Ahad, 2 Jun 2013

Menunggu: Penantian Satu Penyiksaan

Dah 2 minggu cuti dah. Masih x kemana2 lagi. Plan nak berjalan dah ada sejak awal2, tapi sampai sekarang x jadi realiti lagi. Entah la... sementara tu aku sedang menunggu sesuatu..

Baru 4 hari cuti...Ramai da seronok ke sana ke mari...Ada yang ke Paris, Bandung dan Saudi...Tak kurang sekadar di dalam negeri...Telah ku rancang itu dan ini...Tapi ada perkara yang menghantui...Terbayang jika ku lupa diri...Tiba-tiba dapat pula panggilan yang dinanti...Oleh itu selagi tak pasti...Jangan terlalu enjoykan diri...Moga urusan dimudahkan Ilahi...Mengharap segera menamatkan misi...Menanti dari hari ke hari...Biarlah sukar di waktu ini...Agar senang di kemudian hari.

Apa yang ku tunggu x lain x bukan adalah panggilan untuk viva tesis aku. Nak kata aku da sedia, tak lah sangat. Aku kalu bsemenangat sangat nk baca n buat slid, entah belum tentu dipanggil dalam masa terdekat. So baik aku buat bende2 lain dulu... Tak la terbuang masa coz bila dipanggil nanti pon aku akan wat review n revision jugak sptmna a kalu nk exam. ermm.. Aku harap ia dipercepatkanlah supaya kalu ada pape nnt leh aku wat pembetulan dengan kadar segera seterusnya sempat untuk berkonvo sama2 dengan kawan sebatch yang lain d tahun ini.

Perkara kedua aku tunggu adalah pengumuman pertandingan kantin terbersih peringkat kebangsaan yang sekola aku masuk. Bukan aku je yang tunggu, tapi makcik kantin pon tunggu. GB dan para pentadbir apatah lagi kan. Apapun keputusannya ia dah menjadi salah satu kebitaraan sekola aku ni. Urgh..bukan senang. Kalu dah masuk d level ni kena kekalkan prestasi. Sudahlah memenangi naib johan peringkat negeri kategori bandar. Ya Allah... harap2 ada la kemenangan kami dalam sebarang kategori di peringkat kebangsaan nanti. dapat nombor 3 pon jadilah.

Perkara ketiga aku sedang tunggu adalah, pengumuman n majlis APC untuk daerah tahun ni. Aku da tau aku salah seorg calonnya sejak awal2 lagi. Cuma baru2 ni org pejabat mintak salinan ic aku. Bila aku tanya untuk apa diorg x bagi tahu tapi ucap tahniah je. Aku pun buat2 bodoh la pi tanya, tapi da diorg x nak cakap so aku pon senyap la... kang nampak sgt aku over seolah2 aku tahu. So, relax ya emi. Memang rexeki ko pon tahun ni...haha...anyway, syukran ya Tuhan.

Ada lagi aku tunggu? ya...aku tunggu sapa la yang nak masuk minang aku...hahaha...ishk..terbalik plak. aku menunggu bila la aku nak masuk minang anak orang la plak... jenuh aku menunggu...ceh! Aku ni sibuk memanjang sampai x oikir hal ni sapa yg suruh? sapa yang salah searang ni? errmm.... entah la.. pliz la Ya Tuhan.

Apa-apapun, penantian itu satu penyiksaan....



1 ulasan:

  1. Salam.
    Saya tahu, ada yang membaca entry yg ni. Di sini saya nk jelaskan pada part APC d ats tu. Dari mana saya tahu? Siapa yang bagi tahu? errm... Sebenarnya ada sorg kawan kita yang bgtau bende ni, saya tak pasti darimana dia ketahui, dan dia sendiri tak bgtau secara direct. N, dia bukanlah org dalam pejabat. Dan tatkala saya diberitahu pon saya x dapat mengagak apa makusdnya kerja die gtaunya secara rambang dan gelak ketawa. Lagi2 pula, even saya da tahu pon sblum diberitahu officially, saya x pernah pon menyebut2nya. Malah saya sering merasa bimbang andainya bukan saya kerana perkara tu belum tentu satu kepastian tatkala tiada hitam putih. Lagi2 pun bila difikirkan dalam kalangan kita, masing2 hebat n pakar dalam bidang masing2. memang kita dipostingkan mengikut opsyen pnp, tp bila disekolah kita da jadi multipurpose x terarah lagi pada pnp. Dari itu saya fikir mmg apc ni jadi taruhan n rebutan ramai even selama ni xda siapa yang memintanya secara terbuka. Bukan bermakna saya menunggu n mengharap. Tapi saya lebeh kepada melihat sejauhmana kebenaran berita yg saya perolehi. JIka benar, fine. Nampak benar sumber itu boleh dipercayai. Jika sebaliknya, takda masalah juga sbb itu sume dalam ketentuan Tuhan. Apa yang saya lakukan bukan kerana nama, sbb sume kerja saya di sekolah adalah secara berpasukan. Hanya ia kerja individu bilamana ia xde kaitan degan sekolah secara langsung spt saya terlibat dalam penerbitan bahan bacaan di BPI KPM, Unit dakwah JPS n MBKM KPM. tu pun secara berpasukan juga dgn rakan2 sejawat sekola lain. Manakala dalam arena KSSR, saya juga terlibat secara langsung di BPK KPM tahun lepas. Sume ni bukan besifat peribadi. BUkan nak kata saya banyak jasa pada banyak cabang, tp sebenarnya itu adalah cara untuk terima pengalaman. Untuk meneroka seume cabang kemahiran, tidak mudah untuk dilakukan. Banyak juga pekra kita x mampu lakukan dalam keupayaan yg terhad. Jadi, di mana jalan yg diterokai, kita buat sampai kemuncaknya, berjaya atau tidak adalah pkra kedua. Bukankah itu ketentuan juga. Dari itu, saya mohon sgt2 agar isu APC ni kita tak ungkit2kan. Saya sendiri x pasti apa cara penilaian yg dijalankan oleh pentadbir kita kerna saya pun masih baharu dalam pekhidmatan awam. Tidak terfikir di benak akal untuk saya perolehinya dalam masa terdekat sehinggalah saya mendapat tahu. Jika mahukan kepastian, dapatkan pengesahan dr pentadbir kita. Salam mahabbah dari saya, buang yang keruh ambil yang jernih. Astaghfirullah...

    BalasPadam