Isnin, 11 Mac 2013

Latihan Nasyid.






Bismillah....Allahumma solli 'ala Sayyidina wa maulana Muhammad.

Aku tengah tension dengan MTQ ni, terutamanya nasyid. Pertamanya, tarikh berlangsungnya diawalkan sehari, dari hari Rabu bawa ke Selasa. Giler. Latihan tak perfect lagi. Konon2 nak push n pulun latihan sepanjang Isnin dan Selasa, tapi kalu dah Selasa bertanding nampaknya Isnin je la yang ada. Sekarang ni pun budak2 tenagh exam, aku serba salah nak train diorg waktu2 cam ni.

Mujur untuk kedua2 lagu, mereka dah hafaz. Boleh la kata ok, tapi bab gaya sedikit kantoi, asyik ingat2 lupa je. Lagu walaupun da di hafaz tapi aku masih nak mereka buat harmoni pada beberapa part lirik. AKu buat sendiri pandai, siap berduet sama kak fizah. Tapi bila nk implement pada budak2, tak pandai plak aku nk atur2kan suara siapa boleh tinggi rendah. Sebab pada aku bila dah nyanyi ramai-ramai otomatik ada suara yang semulajadi mengharmonikan lagu semasa mereka menyanyi tu. contihnya suara akmal, tp malangnya suara diue ni kejap timbul kejap tenggelam.

Lagu inro n outro, baru je ajar tadi. So far mereka dah hafaz nampaknye, tapi masih ada tune yg sumbang dan x best serta tak sama macam aku nyanyi. Aku tak kata aku perfect, tapi aku rasa bila diorg nyanyi da lari dari tune aku nyanyi, otomatik x sedap la skit diorg nyanyi. Tadi suruh Luqman jadi solo gantikan Haziq yang sakit tekak, leh la bawak, tapi macam slow sikit. erm, sabo je la.

Muzik percussion, tadi baru sampai alat baru, congga dan bar chime. Ikutkan aku nak order lama dah, tapi macam2 hal aku kene fikir n urus sebelum sempat diorder pada minggu lepas. dan masalah sekarang, mereka yg terlibat ni masih cacamarba muziknya, x konsisten pon satu hal, lagi2 bila da tambah alat baru makin pening la especially si Zaidiq tu lah. esok aku push diorg latih lebih2 lagi.

Solo xde suara. argh...kantoi sungguh. haziq ni memang best la suara dia. Tapi yang kesiannya, dengan kebestan suara die tu la pagi dia jadi solo, petang pon die jadi solo. Aku tak tau nak buat camana, coz die bukan hak sekolah pagi sorang2, tp hal bersama sebab die ada pelajar sekolah petang juga. so kene pepandai dia la handel. tapi aku try train Luqman jadi backup die, if anythg happend n i hope nothing happen la, die leh amik part haziq. 

Komitmen budak2 ni plak, aku tengok ada yg sungguh2 abgi komitmen, ada yang kureng skit. ya, mgkin yg kurang tu sebab ada komitmen yang perkara lain, tp apa yg aku nak adalah komitmen pada grup nasyid untuk mtq ni. komitmen pelajaran aku sungguh x kisah. lagi2 skarang exam, aku rasa biarlah, aku tak mahu dipersalahkan cikgu2 lain gara2 nasyid ni. tapi aku rasa kesal skit bila diorg mendabel standardkan nasyid ni dgn tumpu pada nasyid sekolah petang pada waktu yg sepatutnya pikir untuk skola pagi. contohnya sabtu lepas, aku punye la nk hargai semangat mereka, aku setuju sabtu ada latihan. tapi yg datang 5 org je, 4 yg lain p latihan skola petang sampai telebih masa sedangkan masing2 da deal waktu untuk dtg latihan nasyid pagi. erm, dalam hal ni aku x tau sapa salah. tapi aku x nak salah menyalahkan org, dah berlalu pon, sekarang aku nk pastikan mereka terus berkomitmen tggi. pada yg beralih komitmen ke acara2 padang n sukan pon aku rasa x senang. dari awal aku da tanya sorang2, ada x komitmen lain selain daripada amal islami petang mereka, tp semua kata xda n dah habis. kali ni si Irfan dok kata ada bola baling, si Zafri kata tenis die ada tournament on weekend, si Zaidiq lak kata ada perlawanan psahabatan. diorg ni kan....

Apapun mengenai hubunganku dengan Ustaz Bilal selaku guru nasyid sekolah petang, aku rasa hubungan kami sedkit dingin. aku yang rasa gitu, x tahu la beliau rasa camana. ianya gara2 masa latihan la. budak2 dah la sama. aku penah elakkan meminimakan budak2 yg sama pagi n ptg, akhirnya masih bermasalah untuk latihan even sorang pon. tahun ni plak aku x tahu sgt yg diorg keahlian nasyid skola ptang, tahu2 je, 4 org daripada mereka tu terlibat, ishk..parah2.. tp aku xmau la timbulka  isu sgt, insya Allah esok lusa aku sms ustaz bilal tanya kabo. moga hubungan kami baik.

Untuk tahun ni aku rasa ramai penolong2 aku yang sama2 latih budak nasyid. kalu dari pihak panitia, biasanya 2 n 3 orang, tahun ni rasanya 4 atau 5. aku, kak fiza, kak ct nor, irma, kak. elya. tambah lagi jurulatih utama yg mmg pakar, kak suhaily. tetibe ada lak budak2 prektikel yg aku rasa diorg ada minat nk tolong tp masih x kuar aura diorg, nashruddin, adib, atikah, fazilah n sprg lagi sapa ntah. bila aku tanya diorg, diorg kata xlah terlibat dgn nasyid kat maktab, haaa...ni mesti kak su suruh diorg ni..hihi...tp aku rasa tu xde masalah la, sekurang2 ya bab gaya psembahan diorg leh tolong. lagi membantu, bila td alatan sampai, aku n kak su x pandai nk pasang completely, diorg la datang bantu buat..hehe...aku tnye diorg biasa ke dgn alat2 tu, diorg kata x. tp buat brdasarkan logik lagi2 diorg kan guru KH, do bab tukang menukang tu kan keje diorg..hehe

Kesimpulannya, harapan aku untuk nasyid ni, moga2 tahun ni kumpulan nasyid ni jadi johan untuk daerah seterusnya layak ke peringkat negeri. pliz la Ya Allah.....


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan