Khamis, 21 November 2013

Review Program Pengkarya Guru 2013

Hari ni hari pertama aku rasa erti cuti. Setelah 6 hari kursus non stop d 2 tempa berbeza, aku rasa macam da release skit. Jumaat hingga ahad lepas, bengkel penulisan skrip drama yg merupakan kemuncak program pengkarya guru bagi tahun 2013. Kemudian isnin hingga rabu pula bengkel penulisan buku cerita bergambar bagi siri kedua, bulan depan ada satu lagi finalize siri.

Di kesempatan ni aku nak review pasal program pengkrya guru 2013 yang telah menemukan kami sebanyak 5 kali di mana 4 kali di Flamingo, KL dan satu kali di Le Grandeur, JB. Untuk 3 siri terdahulu, semua peserta kalangan 110 orang guru terlibat. Manakala menerusi pertemuan di JB, hanya sebahagian daripada peserta saja dijemput terutamanya yang karyanya telah diterbitkan oleh penerbit masing2. Namun, di KL pada siri terakhir hari tu, walaupun terbuka pada semua perserta, tapi hanya sebilangan kecil sahaja yang dapat meluangkan masa gara2 kebanyakan guru sibuk dengan program sekolah. 

Selama menyertai program ni, aku rasa sangat2 berbaloi. Kalau sesi 2012 hari tu, memang aku rasa seronok sangat, tapi bila da habis ni aku rasa yang 2013 punya seronok. Aku malas la nak membanding bezakan antara kedua2 program lebih2 lagi ia diselaraskan oleh dua individu berlainan. Overall aku memang rasa banyak kenangan best terpahat kat hati. Pertamanya tentu kerana karya sulung atas nama aku pertama kali telah diterbitkan. Walau pun aku rasa macam suka x suka je, tapi sekurang2nya nama aku dah tersenarai sebagai pengkarya guru. Bangga atau tak, itu belakang kira. 

Yang keduanya pula adalah kerana aku temui ramai kawan2 yang best. Kawan2 di sesi 2012 pon best2 juga, tapi dlam sesi 2013 ni banyak aktiviti yang menghubungkan silaturrahim sesama kami membuatkan hubungan tu jadi mesra walaupun telah dipecah2kan kepada beberapa kumpulan lain mengikut penerbit masing2. Bila da habis ni, rasa berat hati sangat2. Erm.. dalam ramai2 tu, aku nak review skit pasal beberapa org kawan ni.

Khaidir:
Member grup pelangi dengan aku, umur juga sebaya dengan aku n asal n9 serta mengajar di sek sukan bukit jalil. Sebelum berkenalan dengan dia, aku da nampak aura dia yang kreatif. Lagi2 bila dia bagitau masa Puan Mahaya tanya dia sama ada telah ada karya sendiri atau tak, dia kata lirik lagunya telah dinyanyikan oleh seorang penyanyi. Wah, hebat, aku pula rasa kagum. Tapi entah camana, esok paginya kami sama kumpulan. Dan sejak tu kami berkawan baik, siap berumet 2x dalam siri 3 n 4 drpada 5 siri pertemuan. Dia ni seorang yang baik hati, peramah, suka bercerita, senang berkongsi masalah sampaikan aku lebih banyak mendengar daripada bercakap. kadang2 aku nak memintas pon x sampai hati. Mana taknya, ade je masalah yg melanda diri dia cerita kat aku. Lagi kelakar bila dia cerita pasal kucing2 dia, pasal anak2 murid dia n juga pasal abg n anak dia. Ishk. komplikated betul. Apa2pun, aku senang berkawan dengan dia.

Khairul:
Dia juga member pelangi aku. Orang serendah mengajar di rawang. Pernah berumet sekali dengan dia masa siri 2. Orangnya baik hati, peramah dan aku rasakan seorang yang sensitif lebih2 lagi bila namanya tergugur masa nak ke JB. Aku kata ikut je la dengan perbelanjaan sendiri, ramai yang buat cam tu. Tapi dia menolak dan pasrah begitu saja. Umurnya 2 tahun senior dr aku dan karektor die aku tengok seorang pendiam. pertama kali dia tegur aku adalah masa pemilihan penerbit, dia tegur aku, boleh tak da book satu penerbit tu tapi kansel n tukar ke penerbit lain. Aku kata, terpulangla. Belum confirm lagi kan. Bila da bekwan dengan dia, dia lebih suka aku bercakap banyak, asik2 la tanya aku itu dan ini walhal aku ni kalu boleh nk juga die cerita apa2. Isu yang selalu dia cerita adalah pasal pentadbir n guru2 sekolah dia. Selain tu pasal penerbitan buku kami. Gaya dia ni aku rasa macam nak serius dalam buku n menjadikan rm sebagai keutamaan berbanding pengalaman. Pernah dia tanya detail pasal perjanjian seolah2 takut tertipu. Ermm, apapun dengan dia, aku sangat senang berkawan dengannya.

Ahmadidin:
Aku panggil die abg didin even umurnya sebaya dengan mak aku. Aku nak panggil tuan rasa cam formal sebab da duduk serumet debngan dia masa siri 1. Apatahlagi nak panggil pakcik terasa macam x sopan pula..hehe. Orang sabah, ngajar pun di sana. Beliau ni seorang yang baik dan prihatin. Masa kunci kereta aku hilang masa siri 1 hari tu, dia pon turut sama risau kalau2 ada orang ambil n bawa lari kreta aku. Siap dia maklumkan kepada Puan Lynn. Dia ni juga peramah, suka bercerita pasal dunia pendidikan dan pengalamannya sebagai pentadbir. Dia juga sangat teruja bila tau aku pernah memenangi pertandingan menulis cerpen dan ada buku kompilasi. AKu selesa berkawan dengan dia, dia de gaya eksyen even dia berjawatan tggi. 

Hidayat:
Bro ni aku kadang panggil dayat, kadang2 abang, kadang2 nama je, kadang2 bro. Mana taknya, aku dah kenal die sejak sesi 2012. Dia ni peramah giler. Masa 2012 dulu dia banyak tegur aku gara2 mesra berborak kat fb, aku je cam x cam orangnya yang mana 1...huhu. Masa sesi 2013 plak aura dia semakin menonjol. Teringat masa siri 2 hari tu, dia menawarkan diri jadi penghulu program. Waaaaah...ini sudah bagus. Otomatik die popular dalam kalangan peserta. Dan aku sebagai alumni 2012 sangatlah bangga even ada suara2 sumbang yang memperkatakan tentang penawaran dirinya tu. Memang kelakar la pada mulanya, namun dengan komitednya dia menyelaras aktivit2 kumpulan, maka semua org semakin percaya dengan dia. Dia ni seorang yang bersemangat waja, berjiwa kental dan very optimis. Paling terharu bila dia mengaku telah beli semua karya guru2 lain untuk bacaan anak2 die. Wife die pon aku kenal, perseta 2012 n 2013 macam kami. Memang perawakannya meyakinkan dan bersungguh2 kalu buat sesuatu perkara. Oh, umur dia rasanya 3 tahun senior dari aku, orang KL n ngajar pon di KL. Kalau borak2 dengan dia, bercabang isu die boleh cerita. Dan yang penting apa yang die cerita tu membuatkan aku suka nak mendengarkannya.

Amien:
Dia ni pertama kali berkenalan di meja makan hari pertama siri 1. Seorang yang agak peramah dan berjiwa besar berumur 2 tahun senior dari aku. Paling kelakar masa sesi soal jawab dalam setiap ceramah, dia akan bertanya. Serius pula soalannya. Lagi2 bila die ni particular dalam isu hak cipta. Yang aku perasan, dia takkan menulis jika hak cipta tidak terpelihara olehnya. Masa pertandingan tulis cerpen BPI, orang lain ramai masuk, dia kata xmau hantar sebab nanti hak cipta jadi milik penganjur. Tapi tak apa la, dia punya prinsip. Yang aku kagum dengan dia ialah, semanta kentalnya. Dari ceritanya sendiri, dia banyak kali memenangi anugerah n sijil atas pencapaian aktifnya dalam aktiviti kokurikulum n koakademik. Terbayang kat kepala aku betapa bizinya dia. Dalam hati, aku solute sama dia. Dia orang Johor dan ngajar pon di sana.

Amli:
Aku tak berapa kenal dengan dia sangat. Tapi masa siri last aku serumet dengan dia. Umurnya 2 tahun senior dari aku. Orang kedah, ngajar perak. Masa ditetapkan aku sebilik dengan dia, aku rasa cam x senang je. Mana taknya, selama 4 siri sebelum ni, kami langsung tak bertegur sapa. Dia ni tak la sombong tapi aku pk die x de sebab nak tegur aku. Bila da berumet tu aku ikutkan banyak nk cerita dengan dia, tp dia macam x dapat nak memesrakan diri dengan aku. Tak apa lah. Dia ni aku tegok sorang yang ada aura tersendiri. Mungkin sebab guru kaunseling maka mmg die patut pandai tackel org. Once dia cakap aku rasa macam terpegun. Mana taknya, dia ni mmg ada semangat tggi dalam penulisan. Lagi2 bila dia share koleksi penulisan dia hari tu. Macam2 tajuk ada. Aku pon ada tapi x sebanyak dia. Memang dia bagus la orangnya. Dalam diam, aku turut mengkaguminya.

Wan:
Dia ni kenalan aku masa kuliah tamadun di ukm. Ikutkan xlah rapat sangat, cuma bila berborak mesra juga la. mana taknya, da memang kenal sebelum ni. Umur dia sebaya aku, orang terengganu tapi ajar d n9. Tapi sebenarnya aku lebih kenali dia melalui fb, tengok aktiviti die yang macam2 berbanding dia cerita lively. Karektor die, sorang yang tak banyak cakap, n bila bercakap bende yang perlu. Once cakap mmg bagus la. Yelam dah die ustaz, mmg la ada auranya yang tersendiri. Aku je x nampak auranya...haha.. Dalam diam lagi, aku solute sama dia sbb die ni punya idea yang kreatif tapi die je x mau cerita.

Sebenarnya ada lain lagi, seperti redza, firdaus, abg dhia, mujahid, abg mus, fayyadh dll, tapi x banyak memori yang aku ada dengan mreka, juz bertemu dalam sekali dua dalam siri2 berlainan. Apapun memang hebat la masing2. Bertuah aku dapat kenali mereka. Harap2 lepas ni aku dapat bertemu dengan kelompok seperti ini. Kalau ada lagi sesi tahun depan, aku nak apply lagi. Mudah2an juga pertemuan aku dengan mreka ni memberi inspirasi dan membina semangat dalam diri aku, InsyaAllah. 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan