Jumaat, 2 November 2012

PENILAIAN PERTANDINGAN KANTIN

penat betul mggu ni...dalam pada dihambat masa melengkapkan markah on9 n data2 bekaitan masih juga aku fokus kat kantin. menanggung harapan agar kantin dalam keadaan baik n ok serba serbi masa pemantauan. alhamdulillah..sume ok, tp ada beberapa komen dsebutkan oleh pemantau n sempat aku siapkan laporan sebelum hantar pada puan suraya, pegawai pejabat kesihatan yg jd mentor kantin sepang. tup2 die respon salah satu komen pemantau - makanan dlm pinggan diletakkan bertindih - merupakan kesalahan major...allahu akbar. terus frust aku. camana leh aku x perasan bende tu...org kantin pon, xkan x rasa itu satu kesilapan. tp smalam kak sham kata org tu tegur n disuruh susun smula...harap2 xde la cameraman tu rakam keadaan tu masa tu..pliz la..

apapun  daripada pemantauan tu aku nilaikan sendiri, sumenye ok dr segala aspek. untuk dapat johan kebangsaan atau mendapat tempat kedua atau ketiga di peringkat itu insya Allah ada dengan adanya beberapa kelaian yg disebut2kan oleh pemantau2 tu. tp kalu la sasaran ku x kena, mgkin adalah disebabkan hal2 berikut:

1- makanan bertindih.
2- budak berbaris panjang giler.
3- kain lap tangan yg disediakan di kongsi oleh murid d sinki.
4- projek2 n aktiviti hanya dirakamkan tahun 2012 sahaja sedangkan boleh 3 tahun kebelakangan namun pemantau kata x perlu sbb tahun 2012 sndiri da banyak.

yg lain2 aku rasa ok sangat. aku bukan apa, bak kata gb, alang2 seluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. mmg lenguh da lengan ni slama ni. bukan aku je...sume ajk2 aku, dan juga org2 kantin. namoak sume beri kerjsama baik. niat aku sumenye adalah ibadah insya Allah...kemenangan tu plak ada harapan ku dr usaha kami slama ni. aku x sanggup nk sebut2kan apa yg berlaku selepas keputusan keluar nnt, juz skarag aku berdoa2 agar d peringkat negeri kantin ni dapat johan. di oeringkat kebangsaan andai x dapat johan biarlah ada tempat kedua atau ketiga. walaupun habuan jd buruan, tp yg penting adalah penghargaan. biarlah sume2 tu jd motivasi kepada kami sume untuk bekerja n berkomitmen tggi dari semasa ke semasa. Insya Allah...

dan minggu depan 8hb ada majlis anugerah kantin sgor. puan suraya berkali2 hantar sms kata sediakan delegasi 10 orang. gb sorang, gpk hem sorang, penyelaras kantin sorang, guru pengiring sorang, murid 4 org, org kantin dua orang. masalahnya pada hr bekenaan majlis anugerah cemerlang dijalankan. beratnye hati nk escape majlis tu. selain aku nk tgok pesembahan budak2 aku kalam jamai ni, kat skola masa tu cikgu2 berkurangan..mahu dekat 20 orang xde gara2 cuti rehat, cuti sakit, cuti besalin, kusus, jaga exam, duduki exam dll. gb plak rasa serba salah sbb masa tu la dua org YB hadir. gb plak da plan nk mengayat YB2 tu untuk dapatkan sumbangan..hehe...budak2 plak aku xtau nk bawak sapa sbb sumenye budak2 tahun 6 yg bakal tamat sesi pesekolahan..kalu bawak tahun 5 lak tentu2 saja diorg tu dapat hadiah masa tu. so sapa la aku nk plih. org2 kantin lak, masa tu la diorg juga sibuk, ye r..masa tu tentu2 parent ramai datang beli makanan anak2..dan kantin kene la prepare untuk jamuan vip gak.

erm..xpela..isnin ni aku direct jumpa gb. harap2 surat dapat la isnin tu, lg snang nk citer. n aku masih berharap d negeri kantin kami tu dapat johan. aku x pasti samada ada kategori2 lain dalam penilaian tu atau satu tu je. wallahu a'lam.

2 ulasan:

  1. aku tido ptg td, rasa cam ngigau. mana xnye, asik dok pk pasal kantin, last2 mimpi skola aku jd johan kantin terbersih kategori bandar d peringkat kebangsaan. kategori luar bandar lak dimenangi oleh sekolah dari negeri perak. isk..sungguh ke ni...kalu betul la cam ni, mmg aku sujud syukur sgt2..rasa kelakar lak bila bangun tdo td..nk kata suke n happy, entah la..da mimpi n ngigau..tentunya bukan betul2 pon. kalu itu jd hint yg sbenarnya jelas pun, kire bagus la...tp kalu opposite..Allah...apapun Tuhan, tenangkanlah hati aku...org len dok tggu result upsr, aku plak bedebar tggu result kantin. harap2 igauan ku ni x menjejaskan kehidupan n keje2 seharian aku terutamanya masa aku nk pk pasal tesis ni..

    BalasPadam
  2. surat da dapat td..10 org harus p atas 'gesaan' aku..hehe...
    drpada surat tu masih aku x nampak apa2 hint keputusan..ye la..tu surat jemputan je..bukan surat keputusan. tp ht ni masih kuat nk tau di mana kedudukan kantin aku tu.. jd dgn gatalnya hati, aku tetap buat analisa drpada sumber2 yg ada d mana kedudukan kantin tu.

    Juara:
    berdasarkan kriteria dan komen pemantau yg memberikan respon positif terhadap kantin ni disamping kurang respon negatif d samping wujudnya respon membina daripada mereka. boleh jd dgn beberapa aspek yg wujud dilihat sgn kekuatan n kelainan kepada kantin ini.

    naib juara:
    masih dgn idea d atas, namun dalam masa sama ada kantin skola lain yang lebih baik dan bagus dari aspek pengurusan fail coz fail aku pon sedikit kantoi sampai wujud kekurangan markah yg ketara terutamanya dalam aspek penglibatan pibg.

    ketiga:
    dalam dua surat yg diberikan menerusi lampiran, kedudukan sekolah aku dalam snarai tu d kedudukan ketiga dalam kategori bandar selepas damansara n andalas. tp bila ditanya pada puan suraya itu takde kene mengena. tp aku tgok susunan daripada kedua2 surat tu mmg nampak mgkin no 2 tu. antara lain mgkin markah penglibatan pibg yg kurang telah menjejaskan markah keseluruhan.

    apapun aku nk argue skit pada no 3 tu. logiknya, betul kata puan suraya tu, list tu jgn diikut sgt coz masa pemantauan kebangsaan tu, beliau sendiri sedang bermesyuarat bg menentukan kedudukan pemenang d peringkat negeri sedangkan surat tu da dikeluarkan sebelumnya lagi. so boleh jd no 3 tu boleh diragui kalu aku berpegang pada list nama dalam surat. wallahua'lam. apapun aku tetap menyemat harapan untuk menjuarai kantin kategori bandar negeri sgor bg tahun ni. Insya Allah.

    BalasPadam