Selasa, 21 April 2015

ESOK HARI PENENTU NASYID NEGERI

Alhamdulillah. Buat kali pertama sejak 2010 aku mengaktifkan diri dengan menjadi juruletih nasyid, akhirnya keletihan aku serta kawan2 yang lain terlunas dengan kemenangan di tempat pertama dalam Festival Nasyid di peringkat daerah Sepang. Malah, sejarah itu juga tercipta dengan penganugerahan ciptaan lagu terbaik. Syukur sangat-sangat. Dari kemenangan itu, sekarang ini kami kembali sibuk melatih ar-Raihan dari semasa ke semasa.

Huh, tak mudah rupanya melatih budak nasyid ni. Bukan aku kata selama ni mudah. Tapi apabila berada di peringkat ini, harapan banyak pihak untuk memastikan kemenangan di peringkat negeri sangat-sangat membebankan. Secara tak langsung kami harus mengerah idea pada rombakan lirik lagu, gaya, alat dan keseluruhan persembahan itu. Sangat memenatkan. Biarpun orang yang sama juga melatih dikir barat sejak 2006 (aku masuk 2008) sampai ke peringkat negeri tiap-tiap kali menyertai (ada tahun-tahun yang kami terpaksa tidak sertai), namun nasyid ni banyak disiplin dan syaratnya yang perlu diikuti. Contoh, kalau suara secara am, nasyid memang perlukan kesepaduan dan keharmonian dengan pelbagai lapis suara. Tapi dikir barat, perpaduan suara lebih kepada kuat dan tepat tanpa perlu cari mana suara base, third, fifth, tinggi, nyaring, merdu, saprano dan lain-lain. 

Setakat ini, dari pemerhatian, performance mereka masih pada tahap sederhana. Vokalis kelihatan seperti diva, marah sikit stress. Tegur sikit, buat tak endah. Walhal dia perlu sedar ada kelemahan yang perlu dia atasi lagi. Suara back-up pun sama. Berkali-kali orang tegur, suara tu mesti konsisten, tapi kejap ok kejap tak ok. Main-main sungguh mereka. Macan-macam cikgu dah betulkan tapi masih tak betul-betul lagi. Pemain alat juga tak kterkecuali, kepala mereka dah fix dengan rentak yang itu tanpa mahu cuba mencipta rentask sendiri.Kalau beginilah mereka sehingga ke hari pertandingan, lagaknya seolah-olah juara kampung beraksi di pentas dunia. Urghh... kami ni mungkin meletakkan harapan setinggi gunung. Nampak sangat tidak puas setakat johan daerah. Astaghfirullah...

Mungkin selepas ini, aku dan kawan-kawan juruletih perlu kurangkan marah dan teguran. Lagi tiga hari ni apa lagi yang boleh dibuat. Siapa kata tak boleh???? Boleh. SKTS kan cemerlang, gemilang dan terbilang! Mereka seharusnya lebih bersedia mental fizikal demi memastikan kejayaan dilakar di peringkat ini.

(catatan terhenti sementara)

______________________________________________________________________________

(Catatan kembali bersambung di malam hari pertandingan. Catatan sebelum ini dibuat pada hari Sabtu sekitar jam 9,30 pafi terhenti apabila atok keadaan atok dikhabarkan tidak stabil sebelum kembali ke rahmatullah pada jam 10.30 pagi di rumah yang sama ini. Innalillah... al-Fatihah).

______________________________________________________________________________


Malam ni aku rasa macam tak senang hati. Esok dah nak pertandingan ke negeri. Kak Fiza dan Kak Komar bersama-sama Firdaus dah bawa budak ke homestay terlebih dahulu untuk persediaan dan persiapan sebelum berada di atas pentas. Selama beberapa hari ini, banyak dugaan, cabaran dan mehnah yang dilalui oleh orang2 ar-Raihan. 

Aku sendiri, kehilangan atok 3 hari lalu membuatkan aku betul-betul tak ada mood nak fikir pasal nasyid. Namun memandangkan ianya dah nak hampir ke kemuncaknya, aku cuba kuatkan hati biarpun dalam hati ni rasa bersalah menyibukkan diri tatkala masih dalam situasi berkabung minggu ini. Amar pula asalnya plan follow kontinjen akhirnya HEPnya tidak membenarkannya. Kak Fiza pula anaknya demam sebelum dia melangkah keluar rumah dengan rasa berat hati. Kak Komar aku tengok dia pon macam dah macam tak rupa orang. Ke hulu ke hilir urus macam-macam. Mujur tadi aku dah sediakan semua borang yang diperlukan. Budak2? Erm, aku tak pasti apa perasaan mereka. Faham ke tidak bahawa ini adalah pertandingan tak tahu lah.

 Dugaan masa latihan pon banyak. Jumaat dan Isnin lepas, masa buat latihan di masjid, kami terpaksa bergerak ke tempat lain gara-gara masjid perlu uruskan jenazah. Buat di dewan SAMBBST pula datang sebagai tetamu sebabnya SAMBBST tak ada kene mengena lagi dengan FNS ni. Kalau tak ke SAM, pergi pula ke SMKDABB yang terpaksa berkongsi pentas sebab mereka juga adalah wakil Sepang macam Seroja daripada kategori yang lain. Bab persembahan budak, Ermmm... jujurnya aku rasa masih di level yang kurang membanggakan. Mungkin expectation aku tinggi sangat, entahlah. Tapi memang banyak kelemahan. 

Pemain alat, terpaksa minta tolong budak-budak SAMBBST ajar, tapi diorang ni susah nak pick-up. Yang suara pulak, aduh... tak padu sungguh-sungguh. Solo, puas dah betulkan tapi macam sukar je dia nak konsisten dengan perubahan. Hal lagu pulak, JU pulak cadang ubah melodi sebab ada unsur saduran dalam beberapa rangkap lagu kedua. Pendek kata, memang banyak sungguh cabaran lah. Nak catat lagi dan lagi rasa penat pulak. Lebih-lebih lagi adanya karenah birokrasi daripada PPD. Allahu rabbi.

Esok adalah hari penentuan. Aku hari tu mimpi kami tarik diri pada hari kejadian sebab merajuk dengan PPD. Tapi Kak Za pula bermimpi kami makan kambing panggang berkongsi sebelah sebelum meninggalkan sebelah lagi untuk Kak Komar. Ishk, apa pulak la petandanya ya. Macam kelakar pun ada...hahaha...

Apapun, aku berharap mereka dapat buat persembahan terbaik yang dapat memukau para hakim yang arif lagi bijaksana-sini. Aku dan kawan-kawan yang lain sudah teramat penat. Memang kami tak mintak balasan, tapi harap-harap ia berbaloi dengan semua pengorbanan daripada pelbagai pihak lain yang menaruh harapan kemenangan kepada kami. Ya Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan