Sabtu, 26 Oktober 2013

Received + Delayed + Rejected

Received + Delayed + Rejected. Inilah status kepada potongan doa aku selama ini yang melibatkan urusan pengajianku. Lebih-lebih lagi setelah aku melalui peperiksaan lisan akhir September lepas. Dengan penuh harap aku berdoa siang malam agar dimakbulkan.

Potongan doa pertama, semoga penyelia aku dipermudahkan urusan untuk menyemak pembetulan tesis aku. Selalu sangat dia kata bizi. So doa2kan lah dia diberi ruang n masa untuk membuat semakan. Dan Isnin lepas sehari sebelum bertolak ke JB untuk konvensyen pendidikan, aku dipanggil semula untuk mengambil draf n perbetulkan lagi. Arhghhh.... Betulkan lagi? Erm... sikit atau banyak aku x semak lagi mana salah mana x salah. Malah sampai sekarang aku x semak lagi gara2 banyak kerja. Apapun dalam hal ni, doa aku tentu2 saja berstatus Received. 

Potongan doa kedua, aku sangat2 berharap agar urusan tesis aku tu dipermudahkan urusan dari tahap ke tahap. Mana taknya, ramai juga student lain yang mengejar2 masa sampaikan prosuder pon jadi lambat dari fak, pps sampai la ke kedai nak binding. Aku berharap agar xde la lagi masalah berkaitan tesis ni dan aku dapat menyelesaikannya dengan baik. Status doa ni nampak gayanya bertaraf Delayed. Insya Allah masa itu akan tiba, tapi bukanlah sekarang ini.

Potongan doa terakhir, harapan aku nak bersama2 berkonvo tahun ni dengan kawan2. Kami asalnya 11 orang, tapi tinggal berlapan sepanjang bersama2 berkuliah. Memang kami semua menaruh harapan sama. Tapi perancangan ini tidak selari dengan yang Allah tetapkan. Aku terkecuali. Automatiknya status doaku yang ini adalah Rejected. Aku tak dapat berkonvo sama2 diorg. Allah...

Akhirnya, hari yang dinanti2kan oleh aku dan kawan2 sekuliah telah tiba. Tentu saja ia adalah hari yang menggembirakan kami semua. Setelah 3 tahun bergelumang dengan buku, artikel n jurnal, pergi balik kuliah petang malam tentu saja memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga. Pastinya, hari ini seolah2 dirasakan satu bebanan berat telah terangkat daripada kepala masing2.

Tapi aku, belum diberi kesempatan untuk itu. Masih ada beban kat kepala ni sampai peluang untuk bersama mereka sesi ini punah. Memang pada awalnya aku sangat kecewa. Tapi memang aku dah bersedia sekaligus mengagak ia aka terjadi. Tak apalah, rezeki untuk itu belum sampai. Bukan aku tak tahu ada kawan2 lain yang pernah melalui sama macam aku, tertinggal gerabak. Harinder, Abg Rosdim Encik Radhi, Kak Mahani, Kak Zanariah dan lain2. Mereka memang tertinggal gerabak dengan bacth masing2. So, ia perkara biasa Emi, juz relax n cool.

Apapun, kejab lagi untuk menunjukkan sokongan, aku akan p raikan mereka. Memang ada kemungkilan hati aku membengkak kecewa, tapi aku harus ketepikannya. Pergi sahaja, moga2 ada berkatnya. Insya Allah. Tapi, kawan2 aku tak de plak yang kol or sms invite datang. Hanya Kak Mahani semalam yang aku jumpa kat pasar Dengkil ajak, Kak Ziana pon ajak beberapa hari lepas. Yang lain, senyap. Mungkin nak jaga perasaan aku. Aku tahu. Tapi, aku tak leh nak ikut emosi. Pergi saja.

Dalam pada tu, buku program hi-tea, buku program majlis anugerah cemerlang, slide show taklimat kantin dan lain2nya nasih tertangguh. Manuskrip Tsunami dan Sahabat untuk dihantar kepada penerbit masih tertangguh juga. Kat kepala ni banyak idea, tapi xde lah masa. Tu belum lagi tesis kesayangan yang aku peram beberapa hari. Dulu bila dapat je draf tu semula, terus aku nak tengok, tapi sekarang errmmm....

Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusanku. Kuatkan hati aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan