Rabu, 30 April 2014

Selamat Hantar Tesis

Alhamdulillah. Tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata bilamana akhirnya tesis yang aku bergelumang dengannya selama ini selesai dengan jayanya. Oh ya, tajuk tesis aku adalah Guru Bekerja Sampingan: Faktor Pendorong dan Kesan Terhadap Komitmen. Ikut hati perasaan ni tak de lah exited melampau-lampau, selagi tak dapat pengesahan senat yang aku layak dianugerahkan ijazah selagi itulah aku harus berdoa saban masa. 

menyorot kembali penulisan kajian aku ni, aku memulakan langkah pertama pada akhir semester kedua setelah pada pertengahan semester itu aku secara tidak sengaja terpaksa berjumpa dengan penyelia aku ni, DrNO. Yang sebenarnya dia ni penyelia terbaru aku setelah DrSI berpindah. Masa berjumpa tu tujuan asalnya adalah untuk memberri surat tunjuk sebab tak hadir kusus yang dikelolakannnya. Tapi alang2 dah jumpa terus aku mengaku yang aku ni supervisee dia. Terus dia tanya setakat mana progress kajian aku. Masa tu aku rasa macam terkejut beruk. Mana taknya, xkan baru sem 2 aku dah di tanya. Last2 aku mengaku la x mula lagi n dia masa tu gak siap cakap kene mula dari sekarang. 

Dalam tempoh dua minggu yang diberi aku akhirnya berjumpa balik dengannya dengan membawa beberapa proposal ringkas yang sebetulnya aku nk ajukan tajuk mana yang sesuai. Sebab katanya, lebih baik aku yang cari tajuk sbelum dia yg bagi tajuk. Lagi2 dia ni bukan satu jabatan dengan aku. Dia orang keusahawanan. So dari awal dia kata, relatekan antara pentadbiran n keusahawanan dalam kajian aku kerana aku pelajar pentadboran dan dia adalah pensyarah keusahawanan. Memang aku masa tu da rasa betapa sukarnya aku nak cari tema n tajuk yang sesuai kerana selama aku belajar masa tu aku didedahkan dengan kajian2 yg mengkhusus kepada pentadbiran sahaja. Apapun seingat aku, ada 3 pilihan tema yang aku hilightkan iaitu guru cemerlang, PIBG dan guru bekerja sampingan. Dan nampaknya, dia sangat tertarik dengan tema yang last tu. Aku pon suka sanagt2lah. Mujur dia terima salah satunya, kalau tak tentu aku dapat tajuk lain yg die sendiri bagi.

Maka sekitar Jun 2011 aku mula la cari bahan. Tentu yang selalu aku pergi adalah libry fakulti. dan yang paling selalu aku p jugak adalah libry PTSL. Sangat banyak rujukan boleh aku dapat. Selain tu aku juga p libry EPRD kat putrajaya nun...sangat membantu jugaklah. Tak kurang juga aku dapatkan bahan melalui jurnal-jurnal yang didowlod dari internet. Namun begitu, masalah terbesar aku adalah untuk mencari tesis2 5 tahun kebelakangan yang berkaitan dengan tema kajian aku. Sangat sukar. Malah dalam BM langsung tiada kecuali 1 yang berjaya dijejaki di libry UM. Masa ni aku rasa cam tensen sangat2. Nak tikar2 tajuk kang nanti DrNO marah. So aku struggle teruskan dengan penuh tawakal. 

Namun secara serius boleh aku sbutkan kajian ni bermula sejak aku kumpulakan data sekitar bulan Mac 2012. Kebetulan aku ada akses ke skolah-sekolah sekitar kajian sebagai guru sekolah n rakan kepada pentadbir atau guru sekokah tersbut, maka ia memudahkan proses pengumpulan datalah. Dalam hal ni cabarannya adalah banyak juga borang soalselidik yang tidak dikembalikan. Tapi itu tidak mengahlang aku untuk meneruskan pengkajian. 

Kaji punya kaji punya kaji dan kaji, akhirnya Mac 2013 aku hantar tesis untuk viva. Sebelum tempoh itu, banyak draf tesis telah aku hantar dari masa ke masa untuk disemak oleh DrNO. Sangat cerewet. Ada je tak kene. Kadang2 aku rasa cam nak quit je, tapi aku pujukkan diri. So dengan penuh keletihan dan kesabaran aku teruskan juga. N selama beberapa bulan aku relax menunggu panggilan viva. Dalam pada tu aku mula risau kalau2 tak dapat berkonvo tahun tu gara2 lambat viva. Last2 lepas raya sekitar Spetember aku dipanggil viva. Alhamdulillah, tesis diterima dengan pembetulan selama 3 minggu. Masa tu aku da rasa macam 50-50 je berkonvo. Tapi tengok Kak Ziana n Wafi sangat bersemangat nk habiskan segera selpas viva dalam tarikh yang lebih kurang sama, maka aku pin samalah bersemangat. 

Malangnya, aku sangkut. yang dua orang member tu selamat berkonvo akhirnya. Ikut hati memang rasa kesal yg amat2. Puas juga sebelum tu aku merayu pada DrNO supaya lepaskan aku. Tapi dia siap kata aku jgn kalut n relax. Last2 aku pasrah jugakla. Apa nak buat. So, aku teruskan macam biasa memperbetulkan tesis dari masa ke masa sampai DrNO puas hati. Tapi aku rasa gayanya macam dia da penat hati n bosan dengan aku. Sampai akhirnya dia beri kepercayaan kat aku supaya jagan ada kesilapan bila nak hantar sama reader semula. Minggu pertama sekolah akhirnya DrNO terima n benarkan aku beri pada reader untuk semakan. Masa tu aku bersyukur sangat dan dalam masa yang sama aku risau sngat coz reader yg aku kenal tu bukan mudah untuk lepaskan orang. Lagi2 bila wujud krisis antara penyelia aku n reader ni gara2 aku terbukak cerita mengenai kawan aku yang tesisnya disemak secara unofficial pada penyelia aku. Masa tu aku rasa snagt2 kesal n down. tapi lama kelamaan aku rasa isu tu hilang begitu saja selepas menerima layanan baik daripada kedua2 individu itu.

Ahirnya pada Mac 2013, reader aku memberikan green light untuk aku proceed ke pps. Mean dia terima la tesis aku tu. Aku tak peduli dia semak sebaiknya atau sebaliknya. Janji aku tak mahu berulang kali menghantar draf untuk semakan yang aku kira2 lebih dari 10 draf aku dah buat sepanjang 3 tahun tu. Yang kelakarnya, gara2 bz dengan hal sekolah, aku maklum tesis ditrima pada awal April. Allah, lambat pulak aku tahu. Tapi tak apa, janji clear semua sampai la aku bawa ke PPS untuk semakan format sebelum menjilidnya. 

So tadi aku da hantar tesis yang dah dijilid ke fak n PPS dengan jayanya. Kini, plan aku ialah, merombak susun atur bilik aku ni yang sekan2 multipurpose sebagai tempat tidur, tempat study yg penuh buku dan tempat bersantai yg ada kusyen n tv. Allahu Rabbi.

Ya Allah, permudahkan urusan pengijazahanku sehingga konvo nanti. Insya ALlah.
















1 ulasan:

  1. Catatan pengalaman ini pasti membantu penulis tesis yang lain.
    JOM HANTAR TESIS!!!!

    MAn jadda Wajadda

    BalasPadam