ada line, tp x dapat la plak. Kelakar plak, tahun lepas masa nk tunjuk, bateri laptop habis tibe2, kali ni nak tunjuk, line pulak xda. haha...Mujur Shahril cepat bertindak gunakan fon die yg tentu2nya ada plan internet sndiri. Selamat. Apapun aku harap dapat la menang. Melalui Shahril, pemantau tu kata seroja ada harapan. InsyaAllah.





Jumaat, 19 Julai 2013

Review Minggu 29

Penat. Minggu yang memenatkan. Sampaikan aku x dapat nk buat refleksi kendiri untuk minggu ni. Penat puasa tu terkecuali la, tp penat melayan budak2 yang aktif semacam tu yg xleh nk tahan sgt. Dalam kelas Kak Fiza sampai terlentok2 menanda buku latihan budak2. Aku plak kadang2 budak tanya n adu macam2 aku wat x layan je. Allahu Akbar.

Apa yang bizi sangat ya? Entah la. Yang utamanya adalah pasal KBS 3. Kali ni turn aku sama Kak Qomar handel. kebetulan bulan puasa maka buat la penyerapannya di dalam kelas2 P&P PI, so, jimatlah masa n tenaga sumber manusia kalu di buat pada hari yang lain. Mujur kawan2 beri kerjasama n sangat setuju dengan cadangan ini. Juz KBS 4 nanti terus wat grand la. AKu cadang nk wat sekali dengan penutupan minggu panatia yang asyik la tertangguh2. Kebetulan ada 2 Sabtu sekolah ganti ada dibuat nanti. Ok la tu.

Minggu ni juga sibuk juga aku tolong Kak Ida update fail surau. Apelagi, gara2 nak masuk pertandingan tu la. Kami semua ni memang berharap la dapat menembusi ke peringkat kebangsaan. GB pun da support awal2 n berharap agar juara itu disambar sebaik2nya. Allah, harap puan gb dapat beri lebih dari itu yang tidak sekadar kata2 semangat. Kami ni memang sentiasa bersemangat gara2 itulah budaya di seroja selama ini. Kak Tipa yang dah pindah sekolah pun rasa teruja dengar bende ni tapi dia xleh nk join skali la sebab katanya kawan2 seangkatan dia x sesemangat kawan2 di sini...buat apa keje di sana pun punyala berbantah2. Syukur di sini keadaan masih terkawal. So selepas dapat senarai keje yang aku kene wat dr Kak Ida, aku pun sekarang telah print instrumen tu. Ikutkan tengok keadaan surau, apa yang tertampal2 tu patut dicabut semula. Aku ni x la berseni sangat dalam mendekorasi, tp secara teorinya aku tau memang perlu ada perubahan. Silap hari bulan yang datang pemantau yang sama macam tahun lepas. Dan tugasan aku adalah bahagian laporan n dokumentasi aktvt program. Dari instrument tu aku tengok kat sini markahnya yang paling besar daripada 5 bahagian yang ada. Mujur ada Kak Siti Nor n Kak Sarwana, boleh la sama2 buat. 

Dalam pada tu jugak Kak Elya ada jugak menyaran2kan aku gunakan app frog yang telah dia ajar sebelum ni. Ikut hati aku x berapa ada mood nak guna app tu sebab ia belum meriah. Kirenye xde sebab kenapa perlu gunakannya. Kalu nak buat blog, aku ada 3 blog sendiri selain beberapa lagi dalam kendalian aku. Kalau nak kata sebagai media sosial, fb aku dah cukup ok, tweeter n segala2 yang lain telah aku abaikan even ada akaun di setiap satunya. Lecehla semua tu. Tapi aku tau ia akan berkembang selari dengan hasrat KPM, so, insya Allah akan ku cuba explore frog tu dari semasa ke semasa.

Allah...tetibe aku xda mood nak habiskan catatan ni. Lantaklah. 

Sabtu, 13 Julai 2013

Pertandingan Musolla & Tandas Pula

Beberapa hari puasa dilalui dgn penuh tabah. Tabah iman. Tabah fizikal. Tabah mental. Tabah emosi. Tabah prestasi....err...prestasi? Ye la. Aku masuk kelas, budak2 punya la aktif, sedangkan aku mood x berapa nak ada. Turun naik tangga membuatkan aku leteh bila da menjangkau jam 11. Lagi2 jadual baru aku ni mmg memerlukan aku naik turun naik turun tangga. Mana taknya, selama ni elok je aku ajar tahun 1 n 2 je, tetiba ada lak tahun 4. Dah tu ada lagi tahun 3 jugak dalam jadual untuk cover kak yati n kak nor yang bakal besalin x lama lagi. So far kedua2 mereka lately ni pon kadang2 ada mc or crk atas faktor kesihatan, diorg tu partnership dalam sume kelas tahun 3, so kalau jadi pape kat mereka dlam masa sama atleast ada aku la. kirenye lepas ni xde la susah2 kak lela nk susun jadual baru atau puan laily nk cari cikgu merilifkan kelas2. Apapun aku harap aku dapat handel setiap kelas berdasarkan aras pemikiran mereka. Selalu masuk kelas tahun 1, tentunya x sama dengan budak2 tahun 4 kan. Setiap dari mereka ni ada metod tersendiri. 

Apapun juga, untuk Ramadhan ni nak kata bz, pun bz jugak. Nak cerita pun berderet. Rasanya kat sekolah lain pon sama bz d tamadhan degan pelabagai aktvti kerohanian. Hanya berbeza cara pelaksaan d mana contohnya sumtg yang haharu d sekola aku, ladap ramadhan akan dijalankan pada setiap rabu. Ok la kot. Aku harap dengan pelbagai program yg disusun panatia agama ni dapat la meningkatkan kefahaman warga skolah mengenai puasa atau apa2 yang berkaitan dengan Ramadhan. Kalau iftar tu, rasanya banyak skola yang buat, so xde la yang specialnya aku nk citer.

Tapi bz lain yang aku nak citer adalah mengenai pertandingan bilik2 khas kat skola tu. Setakat ni ada 2. Yang pertamanya musolla peringkat kebangsaan. Yang keduanya tandas peringkat negeri. Allah... dengar je pun da rasa penat. Penat dengan kantin pun x habis lagi. Mana taknya, kadang2 ada aduan dari pelanggan dalam kalangan guru xdapat aku ambil peduli sampai dikatakan aku x jaga kebajikan pelanggan. errr... Aku bukan tokey kantin. Aku ni juga xde share dgn org tokey kantin. Tugas aku adalah menyelia kantin dari aspek perkhidmatan. Mana2 aduan yang diterima esp daripada budak2, mmg wajib aku kabokan pada tokey kantin. Tapi ada aduan aku terima dari kawan2 guru, menu x match...Allah...aku tang ni x tau nk jawab apa. Tapi aku inform gak pada tokey kantin. Tapi lagi, tokey kantin rasa macam da penat nk dengar aduan aku. Hehe..nasibla, xkan aku nk tapis aduan plak n pilih2 mana yang logik x logik. Apapun harapan aku dan harapan tkey kantin gak, percepatkanla keputusan pertandingan kantin kebangsaan tu, da nk dekat setahun tunggu. Jangan la ngada2 nak datang pantau lagi nk shortlist pemenang. Mau pengsan aku. Patut sekarang leh aku bantu fokus pada musolla dan tandas pulak.

Ha, berbalik pada pertandingan musolla, masa gtau Kak Ida dia cam rasa xde semangat je. AKu tak pasti kawan2 lain da tau ke x. Tapi surat masa aku baca tu Kak Sarwana pun baca. Mungkin minggu depan sume akan diberitahu. Personally, aku rasa musolla tu mmg da dapat 5 bintang negeri, patut teruskan je. Sayang kalau apa yang ada tak dipertonjolkan semaksima mungkin. Tapi sperti sebelum ini, ia juga memerlukan kerjasama sume kawan2 seangkatan. Lagi baik kawan2 yang bukan seangkatan pun sama membantu. Dan pastinya kalau musolla menang, yang dapat nama mestinya SK Taman Seroja, bukan Ketua Panatia atau Penyelaras Musolla. Paling x pun, nama GB yang disebut2. So, selaku kakitangan, usahakanlah mana yang termampu. Untuk mengalah awal2, kita sering bertekad nak sambar juara. So, untuk pemantauan start on 22 julai hgga 2 ogos, aku harap kerje2 memulihara musolla dapat dijalankan dgn kejasama rakan2 seangkatan terutamanya.

Tandas pula, tahun lepas da masuk, tapi x tau apa cerita. Mungkin aku x dengar cerita sebab masa tu clash dengan kantin jugak. Masa tu sume guru diagih2kan tandas angkat kecuali guru2 kantin fokus kat kantin. Last2 langsung xtau apa keputusannnya, adakah tandas skola aku tiptop or sebaliknya. Tapi respon Kak Ton ttg pertandingan ni hari tu, dia kalau boleh x mau masuk sebab kesian kat cikgu2. Tapi katanya PPD paksa masuk. So, pada aku xmau masuk x payah susah2 pikir. Kalau PPD datang pantau pun, tunjukkan la apa yang ada. Tapi dia kata xmau cam tu plak, nnt malu sama PPD coz seroja ni dah ada nama. So kene la jaga nama baik seroja leklok. Find, kalau macam tu, kene la plan betul2 supaya menang n terpilih ke negeri. Kalau nak harapkan cikgu2 3K, alamatnya naik pening Kak Nana pikir sorang2...hehe..silap hari bulan, dia pun x tau menahu lagi.

Kesimpulannya, dengan banyaknya program n aktiviti yang rencah n cacamarba ni, tidak hairanlah kalau tugas hakiki guru untuk prose P&P tidak bjalan dengan lancar dan bekesan totally. Masuk kelas kadang2 bukan dengan fikiran lapang, sering juga asik mencongak2 plan kat kepala what to do after that n this. Allahu Akbar, bantulah kami semua... bukan kerana untuk nama2 kami secara personal, tapi atas nama organisasi kami.