Jumaat, 24 Januari 2014

Situasi Tegang

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ala muhammad.

Awal tahun ni aku rasa tegang benar situasi di sekolah. Tegang di fikiran dengan catur dah berlalu. Tapi tegang emosi pula dengan panatia. Aku tak tau nak respon apa. Setakat ni aku tidak begitu terkesan dengan ketegangan tu, cuma rasa tak selesa tu sedikit sebanyak ada. Aku pun bukan jenis yang suka terlibat dengan kontroversi mahu pun konfrantasi. Tapi kerana ia ada kaitan dengan bidang tugas dan organisasi aku adalah juga terkadang2 aku harus memberikan respon seadanya bila ditanya.

Aku nak cerita detail sini, rasa x selesa juga. Ikutkan biarlah tersisip di dalam hati je, tapi sebab aku rasa ia dapat jadi pedoman di masa depan, maka aku cerita lah juga keadannya serba sedikit. PPI aku yang bz nk buat program SMR. Ajk2nya dah ada untuk yang incharge program tu. Tapi entah apa ribut taufan member ni, ESAK tetiba tarik diri. Aku dan kawan2nya yang lain sgt tak mengerti tarik diri yang macam mana. Alasan sibuk macam x relevan lagi pada saat ni. Baru awal tahun. Dah tu tetiba ada plak isu APC timbul. Elok2 tahun lepas punya hal da senyap, sekarang timbul balik. Siapa2 pun aku temui dalam kalangan ahli PPI, tentu cerita ni dijadi bahan bualan. Aku ni nak kata x suka nak amik kisah kadang2 melayan juga. 

Tadi pulak timbul isu lagi bilamana ada satu tugasan yg diagihkan dilihat sebagai satu mandatori yang haris dilaksanakan yg disusun oleh ketua. Ikutkan dah itu tugas dia, dan siap lagi kata boleh buat pertukaran suka sama suka. Aku sendiri nak bertukar tapi org yang aku nak tukar x nak tukar. Bukan apa, tugasan yang aku nak tu iaitu BC, aku dah siapkan tapi kene tugas lain, tu yang bertukar tu. Tapi ta kisah lah. Tugasan yang ni aku leh je buat. Tinggal aku mahukan kerjasama rakan2 lain sbab tugasan ni sngat2 la memenatkan iaitu N. 

Aku tak tahu sampai bila ketegangan ni akan berlarutan. Setakat ni isu ni hanya berlegar dalam kalangan PPI, x tau la kalau kawan2 tahu, kalau ada pon tahu mereka senyap x komen apa2. Kalau yang tahu juga tu mgkin ESAK yang berkogsi rasa dengan kawan2nya bilamana lihat d laman sosialnya. Tapi harap2 janganlah sampai ke boss atasan. Memang naya je kalau diketahui. Dah la tahun ni ada pertandingan pengurusan panatia. Aku nak panatia aku menang dan jadi contoh kepada panatia2 lain. Tapi kalau isu ni berlarutan dari semasa ke semasa tak tahulah aku nak cakap camana.

Dari kaca mata aku, sebenarnya tak harus isu ni berlegar2 lagi. Kita ahli PPI, betugas sebagai GPI, harus mengenepikan soal emosi dan sentiasa berlapang dada. Apa yang keruh sebelum ni tak harus diambil semula. Kenapa susah sangat nak menyelaraskan kefahaman dan kesatuan hati? Apekehalnya yang menjadi duri dalam setiap tingkah dalam menjalakan tugasan masing2? Harus berterusankah ketegangan ini terjadi? Tiadakah rasa kemaafan dan tolerasni sesama rakan timbul dalam hati? Kenapa masing2 nak berego tinggi? Seronokkah bekerja dalam situasi begini? Tak malukah kalau kawan2 lain mengetahui?

AKu mengharapkan agar hubungan kami semua damai semula. Aku tahu tugasan kita dalam organisasi ini sangatlah banyak. Ikut hati, aku pun penat. Tapi dengan kerjasama semua, tugasan kita tak lah susah sangat. Ya Allah, satukanlah hati kami ini. Permudahkanlah urusan kami. Tautkan hati2 kami untuk bekerja dengan ikhlas dan saling bertoleransi dan berkasih sayang atas nama tugasan. Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan