Sabtu, 26 Julai 2014

Ramadhan Aku di Sekolah

Alhamdulillah. Terasa ringan kepala ni daripada memikirkan hal sekolah. Bukan apa, bila dah cuti ni terasa lapang dada nak buat perkara2 ma'ruf untuk membangunkan ramadhan dan juga menguruskan perkara peribadi dan urusan di rumah. Mungkin kelihatan 2 hari tidak memadai namun ku cuba juga menggunakan masa yang ada untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Bercerita mengenai hal2 sekolah, sepanjang ramadhan ni biasalah, panatia Pendidikan Islam adalah entiti yang paling sibuk di setiap sekolah termasuklah di sekolah aku. Macam2 program disusun untuk mengimarahkan kehadiran Ramadhan. Aku malas nak bercerita mengenai bidang kerja dan urusan kerja sama dalam kalangan rakan2 sepantia untuk menjayakan program, cuma cukup aku buat kesimpulan, semua program yang dilancarkan berjalan dengan jayanya, biarpun sebelum hari kejadian, macam2 onak dan duri dan susah dan payah yang dihadapi oleh kawan2 yang menguruskan program ini. Tidak mengapalah, itu juga satu ibadah, malah kesukaran2 itu mungkin mendatangkan bonus pada pahala jika kita bersabar untuk memastikan program2 itu berjaya dilaksanakan.

Untuk ramadhan juga, sebelum puasa hari tu, aku terlibat dalam menerbitkan buletin syiar ramadhan oelh BPI KPM. Syukur sangat2 Tuan Ruzain menjemput aku jadi penulis berkolaborasi dengan Ustaz Sharifuddin SK KLIA. Cukup lah satu ada pengalaman aku bekerja 2 hari di opis. Tapi sebelum2 ni pon ada beberapa kali aku dijemput buat projek di KPM, contohnya dengan BPK masa nak analisis data tinjauan terhadap isu KSSR n KSSM. Macam seronok je kerja kat pejabat. Tapi bila tengok asyik outing sana sini, aku kene fkir banyak kalilah. 

Di kesempatan hari terakhir semalam, aku sempat bermaaf2an dengan kawan2. Tapi ada beberapa orang kawan ni aku tak sempat nak jumpa gara2 mereka balik awal daripada aku yang biasanya aku yang balik awal daripada mereka sebab rumah aku jauh. So, tak dapat bertemu muka pon aku berwasap dengan mereka personally. Aku rasa sangat wajar untuk  aku berbuat demikian, antaranya aku harapkan selepas bukam sekolah ni jadi turning point untuk kami bermesra semula tanpa keraguan dan was2. Mungkin nampak pelek je aku terhegeh2 mohon maaf. Tapi, x apalah, biarlah ALlah menilainya. Aku penat dengan situasi macam ni. ALlah...

Apapun Ya ALLAH... moga2 setiap daripada apa yang aku buat n jalankan di sekolah ada pahalanya dan sekaligus mendapat keredhaanMu juga. Tiada lain semuanya berlamtlamatkan untuk nama dan kecemerlangan sekolah yang tentunya ianya adalah cetusan daripada Engkau. Insya ALLAH, amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan