Sabtu, 13 Julai 2013

Pertandingan Musolla & Tandas Pula

Beberapa hari puasa dilalui dgn penuh tabah. Tabah iman. Tabah fizikal. Tabah mental. Tabah emosi. Tabah prestasi....err...prestasi? Ye la. Aku masuk kelas, budak2 punya la aktif, sedangkan aku mood x berapa nak ada. Turun naik tangga membuatkan aku leteh bila da menjangkau jam 11. Lagi2 jadual baru aku ni mmg memerlukan aku naik turun naik turun tangga. Mana taknya, selama ni elok je aku ajar tahun 1 n 2 je, tetiba ada lak tahun 4. Dah tu ada lagi tahun 3 jugak dalam jadual untuk cover kak yati n kak nor yang bakal besalin x lama lagi. So far kedua2 mereka lately ni pon kadang2 ada mc or crk atas faktor kesihatan, diorg tu partnership dalam sume kelas tahun 3, so kalau jadi pape kat mereka dlam masa sama atleast ada aku la. kirenye lepas ni xde la susah2 kak lela nk susun jadual baru atau puan laily nk cari cikgu merilifkan kelas2. Apapun aku harap aku dapat handel setiap kelas berdasarkan aras pemikiran mereka. Selalu masuk kelas tahun 1, tentunya x sama dengan budak2 tahun 4 kan. Setiap dari mereka ni ada metod tersendiri. 

Apapun juga, untuk Ramadhan ni nak kata bz, pun bz jugak. Nak cerita pun berderet. Rasanya kat sekolah lain pon sama bz d tamadhan degan pelabagai aktvti kerohanian. Hanya berbeza cara pelaksaan d mana contohnya sumtg yang haharu d sekola aku, ladap ramadhan akan dijalankan pada setiap rabu. Ok la kot. Aku harap dengan pelbagai program yg disusun panatia agama ni dapat la meningkatkan kefahaman warga skolah mengenai puasa atau apa2 yang berkaitan dengan Ramadhan. Kalau iftar tu, rasanya banyak skola yang buat, so xde la yang specialnya aku nk citer.

Tapi bz lain yang aku nak citer adalah mengenai pertandingan bilik2 khas kat skola tu. Setakat ni ada 2. Yang pertamanya musolla peringkat kebangsaan. Yang keduanya tandas peringkat negeri. Allah... dengar je pun da rasa penat. Penat dengan kantin pun x habis lagi. Mana taknya, kadang2 ada aduan dari pelanggan dalam kalangan guru xdapat aku ambil peduli sampai dikatakan aku x jaga kebajikan pelanggan. errr... Aku bukan tokey kantin. Aku ni juga xde share dgn org tokey kantin. Tugas aku adalah menyelia kantin dari aspek perkhidmatan. Mana2 aduan yang diterima esp daripada budak2, mmg wajib aku kabokan pada tokey kantin. Tapi ada aduan aku terima dari kawan2 guru, menu x match...Allah...aku tang ni x tau nk jawab apa. Tapi aku inform gak pada tokey kantin. Tapi lagi, tokey kantin rasa macam da penat nk dengar aduan aku. Hehe..nasibla, xkan aku nk tapis aduan plak n pilih2 mana yang logik x logik. Apapun harapan aku dan harapan tkey kantin gak, percepatkanla keputusan pertandingan kantin kebangsaan tu, da nk dekat setahun tunggu. Jangan la ngada2 nak datang pantau lagi nk shortlist pemenang. Mau pengsan aku. Patut sekarang leh aku bantu fokus pada musolla dan tandas pulak.

Ha, berbalik pada pertandingan musolla, masa gtau Kak Ida dia cam rasa xde semangat je. AKu tak pasti kawan2 lain da tau ke x. Tapi surat masa aku baca tu Kak Sarwana pun baca. Mungkin minggu depan sume akan diberitahu. Personally, aku rasa musolla tu mmg da dapat 5 bintang negeri, patut teruskan je. Sayang kalau apa yang ada tak dipertonjolkan semaksima mungkin. Tapi sperti sebelum ini, ia juga memerlukan kerjasama sume kawan2 seangkatan. Lagi baik kawan2 yang bukan seangkatan pun sama membantu. Dan pastinya kalau musolla menang, yang dapat nama mestinya SK Taman Seroja, bukan Ketua Panatia atau Penyelaras Musolla. Paling x pun, nama GB yang disebut2. So, selaku kakitangan, usahakanlah mana yang termampu. Untuk mengalah awal2, kita sering bertekad nak sambar juara. So, untuk pemantauan start on 22 julai hgga 2 ogos, aku harap kerje2 memulihara musolla dapat dijalankan dgn kejasama rakan2 seangkatan terutamanya.

Tandas pula, tahun lepas da masuk, tapi x tau apa cerita. Mungkin aku x dengar cerita sebab masa tu clash dengan kantin jugak. Masa tu sume guru diagih2kan tandas angkat kecuali guru2 kantin fokus kat kantin. Last2 langsung xtau apa keputusannnya, adakah tandas skola aku tiptop or sebaliknya. Tapi respon Kak Ton ttg pertandingan ni hari tu, dia kalau boleh x mau masuk sebab kesian kat cikgu2. Tapi katanya PPD paksa masuk. So, pada aku xmau masuk x payah susah2 pikir. Kalau PPD datang pantau pun, tunjukkan la apa yang ada. Tapi dia kata xmau cam tu plak, nnt malu sama PPD coz seroja ni dah ada nama. So kene la jaga nama baik seroja leklok. Find, kalau macam tu, kene la plan betul2 supaya menang n terpilih ke negeri. Kalau nak harapkan cikgu2 3K, alamatnya naik pening Kak Nana pikir sorang2...hehe..silap hari bulan, dia pun x tau menahu lagi.

Kesimpulannya, dengan banyaknya program n aktiviti yang rencah n cacamarba ni, tidak hairanlah kalau tugas hakiki guru untuk prose P&P tidak bjalan dengan lancar dan bekesan totally. Masuk kelas kadang2 bukan dengan fikiran lapang, sering juga asik mencongak2 plan kat kepala what to do after that n this. Allahu Akbar, bantulah kami semua... bukan kerana untuk nama2 kami secara personal, tapi atas nama organisasi kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan