Ahad, 27 Oktober 2013

Kawan2 Konvo

Alhamdulillah. Selesai juga majlis istiadat penganugerahan ijazah sarjana bagi kawan2 aku pagi tadi. Walaupun rasa berat pada awalnya, namun aku gagahkan juga diri ni pergi. Ikutkan hati mahu saja aku terus siapkan kerja2 tertangguh ni. Cuti sekolah tinggal 2 minggu je lagi. Tapi demi persahabatan dengan kawan2, aku lupakannya seketika. Bukan selalu begini. 

Tatkala memandu ke UKM, hati ni memang ragu2. Biarpun berazam bertindak cool n relax, tapi tak habis2 aku pujuk hati ni. Selama 3 tahun ini macam2 cabaran aku dapat tempuhi deminya, takkan yang ini aku tak betah pula? Sesampai sana, aku terus ke booth bunga2. Cari punya cari dapatlah sekuntum bunga bersama ciklat yang aku kira boleh dijadikan tanda persahabatan. Nak bagi bunga, aku tak pandai memilih. Mana taknya, setiap bunga n warnanya ada makna tersendiri. Kalau salah pilih, lain pula maknanya. Sudahla semua kawan2 aku tu bini orang...hehe...

Memang plan nak bagi sumthing pada semuanya. Bukan saja batch2 aku, tapi sesaiapa saja yang aku kenali. Tanda ukhwah yang takkan aku lupakan bergelar pelajar sarjana yg penuh sukar. Ya, sukar. Mereka menangis kerana tertekan, aku pun sama. Mereka tertawa kerana cemerlang, aku pun sama. So, hari ini mereka berjaya akhirnya, tumpang gembira juga aku untuk mereka. 

Tetapi, di sebaliknya, ketiadaan aku bersama mereka menjadikan mereka rasa ralat dan tak keruan. Allah, relaxlah. Aku dapat menerimanya. Siap send gambar dalam dewan, kirenye boleh wat aku happy. Ya, aku happy tengok gambar korang, tapi bila muka masing2 x berapa nak senyum, aku juga rasa sedemikian sama. Sempat masing2 berpesan untuk tunggu di depan dewan untuk bergambar. Ya, aku setuju. 

Tapi entah macam mana, bila masing2 keluar keadaan makin berterabur. Aku tengok muka masing2 yang keluar tu macam2 rupa. Ada yang senyum meleret, ada yang masam juga, agaknya family x datang kot. Ada juga yang terkial2 mencari hp nk hubungi teman2. Nak bergambar sama agaknya. Aku pun sama. Orang pertama aku temui, Fairuz n Kak Nora. Gaya diorg cakap tu macam tahu2 je keadaan aku. Tak de riak terkejut kenapa aku tak berjubah sama seperti mereka. Allah, FPend bukan besar, satu cerita, boleh heboh satu dunia...hehe...
Kemudian, aku temui Harinder. Aku anggap die tu mentor aku. Mana taknya, nasib aku lebih kurang sama dengannya. Die x dapat konvo sama kawan2 sebatchnya, aku pon gayanya begitulah. Dia nampak happy, tapi x lupa untuk ucap good luck kat aku. Ya, aku terimanya dengan senang hati. Lepas tu aku pon tunggu yang lain2, tapi tak temui juga. Lalu pintu lain agaknya.

Last2 Wafi call katanya die dan kawan2 di kawasan gong. Aku pun bergegas ke sana. Sampai sana entah mana la diorg. Pendek cerita, yang aku jumpa di sana, Kak Wan n Kak Akmal. Diorang pun sama memujuk aku. Hish... relaxlah, aku ok..hehe... Aku tanya juga, batch mereka ni sapa lagi yg konvo, diorg kata diorg berdua je, Kak Maz, Kak Laila, Abg Asman dan lain2 xde cerita. Erm.. Mungkin itulah perancangan Tuhan, dalam setiap batch mesti ada yang tercicir, so aku satu2nya mewakili bacth jun 2010 la gayanya, sementara bacth Kak Wan lak, ramai pula yang senasib dgn aku. Yang bacth2 lain contohnya, harin, Abang Rosdi, Kak Mahani, Kak Zana dll.

Lepas bergambar aku teruskan misi. cari punya cari, terjumpa Kak Hani, sorang2 je lak. Selepas bertegur sepatah dua, terjumpa pula Kak Su n Kak Ina. Diorang ni sama2 kecoh sungguh...huhu..meriah. Tak henti2 minta aku bersabar. Ish... Tengah sabarlah ni. Kalau tak sabar muka aku pon xde di sana tadi...hihi.

Tapi di mana Wafi? Akhirnya lepas saling kol berkali2, terjumpa la juga dia di gong. Rupenye2 mereka bergambar sama dengan Dr. Izham. Aku kalau boleh tak mahulah jumpa Dr.Izham. Nanti tak pasal2 dia tanya macam2, jadi isu pula. Tatkala bertemu Wafi, dia x habis2, la mintak aku bersabar, siap cakap ada sesuatu yang Allah rancang lebih baik untukku. Amboi... Die ni. Tapi tak apa, moga2 benarlah kata2nya tu.

Daripada 10 batang bunga coklat aku beli, 3 masih berbaki. Aku tercari2 juga, mana Kak Ziana. cari juga mana Kak Yati, Abang Rosdi, Kak Mahani, tak ada jumpa. Last2 da nak pukul 1, aku pon angkat kaki la ke parking kereta. Punya la jem bila nak keluar, tiba2 Kak Ziana kol. Adoi, aku da gerak ni, xleh nak keluar lak. Pastu Kak Yati kol, Allah, aku kat pagar sudah. Tak leh nak patah balik. Tetibe juga Abang Rsodi kol. Allah, aku dah on the road. Lagi xleh pusing. Untuk kesemuanya aku ucapkan tahniah atas kejayaan. Untuk aku, mereka tak lupa juga beri kata semangat. Tq semua. Abg Rsodi siap janji nak datang 2 minggu lagi ajak hang out ma pulang jubah. Hehe...insya ALlah kita ketemu ya.

Last2 aku pon balik dengan senang hati, xde lagi berat2. Rasa puas pula tengok mereka seolah2 ambil keberkatan....haha.. entah macam mana, masa seluk kocek, aku tertarik duit note rm100. Ishk, habisla..... Rupe2nya penjual bunga yang aku beli tu tersalah bagi balance. Aku bagi note yang tu, die patut pulangkan rm50, tapi dia bg rm100 semula.... ALlah...satu kerje lagi aku nak p balik UKM pulangkan. Namun, hari da hujan aku terus balik rumah. Nampak gaya esok kene ambil berkat p DECTAR semula lah untuk pulangkan baki tu...Allah...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan