Sabtu, 25 April 2015

POST MORTERM NASYID 2015

Ikutkan hati malas dah nak fikirkan tentang nasyid. Lebih sebulan asyik dengannya, samapaikan banyak kerja2 aku tertangguh. Cukup2lah tu aku dengan nasyid buat masa ini. Tapi, selepas aku dapat bukti yang boleh dipercayai ar-Raihan mendapat tempat kelima dalam FNS hari tu, aku rasa ada perkara yang perlu dibicarakan.

Sebelum tu, menyorot kembali persembahan budak2 sebagai giliran 10 hari tu, boleh aku anggap sebagai persembahan terbaik mereka berbanding semasa mereka berlatih termasuklah ketika di FND. Aku tak tahu apa yang Kak Fiza n Kak Komar buat masa di homestay hari tu, tapi memang ada kelainan sedikit bila mereka beraksi di pentas. Aku yang asalnya datang hanya mahu memeriahkan majlis, tanpa sedar menaruh sedikit harapan untuk menang dalam apa jua kategori pon. Ikutkan, semua perserta yang datang dari semua daerah hebat-hebat belaka. Suara mereka sangat padu dan harmoni. Solonya pandai mengawal nada, tempo dan suara. Tapi budak2 aku, ada kedengaran sumbang sikit-sikit. Cuma, dengan semangat mereka semasa beraksi, aku positifkan minda bahawa mereka juga boleh menarik para hakim untuk memberikan penilaian yang terbaik buat mereka. 

Alhamdulillah, sungguh pun tidak mendapat sebarang anugerah pada hari tersebut, mendapat tempat kelima merupakan sesuatu yang bagi aku sangat mengujakan. Aku membayangkan bahawa Sepang berada di antara kedudukan terkebawah, namun sebaliknya berada di lima kedudukan teratas, Seolah-olah kami merupakan pesaing baharu bagi kebanyakan sekolah yang biasa mewakili daerah masing-masing sebelum ini. Bagi Sepang, SKDABB merupakan wakil yang biasa ke negeri berbanding kami yang kali pertama. Insya Allah, dengan perkembangan ini, Seroja akan terus terusan menjadi jaguh Sepang beraksi ke negeri. Jika tahun ini tempat kelima, tahun depan harap-harap mendapat tempat teratas lah. Allah, berangan sungguh!

Macamana tak berangan, Shahril dah bisik-bisik sama Kak Fiza supaya jangan stop. Memang kami plan nak berehat tahun depan. Mungkin cari material berupakan dana, bahan dan sumber berkaitan. Tapi, bila difikir-fikirkan balik, tak mengapa juga diteruskan. Tapi, pada aku, ia tidak semudah itu. Untuk cemerlang, usaha gigih diperlukan. Kalau plan koboi2 macam selama ni, tak payahlah berangan nak ke kebangsaan.

1. Pemilihan perserta. Tiap-tiap tahun buat audition. Ada secara terbuka, ada secara tertutup, ada secara langsung mahu pun sebaliknya. Cuma yang tahun ni, peserta daripada audition terbuka nampaknya kurang mantap berbanding tahun lepas. Mantap dari aspek sahsiah, akhlak, suara, penampilan dan lain2. Dari sebab itu, usaha keras telah kami lakukan untuk menjadikan mereka hebat. ALhamdulillah, dengan barisan perserta tahun ini lah Seroja layak dapat johan daerah. Jadi, di mana silapnya selama ini? Tapi apa pun, pemilihan lepas ini kene lebih berhati2, jangan lagi tangkap muat asalkan ada suara. Perangai pun kene elok, malah pandai dan mudah pick-up dengan sebarang perubahan dari masa ke masa. Cara audition akan datang, buat satu persembahan yang melibatkan murid2 kelas 5K dan 5P pada tahun hadapan. Kalau tahun ni, kene bermula juga dengan 4K dan 4P. sebab dah tgh2 tahun ni macam tak panjang masanya. Dan yang penting, ukhwah sesama mereka perlu ada, tak gaduh2 macam batch yang sekarang. Geram sungguh!

2. Penentuan solo. Seingat aku dari dulu solo-solo ar-Raihan adalah Faisal Hishamuddin (2011) Kasyful Aizat (2011), Muhammad Hakim Hassan (2012), Luqman Haziq (2013) selain Amaluddin (2014 & 2015). Daripada kesemua mereka, masing-masing ada kekuatan tersendiri. Namun, antara mereka semua ni, suara Luqman Haziq adalah paling sesuai untuk membawa kedua-dua jenis lagu yang dipertandingankan iaitu lagu padang pasir dan juga kontemporari. Yang lain-lain, hanya sesuai menyanyikan salah satu daripada dua jenis lagu tersebut. So, untuk akan datang, solo perlu dicari dalam kalangan murid yang boleh membawa kedua-dua jenis genre lagu. Itulah yang aku nampak masa di negeri, Amaluddin punyai suara yang mantap pada lagu pertama, namun pada lagu kedua sedikit kurang mantap. Peserta2 lain seakan-akan play safe. Solo mereka suara boleh bertukar-tukar yang bermakna, mereka bijak untuk mempelbagaikan melodi lagu agar kelihatan lebih bervariasi. Kak Fiza ada cakap nak ambil si Alif Azman tu. Erm, dia tu okay. Ada suara, tapi tak pandai kawal. Ada rupa, tapi keanak-anakan. Jenis tak faham bahasa sikit. Nakal. Memang wat orang geram. Tapi, bila aku tengok Kak Fiza dah berazam nak ajar budak tu taranum, aku akan sokong sehabis baik. InsyaAllah.

3. Percussion. Ikutkan alat2 yang ada masih baik dan sederhana lengkap. Cuma, untuk lebih gah, perlu ada penambahan alat. Kesian juga aku tengok, daerah lain macam-macam alat digunakan, tapi kami, memang banyak juga tapi terhad. Malah, kongga dan kaki darbuka pon pinjam KAFA punya. Nak beli baru, tak ada dana. Ikutkan tiap-tiap tahun beli tambahan alat, Kebanyakannya daripada ehsan Kak Sue. Memang benar, Panatia Muzik je berhak beli alatan berbanding Panitia Pendidikan Islam, tapi sedikit sebanyak aku segan yang amat sebab saban tahun Kak Sue beri dana. Panatia aku pulak memang sejak azali tak ada prosuder untuk pembelian alat, bahkan ABM pun tidak ada ada sebab ianya lebih kepada pengurusan aktiviti murid secara amnya. Aku akuinya. Tapi untuk akan datang, kami perlu fikirkan untuk mencari dana lain pula menampung perbelanjaan membeli alatan nasyid.

4. Lirik dan lagu. Terus terang, aku memang tak pandai buat lagu padang pasir. Sebab tu tahun lepas upah sorang anggota Saujana buat (Hafiz namanya) dengan bayaran RM400. Buat lagu je, lirik aku dah tulis siap-siap. Bila tahun lepas tak menang, rasa macam tak berbaloi upah orang. Tapi tahun ni recycle semula lagu tu, menang;ah pulak. Ini bermakna, tahun depan kena upah orang lain pula. Aduh, dana lagi. Untuk lagu kontemprari pula, itu memang tak ada masalah pada aku. Cuma untuk membuat liriknya awal2, memang tak dapatlah sebab syarat lagu kedua ni tajuknya berubah2 setiap tahun. Tengoklah nanti. Tapi, aku nampak, tema adab lebih ceria untuk dinyanyikan berbanding tema sirah yang bernada balada sikit. Tahun-tahun sebelumnya tema ibadah solat dan tema aqidah islam iman dan ihsan, memang lagu macam segar skit tapi bila didengar semula sebnarnya unsur kontemporari belum sepenuhnya menjadi (taapi unsur masri tak jugak jadi. Mungkin kontemporari klasik kot).

5. Jurulatih. Kata Kak Fiza, kalau tak cukup korum 4 orang kami ni, aku, dia, Kak Komar dan Kak Nor, dia tak mahu latih nasyid. Memang betul kata dia, Setipa orang perlu berperanan untuk terlibat sama menguruskan ar-Raihan ni. Bukan mudah. Memang penat nak mengadap mereka sedangkan dalam masa sama masing-masing terikat dengan jadual pengajaran. Atleast boleh gilir2 tengok. Cuma penglibatan Kak Elya aku rasa sangat perlu untuk menyediakan microfon. Shahril? Saban masa aku mengharap beliau ada bersama-sama. Memang dia sibuk, tapi kami pun sibuk. Entahlah. Siapa yang bersalah, tak tahu lah. Tak mahu aku salah menyalahkan antara satu sama lain. Hanya berdoa agar tahun hadapan kita semua boleh berkolaboratif bersama-sama demi nama Seroja yang tentunya lillahi ta'ala.

Apapun, perancangan dari awal kena ada. Jadual latihan tu yang penting kena siap awal2. Lagu2 perlu disediakan sebelim diberikan kepada murid. Kami perlu kuasai lagu dan alat untuk diajarkan kepada murid. Kalu tak rancang betul2, itu tandanya kami merancang untuk gagal. Huh, takutnya.

Ar-Raihan ni, sejak zaman sebelum aku masuk Seroja memang Ustaz Azami yang handel. Tapi dengar-dengarnya tak pernah dapat nombor. Sekadar untuk memeriahkan acara selain minta ustaz yang terhadap nasyid yang tinggi. Bila aku masuk pun pada 2008, ustaz tak ajak aku pun. Memamg pon dia tak tahu aku berminat dengan nasyid. Pernah aku hint2 kat dia aku nak join, tapi dia bagi aku tilawah je sedangkan Firdaus nasyid dengan dia. Mungkin sebab nak gunakan khidmat Fir kawal murid kot. Tapi bila ustaz keluar pada 2010, aku apalagi, mengorak langkah menyusun strategi agar ar-Raihan di bawah aku bangkit menjadi kumpulan pesaing di peringkat daerah. Pertama kali aku melatih mereka 2011 bersama2 Kak Komar, dpaat Naib Johan. Masa tu Shahril dan Kak Fiza tak terlibat. Tapi 2012 selepas tahu Kak Fiza dan Shahril hebat, aku libatkan mereka semua. Tapi kolaboratif beramai-ramai kali pertama tu hanya mampu mendapat tempat ketiga. Sementara tahun 2013 dan 2014, cita-cita nak dapat Johan meninggi tapi sekadar di tempat kedua sahaja rezekinya. Hanya Tahun ni saja rezeki ke negeri wujud buat kami. 

Untuk merefresh kembali perkembangan ar-Raihan sejak 2011 pada FND, berikut aku letakkan linknya untuk panduan aku sendiri. Kelakar, macam tak percaya je diorang ni dikatekan hebat sedangkan kalau ikut syarat-syarat, masih jauh ketinggalan. Kelakar.

2011


2012




2013


2014


2015




Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan