Ahad, 19 Mei 2013

Review PPG KPM 2013 Siri 3

ALhamdulillah...selesai sudah PPG 2013 siri 3 slama 3 hari tadi. Overall program yg berjalan kali ni lancar dan seronok even puan penerbit kami Puan Istikamah x hadir bersama. Manakan takda, kerje kami da siap 90%, tinggal pihak penerbit saja yg punya kerja sebelum buku kami tu dipasarkan.

Untuk kali ni aku malas nak cerita pasal program tu pasal xde pengisan sgt pon kecuali apda malam pertama ada sesi bersama penerbit dr ITBN, Encik Rozlan.  Selepas tu ada acara tukar2 hadiah sempena hari guru. AKu telah sediakan Sahiba untuk kawan yang dapat, manakala aku sendiri dapat duit tunai sebanyak rm35.00, jadilah malah berbaloi coz hadiah aku tus ndiri rm33.00 je..hehe...

Yang aku nak cerita adalah kisah dua orang kawan lelaki dalam grup aku ni. Sorang namanya Khairul, sorang lagi namanya Khaidir. Kedual2nya ada cerita yg aku nak cerita selepas mereka menjadi roomate aku dalam kusus2 selama ni. Nak cerita siapa dulu?

Khairul lah dulu. dia ni roomate aku masa siri 2 hari tu. mmg kebetulan nama disaingkan sama dalam satu bilik. mungkin sebab sama penerbit lebih mudah. ok lah. Khairul ni baik orangnya, nampak macam pendiam tp boleh sngt d ajak berborak. topik perbualannya lebih kepada hal2 skola dia, selalu die citer pasal gb dia...pastu slalu jugak pasal sistem pendidikan dan penjawatan keguruan. da tu slalu gak die tanya pasal background aku, tp aku x la citer banyak mana pon, cukup sekdar yg perlu dia amik tahu.

Khaidir plak, masya Allah, peramah giler. die ni yg booking aku untuk jd roomate die untuk siri ni. dia pun baik, sopan n beradab. topik perbualan die lebih kepada hal keluarga dia, pasal budak2 skola dia, kawan2 dia dan aktvt dia. ada je idea nk cakap. dan aku x ksiah, sbb aku x suka bcakap pasal diri sndiri. bukan kerana xda apa2, tp bimbang jd berbangga. tapi last2 td die akhirnya tanya, 'emi, camana dgn background ko?'...err..aku pon citer skit2 tp last2 die jugak menyambung citer pasal diri die plak. err...bagus la. 

So untuk siri akan datang, aku x kisah sama ada nk dirumetkan besama Khairul atau Khaidir. Kalu diroomatekan dgn org len, entah la. harap2 yg ok la. Dan kesimpulannya, program kali ni best. Malam tadi siap main bowling sama2, dah tu khaidir ajak jalan2 danau kota plak sampai la 3 pagi. errm... jarang kalu kusus ada masa nk lepak2 cam ni. hehe.. Apapun diharapkan buku novel kami dah tercetak pada siri 4 akan dtg, insya Allah.

tgh proses bacaan pruff konon..walhal manuskrip da sampai ke  kilang..hehe..

pagi selepas sarapan bergambo sebelum mula miting kosong d suite 410

grup pelangi makan dulu tatkala kumpulan lain bertungkus lumus gak

makan plak kat danau kota isi masa lapang pada jam 2 pagi...hihi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan