Alhamdulillah...akhirnya dapat ku alami suasana berviva sebagai satu stage untuk jejak kaki ke DECTAR. Oleh kerana perkara ni tak biasa pada aku, dan belum tentu akan datang aku laluinya juga, maka aku catatkanlah untuk diri sendiri agar x lupa even sebenarnya hampeh skit tadi.
LEWAT?:
Aku sebenarnya da siap awal tadi, sekitar 7.30, pastu aku mmg plan b4 p nk present olok2 dulu supaya ada psediaan b4 yg btol2. Habis je prektis aku pon bertolak la pada jam 8:03 pagi. Memang aku estimate sampai sekitar 8:30 pagi seprerti yang disarankan melalui surat makluman. Tapi entah camana sampai Dengkil aku tergerak hati nak cek beg sandang ni, rupe2nya draf tesis aku x ada, tertinggal kat meja study... yang sebenarnya beg tadi tu tak muat, juz nak pegang. Erm, so aku pon patah la balik. Arghh...memang kantoi la, sepanjang patah balik banyak plak kereta termasuk la lori yang macam sengaja je x bg can nak lalu. Last2, sampai rumah terus amik n amik juga masa seminit dua solat sunat dhuha...sebab plan nak wat kat musolla fak tapi macam da x sempat tu yang terus wat je. Masuk krete balik da 8:25. Allah... Camana nak sampai 30 minit b4 kalau da lambat cam ni. Tapi jalan aje. Memang laju giler r aku bawak, satu-satu kete aku potong. Tapi lori aku x berani..terpaksa la membontoti lori2 yg ada depan kereta. Tapi otw tu aku kol juga Puan Zizah maklumkan kononnya traffic jem..hehe.. apa2 je la, janji jangan lak panel2 sume cabut sebab ingat aku x hadir. Pastu sampai Fak mujur 8:55, ada lagi 5 minit b4 mula. Tu pon dari jauh Encik Mansor da sahut2 nama aku mintak laptop..hehe...dah ada yang menunggu rupe2nya.
Lepas serah laptop pada Encik Mansor bersama Encik Azmin yang ada sama setkan meja n laptop, maka aku diminta untuk keluar. Tapi b4 tu sempat juga aku snap gambo2 dalam bilik tu, nak amik mood, datang lewat sudah, so gambo bilik jadi la untuk penguat semangat. Bila kat luar terserempak la dengan Encik Jamal selaku ketua jabatan aku, Dr. Azlin selaku reader tesis aku, termasuk la penyelia aku sendiri Dr. Norasmah. Sorang lagi baru aku kenali selaku pengerusi majlis pagi tadi tu, Dr. Mohd Hanafi. Ada la dalam 10 minit aku menunggu b4 dipanggil masuk. B4 tu, kat luar aku ditemani oleh DrNO aku, sempat la dia pesan pape yg patut, cakap ikut method, bukan ikut ayat aku suka2. Haha...mesti die takut kalu aku cakap, 'sv saya suruh' or 'sv saya kata macam ni'...hihi..
MULA-MULA:

SESI BERMULA:
AKu mulakan dengan bismillah dan salam kepada semua hadirin. Mood aku masa tu memang tenang. Aku je buat muka seposen..hehe... slide demi slide aku perbentangkan dengan baik, namun terkantoi gak skit2 sebab aku ni jenis cakap laju, dan kebetulan nk cepat agar semua slide dapat d baca, tu yang aku kadang2 tersasul2. Ah, masa tu aku pikir lantanklah, x paham aku cakap korang baca la slide tu terus..hehe.. Tengah2 syok membentang, tetibe pengerusi warning ada 5 minit lagi. Apa lagi, aku rush la lagi... Sampai ke slide implikasi aku tetibe stop tanya masa, ada 2 minit lagi, n terus d minta untuk ulas penutup. So aku pon tutup la presentation viva aku dengan selamat selaju ERL Express KLIA hehe..
Q&A:

DI LUAR:
Kat luar, aku mula rasa lega. Ya, lega sebab dah lepas. Tapi dalam pada tu hati aku x putus2 doa macam2 versi supaya diluluskan. Penat woo... Banyak perkara tertangguh gara2 tesis n study ni. Tak mau la extend lagi. Kat luar tu aku ditegur oleh seorang orang opis, aku x kenal pon nama die, n mcam x pernah nampak dia. Tapi dia peramah, aku pon borak2 la gak ngan dia. Tapi yang pasti aku isi masa di luar tu dengan berdoa dalam hati. Gambo pon siap aku snap sendiri isi masa lapang di samping berFB...hehe. Tetibe DrNO kuar dari bilik n pesan suruh jumpa die d GM 2 coz dia ada kelas sekarang. Kemudiannya dalam sekitar 20 minit aku diluar aku pon dipanggil la masuk.
KEPUTUSAN:
Aku disuruh duduk semula di depan tempat tadi. Pastu pengerusi pon start la semula. Ulas skit2 pasal present tadi n akhirnya.............. Akhirnya konon2 dengan penuh suspen, pengerusi umumkan aku diluluskan dengan tahap 'baik' tapi harus memperbetulkan tesis ni semula dalam tempoh 3 bulan. Aku masa tu sebenarnya buat2 cuak je memula. Tapi bila dengar keputusan tu mula la terukir senyuman. Hampeh la kalu aku tak happy. Haha... Last2 tu, aku diberi peluang lagi sekali untuk bercakap. Aku pon cakap la terima kasih kepada panel yang sudi semak tesis aku. Dan sempat aku menyelit yang aku harap dapat konvo tahun ni. Ceh, x malu! Tapi diorg ok, katanya kalau aku dapat submit cepat xde masalah. Tapi rujuk ke fak dulu. Dah habis tu, pengerusi tutup majlis n sorang demi sorang aku salam kcuali Dr. Azlin, selepas tu mereka angkat kaki keluar. Yang tingga En. Kamaruddin yang kutip segala borang2 n buku berkaitan. Beliau baru ku tahu adalah urusetia untuk viva tu...ohoooo.. Dalam tinggal bedua tu die tanya aku, cikgu j-QAF ya? ha? mana tau? Dia kata mananya tak tahu, semua maklumat aku ada dalam fail yang dipegang oleh panel2 tu tadi... Malah result2 aku masa dgree n dip siap terpampang grednya. Siap lagi encik tu puji A aku bederet..hehe.. Ishk, aku rasa ni mesti diorg pon tekejut beruk pasal selama ni aku tak de plak nk cerita aku ni cikgu opsyen apa. Yang paling dasat juga, DrNO pon jenis x tanya langsung background aku. So no point la aku dok jaja sana sini. Pastu aku pon tanya la encik tu prosuder selanjutnya.
NAK BALIK:

TAMAT:
B4 aku balik, sempat aku serahkan sebungkus Daim kat beliau. Spontan dia kata 'eh, apa ni. Belom habis lagi ni,'... hehe... x la dr. aku kasi free ni xde niat apa2, juz nk ucap tq selaku seorang murid kepada gurunya. Pastu dia kata boleh x die agih2kan pada student2 kat dalam tu 'untuk memanjangkan pahala awak ni?' Aku ckap terpulang la dr.. Erm, aku pon blah la dengan cepat ke rumah, bawak degn kadar biasa x selaju pagi tadi...hehe... Sampai rumah, aku qadha tidur dengan niat qailula' b4 Jumaat :D N untuk akhirnya, apa yang correction punya tu aku akan citer kemudian. Allahu Akbar.
Barakallah.. Saya pula akan viva soon. MasyaAllah..debaran kian terasa. Mungkin end of October atau early November ni. Mohon doakan saya.
BalasPadamTerima kasih. InsyaAllah semua baik2 belaka. Mudah2an juga ramai kalangan rakyat Malaysia bakal mempunyai orang2 yang tinggi ilmunya untuk diaplikasi kepada agama, bangsa dan negara.
BalasPadam