Jumaat, 12 April 2013

Arahan Pertukaran Setara Cikgu Roslee....Oh, Tidak!

Untuk April ini aku rasa macam relax je di sekolah. Sebelum tu sejak awal tahun sampai ke Mac aku x habis-habis. Dimulia dengan miting beberapa hari sebelum 1 Januari akhirnya kepenatan aku berakhri sehingga berakhirnya MTQ. Kalu MTQ tu menang, Sabtu ni akan sibuk pula ke Sabak Bernam... Urgh...leteh la nak ke sana. Hal-hal pengajian pulak, nak kata relax tu tak lah, coz ada perkara lain yang x setel lagi membuatkan relax aku ni macam x puas. Date viva ntah bila nak tahu, artikel pulak x start edit, bahannya da ada je. Kursus luar pulak untuk April ni ditangguhkan untuk program pengkarya guru gara2 PRU13 menjengah. Agaknya urusetia nak berkempen kot tu yang dianjak lepas PRU13. Kursus lain setakat ni aku x terasa nak pergi. Di IAB tu macam-macam kursus ada, kawan2 sekuliah cakap apply aja untuk tambah ilmu, tapi kalau dah pegi bukan sehari dua, kang x pasal2 budak2 pemulihan aku tu makin tak pulih2, naya je. Hal rumah pula? tu tak masuk cerita, hehehe. Apapun aku bersyukur dengan keadaan sekarang ini. Dr. Damansara agaknye bising kalu tahu aku ni bizi memanjang tak peduli rehat n penat. Sabtu lepas dah la aku do ignore appntment, siap minta tangguh lain minggu. errm..

Untuk minggu ni aku rasa isu kat sekolah yang paling hangat adalah mengenai Cikgu Roslee (CR). Walaupun di sebaliknya sekolah akhir-akhir ini banyak menggondol emas perak gangsa dalam pelbagai acara di peringkat daerah dan negeri sama ada dalam kegiatan kokurikulum dan koakademik, kisah arahan pertukaran CR nampaknya lebih menarik perhatian guru-guru. Selasa lepas dikhabarkan CR selaku GPK1 telah mendapat surat arahan pertukaran setara ke SKBBST secara bersilang di mana GPK1 sekolah tu diarahkan pula ke sini. Ceh, apahal lak tu? Serupa tak payah tukar. Lagi baik kedua2nya mohon tukar suka sama suka dan kembali ke sekolah masing2...hehe...

Aku tak pasti apa respon cikgu yang diarahkan ke sini, sama ada gembira atau sebaliknya? Dari raut wajah CR pula, aku tengok beliau xlah menampakkan kemurungannya, biasa-biasa je, tp mimik ceria dan happy go luckynye tak berapa nak menyerlah minggu ni. Orang kata CR cuba merelaxkan diri di samping cari alasan wajar untuk tidak bertukar, tapi sejauhmana benarnya, aku pon tidak tahu. Aku ni kire buat2 tak tahu jugalah. Takkan la aku nak p tanya, kang x pasal2 CR kata aku suka die p... Oh, tidaaaaaaak....

Kenapa tidak? Ya, aku memang tak berharap CR p. Bukan aku je, majoriti guru2 memang berharap CR tolak n memohon untuk stay d sekolah lebih2 lagi itu adalah pertukaran setara. Lainlah kalau naik pangkat ke tempat lain, kami x kisah. Majoriti yang aku jumpa cakap mereka selesa bekerja n berurusan dengan CR. jarang ada masalah berlaku kecuali ada segelintir 1 2 guru yang memang tak puas hati dengan CR dalam beberapa aspek terutamanya dengan sikap CR yang jenis tak amik pusing dengan bende2 remeh. Ada juga yang anggap CR jenis x suka nak appreciate guru2 walaupun guru tu da mengehmaps pulas beri terbaik kepada sekolah. Dari sini aku lihat, bukan CR x pernah nak puji ke ape ke, cume tidak secara personally. Ah, remeh je tu. Masa aku menang pertandingan menulis cerita d PPD pun CR announce kat miting guru2, aku rasa malu giler la. Bukannya bende penting nak masuk dalam minit. Ah, yang penting rata2 selesa dengan CR terutamanya apabila membabitkan urusan berkaitan cuti, keluar sebentar dr sekolah, penyusunan jadual dan lain2 lagi.

Pada yang suka CR pergi tu aku pasti, bila saja mereka tahu siapa yang bertukar ke sini, mereka secara automatik akan menarik kata2 mereka sebelum ini. Sebab kami semua dah tahu siapa yang akan ke sini. Ramai juga dalam kalangan guru yang pernah berurusan dengannya dan tahu sikap dan cara kerja dia. Aku pula tak la kenal pon, pernah nampak kelibatnya beberapa kali dengan yang terakhir pada hari sumbangan PIBG d kantin. Dari gayanya, aku rasa, aku x dapat nak bekerja dengannya. Majoritinya juga da terbayang apa masalah n kesusahan yang bakal berlaku jika CR p nanti. Sebab rata2 mereka yang penah bertular2 skolah mengatakan CR la pentadbir yang paaaaaaaaaaaling best. Aku pon rasa begitu.

Kalaulah boleh, nak je aku wakili guru2 buat surat rayuan kepada ppd or jps agar CR ni stay terus sampai bila2 kecuali dinaikkan pangkat pada masa depan atau beliau sendiri yang minta tukar ke mana2. Banyak alasan wajar rasanya leh bagi kecuali alasan pertukaran tu sbb CR da lebih sedekad kat situ tak boleh la dinafilah. CR pon aku harap beliau berusaha untuk elakkan diri daripada bertukar kemana2. Aku dapat rasa yang beliau sangat sayangkan SKTS ni. Semua anak2nya tak silap aku berbangku sekolahkan SKTS. Tentu2nya banyak memori best yang mewarnai kehidupan peribadi dan kerjayanya. Memang aku tahu roda tu berputar, tp pertukaran setara tu x macam roda tu berputar pon, sama x bergerak pon.

Aku review pasal CR ni bukanlah sbab nak bodek ke ape ke. Apa aku dapat? Bukan juga sebab dah terhantuk baru tergadah iaitu menghargai setelah orang tu bakal pergi, tidak. Kami semua memang kahui dari dulu CR memang bos yang best. Apapun, aku harap Isnin ni ada berita baik untuk kami semua. InsyaAllah :D