Isnin, 18 Mac 2013

Harapan untuk MTQ2013






Letih yang amat sangat. Penat. Ikutkan sepatutnya aku harus lebeh penat gara2 aku ada 2 tempat lain dalam hari ni yang harus dijejak. Pertama ke hospital, ada appointment dengan dr. kedua aku ke ukm juga ada pertemuan dgn dr. yakni supervisor aku. yang medical check up tu asalnya 20hb, aku tukar ke 18 gara2 tau masa tu mtq hari rabu ni. Tup2 mggu lepas kata mtq anjak awal sehari. Adoi.. tp aku x kisah. Sekarang aku jadi kisah bilamana aku rasa aku harus berada bersama budak2 nasyid gara2 banyak bende yg harus digilap lagi setelah latihan2 dijalankan selama 3 mggu ni.  Kemudian pertemuan dgn DrNO aku plak tu aku yg mintak smalam. Konon2 nk cepat setel bende ni. Tp malam tadi x leh nk print pulak. Adui..last2 kansel. Mujur dr. x marah. Xpe la, mgkin hikmahnya aku dapat bsama budak2. Kalu x mmg aku da babai diorg la. Sbb hal tesis ni jd keutamaan aku skarang berbanding yg lain selain pnp. Lagipun hari ni aku ada miting untuk hem untuk pemantaua skola sebagai calon sekolah berprestasi tinggi. Banyak bende aku nk bincang n tanya n dapat daripada pentadbir.

Erm, setelah samapai ke hari ni, aku rasa aku leh konfiden mereka dapat wat yg terbaik hingga memiat juri dgn persembahan mereka. sejak pagi td, diorg da rehearsal d dataran perhimpunan, habis satu taman seroja dengar gara2  corongnya dihalakan dari atas tingkat 3 n 4 ke arah luar pagar. Nasibla. Sepanjang show mereka di perhimpunan tu ramai la maat2 memerhati. Bagi yg mmg train bduak2 ni mmg rasa sakit jiwa je. Banyak slack. Kantoi betul. Tp di sebalik tu ramai gak guru2 memuju. Yg sempat aku dengar komen yg mmbina n pujian ialah kak razea, kak fazilah, kak anuratha, kak elya n kak norhabshah. Antara lain gb sendiri puji ok but pada suara solo tu la. Sampaikan gb psan banyak2kan minum air suam n air asam jawa. Last2 tadi dari pagi sampai ke petang kami suruh bebudak tu minum air asam jawa sepanjanh sesi latihan. Nway, ada gak lagi beberapa org lain tp mgkin x sampai kepada aku. rata2 memuji lagu melodi lirik lagu tu best. Malah paduan suara budak2 yg harmoni tu jugak sedap didengar kata mereka. malangnya suara solo ada slack skit gara berlatih pagi petang nasyid untuk skola pagi n skola ptg, da tu jadi solo plak tu. Allah.

Tp lepas rehat diorg latih lagi, siapa mic sorang satu. Dalam hal ni terima kasih pada kak su yg menggalakkan kami guna bilik muziknya, dan terima kasih pada firdaus yang Nampak sporting memasangkan p.a sistem. Masa ni Nampak la kekuatan suara masing2 bila berpadu dalam satu corong speaker. Dan lepas tu kami di dewan plak. Nampak ok. Dan aku rasa bab suara diorg, xde masalah. Tp ada satu masalah lain yg amat membimbangkan kami.

Masalah masa. Dari awal latihan aku  kira durasi dr start sampai habis 17 minit. Allah, lamanya. Masa tu nk bajet sampai 15 minit je. Last2 minggu lepas baca peraturan baru, skarng 12 minit. Ishk, camana leh aku x perasan lak. Selama ni aku fikir 15 minit je x de perubahan. Last2 ada. So beberapa perubahan kecil aku buat la lagi termasuk la lagu intro, intro muzik dan gbahan lagu. Lagi x best bila mana lagu outro terpaksa kami buang gara2 sungguh x dapat masa 12 minit.  Dapat 14.

Dan akhirnya ptg tadi latih 2x persembahan. Masih terlebih, dalam 13 minit lebeh. Tp x lebeh daripada 14 la. Erm..skit je kurang. Tang mana lg slack x tau la. Last2 aku give up la. Biarlah stakat yg tu ja. Td pon da tanya shahril sbg juri bg nasyid sek men, dia kata kalau terlebih x dikira, kalau telebih plak markah akan dipotong td begantung pada berapa minit lebeh. Ya Allah. Yg masa telebih tu dipejam2kan mata la lalu diberi ruang untuk mendapat kemenangan.

Overall… dari penilaian aku, gaya diorg x berapa smooth tp x ketara la slacknya. Paduan suara n harmoni, agak ok la, tp kadang2 x menjadi. Juz aku bimbang suara haziq je kantoi..Allahu Akbar. Dan dari penilaian aku berdasarkan pemrakahan yg diberi, leh la dapat A dgn 88%. Entah la. Mungkin ada kebiasan. Takpa, biarlah esok jadi penentuan.

Di kesempatan ini, aku berharap2 sangat agar ar-raihan ni menjuarai nasyid di peringkat daerah ni. Nak juga kami merasa berlatih kat jijan dgn dibantu bombing oleh pakar2 nasyid dari sekolah lain under ppd sepang. Aku tau para hakim yang arif lagi bijaksana ttntunya bijaksana. Aku mintak ni bukan untuk aku secara material, tp untuk kepuasan diri aku. juga untuk kepuasan diri kawan2 aku yg sama2 train budak2 ni. Dan juga agar mereka rasa puas hati dgn komitmen yang telah diberikan. Nk sebut komitmen kami cikgu2nya, tak perlu nk cakap sume org paham. Tp budak2 ni kesian, mungkin ada parents mereka yg mula besuara bila asik nyanyi sampai lupa nk belajar. Entah la. Kalau lah esok sk taman seroja menang nasyid sebagai juara daerah, aku personally akan…
-      
     keluarkan duit sendiri bagi sumtg. Aku hold dulu coz takut apa yg aku nk bagi sama mcm org len. Stakat ni kak fiza mewakili panatia janji nk belanja domino pizza.

-        Untuk ke negeri, pesembahan yg ada ni aku nk polish lagi. Aku nk gubah skit2 supaya lebih ok x telebih2 masa, itu pon jika ada cadanganlah.

-        Aku janji aku akan berpakat dgn ustaz bilal agar sama2 bertoleransi untuk menetapkan masa latihan untuk mereka. mmg aku ada terpkir, kalu la dapat masuk negeri, memenag naya la budak2. Tp aku optimis agar kami semua dapat berlatih sevara harmoni..hihi..ape punya bahasa la aku ni.

-        Kalau la mtq ni dapat dijuarai secara keseluruhan oleh SK Taman Seroja, aku akan bg sumtg juga pada mereka yang mendapat juara. Bg acara2 selain nasyid.

Dan secara xlangsung, aku target keputusan bagi acara2 ini:

-        Tilawah lelaki – amaluddin = juara. Aku dengar die ni berlatih dgn daus, sedap.
-        Tilawah perempuan – hannan = juara. Tgok struggle latih sama kak komar, ada harapan tu.
-        Hafazan lelaki – hafizuddin = ketiga. Nampak cam kantoi2 skit. Tp die kata die ok. So, ok la.
-        Hafazan perempuan - ???? = ketiga. X  kenal, mana nak tau. Masih menaruh harapan.
-        Bercerita lelaki – amran = ketiga. Gaya dia ok. Tp sampai td kantoi mengahfaz.
-        Bercerita perempuan – fatin = kedua. Ok la bak kata kak ida.

Apapun, aku tetap mengharapkan nasyid dapat johan. Ya, mungkin harapan ku menggunung sgt, tp aku ada alasan bersikap optimis sebegini. Berilah peluang ini kepada kami Ya Allah… Pada-Mu lah kami mengharap sgt2 ni. Usaha telah kami lakukan. Doa telah kami panjatkan. Hanya tawakal sahaja jadi kekuatan untuk mengharapkan harapan kami dijadikan kenyataan. Insya-Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan