Selasa, 14 Mei 2013

SBT, Cerpen Hari Guru, Calon Guru Inovasi

Allahu akbar. Penat sungguh hari ni.

Untuk dua hari ini dan semalam, aku terlibat secara langsung dengan penaiktarafa sekolah sebagai SBT. Macam banyak kerja. Tapi rasanya memang banyak kerja. Sungguh pun begitu, aku rasa enjoy gak, coz dalam keadaan ni terasa nampak penyatuan sesama guru apabila meletakkan satu matlamat dan harapan yang sama. Bukan aku kata program lain selama ni xde feel tu, ada, tapi yang ini nampak lebih profesional dan ada semangat keusahawanannya. Untuk SBT ni, aku dilantik sebagai AJK Kebitaraan Kesihatan. Huh, ada talent ke aku ni? Nasiblah, selagi mana idea aku diperlukan aku sudi menyumbang sama. 

Dalam masa yang sama ni juga, minggu ni aku sibuk menulis cerpen untuk peraduan sambutan hari guru daerah. sehingga saat aku tulis ni, cerita aku masih x lengkap lagi. Dan yang parahnya sekit, aku offer pada murid2 aku untuk join sama, tapi mereka punya tu aku kene pula edit coz cerita mereka cam hambar. Ceh, mengalahkan cikgu BM plak. Tapi xpa, dalam pada aku meletakkan harapan aku adalah pemenang bg kategori guru, aku harap anak2 muridku juga memenanginya. 

Tadi plak GB n GPK koko panggil aku untuk isi borang pencalonan guru inovatif. Ishk, ada ke inovasi yg aku buat yg gempaq2 demi sekolah? Mereka kata apa2 je yg aku buat seperti inovasi kantin, tulis buku dan lain2. Argh..bukan banyak mana pon, ikutkan kat Sepang ni, ramai guru lain yg lebih hebat. Inovasi biasanya berkaitan p&p. Ermm...isi je la, mana tau ada rezeki, leh la naikkan semangat aku untuk terus berminat menjadi guru...huhu...

Apapun aku harap aku buat sume ni berlandaskan keikhlasan. Ku cuba elakkan dr diketahui orang, tapi dalam hal2 tugas cam ni, mahu x mahu perlu org lain diberitahu. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan