Rabu, 1 Mei 2013

Kantin Penjurian Kebangsaan Kali-2

Fuh, dah lama rasanya x update blog ni. Ikutkan banyak bende nak cerita, tapi seminggu sebelum ni aku bz sangat. Hari tu punyela aku declare free n xda kerja. Tapi tup2 ada bende yg aku nak wat. Gara2 rasa x da kerja aku p gatal tangan snap gambar skolah n wat skit2 dokumentasi untuk hantar ke pertandingan sekolah ceria anjuran majalah anjung seri. bukan snang nk wat, kawasan skola ni nk kata x cantik, sebanranya cantik n ceria tp sekit macam tongkang pecah. nama je masuk n menang mcm2 pertandingan, tp serupa mcm x penah masuk pape. last2 aman sempat aku snap aje n hantar. harap2 sangkut la kat mana2 nombor n dapat hadiah..hehe...

Yang x dayanya, selang beberapa jam aku submit pertandingan kat atas tu, dapat plak panggilan dr ppd n pkd sepang yg kantin skola tercalon dalam senarai pendek top 5 bagi pertandingan kantin bersih 2013 peringkat kebangsaan. Allah..baru nk rest da ada keje balik. Masa tu terus aku bizikan diri. Dari petang Jumaat bawak ke Sabtu aku sibuk dengan fail. Ahad lak aku diminta oleh GPK HEM atas nama GB minta kawan2 AJK kantin untuk menggembeleng tenaga n usaha memulihara kantin semula. Bak kata Cik Rohaya PPD, sayang kalau buat x endah je. Dia tahu yang aku n sekolah dah penat. Tapi alang2 seluk perkasam kene la korbankan masa skit. Mujur kawan2 bg sokongan. Abang Hasan n Kak Sham kantin pon masih bersemangat nampaknya. 

Tiba hari pemantauan, aku pun masa perhimpunan siap naik bagi taklimat skit. Masa aku umumkan kantin sekolah akan dijuri kebangsaan kali kedua aku dengan n lihat ada yang dah bertepuk tangan. Aku x sure siapa yang mulakan tp  budak2 tahap dua la kot yg ramai menepuk tangan. Aku peringatkan mereka mengenai akhlak, beratur jgn berebut2. Yang penting aku tekankan, amalkan budaya basuh tangan dengan 7 langkah yang betul. Ceh, suruh budak2, aku ni pon x ingat step2nya..haha...n yang paling best, aku umumkan juga nama kantin. Kononnya kalu surau namanya ar-Raihan, kantin pon ada nama juga iaitu kantin Seri Ilham. haha, kelakarnya... terus aku suruh budak2nya ingat. 

Dah habis tu aku gegas ke kantin n pejabat ulang alik. Nak pastikan semuanya okay. Dr. Muda pon aku da panggol bertugas, Kak Aya n Kak Wawa plak atas saranan Kak Ton turut terlibat sama incharge sambutan n iringan bersama barisan pengawas. Mujur ada bantuan. Itu pun masih kelam kabut.

Masa kehadiran pemantau tu, sesi taklimat telah aku adakan, aku rasa cam x bersedia, tp aku bantai je cakap pape. Dah habis tu, aku sama dngan AJK2 kantin telah disoal siasat n temubual mengenai pengurusan kantin. Argh...kantoi giler. Yang paling kantoi budak2 pon ditemuramah jugak. Entah apa budak2 tu jawab x tahu lah aku.

Masa kat kantin pulak, aku tak nampak sgt la keterujaan penjuri tu pada keceriaan kantin, Yang aku tengok, mereka nk carik mana2 bende yg slack. Terutamanya pada perlabelan makanan. Errm..memang silap besarlah. Aku tak tahu nak kata apa. Sehari sebelum tu aku da mention sama Abang Hasan, Kak Ton pon, tapi x diambil peduli lagi2 bila Cikgu Roslee pon sokong Abg Hasan agar x payah buat, cukup skdar apa yg ada di stall tu. Ermm... x leh nak kata apa lagi la. Yang lain plak pasal die tanya budak mengenai Tv, air mineral n air yg dijual...mmg hari tu nampak ok, tp die tanya adakah itu jd kebiasaan? budak2 apalagi, jujur n iklas jawab sebelum2 ni jual air oren n sirap, tv x pernah on, air menaral x pernah ada, walhal pernah ada tp jarang begantung pada mood org kantin...erm..kantoi lagi. Pastu pasal makanan ditegur, xda sayur dlm juadah...kantoi lagi. Lagi satu pasal bahan pendidikan kesihatan x banyak dikantin. Allah... bukannya xda, tapi aku buat tangkap muat n ikut syarat. Asal ada sudahla, tp dia kata x banyak. Ermm.. Lagi satu yg kelakar, bahan masakan d dapur da cukup perfect n bagus dgn perlabelan, tetiba juri terbaca ada label ajinamoto la plak...arghh...hahaha...n satu lagi masa salah sorg penjuri minta Abg Hasan tunjukkan mana tandas, Abg Hasan terbawa penjuri tu ke tandas sampai terlebih had untuk buka apron..argh..kantoi la lagi. 

Pendek kata, dlam banyak2 pemantauan yg kantin terima dua tahun ni, ni la yg paling banyak n berderet. Bukan kami x tau, tp da x daya nk pikir lagi bila disaat akhir macam tu. Nampak sanagt itu bukan budaya yg dibuat..hoho...nasibla.

Namun disebalik itu ada sisi positif yg diterima. Antaranya juri kata inovasi kantin aku banyak sgt, n aku sbg guru kantin dilihat bagus meguruskan kantin, tp malangnya kata mereka jabatan kesihatan negeri tak tercalonkan skola aku untuk kategori tu n kategori lain2 juga. Erm, tak apa la, harap penjurian mereka ini ada la sangkut mana2 tempat kemenangan.

Apapun, dalam masa terdekat ni aku nak buat miting jugak, panggil gb n gok sama org kantin. keluarkan pada semua yg terbuku d hati. selama ni masing2 memendam rasa. terutamanya aku la. tersepit antara dua pihak..haha...nasibla.

Ermm..esok da nak KBS 2...nk tidurla skarang. Harap kantin aku tu menang la dalam mana2 tempat. Aku xmahula nazar n janji apa2 kalau sangkut mana2 tempat n kategori kemenangan, tp insyaALlah jika ada kemenangannnya aku akan zahirkan kesyukuranku juga dgn cara tersendiri, yg akan aku fikrkan nanti. Allahu Akbar.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan