Rabu, 31 Julai 2013

Harapan Program Petang Ini

Bismillahirrahman. Allahummasolli ala Muhammad. Amma ba'd.

Allahu Akbar. Tak tahu nak kata apa. Tapi hati ni mahu saja berkata2. Selain mahu berkata2, hati ni juga cuba aku tenangkan. Namun, bila mana mengenangkan program petang ni, aku jadi x senang. Rasa resah n gelisah yang cuba ku tenang2kan masih ada riak geloranya. Aku tak pasti sejauh mana kelancarannya nanti. 

Setakat tadi, program yang da di susun sejak sebulan lalu masih nampak ada yang x setel sepenuhnya. Kak Fiza aku tgok memang berkerut dahi. Fikir pasal sistem siaraya yang entah apa khabarnya. Kelmarin katanya dah hubungi Shahril, tapi apakah tiada pemutusnya? Nak libatkan Firdaus, hari ni hari pertama dia mengajar selepas cuti 7 hari. Pada kebanyakan orang, biarlah Fir tidak dilibatkan sepenuhnya. Tapi apa solusinya? Apapun tadi sebelum balik  Kak Fiza kata ada pertemuan kecial sama Kak Komar, Shahril n Kak Ida. Mungkin nak wat final checklist apa2 yang tak setel lagi. Aku plak tak da rasa nak join, makmal komputer Kak Elya suruh tutup n periksa sume pc n ekon b4 balik. Dia hari ni tak sihat n balik awal.

Tanya pada Kak Zainab apa lagi masalah? Katanya tengah mencari pahar bunga telur. Ohw..itu xda masalah kot. Maryam gtau tadi nak pinjam dari Kak Soraya. Pasal sumbangan, sempat tadi tolong Kak Ida kira duit m isi duit sumbangan dalam sampul. So mungkin ok kot, tggal nama penerima sumbangan tadi aku pesan tulis agar x jadi pape kelam kabut. Pasal tempat makan di kantin, Kak Zainiah siap cakap aku jangan risau. Errkk... aku tak risau pun, aku juz tanya sebab dia yang pegang kunci kantin..hehe. 

Masalah-masalah lain, aku tak pasti ada ke tak. Cuma lain2 dari itu aku harap semuanya ok dan lancar. Untuk kali ni program diuruskan oleh Kak Fiza, Kak Nor, Shahril, Kak Sarwana n Ulya. Ops, Kak Sarwana tadi masa dihubungi dimaklumkan bleeding n tgh tggu result kak klinik. Allah. Moga dia ok la. Bimbang sebab sibuk nak urus bende ni kesihatan sendiri terjejas. Kak Nor sejak semalam da balik Kelantan sebab katanya rahim jatuh, errr..apekebendenye la tu. Tak de la aku nak tanya banyak.

So aku pula, tugas lepas buka, jadi juruacara. Allah...nampak simple, tapi aku ni rasa cam x sanggup je. Bab2 bercakap depan org ramai ni bukan senang. Nak susun ayat lagi. Kalau baca doa leh la tengok teks. Kalau berucap even sepatah dua, takkan nak tengok teks. Erm...wat malu company je. Huh. Apapun wahai Tuhanku, moga semuanya berjalan lancar. Meriah pada aku nombor dua. Dan paling penting apa yang aku handel tak la terkantoi kat mana2 part. InsyaAllah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan