Ahad, 23 Jun 2013

Review Kejohanan Sukan Tahunan

Alhamdulillah, akhirnya kejohanan sukan SKTS untuk tahun 2013 tamat dengan selamat. Nak kata berjaya, mungkin tak berapa tepat memandangkan ada beberapa perkara yang tidak berjaya dijalankan. Antaranya pemberian hadiah kepada peserta di atas faktor2 tertentu. Aku selaku petugas di Unit Statistik dan Keputusan Rasmi pun nak kata berjaya tak juga, cuma selamat dan bernasib baik saja...hehe.. Berdasarkan pemerhatian aku serta pengalaman kawan2 yang berkongsi cerita dapat aku rumuskan di sebalik perjalanan kejohanan sukan tadi dalam beberapa point:

JEREBU:
Sebenarnya semalam ok je cuaca, tapi kuasa Tuhan, hari ni menjadi serius yang melampau. Dalam pada tengah beberapa acara berlangsung sekitar jam 9, terdengar berita yang PPD suruh berhenti, tp memandangkan dah mula acara maka dibenarkan dengan syarat tamatkan sesegera mungkin. Namun, aku rasa sama je macam tahun lepas, lambat sampai melebihi jam 1 petang sedangkan sebaik2nya jam 12.30 dah tamat. Entah la, makin nak cepat habis, rupe2nya lambat pula tamatnya. Maka sepanjang acara berlangsung, murid2 diberikan topeng muka sorang satu. Malah sebotol air mineral pun khabarnya diberikan percuma kepada murid. 

HADIAH:
Meja bertugas aku sebelah unit hadiah. kelihatan mereka ni kelam kabut menampal sticker pada madle. Tatkala ditanya mereka kata sticker tu x berapa kuat n banyak yang tertanggal2. Ada beberapa pengurus pemenang pula mengadukan madle yang disalah tampal stickernya. Err, izzit non quality stuff ka? Diorg angkat bahu. Satu hal lain, mereka kelihatan konfuz bilamana hadiah yang nk diberikan x ikut turutan acara yang tamat awal. Mungkin mereka inginkan bahawa pemberian hadiah adalah berdasarkan buku program, sedangkan yang sebenarnya mana acara yang dah sampai dulu hadiah tu la yang disediakan. 

PENGURUS PEMENANG:
Aku rasa unit ni kelihatan komited dengan tugas. Mana taknya, station untuk menunggu bg pemenang sebelum diumumkan pemberian hadiah semakin penuh dari masa ke masa. Mereka terpaksa susun atur budak elok2. Ada isu timbul bilamana ada yang mencadangkan agar pemberian hadiah hanya diwakili seorang wakil dalam acara berkumpulan. N pada aku cadangan ini memang bagus sangat2 bg menjimatkan masa walaupun dalam masa yang sama aku tau, bukan senang budak2 ni nak merasa panjat podium tu. Tapi apakandaya, cuaca x mengizinkan. Yang jadi celaru bila sorang wakil menunggu, yang lain balik rumah sukan untuk elak traffic jem. Tapi, ada juga yang lain kata, x payah balik dulu sebab susah nak panggil balik n cari budak nak bagi madle pada mereka. Errmm, tapi last2 aku perasan budak2 x kembali ke rumah sukan sehingga dapat madle masing2. 

JURU ACARA:
Aku tabik jugak kat mereka ni, gaya profesional mengendalikan majlis. Lagi2 siap buat iklan suruh murid, guru dan hadirin minum air mineral banyak n pakai topeng...hihi... Dalam tugasan mereka ni, aku tengok mereka ni sangat bertoleransi. Ada hadirin yang meminta dipercepatkan pengumuman pemenang. Ada juga keadaan di mana peserta yang baru habis bermain terpacul depan podium sedangkan ramai lagi peserta yang queue nak terima hadiah. Tapi aku tak tau la macamana mereka tangani. Aku tengok kak nor senyum je, so aku pikir everything is under kontrol la kot.

KEPUTUSAN RASMI:
Yang ni part aku punya tugas. Bersama2 Kak Yati, Kak Nor, Kak Saleha, Kak Aya, kami buat catatan keputusan sebelum edarkan kepada petugas2 di unit lain. Kali ni ada sedikit anjakan paradigma (ceh...) dalam unit aku, Suhaimi O siap da prepare bawak turun printer Kak Sikin untuk aku guna. Katanya kali ni aku bukan kene sediakan 3 copy keputusan, tapi 8 copy. Mak aih, 3 kali ganda tu. So, tu yang Suhaimi O kata, kitorg tulis sekali, pastu fotostet je sebelum edar... Hohoho...bagus juga idea tu. Edaran tu perlu kepada rumah biru, rumah hijau, rumah merah, rumah kuning, pengurus pemenang, penyelia peserta selain juru acara, hadiah dan statistik sendiri yang selama ni 3 ni je yang kene dicopykan. Tapi masalah mula timbul bila slip keputusan daripada hakim bertugas lambat sampai kat aku sebab pengurus perserta nk juga on the spot sedangkan sebelum ni slip tu ditulis oleh hakim dalam 2 salinan, 1 kepada statistik, 1 kepada pengurus pemenang. Ermm... Apa signifikannya slip tu 1 je ditulis. Memang lambatla kami nak catat coz lepas pengurus pemenang habis susun budak baru la diberi kat unit ni. Sedangkan mereka juga akan diberikan salinan keputusan lepas kami buat catatan n salinan. Erm, dalam hal ni, yang salah bukan statistik dan pengurus pemenang, tp yg incharge bahagian hakim. Mujur xde masalah, juz desakan kepada emcee agar dipercepatkan bagi hadiah lepas habis acara sedangkan slip keputusan tak kami terima lagi untuk dicatatkan. urm....what ever la.

PENYELIA PESERTA:
Aaku tak pasti apa masalahnya, dengar citer mereka terpaksa bekejar-kejar dari post ke post untuk selia perserta. Adakah kerana kakitngan unit tu x cukup? Sepatutnya tugas mereka kan urus peserta sebelum nak mula game, tapi apa masalah mereka sampai isu nk cari budak pula? Sedangkan itu tugas pengurus rumah sukan. Ermm, harap2 xde la terjadi orang lain yang patut main, orang lain yang mengganti esp dalam acara sukaneka. Sian, penat berlatih, x main pula. Unless kalu mereka sndiri x hadir hari ni, tu bukan lagi masalah unit ni.

BRASSBAND:
Ni tak de kaitan ngan kejohanan ni secara langsung pun. Hadirnya mereka juz nak memeriahkan suasana. Tapi aku rasa xda mereka ni pun xde masalah. Agaknye sebab persembahan mereka yang 2x ni la yang menyebabkan program tamat jam 1.30 petang daripada waktu normal selewat2nya jam 1. Overall ok la pesembahan mereka, tapi singkat sangat. Tak apa la, bak kata Kak Syikin tatkala ditanya berapa ratus dibayar, beliau menunjukkan 3 jarinya pada aku. Ok la kot, cuma x puas. Err, kalau nak puas memang pengsan la Kak Suhaily kene train budak2...haha..

SUKANEKA:
Aku tak pasti apakah para hakim maklum mengenai syarat permainan2 ni. Contoh, aku ada menonton dekat2 acara sukaneka tahun 6 lelaki game bawa getah dengan straw. Selama ni budak2 ni belatih kene bawak satu getah je, tp hakim kata boleh bawa banyak getah plak, tapi hakim ni gtau bila da tengah2 acara. Err, hakim ni bukan dalam kalangan guru. So, sebab xde masa latihan tu yg budak2 jadi confuz. Last2 teringat lak kat budak2 Tahun 3 yang aku latih selama ni, adakah cara diorg mengembarsiamkan diri dengan bola ditenagh2 perut mereka tu masih sama masa latihan? Entah, tp masa aku catat, rumah Kuning menang acar ni...hehe...

OLAHRAGAWAN:
Allah, ni jadi isu yang paling akhir muncul daripada segala2 isu yang terjadi sebelumnya. Tu pun aku tak sedar n tak perasan. Serius. Gara2 kesalahan ejaan nama budak yang bernama NUR ARIF DANIAL dan NUR ARIEF DANIAL, aku sangka ia budak yg berbeza dengan kemenangan di dalam 2 acara. Kantoi sungguh. Tatkala diberitahu ada kekeliruan, aku da mula cuak. Mana pernah aku silap selama 5 tahun handel  unit ni. Tahun sebelumnya juga nama2 mereka ni aku key in dalam sistem, tp kali ni ada typing error plak. Allah, mujur kata Kak Pah nama orang yang aku beri pd emcee tu orangnya xde masa pengumuman. dari itu hadiah tu d hold dulu untuk kepastian. Dan, sebab dah x lena tidur petang lepas balik tadi, aku pon patah balik ke sekolah semak balik fail2. A'ah, memang aku tersalah orang. Orang yang sepatutnya ni xde saingan dari mana2 pun. Kalau ada saingan tentu2 aku rujuk awal2 pada orang2 yang berkaitan, macam budak yang aku salah bg nama ni, memang sebelum tu aku da tanya Shahril dengan 2 nama, Haikal n Nabil. Tapi rupa2nya dua2 out, Arif is the 1st one among others sebab dia dapat 2 emas berbanding yang2 lagi 1 sahaja. Memang kawan2 mula argue kenapa Haikal. Maaf, bukan sebab bias, tapi tersalah tengok. Aku takde kepentinagn pun denagn budak tu sampai aku bg nama yang salah pada emcee. Juz bak kata Kak Pah, tersalah teknikal. Kalau tak, sah2 NUR FARZANA SYUHADA pun jadi isu, pun aku yang serah nama juga. Apapun, maaf aku ucapkan, lepas ni kene bawa laptop sendiri coz lapotop sekolah tu skrinnye kelabu..huhu...

KHEMAH RUMAH SUKAN:
Kali ni 2 rumah diasingkan daripada tapak asal. Kuning n Merah kene duduk kat tepi pagar hujung padang. Allah, macam dibuang daerah je. Mana taknya, macam tetau je kedua2 rumah ni dapat markahh tercorot dalam sukan tahun ni...hihi...apapun, banyak2 rumah, rumah merah punye khemah paling kreatif. Tak sangka plastik merah beli brang kat kedai tu dia leh renyuk2kan jadi bunga kalu nampak dari jauh. Dah tu yang kelakar botol2 air berisi air sirap diletakkan sekeliling khemah sebagai pagar...Allah....ni mesti idea giler2 Kak Arina ni. Siap bertikar pula. Hebat. Kalu aku jadi pengurus rumah, aku nak lawan idea Kak Arina ni...hihi...Apapun, lokasi khemah2 ni mmg sesuai la. Bak kak Kak Lin, dari dalam khemah leh pantau budak dari jauh sebab kedudukannya di padang tu juga. Bagus la idea baharu ni. Siapa yang suggest ek?

PENYAMPAIAN HADIAH:
Oleh kerana cuaca makin buruk, maka emcee umumkanlah bahawa sebahagian acara akan ditangguhkan pemberian hadiah n akan diberi pada Isnin depan. Tatkala budak2 dengar, sorang demi sorang angkat kaki. Ishk, kurang asam betiul. Acara x habis lagi dah blah. Yang sebenarnya majlis penutup nak terus diadakan, so hadiah2 yang utama seperti kehmah terbaik, perbrisan terbaik, kedudukan nombor rumah, olahragawan n olahragawati. Last2 yang tinggal kat padang masa tu hanya separuh je. Ishk2. Tak pe la. Aku harap Selasa ni la terus bagi hadiah. Nak tunggu Isnin depan mood tu da hilang nanti...hehe...

MASTERMIND:
Rupa2nya kejohanan skan kali ni bukan totally diurus oleh unit koko...Yan n Shahril punye la asik dok kata pengurusan x betul, banyak kene belajar, patut adakan taklimat dll... Punya la aku dok pkir apa bende la maksudnya, rupa2nya ada pihak atasan yang jadi leader. Tapi setahu aku the leader is Suhaimi O, takkan die x pandai nk lead program cam ni sebab dir kan org PJ. Da dialntik sebagai s/u sukan tentu2 die paham. Atau setidak2nya kawan2 len under koko leh bantu sama2. Rupa2nya, PIBG turut sama jadi 'penentu' kepada perjalanan program. Patut la siap panggil YB ADUN serta brassband samapi nampak agak2 meriah la gak. Da tu walkitalkie siap diberikan kepada pengurs rumah sukan setiap satu. Selama ni juz AJK utama kat padang je guna. Dalam hati mmg aku solute la sama Suhaimi O yang dapat susun program mcm ni. Tapi, bukan dia. Dan oleh sbb bukan unit koko yang totally lead d program, maka kolaborasi (mungkin campurtangan kot) dgn PIBG tu memperlihatkan banyak kelemahan wujud sepanjang program ni. Agaknye la. Tapi kan, mereka ni kan golongan profesional dalam bidang krja masing2, xkan la x pandai nk mengurus ek? Ya, mungkin bagai dikate tadi, taklimat harus diadakan untuk pastikan pejalanan program clear. Tapi, arahan siapakah yang suruh aku guna mesen fotostet tu ya? Good idea sebenarnya..hehe...

Kesimpulannya, aku tak leh nak kata bagaimana prestasi kejohanan kali ni. Untuk unit aku, leh la kata ni yang paling x ok. Tapi secara overall, setelah baca post2 kat fb grup skts official, memang nampak ada keributan berlaku, tp aku tak berapa nk perasan sebab xde kaitan sangat dengan aku. Ceh. Mana taknya, rupa2nya ada pembaharuan Yan cakap yang aku tak tahu...hoho.. Nasibla. Cuma yang pelek, taklimat x diadakanlah jadi punca banyak salah faham berlaku. Pada aku, xde masalah pun melainkan senarai acara tu yg x update bila ada perubahan masa latihan. Entahla. Aku harap semangat setiakawan antara kami guru2 tak de masalah. Yang lancar tu sama2 raikan, yang tak lancar tadi tu sama2 ambil pengajaran. Jangan ada salah menyalahi antara satu sama lain. Aku tahu masing2 telah beri kerjasama erat tapi dalam bab mengurus acara, masih belum cukup mantap dalam pelaksanaan. Mungkin event ni setahun sekali, besar2an pula, ditambah dengan cuaca berjerebu, memabuatkan fokus masing2 terjejas. 

Aku pun menulis post ni sebab Kak Dila pesan buat ayat skit untuk penulisan laporan untuk dia buat. So, leh la dia petik memana ayat yang dia rasa sesuai. Lagi2 Encik Rizal minta supaya tulis satu artikel n nk hantar pada Utusan...wah....ingatkan takat Sinar je...haha..tak pe la, ok la tu. Kalau ada mood, esok siap. Ni pun aku rasa berat kepada, dah pakai mask sepanjang event td pon masih terasa asap jerebu. Ya Allah, stabilkan kesihatan aku n kawan2 serta murid2 ku yang terlibat di padang tadi. Mujur esok cuti boleh rest. Lepas ni x de lagi sebut2 pasal sukan. Aku dah penat giler. Allahu a'lam..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan