Isnin, 29 September 2014

Dilema Budak Dikir

Ya Allah. Apaka jenis dugaan yang Kau berikan pada kami ni, Sedari awal ujian demi ujian tiba. Waau terasa raatnya kami cuba optimis. Alhamdulillah akhirnya berjaya dikir barat ar-Raihan ke peringkat negeri. Kali ini, ujian yang dihadapi tetap sama tapi dalam situasi dan skala yang besar. Ceritanya...

Ada dua orang budak, naim n irsyad terpilih untuk jadi anggota ragbi untuk perlawanan rabu ni. Masya Allah. Kenapa ini berlaku? Ikut hati x mau la mereka pergi sana supaya mereka dapat berkomitmen di sini. Namun bila memikirkan itu hak mereka untuk membuat pilihan, maka kami pon nasihatkan supaya balik nanti bincang sama ibu ayah n solat istikharah mana pilihan mereka. Di pihak kami, jika mahu ke sana, kami ada 4 orang extra yang kami pilih secara ad hock tadi. Bukan kata sombong tak nak lagi kat mereka tapi ini juga satu strategi supaya jika ada apa2 berlaku dapatlah atasi sebaik2nya. 

Tapi tiba2 USA plak merajuk tak tentu pasal. Habis dalam wasap sekolah dia luah perasaan. Tenseen betul. Da lama xde isu dibangkitkan tiba2 ada pula. Penat. Dengan mudah dia mengatakan kami tak jaga perasaan dia, tak hargai pengorbanan dia yang berpanas melatih budak di padang. Kononnya juga kami memberi kata dua yang menggoyahkan keyakinan murid untuk menolak salah satu antara dikir n ragbi. Terus terang lagi, memang tak kisah ke mana hala budak2 ni mahu. Pilihan di tangan budak. Soal kita memberi kata dua bukan isu kerana ia melibatkan soal komitmen untuk hadiri latihan. Ia bukan acara individu, tetapi berkumpulan, dia kene paham bukan senang nak hanel budak yang ramai cam ni, Sorang x de habislah. Thats why la kami da ada back up yang mgkin tidak sehebat mereka yang punya kecerdasan dan kemahiran pelbagai. Kadang2 kene bertolak ansur juga.

Ah, lantaklah. Apa yang kami harapkan agar segala ujian ni dapat di atasi sebaqiknya. InsyaALLAH ia juga sebagai petanda n langkah ke arah mencapai Johan Dikir Barat Negeri Selangor. Ya Allah.. permudahkanlah urusan kami ini. Dan paling kami harapkan juga agar hubungan kami semua sesama guru terutamanya lagi sesama ahli panitia dapat kembali mesra. Ya Allah... Insya Allah. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan