Selasa, 1 Oktober 2013

Pasrah Sudah

Hari ni ambil kesempatan menyinggah jumpa DrNO selepas balik dari Serdang hospital. Juz regular check up. B4 tu p siap2 binding kat Zaaba. Jam jam 10. Memang harap2 beliau ada di bilik la. Ikutkan mmg plan nak merayu meratap minta disegerakan bacaan.

Sampai je biliknya, ada 2 student master, gayanya macam fulltimer tgh diskas sama beliau. Bukan pasal tesis or projek paper, tp pasal projek khas beliau yang diberikan geran. Macam projek berkumpulan. Ah, aku x peduli apa projek mereka. Tapi bila aku masuk, beliau suruh aku duduk dulu, gayanya juga nk cakap sumting dengan aku. Sedangkan b4 ni kalu juz hantar draf die suruh letak n aku blah. So, dalam hati ni da mula terbayang isu yang semalam. Ok juga, aku mmg da sedia nak menjawab.

Selepas budak2 dua org tu keluar datang lagi 2 org, dengar kata budak baru student fak lain master juga, ada projek khas lain melibatkan program luar. Lagi la aku x paham sebab apa kejadahnya lect fpend kene entertain student fak lain? Ah, lantak juga. Tapi dah lepas diorg blah sebab beliau x mau cakap banyak ngan diorg, aku amik seat depan meja.

Tanpa sempat aku nak cakap apa2, beliau sekali lagi buat penegasan yang dia xleh nk segerakan pembacaan, malah ulangi juga supaya aku jgn berharap konvo tahun ni. Ala doct...beliau x peduli, juz tunjuk beberapa tesis org len yang tebal2 juga yang katanya sedang menanti untuk dibaca. Ya, aku nampak. ada 3 tesis lebih kurang. Beliau berkira2 akan baca aku punya selepas seminggu paling cepat. Ya, aku nampak kebizian beliau. Memang kesian. Tapi aku lagi kesian...huhu...

Dalam pada tu sempat beliau kata ada satu kerja untuk aku. Sementara beliau baca, aku kene buat satu lagi artikel tp bukan nk hantar ke jurnal, juz present ke konferens. Allah.... Doct, kan ke hari tu da tulis artikel jurnal. Ya, beliau siap tunjukkan artikel yg aku wat n beliau yg da siap edit yg dihantar ke Jurnal Teknologi yg dhantar Jun lepas. Tapi yang ni lain, kene present plak. Beliau suruh cari mana2 conferens tahun ni punya under IAB. Allah.....dlam hati ni memang x mau langsung nk terima. Apa hal lak aku kene buat? Tolonglah... 
Tapi aku x dapat nk tolak mentah2 direct. Kang x pasal2 ada kesan sampingan lain aku dapat. Tapi aku x dapat nak terima sungguhlah. Ape beliau ingat aku x de kerja lain ke? Atau beliau ingat aku student fulltime macam budak2 tadi? Tanpa aku rasa semangat nak dengar pon, beliau menunjukkan cara2 nak buat artikel prosiding tu. Huh. 

Kalau la ini gayanya.... Memang xde rexeki aku konvo sama2 kawan2 yg len. Bila kuar dari bilik beliau, aku rasa macam da mula pasrah n redha je r dengan situasi ni. Aku nak push lebeh2 kang lain lak jadinya, yang satu lagi aku nk push lak, kesian, beliau pon sama awal2 kata bz. Sume org bz.

So sekarang, aku kurang kan sikit exited nk konvo tu, ya, mmg kata si Hadi mmg leh grad tahun ni, tp konvo tahun depan. Tak nak. Tapi macam hampir betul kata2nya. Dan lepas tu, teruskan dengan kerja2 lain tertangguh dan buat2 lupa kat tesis ni sampai dipanggil balik. Aku nak hari2 kol tanya bukan beliau je penat nak jawab, tp aku juga penat bertanya.

Apapun Tuhan, kini semuanya aku pulangkan pada Engkau. Ada ada rexeki, adalah. Harap2 juga ada keajaiban mcm beberapa org kawan len perolehi sampai dipermudahkan urusan pengajian mereka.  Inysa ALlah.

Malam ni, aku nk siapkan blog n slide presentation PPDa, esok pemantau nk datang. Sementara j-QAF punya phamplet pon sama, minggu ni entah bila nk datang. Persediaan meeting HEM minggu depan x prepare lagi. Ermm.. . Allahu yusahhiluni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan