Jumaat, 19 Julai 2013

Review Minggu 29

Penat. Minggu yang memenatkan. Sampaikan aku x dapat nk buat refleksi kendiri untuk minggu ni. Penat puasa tu terkecuali la, tp penat melayan budak2 yang aktif semacam tu yg xleh nk tahan sgt. Dalam kelas Kak Fiza sampai terlentok2 menanda buku latihan budak2. Aku plak kadang2 budak tanya n adu macam2 aku wat x layan je. Allahu Akbar.

Apa yang bizi sangat ya? Entah la. Yang utamanya adalah pasal KBS 3. Kali ni turn aku sama Kak Qomar handel. kebetulan bulan puasa maka buat la penyerapannya di dalam kelas2 P&P PI, so, jimatlah masa n tenaga sumber manusia kalu di buat pada hari yang lain. Mujur kawan2 beri kerjasama n sangat setuju dengan cadangan ini. Juz KBS 4 nanti terus wat grand la. AKu cadang nk wat sekali dengan penutupan minggu panatia yang asyik la tertangguh2. Kebetulan ada 2 Sabtu sekolah ganti ada dibuat nanti. Ok la tu.

Minggu ni juga sibuk juga aku tolong Kak Ida update fail surau. Apelagi, gara2 nak masuk pertandingan tu la. Kami semua ni memang berharap la dapat menembusi ke peringkat kebangsaan. GB pun da support awal2 n berharap agar juara itu disambar sebaik2nya. Allah, harap puan gb dapat beri lebih dari itu yang tidak sekadar kata2 semangat. Kami ni memang sentiasa bersemangat gara2 itulah budaya di seroja selama ini. Kak Tipa yang dah pindah sekolah pun rasa teruja dengar bende ni tapi dia xleh nk join skali la sebab katanya kawan2 seangkatan dia x sesemangat kawan2 di sini...buat apa keje di sana pun punyala berbantah2. Syukur di sini keadaan masih terkawal. So selepas dapat senarai keje yang aku kene wat dr Kak Ida, aku pun sekarang telah print instrumen tu. Ikutkan tengok keadaan surau, apa yang tertampal2 tu patut dicabut semula. Aku ni x la berseni sangat dalam mendekorasi, tp secara teorinya aku tau memang perlu ada perubahan. Silap hari bulan yang datang pemantau yang sama macam tahun lepas. Dan tugasan aku adalah bahagian laporan n dokumentasi aktvt program. Dari instrument tu aku tengok kat sini markahnya yang paling besar daripada 5 bahagian yang ada. Mujur ada Kak Siti Nor n Kak Sarwana, boleh la sama2 buat. 

Dalam pada tu jugak Kak Elya ada jugak menyaran2kan aku gunakan app frog yang telah dia ajar sebelum ni. Ikut hati aku x berapa ada mood nak guna app tu sebab ia belum meriah. Kirenye xde sebab kenapa perlu gunakannya. Kalu nak buat blog, aku ada 3 blog sendiri selain beberapa lagi dalam kendalian aku. Kalau nak kata sebagai media sosial, fb aku dah cukup ok, tweeter n segala2 yang lain telah aku abaikan even ada akaun di setiap satunya. Lecehla semua tu. Tapi aku tau ia akan berkembang selari dengan hasrat KPM, so, insya Allah akan ku cuba explore frog tu dari semasa ke semasa.

Allah...tetibe aku xda mood nak habiskan catatan ni. Lantaklah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan